Kecantikan Wanita Sejati Confinement Lady Sabah

Kecantikan Wanita Sejati Confinement Lady Sabah Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Kecantikan Wanita Sejati Confinement Lady Sabah, Health spa, Kota Kinabalu.

KECANTIKAN WANITA SEJATI
Sentuhan Tradisional, hasil luar biasa!Kami membantu dalam penjagaan wanita dari rawatan berpantang,ikhtiar kesuburan,hingga kecantikan dalaman & luaran.”Rahsia Kecantikan & Kesuburan Wanita Bermula Di Sini.”

18/11/2025

Alhamdulillah, satu lagi Pakej Penjagaan Berpantang Eksklusif 14 Hari telah selesai dengan sempurna.
Terima kasih kepada adik Ira & keluarga atas kepercayaan memilih pakej penjagaan berpantang Kak Bidan sepanjang tempoh berpantang ❤️

Setiap rawatan disusun mengikut keperluan pemulihan ibu,dengan teknik bidan kampung, herba terpilih dan sentuhan profesional untuk memastikan tubuh kembali kuat, tenang dan seimbang.
Ketenangan ibu, keselesaan bayi, dan pengalaman penyembuhan yang lembut adalah keutamaan kak bidan.

Pakej Premium Berpantang merangkumi:
-Urutan Berpantang Bidan Kampung
-Rawatan Bertungku Tradisi & Moden
-Bertangas Herba Premium
-Mandian Herba ibu
-Urutan Baby, Tungku Baby & Mandian Baby
-Hidangan Berpantang Berkhasiat yang Disediakan Setiap Hari

Rawatan ini direka khas untuk memberikan pengalaman pemulihan yang menyeluruh, lebih selesa, lebih selamat, dan lebih sempurna untuk ibu selepas bersalin.

Untuk ibu yang mengutamakan servis profesional, privasi & kualiti premium, Kak Bidan sedia membantu di kawasan Kota Kinabalu & sekitarnya…

📞 Kak Bidan 019-8729997
🎓 Profesional Therapist & Bidan Kampung SKM & DKM
📸 IG:

Bismillahirrahmanirrahim,Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT atas limpa...
11/11/2025

Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT atas limpah kurniaNya. Hari ini, dengan penuh rasa rendah diri dan kesyukuran, saya menerima Anugerah Ikon Wanita Inspirasi Sabah 2025 dan Anugerah Idola Inspirasi Wanita Sabah 2025, satu penghargaan yang saya abadikan untuk semua wanita hebat di luar sana.

Anugerah ini bukan milik saya semata, tetapi milik setiap wanita yang tidak pernah berhenti berjuang, walau diuji dan jatuh berkali-kali.

Selama dua dekad dalam dunia rawatan tradisional dan penjagaan ibu selepas bersalin, saya belajar bahawa kecantikan sebenar seorang wanita lahir daripada ketabahan, kasih sayang dan keikhlasan hatinya.

Setiap sentuhan rawatan saya adalah doa, agar setiap ibu kembali mencintai dirinya, di situlah keindahan sejati seorang wanita.

Terima kasih kepada suami, ibu bapa saya dan rakan seperjuangan serta semua yang menjadi sumber kekuatan saya. Semoga saya terus dapat menabur ilmu, memberi inspirasi dan membawa sinar buat lebih ramai wanita di Sabah dan seluruh Malaysia.

Semoga kita terus menjadi wanita yang kuat, berilmu dan berjiwa besar.
Terima kasih.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Syukur kepada Allah atas nikmat kesihatan dan kekuatan. Terima kasih kepada semua pelanggan yang sentiasa mempercayai ka...
04/11/2025

Syukur kepada Allah atas nikmat kesihatan dan kekuatan. Terima kasih kepada semua pelanggan yang sentiasa mempercayai kami.

Alhamdulillah, selesai sesi penjagaan & rawatan berpantang untuk adik sekeluarga...Wah Makin berseri-seri!
Semoga terus sihat & bahagia disamping keluarga tersayang..

Maaf ya adik manis Linda sebab lambat upload gambar sesi kita hari tu. Nanti kita urut-urut lagi ya🥰😍😘

Semoga anak-anak membesar menjadi anak yang soleh dan solehah penyejuk hati ibu ayah.






Penjagaan Berpantang Baby TwinsTahniah kepada ibu yang dikurniakan pasangan bayi kembar. Penjagaan bayi kembar memerluka...
01/11/2025

Penjagaan Berpantang Baby Twins

Tahniah kepada ibu yang dikurniakan pasangan bayi kembar. Penjagaan bayi kembar memerlukan perhatian rapi, kesabaran serta kehalusan sentuhan untuk memastikan kedua-dua bayi sentiasa selesa, tenang dan teratur dalam rutin harian.

Terima kasih kepada adik Shakinah kerana memilih perkhidmatan kami untuk bantuan penjagaan berpantang. Semoga kedua-dua
Anak kembar soleh dan solehah membesar dengan sihat, menjadi anak yang sempurna berjaya dunia dan akhirat.

Kita akan berjumpa semula pada sesi penutup pantang nanti. Terima kasih atas kepercayaan yang diberikan.




Untuk keterangan lanjut pakej ni
Boleh terus whatsap ⁨019-872 9997⁩

🌸 Pakej Berpantang Premium Ibu & Bayi  🌸Manjakan diri anda selepas bersalin dengan rawatan berpantang tradisional untuk ...
31/10/2025

🌸 Pakej Berpantang Premium Ibu & Bayi 🌸

Manjakan diri anda selepas bersalin dengan rawatan berpantang tradisional untuk pemulihan menyeluruh, fizikal, emosi dan tenaga dalaman.

❤️Apa yang anda dapat dalam pakej ini
• Urutan badan penuh (postnatal massage)
• Bertungku tradisional
• Berpilis, berparam & bertapel
• Tangas kering & basah
• Lulur badan herba
• Mandian herba
• Bengkung & sapuan minyak herba
• Urutan bayi
• Mandian bayi
• Tungku bayi

Kelebihan Pakej Berpantang Ini
Membantu memulihkan tenaga selepas bersalin
✨ Mengurangkan sakit badan & lenguh sendi
-Mengecutkan rahim & melancarkan darah nifas
- Membantu mengempiskan perut & bentuk semula badan
-Mengurangkan stress & menenangkan emosi ibu
- Melancarkan penyusuan & bantu keluarkan susu
-Kulit lebih segar, badan lebih ringan & bertenaga
-Bayi lebih relaks, lena tidur & kurang kembung

🎁 Bonus
• Konsultasi penjagaan ibu & bayi
• Jadual pemakanan & penyusuan
• Produk herba premium (mengikut pakej)

🌺 Rawatan penuh kasih untuk ibu, belaian lembut untuk bayi.

Untuk keterangan lanjut boleh terus hubungi
Whatsapp ⁨019-872 9997⁩

25/10/2025

Assalamualaikum & selamat malam semua..
Kak bidan ingin berkongsi throwback penjagaan Pakej Berpantang 21 Hari bersama adik Ira dan bayi kesayangannya…

Sepanjang tempoh bersama, fokus kami adalah pada pemulihan ibu secara teratur dan selesa, serta penjagaan bayi yang tenang dan selamat.
Antara rutin harian yang dijalankan:

• Urutan pemulihan & sengkak untuk membantu pulihkan rahim
• Bertungku & bertangas untuk melegakan badan dan kembalikan tenaga
• Penjagaan bayi dengan teknik sentuhan lembut
• Sesi pembukaan & penutupan pantang sebagai pelengkap rawatan

Alhamdulillah, adik Ira dapat melalui fasa awal berpantang dengan baik, tidur lebih teratur, badan lebih ringan dan lebih yakin menguruskan bayi selepas sesi terakhir.

Untuk ibu-ibu yang bakal bersalin,
Jika anda mencari penjagaan berpantang yang kemas, teratur dan berpengalaman,
Kak bidan sedia membantu mengikut keperluan dan keadaan ibu.

📱 WhatsApp untuk pertanyaan & semakan tarikh:
https://Kakbidan.wasap.my
019-8729997

Slot dibuka secara terhad bagi memastikan setiap ibu mendapat perhatian sepenuhnya.




Bismillah…Assalamualaikum semua…🤩Urutan berpantang🤩Urutan limpatik(pesakit kanser)🤩Urutan kesuburan🤩Tangas kering 2org🤩U...
25/10/2025

Bismillah…Assalamualaikum semua…

🤩Urutan berpantang
🤩Urutan limpatik(pesakit kanser)
🤩Urutan kesuburan
🤩Tangas kering 2org
🤩Urut dan tuam baby Twins

Syukur alhamdulillah...pakej rawatan siang tadi, Terima kasih utk semua pelanggan kak bidan yang sentiasa setia bersama kami… Rawatan sentiasa on setiap hari….

Untuk keterangan lanjut dan pertanyaan boleh terus whatsapp Kak Bidan Confinement
https://Kakbidan.wasap.my
https://Kakbidan.wasap.my








17/10/2025
Ibu baru lepas bersalin? Nak badan cepat pulih & rasa segar macam dulu? Pakej Berpantang lengkap Kak Bidan sedia bantu a...
12/10/2025

Ibu baru lepas bersalin? Nak badan cepat pulih & rasa segar macam dulu?

Pakej Berpantang lengkap Kak Bidan sedia bantu anda dari A–Z! 🤱🏻
Termasuk:
💆‍♀️ Urutan Berpantang
🔥 Bertungku & BerTangas
💧 Mandian Herba
👶 Urutan & Mandikan Baby
🍲 Masakan & penjagaan lengkap

Rawatan dilakukan oleh Profesional Therapist bertauliah (SKM & DKM) dengan sentuhan penuh kasih & pengalaman 🌸

📞 Tempahan: 019-8729997
📸 IG:

12/10/2025

Alhamdulillah selesai lagi satu Pakej aPenjagaan Berpantang 14hari
Terima kasih ibu comel Zulaikha & keluarga atas kepercayaan ❤️

Syukur diberi peluang menjaga dari hari pertama hingga akhir 🌷

Setiap sentuhan, setiap rawatan, semua dengan kasih & doa untuk pemulihan yang sempurna 🤱🏻

- Urutan Berpantang
- Bertungku
- Bertangas
- Mandian Herba
- Urutan Baby + Tungku baby & Mandian Baby
- Masakan Berpantang

Semoga terus sihat & bahagia bersama si kecil 💖
Jumpa lagi di sesi seterusnya!

📞 Kak Bidan 0198729997
🎓 Profesional Therapist SKM & DKM
📸 IG:

🌸 PAKEJ PENJAGAAN BERPANTANG EKSKLUSIF DI RUMAH ANDA 🌸Assalamualaikum & salam sejahtera ibu-ibu hebat 💕Buat anda yang ba...
30/09/2025

🌸 PAKEJ PENJAGAAN BERPANTANG EKSKLUSIF DI RUMAH ANDA 🌸

Assalamualaikum & salam sejahtera ibu-ibu hebat 💕

Buat anda yang bakal menimang cahaya mata, kini tak perlu lagi risau atau pening kepala mencari siapa yang boleh membantu sepanjang tempoh berpantang…

✨ Dengan pengalaman luas dalam rawatan tradisional Melayu & penjagaan ibu selepas bersalin, Kak Bidan menawarkan pakej penjagaan berpantang profesional terus ke rumah anda!

📍 Pilihan pakej fleksibel mengikut keselesaan anda:
✅ 5 hari | ✅ 7 hari | ✅ 14 hari | ✅ 21 hari | ✅ 28 hari | ✅ 42 hari
(Pilihan Stay-in atau Stay-back)

💆‍♀️ Apa yang ibu bakal nikmati?
✔️ Urutan tradisional Melayu pemulihan selepas bersalin
✔️ Bertungku, bertangas, mandian herba & bertasak
✔️ Panduan & penjagaan pemakanan berpantang
✔️ Penjagaan emosi & sokongan moral untuk ibu
✔️ Rawatan oleh terapis bertauliah (DKM & Lesen KKM)

Tak perlu lagi susahkan ibu atau mertua…
Tak perlu bimbang siapa yang akan jaga…
Kini ibu boleh rehat, pulih & fokus sepenuhnya pada si manja 💖

📲 Tempah slot anda sekarang (terhad!):
👉 Klik WhatsApp: https://Kakbidan.wasap.my

Kecantikan Wanita Sejati Postnatal Care Sabah

💬 Hubungi kami untuk harga & info lanjut
https://Kakbidan.wasap.my
https://Kakbidan.wasap.my





Address

Kota Kinabalu
88200

Telephone

+60198729997

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kecantikan Wanita Sejati Confinement Lady Sabah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Kecantikan Wanita Sejati Confinement Lady Sabah:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram

Category