Queen Elizabeth Hospital, Sabah

Queen Elizabeth Hospital, Sabah This is QEH's Offical FB Page. Do feel free to give us your feedback/suggestions/grievances and we will get back to you as soon as we can.
(225)

*📣 ‼️‼️‼️HEBAHAN PROGRAM PEMERIKSAAN TELINGA, HIDUNG, TEKAK, MULUT DAN LEHEER‼️‼️‼️📣*Sukacita dimaklumkan bahawa *Progra...
03/12/2025

*📣 ‼️‼️‼️HEBAHAN PROGRAM PEMERIKSAAN TELINGA, HIDUNG, TEKAK, MULUT DAN LEHEER‼️‼️‼️📣*

Sukacita dimaklumkan bahawa *Program Pemeriksaan Telinga, Hidung, Mulut dan Leher* akan diadakan seperti ketetapan berikut:

*Tarikh: 06 Disember 2025 (Sabtu)*

*Masa: 8.00 Pagi - 1.00 Petang*

*Tempat: Klinik Kesihatan Tangkarason, Paitan*

Terdapat beberapa pemeriksaan kesihatan yang akan dijalankan. Antaranya pemeriksaan 👂🏻👁️👃🏻 secara *PERCUMA*. Orang ramai dijemput hadir.

Jom sama-sama memeriahkannya. Jumpa anda disana 🎊🎉🕺🏻

*BELASUNGKAWA*Pihak Pengurusan Tertinggi serta seluruh warga kerja Hospital Queen Elizabeth merakamkan ucapan takziah ke...
03/12/2025

*BELASUNGKAWA*

Pihak Pengurusan Tertinggi serta seluruh warga kerja Hospital Queen Elizabeth merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarhamah Dr. Fatimah @ Hartina binti Hussin, Ketua Perkhidmatan Radiologi Negeri Sabah yang telah kembali ke rahmatullah pada 03 Disember 2025 (Rabu).

Sesungguhnya, pemergian Allahyarhamah merupakan satu kehilangan besar kepada warga hospital. Allahyarhamah dikenang sebagai seorang yang komited dalam menjalankan tugas.

Semoga Allahyarhamah dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.

KOTA KINABALU, SABAH — ‘The Bornean Region Pain Medicine Workshop’ 2025 telah mencipta sejarah sebagai program perintis ...
14/11/2025

KOTA KINABALU, SABAH — ‘The Bornean Region Pain Medicine Workshop’ 2025 telah mencipta sejarah sebagai program perintis di negeri Sabah apabila berjaya dilaksanakan pada tanggal 31 Oktober 2025 di Galeri Azman Hashim, Universiti Malaysia Sabah (UMS).
Program ini dianjurkan hasil inisiatif ‘Malaysian Association for the Study of Pain’ (MASP) dengan kerjasama Unit Perubatan Kesakitan dari Jabatan Anestesiologi dan Rawatan Kritikal, Hospital Queen Elizabeth (HQE), Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan dari Universiti Malaysia Sabah (UMS), serta Persatuan Kakitangan Akademik Anestesia Sabah (PERAKAS).
Inisiatif ini merupakan kesinambungan daripada siri bengkel tahunan di Semenanjung Malaysia dan kini diperluaskan ke wilayah Borneo Malaysia bagi memperkukuh kesedaran serta pengetahuan kesihatan secara profesional dalam bidang perubatan kesakitan. Seramai 110 peserta dari seluruh Borneo Malaysia- termasuk konsultan perubatan, pakar perubatan, pegawai perubatan, jururawat serta anggota kesihatan bersekutu, telah menyertai bengkel bertaraf kebangsaan ini yang memberi fokus kepada pendekatan multidisiplin dan holistic di dalam rawatan pengurusan kesakitan.
Majlis perasmian bengkel ini telah disempurnakan oleh Dr. Mary Suma Cardosa, Presiden-Elekt ‘International Association for the Study of Pain’ (IASP), yang turut menyampaikan ucapan berinspirasi tentang keperluan memperluas kesedaran dan pendidikan berkaitan rawatan pengurusan kesakitan di Borneo Malaysia.
Bengkel ini bertujuan untuk:
• Meningkatkan kesedaran tentang perbezaan antara rawatan kesakitan akut dan kronik serta kaedah rawatan pengurusannya.
• Memperkaya pengetahuan warga kesihatan Sabah dan Sarawak tentang kesakitan kronik.
• Memperkenalkan kaedah rawatan tanpa ubat (non-pharmacological techniques) dan pendekatan pasukan pelbagai disiplin (multidisciplinary team management).
• Mewujudkan platform untuk pertukaran pandangan, ilmu dan pengalaman antara tenaga kesihatan seluruh Borneo Malaysia.
Kejayaan penganjuran dua acara utama ini tidak mungkin tercapai tanpa sokongan dan dedikasi jawatankuasa penganjur yang terdiri daripada kakitangan Jabatan Anestesiologi dan Rawatan Kritikal, Hospital Queen Elizabeth di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia, (KKM) dan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK), Universiti Malaysia Sabah (UMS) di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).

Jawatankuasa ini diketuai oleh Dr. Nagarajan Nagalingam, Pakar Perunding Anestesiologi, Rawatan Rapi dan Perubatan Kesakitan Negeri Sabah, dengan kerjasama rapat Profesor Madya Dr. Rajesh Kumar Muniandy, Pakar Perunding Anestesiologi, Rawatan Rapi dan Perubatan Kesakitan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Malaysia Sabah (UMS).
Gabungan tenaga daripada kedua-dua institusi ini mencerminkan sinergi padu di antara sektor kesihatan dan akademik dalam memperkukuh bidang perubatan kesakitan (Pain Medicine) di Borneo Malaysia.
Bengkel ini menampilkan barisan tokoh terkemuka yang telah mencorakkan hala tuju perubatan kesakitan di Malaysia:
1. Dr. Mary Suma Cardosa, Presiden-Elekt ‘International Association for the Study of Pain’ (IASP) yang merupakan pengasas dan pelopor utama bidang rawatan pengurusan kesakitan di Malaysia.
2. Profesor Dr. Zubaidah Jamil Osman, Presiden ‘Malaysian Association for the Study of Pain’ (MASP) dan Profesor Psikologi Klinikal di ‘Management and Science University’ (MSU).
3. Dato’ Dr. Usha Rajah, Ketua Perkhidmatan Perubatan Kesakitan (Pain Medicine) Kementerian Kesihatan Malaysia dan Ketua Perkhidmatan Anestesiologi dan Rawatan Klinikal negeri Pulau Pinang.
4. Dr. Nagarajan Nagalingam, Pakar Perunding Anestesiologi & Rawatan Rapi dan Perubatan Kesakitan (Pain Medicine) negeri Sabah.
5. Profesor Madya Dr. Rajesh Kumar Muniandy, Pakar Perunding Anestesiologi & Rawatan Rapi dan Perubatan Kesakitan, Universiti Malaysia Sabah.
6. Ahli Terapi Kanan dari Jabatan Perubatan Rehabilitasi, Hospital Queen Elizabeth, termasuk ahli fisioterapi dan terapi carakerja.
Sepanjang bengkel, para pakar membincangkan pelbagai topik penting merangkumi aspek klinikal, psikologi, rehabilitasi dan cabaran perkhidmatan perubatan kesakitan:
• “Pain-Free Hospital in Our Daily Practice” oleh Dato’ Dr. Usha Rajah, menekankan kepentingan pelaksanaan budaya hospital bebas kesakitan.
• “Updates in Pain Management and Pain Management in Cancer Patients” oleh Dr. Nagarajan Nagalingam, membincangkan pendekatan terkini dan menyeluruh dalam pengurusan pesakit kanser dan kronik.
• “Role of Physiotherapist and Occupational Therapist in Completing a Long Lasting Plan for Chronic Pain Patients”, menyorot peranan penting fisioterapi dan terapi carakerja dalam pelan rawatan jangka panjang.
• “Psychological Approaches in Pain Management” oleh Profesor Dr. Zubaidah Jamil Osman, menekankan kepentingan vital bahawa rawatan pengurusan kesakitan ini hanya lengkap apabila pegawai-pegawai yang mengendalikannya memahami aspek psikologi pesakit-pesakit dalam merangka dan menjalankan rawatan perubatan kesakitan.
• “The Challenges in Pain Management and How to Overcome Them” oleh Dr. Mary Suma Cardosa, membincangkan dan telah merumuskan secara keseluruhan cabaran-cabaran semasa dan strategi-strategi yang dapat digunakan untuk memperkukuh perkhidmatan perubatan kesakitan (Pain Medicine) di Malaysia.
Sesi “Multiple Stations” turut diadakan, melibatkan fisioterapi, terapi carakerja, farmasi dan demonstrasi terapi jarum (Needle Therapy), memberi peluang kepada peserta mengalami sendiri pendekatan multidisiplin dalam rawatan pengurusan kesakitan.
Bengkel diakhiri dengan sesi panel bertajuk “Interdisciplinary Approach in Pain Management”, dimoderatorkan oleh Dr. Mary Suma Cardosa (Presiden IASP) bersama panelis Dato’ Dr. Usha Rajah, Profesor Dr. Zubaidah Jamil Osman, Dr. Nagarajan Nagalingam, dan Dr. Firdaus (Pengarah Hospital Mesra Bukit Padang dan Ketua Perkhidmatan Psikiatri negeri Sabah). Sesi ini menekankan peri pentingnya kolaborasi pelbagai disiplin dalam memastikan rawatan perubatan kesakitan diberikan secara menyeluruh, bersepadu dan berkesan.

Sebagai kesinambungan bengkel tersebut, ‘The Bornean Region Pain Medicine Family Day’ 2025 telah diadakan pada hari berikutnya, pada tanggal 1hb November 2025 di Teluk Likas Pantai 1, bertemakan “Chronic Pain Can Be Controlled!” – Sesungguhnya Sakit Kronik Itu Boleh Kita Kawal!
Program hari kedua di tepi pantai ini, telah dirasmikan oleh Dr. Marcus Netto, Timbalan Pengarah Hospital Queen Elizabeth, yang menekankan kepentingan penglibatan keluarga dan komuniti dalam rawatan menyeluruh pengurusan kesakitan pesakit-pesakit dengan kesakitan kronik.
Program ini menghimpunkan pesakit-pesakit kesakitan kronik dan ahli-ahli keluarga mereka bersama-sama dengan anggota-anggota kesihatan untuk meningkatkan kefahaman bahawa kesakitan kronik boleh dikawal melalui pendekatan secara kekitaan. Melalui program ini, kita dapat melihat kesungguhan pesakit-pesakit yang lebih bersemangat menjalani aktiviti-aktiviti hari keluarga apabila mempunyai sokongan daripada ahli keluarga dan komuniti.
Seramai 45 peserta dewasa dan 18 kanak-kanak telah mengambil bahagian dalam aktiviti santai seperti senamrobik, perkongsian pengalaman pesakit, pertandingan keluarga dan cabutan bertuah. Program ini berjaya meningkatkan semangat kerjasama, sokongan emosi dan kesedaran masyarakat bahawa kesakitan kronik bukan penghalang untuk menikmati kehidupan yang berkualiti tinggi dan bermakna.

Secara keseluruhannya, penganjuran kedua-dua program ‘The Bornean Region Pain Medicine Workshop’ 2025 dan ‘The Bornean Region Pain Medicine Family Day’ 2025 telah berjaya mencapai matlamatnya dalam memperkukuhkan kesedaran, pengetahuan serta kerjasama multidisiplin dalam bidang perubatan kesakitan. Program ini menandakan komitmen berterusan pasukan kesihatan di Malaysia dalam menerapkan rawatan kesakitan yang holistik, berasaskan bukti dan berperikemanusiaan, demi kesejahteraan pesakit dan kemajuan penjagaan kesihatan negara.
Sebagai teras utama kepada kejayaan ini, Unit Perubatan Kesakitan (Pain Medicine Unit), Hospital Queen Elizabeth dan FPSK, UMS terus berkembang sebagai bidang perubatan yang dinamik dan berimpak tinggi, didedikasikan untuk memberikan pengurusan rawatan kesakitan yang berkualiti bagi kes-kes kesakitan akut yang kompleks dan kesakitan kronik secara khusus kepada rakyat Sabah dan secara umumnya kepada seluruh Borneo Malaysia.

01/11/2025

𝐒𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐏𝐞𝐦𝐛𝐚𝐧𝐭𝐮 𝐏𝐞𝐫𝐚𝐰𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐬𝐢𝐡𝐚𝐭𝐚𝐧 𝟐𝟎𝟐𝟓

Hari ini, 1 November, kita meraikan jasa dan dedikasi semua Pembantu Perawatan Kesihatan (PPK) yang menjadi tulang belakang sistem kesihatan negara.�Mereka sentiasa berada di barisan hadapan, memastikan kebajikan dan keselesaan pesakit sentiasa terpelihara.

❤️ Terima kasih atas komitmen dan pengorbanan anda dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat Malaysia.

01/11/2025

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada YBhg. Dato’ Sri Dr. Mahathar Bin Abd. Wahab, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia atas penganugerahan Darjah Kebesaran Darjah Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) yang membawa gelaran Dato’ Sri.

Penganugerahan sempena Istiadat Darjah-Darjah Kebesaran Negeri Pahang Darul Makmur oleh Kebawah Duli Yang Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah ini adalah bukti dedikasi dan sumbangan besar beliau dalam bidang kesihatan negara.

Semoga dengan penganugerahan ini, Dato’ Sri Dr. Mahathar akan terus cemerlang dalam memimpin Kementerian Kesihatan Malaysia ke arah kegemilangan.

23/10/2025
Salam TakziahPihak hospital mengucapkan salam takziah kepada seluruh ahli keluarga Mendiang atas pemergian pada 23 Oktob...
23/10/2025

Salam Takziah

Pihak hospital mengucapkan salam takziah kepada seluruh ahli keluarga Mendiang atas pemergian pada 23 Oktober 2025.

Evelynshin binti Marimbot, Ketua Jururawat U6, General Surgical 4/SHDU HQE.

Ikhlas daripada:
Pengurusan Tertinggi dan Seluruh Warga Kerja HQE

🚨 LIMITED SEATS AVAILABLE! 🚨📢 Calling all healthcare professionals! Don't miss out on the MSN Chronic Kidney Disease (CK...
07/10/2025

🚨 LIMITED SEATS AVAILABLE! 🚨

📢 Calling all healthcare professionals! Don't miss out on the MSN Chronic Kidney Disease (CKD) Roadshow – Kota Kinabalu🏥

📅 Date: 29th November 2025 (Saturday)
⏰ Time: 8:00 AM – 4:30 PM
📍 Venue: Auditorium, Hospital Queen Elizabeth 1
💰 Registration Fee: RM50
👥 Limited to 150 participants only!

🔬 Gain insights from top nephrologists & specialists on CKD epidemiology, diagnosis, management, and case studies!
🥼 Perfect for doctors, medical officers, and healthcare professionals passionate about enhancing knowlege in Nephrology.

🔗 Register now before seats run out!
👉🏻 **SCAN THE QR CODE FOR REGISTRATION

Let’s enhance our knowledge and improve CKD patient care together! 💙

For registration queries:
Dr Ching 0142123329
Dr Eva 0129346521

BELASUNGKAWAPihak Pengurusan Tertinggi serta seluruh warga kerja Hospital Queen Elizabeth merakamkan ucapan takziah kepa...
07/10/2025

BELASUNGKAWA

Pihak Pengurusan Tertinggi serta seluruh warga kerja Hospital Queen Elizabeth merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Arif bin Abdul Hai, Pegawai Farmasi UF12, yang telah kembali ke rahmatullah pada 6 Oktober 2025 (Isnin). Allahyarham bertugas di Wad Ortopedik Lelaki, Hospital Queen Elizabeth.

Sesungguhnya, pemergian Allahyarham merupakan satu kehilangan besar kepada warga hospital. Allahyarham dikenang sebagai seorang yang komited dan berdedikasi dalam menjalankan tugas.

Semoga Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.

BELASUNGKAWAPihak Pengurusan Tertinggi serta seluruh warga kerja Hospital Queen Elizabeth merakamkan ucapan takziah kepa...
07/10/2025

BELASUNGKAWA

Pihak Pengurusan Tertinggi serta seluruh warga kerja Hospital Queen Elizabeth merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarhamah Siti Rusnah binti Jaludin, dari Wad Kebakaran dan Kelecuran HQE, yang telah kembali ke rahmatullah pada 5 Oktober 2025 (Ahad) di Unit Kecemasan HQE II.

Sesungguhnya, pemergian Allahyarhamah merupakan satu kehilangan besar kepada warga hospital. Allahyarhamah dikenang sebagai seorang yang komited dan berdedikasi dalam menjalankan tugas.

Semoga Allahyarhamah dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.

24/09/2025

𝐋𝐢𝐦𝐢𝐭𝐞𝐝 𝐬𝐥𝐨𝐭𝐬 𝐫𝐞𝐦𝐚𝐢𝐧𝐢𝐧𝐠! Only the 𝟓𝐊𝐌 𝐜𝐚𝐭𝐞𝐠𝐨𝐫𝐲 is still available, with limited t-shirt sizes (𝐒, 𝐌, 𝐋, 𝐗𝐋). First come, first served. 💜

Please email or WhatsApp us to register! 🏃‍♀️🧠
📩dementiaawarenessrun@gmail.com
📲018-908 7702 (WhatsApp only)

Address

Karung Berkunci No. 2029
Kota Kinabalu
88586

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Queen Elizabeth Hospital, Sabah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Queen Elizabeth Hospital, Sabah:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram

Category