11/02/2026
Pada 5 Februari 2026 (Khamis) lepas, satu Program Keselamatan dan Kesihatan telah berjaya dianjurkan hasil kerjasama erat antara Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB), JKN Sabah dan Jabatan Bomba Dan Penyelamat Sabah. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan atas sokongan serta komitmen padu daripada Cawangan NCD, Cawangan Pemakanan, Cawangan UIP, Cawangan Pembangunan Kesihatan Keluarga, Pejabat Kesihatan Kawasan Kota Kinabalu, KK Luyang, KK Kebajikan, KK Inanam serta Blood Bank HQEII.
Sepanjang program ini, pelbagai perkhidmatan dan aktiviti kesihatan telah berjaya dilaksanakan, antaranya:
🩺 Saringan kesihatan (NHSI)
🚺 Saringan kesihatan wanita termasuk Pap smear dan saringan payudara
🎉 Booth pameran
🩸 Derma darah
🗣️ Pelbagai ceramah kesihatan merangkumi topik kesihatan mental, amalan pemakanan sihat, kesihatan wanita, pengenalan Akta 852 (Kawalan Produk Tembakau dan V**e), serta ceramah berkaitan obesiti dan hipertensi.
Keseluruhan program ini jelas mencerminkan kerja berpasukan yang sangat baik dan komitmen tinggi semua pihak yang terlibat.
Tahniah dan terima kasih sekali lagi kepada semua yang terlibat.