16/03/2022
Setiap kali nak beli skincare, mesti seller akan tanya, “Boleh saya tahu sis kulit ape?” Dan paling sedih, kita tak tahu jenis kulit apa, betul tak?
Harini min nak share cara mengenal pasti kulit normal, kering, berminyak dan sensitive. Ayuh! 💪🏻
Kulit normal:
▪️Liang pori yang tidak ketara (kecil dan halus)
▪️Mempunyai peredaran darah yang baik
▪️Teskstur kulit lembut dan halus
▪️Warna Kulit yang seragam, segar dan cerah
▪️Tanpa cela
▪️Kulit tidak terdedah kepada sensitiviti
Kulit kering:
▪️Kulit kelihatan kering serta terasa ketat, rapuh, kasar dan kelihatan kusam.
▪️Mudah menggelupas dan terasa tegang selepas dicuci
▪️Mengalami kegatalan
▪️Sensitif terhadap kerengsaan dan kelihatan kemerahan
Kulit berminyak:
▪️Liang pori yang diperbesar dan jelas kelihatan
▪️Kulit kelihatan berkilat
▪️Kulit lebih tebal dan pucat: saluran darah mungkin tidak kelihatan
▪️Kulit berminyak terdedah kepada pelbagai bentuk jerawat dan bintik putih.
Kulit sensitive:
▪️Tekstur kulit lembut tetapi mudah kering, merengsa, kemerah-kemerahan , gatal dan pedih.
▪️Kulit mudah bertindak balas dengan kandungan produk, persekitaran dan makanan