29/04/2026
*LATIHAN PEMANTAPAN EMERGENCY RESPONSE TEAM (ERT) DAN SIMULASI KEBAKARAN HOSPITAL*
Pada 28-29 April 2026, Latihan Pemantapan ERT dan Simulasi Kebakaran HUMS telah dianjurkan oleh Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan HUMS dengan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dari Balai Bomba dan Penyelamat Kota Kinabalu.
Perasmian program telah disempurnakan oleh Prof. Madya Dr. Hjh. Malehah Mohd Noh, Pengarah HUMS pada hari pertama latihan. Barisan penceramah dan jurulatih daripada BBP Kota Kinabalu yang diketuai oleh Penguasa Bomba Kimiremmy Zikol telah berjaya memberikan pengisian yang berkesan dan menjawab sebarang persoalan tanpa jemu.
Peserta program terdiri daripada ahli ERT dari kalangan staf HUMS yang bertugas di Pusat Perubatan Primer (PCC), Transitional Care Unit (TCU), Creche/Staff Recreation serta ahli ERT daripada Pejabat Syarikat Konsesi. Semua peserta telah memberikan kerjasama dan komitmen yang padu dalam memastikan objektif penganjuran latihan ini tercapai.
Latihan ini bertujuan meningkatkan lagi pemahaman dan kemahiran ahli ERT HUMS berkenaan peranan dan tanggungjawab masing-masing sebagai ahli ERT yang perlu bertindak sebagai first responder dalam menangani insiden kecemasan seperti kebakaran.
Seusai latihan amali, after action review (AAR) bersama pihak Bomba dibuat dan secara keseluruhannya mendapati prestasi semua peserta adalah memuaskan meskipun masih ada ruang untuk penambahbaikan.
Terima kasih diucapkan kepada Pengarah dan pihak pengurusan HUMS kerana sentiasa menyokong penuh inisiatif OSH HUMS dalam meningkatkan kesedaran dan pengetahuan KKP untuk warga HUMS.
*JKKP-HUMS*
29 April 2028