Sekolah Tunas Bakti Kota Kinabalu( STB KK )

Sekolah Tunas Bakti Kota Kinabalu( STB KK ) Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Sekolah Tunas Bakti Kota Kinabalu( STB KK ), Sekolah Tunas Bakti Kota Kinabalu, KM 12 Jalan Tuaran Inanam, Kota Kinabalu.

Sekolah Tunas Bakti adalah institusi Sekolah Diluluskan bagi pendidikan, latihan dan penahanan kanak-kanak yang ditubuhkan atau ditetapkan di bawah seksyen 65 (sekolah diluluskan) Akta Kanak-Kanak 2001 Sekolah Tunas Bakti Kota Kinabalu adalah sebuah institusi pemulihan akhlak atau Sekolah Yang Diluluskan untuk tahanan dan pemulihan bagi kanak-kanak berumur di bawah 18 tahun yang bermasalah seperti berikut:-
(i) Kanak-kanak yang terlibat dengan jenayah(Criminal)

25 November 2025Seramai tujuh (7) orang calon penghuni STBKK mula menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia hari in...
25/11/2025

25 November 2025

Seramai tujuh (7) orang calon penghuni STBKK mula menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia hari ini.

Seluruh warga kerja STBKK mengucapkan selamat maju jaya dan dipermudahkan segala urusan dalam menjawab peperiksaan.

Semoga kejayaan menjadi milik anda!

Sekalung tahniah kepada En. Zulkifle bin Marsidi atas Anugerah Pekerja Contoh bagi bulan Oktober - Disember 2025.En. Zul...
24/11/2025

Sekalung tahniah kepada En. Zulkifle bin Marsidi atas Anugerah Pekerja Contoh bagi bulan Oktober - Disember 2025.

En. Zulkifle bin Marsidi yang memegang jawatan sebagai Pembantu Keselamatan merupakan anak kelahiran negeri Sarawak yang telah berkhidmat di Sekolah Tunas Bakti Kota Kinabalu sejak dari tahun 2008. Sepanjang bertugas beliau telah menerima Anugerah Pekerja Cemerlang sebanyak dua kali.

Seorang yang sangat komited dalam tugasan, rajin membantu rakan dan amanah dalam memikul tanggungjawab. Tahniah diucapkan, semoga terus bersemangat dalam membentuk jiwa-jiwa remaja di institusi ini!

21 November 2025Perhimpunan bulanan November 2025 julung kali bersama pengetua baru En. Sazali bin Sudin. Pengisian prog...
24/11/2025

21 November 2025

Perhimpunan bulanan November 2025 julung kali bersama pengetua baru En. Sazali bin Sudin. Pengisian program adalah teguran ,amanat dan nasihat kepada penghuni, penyampaian hadiah kepada pemenang program bulanan, penyampaian anugerah pekerja contoh, penyampaian hadiah kepada pemenang Biggest Loser Competition, bacaaan Yasin serta sambutan hari lahir penghuni September-November.

Pada sebelah petang, program diteruskan dengan Majlis Karaoke Santai bersama Pengetua, kakitangan dan penghuni. Suasana ceria dan penuh tawa menjadikan sesi ini sebagai ruang mengeratkan hubungan dan membina keyakinan diri penghuni dalam suasana santai dan selamat.

8 November 2025PROGRAM CSR BAHAGIAN PERKHIDMATAN AKADEMIK UNIVERSITI MALAYSIA SABAH KE SEKOLAH TUNAS BAKTI KOTA KINABALU...
10/11/2025

8 November 2025

PROGRAM CSR BAHAGIAN PERKHIDMATAN AKADEMIK UNIVERSITI MALAYSIA SABAH KE SEKOLAH TUNAS BAKTI KOTA KINABALU

SETINGGI PENGHARGAAN DAN UCAPAN TERIMA KASIH KAMI UCAPKAN.

7 November 2025Jemputan persembahan telah diberikan kepada Rentak Pahlawan STBKK bagi mempersembahkan Silat Sambut Tamu ...
09/11/2025

7 November 2025

Jemputan persembahan telah diberikan kepada Rentak Pahlawan STBKK bagi mempersembahkan Silat Sambut Tamu sempena Majlis Peluncuran Advokasi Perlindungan Kanak-Kanak KASIH Kanak-Kanak. Persembahan ini bertujuan untuk:

Menyambut kehadiran tetamu kehormat dengan penuh adat dan budaya.

Memperkenalkan elemen seni silat sebagai simbol kekuatan, disiplin dan jati diri remaja.

Memberi peluang kepada pelajar untuk menunjukkan bakat serta hasil latihan terapi seni yang dijalankan di institusi.

Seramai 15 orang ahli Rentak Pahlawan STBKK telah mengambil bahagian dalam persembahan ini, diketuai oleh Pn Norzarihan Kasman (PPsi STBKK), Encik Hajan Salam (Timb Pengetua STBKK) bersama 6 orang pegawai pengiring Dan jurulatih luar Pn Arnie Jalar.

Persembahan silat dijalankan sebagai slot pembukaan majlis untuk menyambut ketibaan tetamu kehormat. Rentak Pahlawan mempersembahkan gabungan gerak tari silat dan rentak tradisional yang melambangkan semangat pahlawan muda. Persembahan mendapat sambutan hangat daripada hadirin dan pihak penganjur yang memuji disiplin, keseragaman serta semangat yang ditonjolkan oleh peserta.

IMPAK DAN HASIL

Melalui penyertaan ini, pelajar menunjukkan:

Keyakinan diri yang meningkat melalui persembahan di khalayak ramai.

Peningkatan dalam aspek disiplin, kerjasama kumpulan dan semangat kekitaan.

Kefahaman bahawa seni mempertahankan diri bukan sekadar fizikal, tetapi juga sebahagian daripada terapi psikologi dan pembinaan karakter.

Penyertaan Rentak Pahlawan STBKK dalam Majlis Peluncuran KASIH Kanak-Kanak telah berjaya mengharumkan nama institusi dan membuktikan keberkesanan program terapi seni dalam membentuk sahsiah pelajar. Diharapkan aktiviti sebegini dapat diteruskan dan diperluaskan sebagai platform membina jati diri serta memperkukuh imej positif pelajar STBKK di mata masyarakat.

06 November 2025Sesi lawatan dan taklimat mengenai Sekolah Diluluskan disampaikan kepada 36 orang pelajar dari SK Pelado...
06/11/2025

06 November 2025

Sesi lawatan dan taklimat mengenai Sekolah Diluluskan disampaikan kepada 36 orang pelajar dari SK Peladok, Kota Belud yang membuat lawatan ke Sekolah Tunas Bakti Kota Kinabalu.

05 November 2025Sesi lawatan dari pengetua, kaunselor dan guru-guru dari SMK Badin, Tuaran yang datang memberi sokongan ...
06/11/2025

05 November 2025

Sesi lawatan dari pengetua, kaunselor dan guru-guru dari SMK Badin, Tuaran yang datang memberi sokongan moral terhadap bekas pelajar yang mengambil ujian Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di STBKK pada tahun ini.

05 November 2025Taklimat Pelaksanaan Verifikasi Stor bagi Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Negeri Sabah melibatkan pega...
06/11/2025

05 November 2025

Taklimat Pelaksanaan Verifikasi Stor bagi Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Negeri Sabah melibatkan pegawai-pegawai penverifikasi stor dari empat institusi persekutuan (Sekolah Tunas Bakti Kota Kinabalu, Asrama Akhlak (P) Kota Kinabalu, Rumah Kanak-Kanak Kota Kinabalu dan Desa Bina Diri Kota Kinabalu) telah diadakan bertempat di bilik mesyuarat STBKK.

31 Oktober 2025Kumpulan nasyid Sekolah Tunas Bakti Kota Kinabalu telah menyertai pertandingan nasyid Terbuka Kudat yang ...
03/11/2025

31 Oktober 2025

Kumpulan nasyid Sekolah Tunas Bakti Kota Kinabalu telah menyertai pertandingan nasyid Terbuka Kudat yang telah diadakan bertempat di Dataran Tomborungus, Kudat.

Penyertaan kali pertama secara terbuka ini bertujuan mendedahkan penghuni kepada hiburan Islam yang sebenar, mencungkil dan mengasah bakat dalam seni suara serta memupuk nilai-nilai positif melalui penghayatan seni.

Sebanyak dua kumpulan nasyid melibatkan 14 orang penghuni telah terlibat dalam pertandingan ini. Kumpulan Nasyid Hijrah Ar-Rafiq yang menjuarai Program Ihtifal Khalifah Junior Madani JKM 2024 telah mendapat tempat ke-3 (tiga) dalam pertandingan ini manakala kumpulan nasyid baru STBKK, Khalifah Junior turut diberi pendedahan dan pengalaman.

Tahniah dan syabas kepada semua yang terlibat!!

29 Oktober 2025LAPORAN PROGRAM PLEASURE HOUR: TRIM FIT STBKKTarikh: 29 Oktober 2025 (Rabu)Masa: 7.30 pagi – 11.30 pagiTe...
29/10/2025

29 Oktober 2025

LAPORAN PROGRAM PLEASURE HOUR: TRIM FIT STBKK

Tarikh: 29 Oktober 2025 (Rabu)
Masa: 7.30 pagi – 11.30 pagi
Tempat: Taman Likas (Jogging Trek) & Gelanggang bola tampar Kompleks Sukan Likas
Penyertaan:

Pelajar: 18 orang

Staf: 15 orang

1. Pengenalan

Program Pleasure Hour: Trim Fit STBKK kendalian unit Kemahiran STBKK pada minggu ini dijalankan bagi menggalakkan gaya hidup sihat melalui aktiviti fizikal santai serta memupuk semangat kebersamaan antara staf dan pelajar.

2. Objektif Program

1. Meningkatkan kesedaran tentang kepentingan kecergasan fizikal dan kesihatan mental.

2. Menggalakkan interaksi positif dan kerjasama antara pelajar dan staf.

3. Memberi peluang kepada peserta menikmati suasana luar serta aktiviti riadah yang menyeronokkan.

3. Pengisian Aktiviti

Program dimulakan dengan taklimat keselamatan dan regangan ringan sebelum aktiviti dimulakan. Peserta kemudiannya melakukan jogging santai di trek Taman Likas, seterusnya diadakan Aktiviti Sukaneka dikalangan pelajar dan staff diikuti dengan perlawanan bola tampar persahabatan di Gelanggang Bola Tampar Kompleks Sukan Likas.

Aktiviti dijalankan dalam suasana ceria dan penuh semangat dengan penekanan kepada keseronokan, kerjasama dan semangat kesukanan.

4. Dapatan & Impak Program

Peserta menunjukkan semangat yang tinggi dan kerjasama yang baik.

Aktiviti fizikal berjaya mencetuskan suasana positif dan mengurangkan tekanan.

Program membantu memperkukuh hubungan antara staf dan pelajar melalui aktiviti riadah yang sihat.

5. Rumusan

Secara keseluruhannya, Pleasure Hour: Trim Fit STBKK telah mencapai objektif yang ditetapkan. Program seumpama ini wajar diteruskan sebagai inisiatif berkala untuk memastikan kesejahteraan fizikal dan mental warga STBKK terus terpelihara.

Address

Sekolah Tunas Bakti Kota Kinabalu, KM 12 Jalan Tuaran Inanam
Kota Kinabalu
88300

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sekolah Tunas Bakti Kota Kinabalu( STB KK ) posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram