Felcra Berhad Negeri Sabah

Felcra Berhad Negeri Sabah FELCRA Berhad Merupakan syarikat yang diperbadankan di Bawah Kementerian Kewangan seliaan KKDW

24 April 2026 | 07 Zulkaedah 1447H (Jumaat)Telah berlangsung Program Perjumpaan Staf dan Majlis Bacaan Yasin mingguan ya...
24/04/2026

24 April 2026 | 07 Zulkaedah 1447H (Jumaat)

Telah berlangsung Program Perjumpaan Staf dan Majlis Bacaan Yasin mingguan yang dihadiri oleh YBrs. Encik Aliasan Bin Kerman, Pengarah Negeri FELCRA Berhad Sabah.

Dalam program ini, beliau turut menyampaikan amanah pihak pengurusan kepada semua staf sebagai panduan dan peringatan dalam melaksanakan tugas dengan lebih berintegriti dan berkesan.

Program ini diadakan secara berkala setiap minggu sebagai usaha mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan warga kerja di samping memupuk nilai-nilai kerohanian.

21 April 2026 | SelasaKunjungan hormat FELCRA Berhad Sabah ke Korporasi Pembangunan Desa sebagai tanda memperkukuh hubun...
21/04/2026

21 April 2026 | Selasa
Kunjungan hormat FELCRA Berhad Sabah ke Korporasi Pembangunan Desa sebagai tanda memperkukuh hubungan kerjasama strategik antara kedua-dua agensi.

Delegasi FELCRA Sabah diketuai oleh Pengarah Negeri FELCRA Berhad Sabah YBrs. En. Aliasan Bin Kerman bersama pegawai-pegawai:
• En. Aidi Azhar Bin Alias – Penolong Pengarah Perladangan
• En. Hamid Bin Tahir – Pengurus Pertanian
• En. Malik Bin Kamal – Ketua Unit Perancang
• En. Malik Bin Jusoh – Pengurus Kawasan Beaufort

Manakala pihak Korporasi Pembangunan Desa (KPD) diwakili oleh:
• YBrs. En. Jailis Masarip – Pengurus Besar (GM)
• En. Andree Funk – (DGMO)
• Pn. Nurul Hanizah Hamid Bt Abdullah – DGM (P&D)
• Dr. Joveniah Ching – RM (WC)
• En. Mohd Royzal Abdul Razak – (HLA)

Pertemuan ini berlangsung dalam suasana mesra dan profesional, sekali gus membuka ruang kepada perkongsian pandangan serta pengukuhan jaringan kerjasama antara agensi demi kemajuan pembangunan luar bandar di Sabah.

Semoga hubungan baik ini terus diperkasa pada masa akan datang.

02/04/2026
1 April 2026, genap 60 tahun penubuhan FELCRA Berhad.Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada seluruh warga FELCRA, ...
01/04/2026

1 April 2026, genap 60 tahun penubuhan FELCRA Berhad.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada seluruh warga FELCRA, para peserta, rakan strategik serta semua pihak yang telah menyumbang dalam perjalanan ini. Segala kejayaan yang dikecapi adalah hasil usaha kita bersama.

Semoga FELCRA terus maju ke hadapan, kekal relevan dan menjadi pemacu pembangunan luar bandar demi manfaat generasi kini dan masa hadapan.

60 Tahun FELCRA, Membentuk Masa Depan

20/03/2026
20/03/2026

Ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri dari Pejabat Kawasan Beaufort,Sabah

20/03/2026

Ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri dari Pejabat Kawasan Kinabatangan, Sabah

20/03/2026

🌙 Perutusan Hari Raya Aidilfitri 1447H | 2026M 🌙

Saksikan Perutusan Hari Raya Aidilfitri daripada
YBrs. Encik Aliasan Bin Kerman
Pengarah Negeri FELCRA Berhad Sabah

Sempena sambutan Aidilfitri yang mulia ini, marilah kita bersama-sama mengeratkan silaturahim, menyemai nilai kasih sayang serta memperkukuhkan semangat kebersamaan dalam kalangan warga FELCRA dan masyarakat seluruhnya.

Berlandaskan semangat “Satu Kumpulan, Satu Matlamat, Satu Kejayaan”, semoga kita terus melangkah maju dengan penuh iltizam dan kesepaduan.

Semoga Aidilfitri kali ini membawa keberkatan, kesejahteraan dan kegembiraan kepada kita semua.

✨ Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin ✨

🌙 Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri 1447H | 2026M Saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir d...
20/03/2026

🌙 Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri 1447H | 2026M

Saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin kepada seluruh umat Islam, khususnya Warga Staf Pejabat Negeri, Kawasan, Estet serta para Peserta Projek FELCRA Berhad Negeri Sabah.

Kepada yang masih dalam perjalanan pulang ke kampung halaman, pandulah dengan cermat dan sentiasa berhati-hati. Semoga anda semua selamat tiba ke destinasi yang dituju dan dapat bersama insan tersayang.

Semoga Aidilfitri kali ini membawa seribu keberkatan, mengeratkan lagi silaturahim, serta dipenuhi dengan kasih sayang, keinsafan dan kegembiraan.

Salam Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin.

Address

FELCRA Berhad Negeri
Kota Kinabalu
88400

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6088487502

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Felcra Berhad Negeri Sabah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Felcra Berhad Negeri Sabah:

Share