24/04/2026
Pertandingan Senam Sihat Penjawat Awam Pejabat Kesihatan Kawasan Penampang telah dilaksanakan pada hari ini sempena dengan Sambutan Hari Aktiviti Fizikal Sedunia peringkat Wellness Hub Putatan 2026 bertempat di bangunan Wellness Hub Putatan.
Seramai 20 peserta yang menyertai pertandingan tersebut.
Tahniah diucapkan kepada semua pemenang. Diharapkan program ini dapat memberi impak positif kepada semua peserta dalam pembudayaan gaya hidup yang aktif.
Terima kasih juga kepada ahli jawatankuasa yang terlibat sepanjang aktiviti tersebut dijalankan.