02/03/2026
Hello semua khususnya kepada wanita-wanita...
Kami ingin memaklumkan bahawa klinik kami sedang mengadakan promosi untuk membuat pemeriksaan pap smear. Ini adalah sebagai langkah pencegahan daripada mengalami penyakit kanser pangkal rahim (dalam bahasa inggeris disebut sebagai Cervical Cancer).
Penyakit kanser pangkal rahim adalah sulit untuk dirasai oleh setiap wanita terutama penyakit tersebut adalah pada fasa awal iaitu tahap 1 atau tahap 2.
Tetapi apabila wanita tersebut telah mengalami tanda-tanda seperti keluar cairan yang berbau kurang menyenangkan, perdarahan atau pun sakit ketika berhubungan intim dengan suami, maka itu adalah petanda yang menandakan ada kemungkinan fasa penyakit itu telah mencapai ke tahap 3 tetapi kebanyakannya mencapai ke tahap 4.
Oleh itu, kami menyarankan kepada semua wanita supaya datang membuat pemeriksaan pap smear.
Tidak perlu risau, kami ada doktor yang berpengalaman dalam bidang perbidanan untuk memberi penjelasan tentang penyakit ini. Semua adalah bermula daripada penularan jangkitan daripada Human Papilloma Virus (HPV) yang akan lanjut ke penyakit kanser pangkal rahim.
Kami juga menyediakan vaksin HPV untuk mencegah jangkitan HPV yang boleh menyebabkan terjadinya penyakit kanser pangkal rahim tersebut.
Jadi, tunggu apa lagi, jangan berlengah lagi...segera membuat panggilan untuk mendapatkan konsultasi percuma dan membuat temujanji untuk membuat pemeriksaan pap smear & sekaligus dengan pemvaksinan HPV.
Yang di bawah adalah nombor talian klinik kami:-
011-33516293 (boleh membuat pesanan melalui whatsapp)
088-416393 (boleh membuat panggilan)
Sekian, terima kasih.