17/12/2025
Child Intervention & Enrichment Centre telah menganjurkan Bengkel SPEAK With Me : Intervensi Kanak-kanak Masalah Lewat Perkembangan Bahasa yang diadakan pada 17 Disember 2025 (Rabu) bertempat di Bilik Mesyuarat Hospital Mesra Bukit Padang.
Objektif bengkel ini adalah untuk memperkasakan kemahiran dan ilmu pengetahuan anggota kesihatan dalam intervensi kanak-kanak masalah lewat perkembangan bahasa.
Terima kasih kepada penceramah iaitu Dr. Nurul Akmanidar Binti Zainuddin (Trainee SubKepakaran Child Health) kerana memberikan perkongsian yang sangat bermanfaat dan kepada semua peserta yang hadir dalam menjayakan bengkel ini.