Medisinar Klinik & Surgeri Lintas Square

Medisinar Klinik & Surgeri Lintas Square Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Medisinar Klinik & Surgeri Lintas Square, Medical Center, B-11-O, Lot11, Block B, Ground Floor Lintas Square, Jalan Lintas, Kota Kinabalu.

Range of Medical Services

NCD follow up
Medical Check Up
Health Screening
Medical Report
ECG
Nebulisation
Vaccination (Adult&Chidlren)
Minor Surgery
Wound Dressing
Dengue/Influenza/Covid/Urine/Urine Drug Rapid Test
Family Medicine (Adult&Children) Medical Service
General Medical Treatment – for adults & children
Management of Chronic diseases – Hypertension, Diabetes, Asthma etc
Management of Obstetrics & Gynecological conditions
Management of Orthopedic conditions
Management of Skin conditions
Management of Eye conditions
Management of ENT conditions
Management of Asthma and Nebulizer treatment

Surgical Procedures
Minor surgical procedures including circumcision
Preventive /Rehabilitative
Pre-employment& food handlers examination
Physiotherapy
Health Education
Medical talks/seminars

Women & Children
Management of Ante natal & Post natal cases
Immunization for children & adults

Laboratory Test and Other Investigation
Urine FEME
Urine drug test
ECG
Ultrasound
Audiometry
Pap Smear
Deep Heart Therapy
Radiology (x-ray) services
Spirometry
Blood test

24/11/2025

Measles can be fatal.
Do you know its symptoms?

🔸 Rash that starts on the face and spreads over the body
🔸 Fever
🔸 Runny nose
🔸 Cough
🔸 Red and watery eyes
🔸 Small white spots inside the cheeks

Seek health care if you suspect you or your child has measles.

23/11/2025

Waspada Banjir.

Air banjir bukan tempat untuk bers**a ria!

Pantau dan nasihat anak-anak agar terlindung daripada penyakit bawaan air.

22/11/2025

Orang Malaysia s**a kaitkan semua benda dengan angin.
Sakit kepala - angin.
Perut tak selesa - angin.
Dada ketat - angin.
Sakit belakang - pun angin.

Padahal “angin” yang kita maksudkan tu bukan semata-mata dari makanan.
Banyak benda lain dalam hidup harian kita yang buat tubuh rasa tak selesa,
tapi kita senang sangat salahkan nasi lemak, kopi, atau cuaca.

Ada hari badan rasa sebu bukan sebab makan pedas, tapi sebab kita tidur tak cukup dan usus bergerak perlahan.

Ada hari perut berbunyi dan kembung bukan sebab salah makan, tapi sebab stress tinggi, dan usus terima isyarat itu dulu sebelum otak.

Ada hari dada rasa ketat bukan sebab angin naik,
tapi sebab kita terlalu cemas, dan tubuh balas dengan cara yang kita tak sedar.

Ada hari kita rasa pening atau melayang
bukan sebab “angin dalam kepala”,
tapi sebab dehidrasi ringan atau tekanan darah berubah bila bangun terlalu cepat.

Bila kita salah faham semua ini sebagai angin,
kita tertinggal tanda kecil yang tubuh cuba beritahu.
Kadang kadang ia cuma perlukan air.
Kadang perlukan rehat.
Kadang perlukan kita bertenang.
Bukan selalu perlukan minyak, pil, atau urut.

Ya, makanan boleh buat angin.
Tapi bukan semua rasa tak selesa datang dari perut.
Kita cuma dah terbiasa guna satu perkataan untuk semua rasa pelik dalam badan.

Kalau badan bagi isyarat yang sama berulang ulang, jangan hanya fikir “ini angin”.
Cari sekejap punca sebenar,
supaya kita tak rawat salah dan abaikan apa yang sepatutnya dijaga.

18/11/2025

Perut berbunyi waktu senyap selalu jadi bahan lawak.

Dalam meeting, dalam kelas, masa baring nak tidur pun bunyi “grooook” tiba tiba.
Ramai terus fikir itu tanda lapar.

Sebenarnya tidak.
Perut berbunyi bukan semestinya sebab anda perlukan makanan.
Perut berbunyi sebab usus sedang bekerja.

Selepas anda makan, otot usus mula menolak makanan ke depan dalam pergerakan yang dipanggil peristalsis. Pergerakan ini menghasilkan bunyi.

Cuma bila keadaan sekeliling senyap, kita lebih jelas dengarnya.

Kadang bunyi kuat, kadang perlahan, tetapi ia sebenarnya proses normal.

Perut juga berbunyi bila makanan belum hadam sepenuhnya.

Contohnya bila makan terlalu cepat, minum dengan straw, atau makan makanan yang menghasilkan gas.

Udara dan gas yang bergerak melalui usus akan menghasilkan bunyi yang lebih jelas.

Perut juga berbunyi bila usus kosong.
Bukan sebab lapar, tetapi kerana usus menghantar gelombang pembersihan untuk “membuang sisa” sebelum menerima makanan yang seterusnya.

Ini yang ramai salah sangka sebagai “badan minta makan”.

Tetapi jika bunyi perut datang bersama sakit mencucuk, cirit birit, kembung teruk, bau kentut berubah kuat, atau rasa loya, itu bukan normal.

Itu boleh jadi tanda usus sensitif, intoleransi makanan, atau jangkitan.

Perut berbunyi bukan masalah.
Yang penting ialah bila bunyi disertai gejala lain.

Tubuh jarang diam tanpa sebab.
Kadang ia berbunyi hanya untuk beritahu bahawa usus sedang bekerja seperti biasa.

18/11/2025

Ramai orang panik bila rasa sakit di sebelah kiri dada.
Ada yang terus fikir serangan jantung.
Ada yang buat tak endah kerana anggap itu cuma lenguh biasa.

Sebenarnya, sakit dada kiri tidak semestinya berpunca daripada jantung.
Tetapi yang penting ialah memahami bezanya, supaya anda tahu bila perlu bertenang dan bila perlu bertindak cepat.

Sakit dada yang datang dari otot biasanya lebih tajam dan jelas bila menekan kawasan itu dengan jari. Ia juga bertambah sakit apabila anda berpusing, mengangkat tangan, atau menarik nafas panjang. Ini selalunya berpunca daripada otot tegang, tidur salah posisi, atau kerja berat.

Sakit dada akibat gastrik p**a datang dalam bentuk rasa pedih, senak, atau panas di tengah dada. Ia boleh memancar ke kiri dan membuatkan ramai keliru dengan sakit jantung. Rasa ini biasanya datang selepas makan, lewat malam, atau apabila perut kosong lama.

Sakit dada akibat anxiety sangat ramai alami tanpa sedar. Nafas jadi pendek, dada rasa ketat, dan badan rasa seperti tak cukup oksigen. Sensasi ini boleh jadi sangat menakutkan tetapi tidak merosakkan otot jantung.

Namun, ada sakit dada yang tidak boleh diabaikan.
Jika sakitnya menekan, seperti ada batu besar di dada, memancar ke bahu kiri atau rahang, disertai sesak nafas, peluh sejuk, atau rasa ingin pitam, itu adalah tanda kecemasan.
Itu bukan otot. Itu bukan gastrik. Itu bukan anxiety.
Itu boleh jadi jantung.

Tubuh sentiasa memberi petanda awal.
Belajar mendengar isyaratnya supaya anda tidak panik tanpa sebab, dan tidak berlengah bila masa betul betul penting.

15/11/2025

Sindrom Katak Terendam (Boiling Frog Syndrome) ialah metafora tentang bagaimana manusia boleh terperangkap dalam situasi yang semakin buruk tanpa sedar, hanya kerana perubahan itu berlaku perlahan.

Digambarkan seperti seekor katak yang diletakkan dalam air suam. Suhu meningkat sedikit demi sedikit, dan kerana ia tidak terasa bahaya, katak itu terus bertahan. Sampai akhirnya air mendidih, barulah segalanya sudah terlambat.

Jadilah sup katak.
Begitu juga dalam hidup. Ada orang yang bekerja dalam suasana toksik, tetapi terus “ok lagi”. Ada yang berada dalam hubungan yang menyakitkan, tetapi kekal kerana “belum teruk sangat”.

Ada yang semakin letih, semakin hilang diri, tetapi menenangkan hati dengan “nanti baiklah”. Hari berganti hari, suhu terus naik, jiwa makin panas, dan kita tak perasan kita sedang terbakar perlahan-lahan.

Pengajarannya jelas, jangan abaikan tanda awal. Perhatikan perubahan kecil, dengarkan tubuh, dengarkan emosi.

Jika keadaan makin panas, jangan tunggu sampai mendidih. Lindungi diri, cari jalan keluar, dan selamatkan hati sebelum terlambat.

10/11/2025

H1N1: Virus Lama yang Masih Hidup Dalam Musim Influenza Hari Ini

Tahun 2009, di sebuah kawasan luar bandar di Mexico, beberapa pesakit datang ke klinik dengan demam tinggi, batuk kuat dan sesak nafas.

Tapi bila diuji, virusnya pelik bukan influenza biasa. Ia campuran tiga dunia: virus manusia, virus burung dan virus babi. Dari situ lahirlah satu nama yang kemudian menggoncang dunia H1N1, atau “swine flu.”

Virus ini berpunca daripada mutasi di ladang babi, di mana pelbagai jenis virus bercampur dan bertukar genetik. Apabila ia berjaya menjangkiti manusia, H1N1 mula merebak dengan pantas.

Dalam masa beberapa minggu, dari Mexico ia sampai ke Amerika Syarikat, kemudian ke Asia, Eropah dan akhirnya ke seluruh dunia.

WHO mengisytiharkan pandemik global pertama abad ke-21. Lebih 200 negara terjejas, jutaan orang dijangkiti, dan ribuan kehilangan nyawa terutama kanak-kanak, ibu mengandung, dan pesakit kronik.

Tamiflu

Ketika dunia dilanda pandemik H1N1 pada tahun 2009, Tamiflu (Oseltamivir) menjadi antara senjata utama dalam perang menentang virus ini.

Waktu itu, belum ada vaksin lagi dan Tamiflu satu-satunya ubat yang terbukti mampu mengurangkan kesan dan kadar kematian akibat H1N1.

Tamiflu diberikan kepada pesakit dalam 48 jam pertama selepas simptom bermula.
Ia tidak membunuh virus, tetapi menghalang virus daripada membiak, menjadikan:
• Gejala lebih ringan
• Tempoh sakit lebih pendek
• Risiko radang paru-paru dan kematian berkurang

Vaksin H1N1

Namun dengan usaha pantas saintis menghasilkan vaksin influenza H1N1, kes mula menurun. Saintis dah lama hasilkan vaksin influenza setiap tahun. Jadi bila H1N1 muncul, mereka cuma perlu ubah sedikit formula, dan vaksin dapat dihasilkan dengan cepat.

Pada tahun 2010, pandemik berakhir, tapi virus itu tak hilang. Ia kini hidup dalam bentuk Influenza A (H1N1)pdm09, yang masih beredar setiap tahun dan dilindungi oleh vaksin influenza tahunan.

Berdasarkan data yang ada, A(H1N1)pdm09 masih salah satu strain utama yang beredar sekarang di rantau ini termasuk kemungkinan besar di Malaysia.

Bezanya, hari ini kita lebih bersedia.
Kita ada vaksin tahunan yang melindungi daripada H1N1, H3N2 dan Influenza B, serta pengalaman berharga dari pandemik dulu.
Tapi ramai masih fikir influenza sekadar “demam kuat.”

Setiap kali kita ambil vaksin influenza, kita sebenarnya sedang meneruskan pertahanan yang pernah menyelamatkan berjuta nyawa dahulu.

Kerana virus tidak pernah lenyap ia cuma menunggu bila manusia mula lupa.

05/11/2025

Kadang bantuan yang kecil pun boleh jadi besar sekadar mendengar luahan, menghantar mesej bertanya khabar, atau hulur sedikit bantuan. Kita mungkin tak sedar, tapi bagi orang yang sedang susah, itu sudah cukup untuk buat dia rasa tidak bersendirian.

Setiap kali kita memudahkan urusan orang lain, sebenarnya kita sedang memudahkan urusan diri sendiri juga. Dunia jadi lebih ringan bila kita saling bantu.

05/11/2025

Sekarang nak jadi ibu bapa bukan sekadar tahu jaga anak tapi kena bijak pantau kesihatan keluarga juga.

1. Termometer digital

Demam bukan sekadar “rasa panas”. Dengan termometer, kita tahu suhu sebenar.
✅ Normal: bawah 38°C
⚠️ Amaran: suhu melebihi 38°C, tapi masih aktif dan minum seperti biasa.
🚨 Red flag: suhu 39°C ke atas, demam berterusan lebih 2 hari, anak lesu, tak minum, atau s**ar bernafas.

2. Alat tekanan darah (BP Monitor)

Tekanan darah tinggi kadang tiada simptom, tapi jika dibiarkan boleh sebabkan strok atau serangan jantung.

✅ Normal: sekitar 120/80 mmHg
⚠️ Amaran: bacaan melebihi 140/90 mmHg secara konsisten walaupun dah rehat perlu mula pantau dan ubah gaya hidup.
⚠️ Perhatian serius: bacaan 160/100 mmHg ke atas walaupun tanpa simptom perlu jumpa doktor dalam beberapa hari untuk semakan lanjut.
🚨 Red flag: bacaan melebihi 180/120 mmHg, atau disertai sakit kepala teruk, penglihatan kabur, sesak dada, lemah sebelah badan, atau pertuturan jadi pelat.

Ini tanda hypertensive urgency/emergency, perlu jumpa doktor segera atau terus ke kecemasan (ED).

3. Pulse oximeter

Alat kecil ni ukur oksigen dalam darah (SpO₂). Penting bila batuk, selesema atau ada jangkitan paru-paru.

✅ Normal: 95–100%
⚠️ Amaran: 93–94% tapi masih boleh bernafas seperti biasa teruskan pantau dan rehat secukupnya.
🚨 Red flag: Bacaan bawah 93%, atau disertai sesak nafas, bibir kebiruan, atau degupan jantung laju.

Alat-alat ini bukan bermaksud anda tak perlu ke klinik tapi ia bantu pantau dari rumah, tahu bila perlu bertindak cepat, dan elak panik tak perlu.
Sekarang nak jadi parent, kena bijak, bukan tunggu cemas baru nak bertindak.

29/10/2025

Hari Strok Sedunia disambut bagi meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kepentingan pencegahan dan pengesanan awal strok.

Strok ataupun angin ahmar merupakan kelumpuhan saraf yang berlaku disebabkan kekurangan oksigen yang dibawa ke bahagian otak.

Marilah kita bersama-sama meningkatkan kesedaran terhadap tanda-tanda awal strok dan mendapatkan rawatan segera.

Setiap minit amat berharga — tindakan pantas boleh menyelamatkan nyawa.

Ikhlas daripada
YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad
Menteri Kesihatan

28/10/2025

Address

B-11-O, Lot11, Block B, Ground Floor Lintas Square, Jalan Lintas
Kota Kinabalu
88300

Opening Hours

Monday 08:00 - 20:00
Tuesday 08:00 - 20:00
Wednesday 08:00 - 20:00
Thursday 08:00 - 20:00
Friday 08:00 - 20:00
Saturday 08:00 - 20:00
Sunday 08:00 - 20:00

Telephone

+6088276760

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Medisinar Klinik & Surgeri Lintas Square posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Medisinar Klinik & Surgeri Lintas Square:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram

Category