23/09/2021
D) PERATUSAN VAKSINASI SABAH TELAH MENCAPAI 60%
Peratusan populasi Sabah yang telah lengkap divaksinkan pada 20 September 2021 telah mencapai 59.4%. Bolehlah diandaikan bahawa peratusan vaksinasi populasi dewasa Sabah telahpun mencapai 60% pada 21 September 2021. Peratusan tersebut menunjukan negeri Sabah berada pada landasan yang baik.
E) RAKYAT SABAH YANG BERADA DAN TELAH DIVAKSIN DI SEMENANJUNG MALAYSIA
1. Terdapat ramai rakyat negeri Sabah berada di Semenanjung Malaysia pada masa ini, yang adalah sebahagian daripada statistik penduduk Sabah. Misalnya, sebagai petanda, sebanyak 171,963 bakul makanan telah diagihkan kepada Ketua Isi Rumah (KIR) Rakyat Sabah yang sedang berada di Semenanjung Malaysia. Ramai daripada rakyat Sabah ini telahpun divaksin di Semenanjung Malaysia. Oleh yang demikian, peratusan rakyat Sabah yang telah divaksin sebenarnya lebih tinggi daripada yang ditunjukkan oleh data semasa kita.