Dr Suhazeli Abdullah

Dr Suhazeli Abdullah Family Medicine Specialist, Charity Activist: Warga Cakna, Aid4Palestine, Book Writers, MedTweetMY, Papisma, MedicalMythBusters Malaysia, MMC

تقبل الله منا ومنكم صالح الأعمالSELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN
20/03/2026

تقبل الله منا ومنكم صالح الأعمال

SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN

Kronologi di sebalik ketegangan sejarah antara AS dan Iran:US bersekongkol dengan Israhell menyerang Iran bukan konflik ...
07/03/2026

Kronologi di sebalik ketegangan sejarah antara AS dan Iran:

US bersekongkol dengan Israhell menyerang Iran bukan konflik baru, ianya sudah berlarutan lebih 70 tahun. Mari kita lihat ringkasan konflik:

📅 1951: Memiliknegarakan Minyak.

Parlimen Iran mengundi untuk memiliknegarakan minyak negara mereka, yang sebelum ini berada di bawah kawalan Kolonial British selama 50 tahun.
❓ Kenapa? Iran mahukan semula hak dan kawalan penuh ke atas sumber kekayaan asli negara mereka sendiri. Ini namanya menjaga kedaulatan negara.

📅 19 Ogos 1953: Campur Tangan CIA

CIA telah menggulingkan Perdana Menteri Iran yang dipilih secara demokratik dan menyerahkan kuasa mutlak kepada diktator monarki, Mohammad Reza Shah. Nama glamernya Shah Iran.
❓ Kenapa? Perdana Menteri British, Winston Churchill yang marah dengan tindakan Iran pada tahun 1951, telah meyakinkan Presiden AS Dwight D. Eisenhower untuk menggulingkan kerajaan Iran supaya AS dan UK dapat merampas semula kawalan ke atas minyak Iran. Di situlah puncanya. Bukan pasal agama atau pertembungan mazhab pun.

📅 1979: Revolusi Islam

Revolusi Islam tercetus dan Shah Iran berjaya disingkirkan daripada kuasa pemerintahan.
❓ Kenapa? Rakyat Iran mahu menamatkan pemerintahan diktator Shah Iran selama 26 tahun dan memaksa syarikat minyak Barat untuk keluar dari negara mereka. Sekali lagi barat terciduk. Kuasa minyak diambil kembali.

📅 22 September 1980: Pencerobohan Iraq
Saddam Hussein dari Iraq mula menceroboh Iran.
❓ Kenapa? Iraq mahu mengambil kesempatan ke atas tentera Iran yang sedang lemah. Pentadbiran Presiden Reagan (AS) telah menyokong pencerobohan ini dengan membekalkan Saddam bantuan ekonomi berbilion dolar dan senjata mematikan, termasuk senjata kimia beracun dan virus biologi seperti antraks.

📅 1988: Penglibatan Langsung AS
AS mula terlibat secara langsung dalam peperangan menentang Iran.
❓ Kenapa? Bagi meningkatkan tekanan ketenteraan terhadap Iran. AS telah memusnahkan separuh daripada tentera laut Iran dan menembak jatuh sebuah penerbangan komersial Iran, mengorbankan 290 mangsa yang tidak bersalah.

📅 Selepas Perang hingga Kini: Sekatan Ekonomi
AS telah memperluaskan sekatan ekonomi dengan mengharamkan semua perdagangan dengan mana-mana syarikat.
❓ Kenapa? Untuk melumpuhkan dan memusnahkan ekonomi Iran, sehinggakan negara itu terhalang daripada mendapatkan akses kepada import makanan penting dan ubat-ubatan untuk menyelamatkan nyawa.

📅 22 Jun 2025: Serangan Tapak Nuklear
Tentera Udara AS telah menyerang tiga tapak nuklear Iran.
❓ Kenapa? AS menggunakan alasan ancaman nuklear, walaupun Pengarah Perisikan Nasional AS sendiri menyatakan perisikan mereka tidak percaya bahawa Iran sedang membina senjata nuklear. Sehingga kini pun Iran tidak guna senjata nuklear yang kononnya didakwa itu.

📅 2026 (Februari): Persiapan Serangan Baru
AS sedang membuat persiapan untuk menyerang Iran sekali lagi.
❓ Kenapa? Pentadbiran Trump mahu memberikan "pukulan terakhir" (final blow) bagi mengambil kesempatan ke atas keadaan Iran yang tidak stabil, susulan protes besar-besaran yang sebenarnya berpunca daripada sekatan ekonomi AS itu sendiri. Ada pemberontakan dalaman yang ditaja oleh AS.

Semua serangan ke atas Iran dan beberapa negara lain itu, bukannya AS ingin menghapuskan mazhab Syiah di Iran dan menaikkan Sunni, tetapi kepentingan ekonomi dan kekuasaan menyeluruh bagi melebarkan lagi negara Israhell.

JANGAN GADAI NYAWA DENGAN 'PIL CUCI NODA' ONLINE! 🚨Ramai wanita terpedaya beli pil gugur janin di media sosial kerana ma...
06/03/2026

JANGAN GADAI NYAWA DENGAN 'PIL CUCI NODA' ONLINE! 🚨

Ramai wanita terpedaya beli pil gugur janin di media sosial kerana mahukan jalan mudah. Tapi, awas! Ini bukan jalan penyelesaian, ini jalan menempah maut.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menegaskan ubat pil gugur janin TIDAK BERDAFTAR untuk tujuan pengguguran di Malaysia. Membeli dan menggunakannya tanpa pantauan doktor adalah salah dan sangat berbahaya.

Penggunaan semberono boleh mengundang padah yang ngeri:

💥 Rahim Terkoyak & Usus Tembus: Dos yang salah boleh merobek rahim dan organ dalaman anda.

🩸 Pendarahan Teruk & Sepsis: Pendarahan tanpa henti dan jangkitan kuman boleh meragut nyawa.

👶 Bayi Cacat Kekal: Jika proses ini gagal, janin berisiko tinggi lahir dengan kecacatan fizikal atau Sindrom Mobius (lumpuh saraf muka).

AWAS UNDANG-UNDANG:

Menggugurkan janin tanpa alasan perubatan dan nasihat pakar adalah haram. Anda juga boleh dipenjara sehingga 3 tahun di bawah Seksyen 312 Kanun Keseksaan kerana menggugurkan kandungan tanpa sebab perubatan yang sah.

Kepada gadis dan wanita yang buntu, tolong jangan bertindak sendirian. Dapatkan sokongan doktor, pakar ginekologi, atau NGO bertauliah. Nyawa anda terlalu berharga untuk diserahkan kepada penjual ubat haram!

__________
Dr Abdullah
Pakar Perubatan Keluarga
7/3/2026

Bagus juga peringatan imam sebelum solat Jumaat tadi supaya mana-mana makmum yang memakai t-shirt atau baju singkat untu...
06/03/2026

Bagus juga peringatan imam sebelum solat Jumaat tadi supaya mana-mana makmum yang memakai t-shirt atau baju singkat untuk tuck-in baju dalam seluar. Supaya aurat tidak terdedah yang boleh mengganggu kesempurnaan solat. Malah boleh terbatal solat.

BATAL KE PUASA KALAU CUCUK UBAT KURUS (MOUNJARO/SAXENDA)? Ramai yang tertanya-tanya status puasa bagi pesakit yang sedan...
05/03/2026

BATAL KE PUASA KALAU CUCUK UBAT KURUS (MOUNJARO/SAXENDA)?

Ramai yang tertanya-tanya status puasa bagi pesakit yang sedang dalam rawatan obesiti atau diabetes menggunakan ubat suntikan seperti Liraglutide (Saxenda) atau Tirzepatide (Mounjaro) di siang hari. Jom kita fahami hukum dan cara pengurusannya mengikut saranan pakar!

📌 HUKUM SUNTIKAN UBAT KURUS KETIKA BERPUASA

Berdasarkan penjelasan Jabatan M***i Wilayah Persekutuan, suntikan ubat kurus di bawah kulit (subcutaneous) adalah TIDAK MEMBATALKAN PUASA.

Kenapa tidak batal?
Hal ini kerana suntikan tersebut tidak melalui rongga terbuka (seperti mulut atau hidung) dan tidak mengandungi unsur nutrisi atau makanan yang mengenyangkan. Ia semata-mata mengandungi hormon (GLP-1) yang menghantar isyarat kenyang kepada otak dan membantu mengawal selera makan. Majoriti ulama kontemporari bersepakat bahawa suntikan perubatan sebegini dibenarkan.

📌 KENALI 2 JENIS UBAT SUNTIKAN INI

1️⃣ Liraglutide (Contoh: Saxenda / Victoza): Perlu disuntik pada setiap hari.
2️⃣ Tirzepatide (Contoh: Mounjaro): Ubat yang lebih canggih dan hanya perlu disuntik sekali seminggu sahaja.

💡 TIPS KESELAMATAN & PENGURUSAN UNTUK PESAKIT

Walaupun tidak membatalkan puasa, pengurusan kesan sampingan ubat seperti loya amat penting. Berikut adalah tips keselamatan untuk anda:

✅ Waktu Terbaik Suntikan: Amat digalakkan untuk mengambil suntikan pada waktu malam (selepas berbuka) atau ketika sahur. Ini membantu mengurangkan risiko rasa loya atau pening di siang hari ketika berpuasa.
Bagi pengguna Mounjaro, lebih bijak jika anda pilih hari suntikan pada malam minggu supaya kesan letih/loya tidak mengganggu produktiviti kerja.

💧 Paksa Diri Minum Air: Ubat seperti Tirzepatide boleh mengurangkan selera minum air anda. Pastikan anda kekal hidrat dan minum air secukupnya antara waktu berbuka hingga sahur bagi mengelakkan masalah buah pinggang.

🔄 Kawal Tempat Suntikan: Suntikan boleh dilakukan di kawasan perut, paha bahagian depan, atau lengan atas. Jangan lupa untuk tukar-tukar lokasi suntikan setiap kali bagi mengelakkan lebam atau bengkak lemak di titik yang sama.

🚨 Ruksah (Kelonggaran) Berbuka: Keselamatan nyawa dan kesihatan adalah keutamaan! Jika ubat ini menyebabkan anda muntah yang teruk, menggigil, atau mengalami dehidrasi melampau pada waktu siang, anda dibenarkan (ruksah) untuk berbuka puasa.

Semoga perkongsian ini memberi pencerahan buat anda yang sedang dalam fasa rawatan. Boleh teruskan rawatan tanpa ragu-ragu, namun pastikan anda sentiasa memantau tindak balas badan anda.

Kongsikan info bermanfaat ini kepada keluarga dan kawan-kawan yang memerlukan! Sila dapatkan nasihat doktor perubatan anda untuk panduan yang lebih khusus. 👨‍⚕️👩‍⚕️

__________
Dr Abdullah
Pakar Perubatan Keluarga
6/3/2026

***iWilayahPersekutuan

Negara-negara Teluk berkata semua “garisan merah” telah dilanggar, sambil menuduh Iran sengaja menyasarkan infrastruktur...
05/03/2026

Negara-negara Teluk berkata semua “garisan merah” telah dilanggar, sambil menuduh Iran sengaja menyasarkan infrastruktur awam dan tenaga di seluruh dunia Arab untuk menyebarkan ketakutan dan panik.

Di luar Teluk, Asia Timur mungkin menjadi mangsa ekonomi terbesar. Pasaran Korea Selatan jatuh 20% dalam dua hari, kejatuhan terburuk sejak 2008, manakala pasaran Thailand dan Tokyo turun 8% apabila gangguan bekalan minyak Teluk mencetuskan kebimbangan penutupan industri.

Krisis tenaga di Teluk semakin meruncing dengan cepat:

1. Arab Saudi telah menutup kilang penapisan minyak terbesarnya.
2. Qatar Energy telah mengisytiharkan force majeure dan menghentikan eksport LNG.
3. Iraq telah mengurangkan pengeluaran minyak hampir 1.5 juta tong sehari.

Di Kanada, Perdana Menteri Mark Carney menyatakan kekesalan kerana menyokong tindakan ketenteraan Amerika Syarikat, sambil menyifatkannya sebagai satu lagi tanda keruntuhan undang-undang antarabangsa berasaskan peraturan.

Di Eropah, Presiden Donald Trump mengarahkan sekatan perdagangan terhadap Sepanyol selepas Madrid enggan memberi akses kepada pangkalan tenteranya untuk serangan berkaitan Iran. Trump juga menyerang Perdana Menteri United Kingdom Keir Starmer kerana menghalang serangan AS dari pangkalan British dengan berkata:
“Ini bukan Winston Churchill yang sedang kita hadapi.”

Qatar berkata satu peluru berpandu balistik telah mengenai pangkalan udara Al Udeid, manakala konsulat AS di Dubai terbakar selepas serangan dron. Tekanan untuk pemindahan rakyat dari kawasan itu semakin meningkat:

1. Australia menyatakan 115,000 warganya terkandas.
2. Perancis menyatakan 400,000 rakyatnya terjejas.

Pakar Ukraine sedang dihantar ke Teluk untuk membantu menjatuhkan dron Iran, menggunakan pengalaman daripada perang dengan Rusia. Di Rusia p**a, Vladimir Putin dilihat mendapat manfaat apabila gangguan bekalan dari Timur Tengah meningkatkan permintaan terhadap minyak mentah berat Rusia.

KOLESTEROL vs STATINRamai pesakit mula gelisah bila doktor kata, "Bacaan Kolesterol Pak Cik 6.5! Kena mula makan ubat ni...
03/03/2026

KOLESTEROL vs STATIN

Ramai pesakit mula gelisah bila doktor kata, "Bacaan Kolesterol Pak Cik 6.5! Kena mula makan ubat ni." Sebenarnya, nilai Total Cholesterol (TC) itu sendiri bukan sepenuhnya tentang risiko jantung anda. Ia hanyalah jumlah kasar untuk senang faham. Ianya indikator awal yang memerlukan tindakan dari kita.

Doktor sebenarnya ada bacaan lain yang boleh dikongsikan, tapi jika beri banyak sangat bacaan lemak dalam darah, kita jadi keliru. Jadi untuk senang, sebut dulu bacaan kolesterol tinggi!

Ada beberapa lagi bacaan penting yang doktor akan huraikan. Iaitu lemak jenis Trigliserida, LDL dan HDL. Berikut panduan:

1️⃣ Kolesterol LDL (Jahat)
Sasaran Optimum: < 2.6 mmol/L
Tahap tinggi membina plak di arteri menyebabkan Risiko Serangan Jantung

2️⃣ Kolesterol HDL (Baik)
Tahap Sihat: > 1.2 mmol/L
Membantu menyingkirkan lemak dari darah.

📍Gabungan LDL tinggi dan HDL rendah meningkatkan risiko strok dan penyakit jantung.

3️⃣ Trigliserida TG (Lemak Tenaga)
Tahap Normal: < 1.7 mmol/L
Lemak yang menyimpan tenaga

4️⃣ Total Kolesterol (TC)
Tahap yang boleh diterima: < 4.3 mmol/L
Keseluruhan lemak darah

Kita mungkin pening atau tidak hafal semua nilai bacaan tersebut. Kan!

📲Untuk mudah ambil kalkulator, bahagikan nilai TG dengan HDL.
• Jika jawapannya < 0.9 mmol/L, jantung anda sebenarnya dalam ZON SELAMAT walaupun kolesterol total (TC) kita nampak tinggi!

Punca sebenar serangan jantung bukanlah kolesterol semata-mata, tetapi keradangan (salur darah "bengkak" akibat pelbagai faktor antaranya sebab gula yang tinggi dan stres).

Jangan lupa, Kolesterol sebenarnya penting dalam badan kita untuk "ejen pembaiki". Kehadiran kolesterol dalam darah adalah untuk tutup luka pada dinding arteri. Ianya dikehendaki dalam satu jumlah tertentu sahaja. Jika ianya tinggi, akan timbul mudarat sehingga tergumpal dalam salur darah yang menyebabkan penyempitan.

Ada juga geng ANTI-STATIN! Ubat kolesterol.

▪️Apa Peranan Sebenar Statin? Ia Bukan Sekadar Turunkan Nombor. Banyak mitos kata statin ini "racun". Hakikatnya, bagi orang yang sudah ada risiko tinggi (plak sudah banyak), statin ada tugas khas:

▪️"Super Glue" Plak: Statin bertindak mengeraskan kerak lemak (plak) dalam salur darah supaya ia tak mudah pecah. Kalau plak pecah, itulah punca serangan jantung mengejut.

▪️Padam Api: Ia mengurangkan radang dalam salur darah anda. Jadi, statin bukan sekadar nak "cantikkan" kertas keputusan darah anda, tapi ia adalah insurans supaya salur darah tak tersumbat tiba-tiba.

▪️Mitos: "Tinggalkan Statin, Makan Suplemen Natural Je" Ini adalah fahaman yang paling bahaya. Ramai yang terpedaya dengan iklan suplemen "ajaib".

▪️Suplemen Bukan Ubat: Minyak ikan atau bawang putih memang bagus untuk kesihatan umum, tapi ia tidak boleh menggantikan fungsi ubat untuk menstabilkan plak yang sudah sedia ada.

▪️Risiko Tersembunyi: Berhenti ubat secara mengejut dan tukar kepada suplemen tanpa pantauan doktor boleh menyebabkan plak yang "lembut" pecah bila-bila masa.

▪️Natural Tak Semestinya Selamat: Ada suplemen natural yang kandungannya tidak konsisten dan boleh membebankan buah pinggang jika diambil tanpa ilmu.

Berapa nilai TG/HDL anda? Kalau anda dapat nilai bawah 0.9, tulis "SAYA FAHAM" di komen! 👇
__________
Dr Abdullah
Pakar Perubatan Keluarga
3/3/2026 @1:20PM

KENCING MANIS BOLEH MAKAN BUAH! Ramai yang bertanya, "Boleh ke pesakit diabetes makan buah?". Jawapannya, BOLEH! Tetapi ...
02/03/2026

KENCING MANIS BOLEH MAKAN BUAH!

Ramai yang bertanya, "Boleh ke pesakit diabetes makan buah?". Jawapannya, BOLEH! Tetapi kuncinya adalah pada JENIS buah dan CARA pengambilannya.
Jom fahami fakta penting ini untuk kawal gula darah anda dengan lebih bijak:

1️⃣ Trio "Super": Beri Biru, Anggur & Epal.
Tahukah anda? Memakan buah-buahan ini sekurang-kurangnya dua kali seminggu mampu mengurangkan risiko diabetes sehingga 23%. Masalahnya buah ni adalah bukan buah tempatan. Harga pun boleh tahan. Tapi epal senang sahaja dapat kat kedai buah.

2️⃣ Bahaya Jus Buah vs Keajaiban Buah Utuh 🥤
❌ Kenapa kita perlu elakkan jus buah?
❌ Risiko Meningkat: Jus buah meningkatkan risiko diabetes kerana ia kehilangan serat dan mempercepatkan penyerapan gula ke dalam darah.
❌ Kesan Penukaran: Jika anda tukar tabiat minum jus kepada makan buah, risiko diabetes boleh turun dengan ketara:
▶️ Tukar jus kepada Beri Biru: Risiko turun 33%.
▶️ Tukar jus kepada Anggur: Risiko turun 19%.
▶️ Tukar jus kepada Epal/Pir: Risiko turun 14%.

Kenapa Serat Itu "Ajaib"? 🧬 Serat dalam buah utuh bertindak sebagai "penapis" yang melambatkan aliran gula ke saluran darah. Ini sangat penting untuk mengelakkan lonjakan glukosa yang mendadak selepas makan.

💡 Tips Pengambilan Bijak Untuk Pesakit Diabetes:
✅ Teknik 'Pairing' (Padanan): Jangan makan buah kosong! Padankan buah anda dengan protein atau lemak sihat seperti kacang untuk pencernaan yang lebih perlahan.
✅ Avocado & Citrus: Avocado sangat baik kerana mengandungi lemak sihat, manakala oren kaya dengan polifenol yang bersifat antidiabetik.
✅ Kawalan Saiz Hidangan: Hadkan pengambilan kepada 2-3 hidangan sehari sahaja.
✅ Jarakkan Waktu: Jangan makan semua buah sekaligus. Jarakkan waktu pengambilannya sepanjang hari untuk kestabilan gula.

Jom kita ubah cara makan buah hari ini!
SHARE info ini supaya lebih ramai faham rahsia kawal gula darah. ❤️

__________
Dr Abdullah
Pakar Perubatan Keluarga
3/3/2026

PENGARUH IRAN di TIMUR TENGAHPerang US/ISR dengan IRAN bukannya bergoyang atas isu baru, senjata nuklear. Malah lebih be...
02/03/2026

PENGARUH IRAN di TIMUR TENGAH

Perang US/ISR dengan IRAN bukannya bergoyang atas isu baru, senjata nuklear. Malah lebih besar dari itu. Untuk kefahaman asas, jom baca ringkasan ini.

1. Memahami Konflik Melalui Agama dan Geopolitik

Dari sudut agama, ulama Sunni masih mengiktiraf aliran Syiah sebagai sebahagian daripada umat Islam selagi tidak melanggar asas agama, membolehkan wujudnya hubungan dan muamalah seperti biasa. Tidak dinafikan ada sesetengah ulama sunni meletakkan Syiah itu sesat dan terkeluar dari wilayah blok Islam, tetapi itu isu perbahasan yang tak selesai hingga bila. Anggapkan Iran Blok Islam yang menentang blok barat serta sekutunya. Bab masuk syurga Syurga Neraka bukan tugas kita dah. Namun, dari sudut geopolitik, sentimen sektarian (seperti Sunni vs Syiah) sering dimanip**asi sebagai alasan untuk menyokong atau menolak sesuatu pihak semata-mata demi kepentingan politik dan kuasa.

2. Kesan Revolusi Iran 1979 Terhadap Gerakan Islam
Revolusi Iran 1979 yang dipimpin oleh Ayatollah Ruhollah Khomeini berjaya menjatuhkan monarki Shah yang pro-Barat, lalu membentuk sebuah negara republik-teokrasi di bawah kuasa Supreme Leader. Revolusi ini menjadi antara titik tolak terpenting dalam politik dunia moden kerana ia memberi inspirasi besar kepada gerakan Harakisme (gerakan politik Islam) di seluruh dunia untuk bangkit menentang imperialisme dan sekularisme Barat. Kerajaan ini ditadbir berteraskan doktrin Syiah iaitu Wilayatul Faqih (Kepimpinan Ulama).

3. Krisis Semasa dan Ancaman Kejatuhan Iran
Pada masa kini, kerajaan Iran berada dalam keadaan yang sangat goyah akibat pelbagai krisis dalaman dan luaran. Di dalam negara, wujud kempen liberalisasi dan protes rakyat yang berpunca daripada kemelesetan ekonomi serta penentangan terhadap undang-undang syariah yang ketat. Maknanya ada pembelot dan tali barut dalaman yang berkeliaran.

Di peringkat antarabangsa, pengaruh Iran semakin lemah kerana kehilangan sekutu penting seperti kejatuhan kerajaan Basyar al-Asad di Syria, kelumpuhan pemimpin Hezbollah dan Hamas, kelemahan sokongan Rusia, serta kematian pemimpin tertinggi Iran termasuk Ayatollah Ali Khamenei yang baharu sahaja berlaku.

4. Implikasi kepada Timur Tengah dan Pal3stin

Jika kerajaan Iran pada hari ini berjaya dijatuhkan dan digantikan dengan waris monarki lama yang pro-Barat, landskap geopolitik Timur Tengah akan berubah secara drastik. Rantau tersebut akan dikuasai hampir sepenuhnya oleh pengaruh Barat memandangkan tiada lagi kuasa besar yang bertindak sebagai "pembangkang". Situasi ini akhirnya akan memudahkan Israhell membentuk naratif politiknya sendiri, yang secara tidak langsung memberi kesan buruk kepada perjuangan di Pal3stin.

__________
Abdullah
Pakar Perubatan Keluarga
2/3/2026

Kesan Penutupan Selat HormuzJika Iran menyekat Selat Hormuz, apakah kesannya terhadap seluruh dunia, dan negara manakah ...
01/03/2026

Kesan Penutupan Selat Hormuz

Jika Iran menyekat Selat Hormuz, apakah kesannya terhadap seluruh dunia, dan negara manakah yang akan paling terjejas?

Pertama, mari kita fahami apa itu Selat Hormuz. Ia adalah kawasan kecil seluas 33 kilometer yang terletak di antara Iran, Oman, dan UAE. Ia merupakan laluan laut sempit di mana hampir 20% bekalan minyak dunia mengalir, iaitu hampir 17 juta tong setiap hari. Minyak ini datang dari lapan buah negara yang terletak di Teluk Parsi, termasuk Iran, Iraq, Kuwait, Bahrain, Qatar, Arab Saudi, dan UAE. Bagi Emiriah Arab Bersatu, Arab Saudi, Kuwait, dan Qatar, 90% daripada eksport minyak mereka melalui laluan sempit ini untuk sampai ke seluruh dunia.

Jika Iran menyekat Selat Hormuz, negara-negara berikut akan mengalami kerosakan paling teruk:

▪️India: Mengimport 85% minyaknya, dan 60% daripadanya datang dari negara Timur Tengah. Harga bahan api di India akan melambung tinggi, menyebabkan gangguan teruk kepada semua industri. Ekonomi akan terjejas, kilang mungkin ditutup, dan kehilangan pekerjaan akan berlaku.

▪️China: Pengimport minyak terbesar dunia (10 juta tong sehari). 40% importnya melalui selat ini. Walaupun mempunyai talian paip dengan Rusia, ia tidak mencukupi untuk menampung keperluan tenaga mereka. Kejatuhan ekonomi China akan memberi kesan domino kepada dunia.

▪️Jepun: Mengimport 90% minyaknya, dengan 75% melintasi Selat Hormuz.

▪️Arab Saudi: 80-90% eksport minyaknya bergantung kepada laluan ini. Kehilangan pendapatan secara mendadak boleh melumpuhkan ekonomi mereka dan mungkin memaksa campur tangan tentera.

▪️Pakistan: Mendapat 90% minyak melalui laluan ini. Namun, Pakistan mempunyai kelebihan kerana bersempadan dengan Iran, membolehkan mereka beralih kepada bekalan dari Iran secara rasmi atau tidak rasmi.

▪️UAE: Walaupun mempunyai talian paip alternatif (Habshan-Fujairah), kehilangan 40% baki eksport tetap akan memberi tamparan hebat.

▪️Eropah: Negara seperti Perancis dan Jerman akan mengalami kenaikan kos tenaga yang mendadak. Secara global, pakar memberi amaran harga minyak boleh melonjak melebihi $150 setong, mencetuskan inflasi meluas dan kemelesetan ekonomi global yang besar.

🍮 Puding Karamel Khairul Aming: Sedap, Tapi Berisiko untuk Pesakit Diabetes? 🍮Sdr Khairul Aming Jangan marah tau. Ambe n...
01/03/2026

🍮 Puding Karamel Khairul Aming: Sedap, Tapi Berisiko untuk Pesakit Diabetes? 🍮

Sdr Khairul Aming Jangan marah tau. Ambe nak beri peringatan mesra jer ni. Puding karamel KA tu yang nampak sangat menyelerakan.. Namun cop dulu, buat rakan-rakan kita yang menghidap kencing manis (diabetes), kita perlu lebih berhati-hati sebelum menyuap pencuci mulut ini ke mulut.

Kenapa hidangan ini dikategorikan sebagai "bahaya" untuk pesakit diabetes? Mari kita lihat faktanya:

1. Kandungan Gula yang Melampau

Gula Pasir (Karamel): Hanya untuk bahagian karamel sahaja, 5 sudu besar gula digunakan. Jumlah ini sudah melebihi had harian yang disarankan bagi seorang dewasa, apatah lagi bagi pesakit diabetes.

Susu Pekat Manis: Penggunaan 1/2 cawan susu pekat adalah sumber karbohidrat ringkas yang sangat tinggi. Ia boleh meningkatkan aras gula dalam darah secara mendadak (sugar spike).

2. Gabungan Susu Cair & Susu Pekat

Kombinasi ini mengandungi laktosa dan gula tambahan yang menambah beban kalori serta glukosa dalam badan anda.

3. Kesannya Kepada Badan Anda

Lonjakan Gula Darah: Gula ringkas diserap dengan sangat pantas, menyebabkan bacaan glukosa sukar dikawal walaupun dengan bantuan insulin.

Gangguan Fungsi Insulin: Pengambilan gula tinggi secara berterusan boleh memudaratkan lagi keadaan kencing manis dan merosakkan fungsi insulin sedia ada.

🍓 Apa Alternatif Yang Lebih Sihat?

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyarankan agar pesakit diabetes menggantikan pencuci mulut yang manis seperti puding atau kek dengan Buah-buahan Segar. Buah-buahan memberikan serat yang membantu melambatkan penyerapan gula. Memberi rasa manis semula jadi tanpa tambahan gula putih yang memudaratkan.

Ingat: Sayangi nyawa, kawal paras gula. Sekali-sekala mungkin teringin, tapi pastikan dalam kuantiti yang sangat kecil sebagai penyedap rasa atau pilih alternatif yang lebih selamat untuk kesihatan jangka panjang anda! 🍎🍏

__________
Dr Abdullah
Pakar Perubatan Keluarga
1/3/2026

🚨MITOS KANSER: Betul ke kita boleh "matikan" sel kanser dengan berhenti makan gula? Sering kali kita dengar pesakit kans...
28/02/2026

🚨MITOS KANSER: Betul ke kita boleh "matikan" sel kanser dengan berhenti makan gula?

Sering kali kita dengar pesakit kanser dinasihatkan supaya berhenti mengambil gula 100% kerana kononnya gula "memberi makan" kepada kanser. Memang kedengaran logik, tetapi tahukah anda ia sebenarnya satu salah faham dan simplifikasi yang berbahaya? 🛑

Jom fahami fakta sebenar:

1. Sel Kanser Sangat Bijak Cari "Makan" 🦠
Ramai ingat sel kanser hanya hidup dengan gula. Hakikatnya, sel kanser sangat adaptif. Jika bekalan gula (glukosa) rendah, sel kanser akan bertukar menggunakan protein (glutamin) atau asid lemak sebagai sumber tenaga.

Lagipun, badan kita sangat perlukan glukosa. Walaupun kita tak makan gula langsung, hati kita tetap akan menukarkan protein dan lemak dalam badan menjadi glukosa supaya otak dan organ penting dapat terus berfungsi. Jadi, kita tidak boleh "halau" glukosa sepenuhnya tanpa menjejaskan sel yang sihat!

2. Berpantang Ekstrem Lebih Membahayakan Pesakit 📉
Pesakit yang sedang menjalani kemoterapi sering mengalami loya dan hilang selera makan. Jika dipaksa berpantang gula secara total, pesakit akan kehilangan kalori kritikal yang sangat diperlukan untuk membaiki sel yang rosak.

Tahukah anda, menurut pakar, kekurangan nutrisi (malnutrisi) menyumbang kepada 20% kematian pesakit kanser, dan bukannya disebabkan oleh kanser itu sendiri? Oleh itu, keseimbangan nutrisi dan mengelakkan susut berat badan adalah jauh lebih penting.

3. Gula Bukan Penyebab Utama Kanser (Karsinogen) 🧁
Gula itu sendiri bukanlah karsinogen (penyebab kanser). Namun, pengambilan gula tambahan yang berlebihan boleh menyebabkan obesiti. Obesiti inilah yang menjadi faktor risiko bagi 13 jenis kanser. Malah, sel imun badan kita juga perlukan glukosa untuk kuat melawan jangkitan dan sel kanser.

Pakar dari Mayo Clinic dan Cancer Research UK menegaskan bahawa kunci utamanya bukanlah "haramkan" gula secara total sehingga menyeksa diri. Sebaliknya, kawal berat badan dengan mengamalkan diet yang seimbang, kaya dengan serat, buah-buahan, dan sayur-sayuran. Tiada bukti klinikal yang menunjukkan diet tanpa gula mampu menyembuhkan kanser pada manusia.

Kongsikan post ini kepada ahli keluarga dan rakan-rakan supaya pesakit kanser tidak lagi tertekan dengan mitos diet yang ekstrem! ❤️💪

__________
Dr Abdullah
Pakar Perubatan Keluarga
1/3/2026

---
Kongsikan post ini jika ia bermanfaat!
Rujukan:
▶️ American Institute for Cancer Research (AICR). (2021). The sugar-cancer connection.
▶️ Arends, J., Bachmann, P., Baracos, V., Barthelemy, N., Bertz, H., Bozzetti, F., ... & Preiser, J. C. (2017). ESPEN guidelines on nutrition in cancer patients. Clinical Nutrition, 36(1), 11-48.
▶️ Cancer Research UK. (2023). Sugar and cancer.
▶️ Koppenol, W. H., Bounds, P. L., & Dang, C. V. (2011). Otto Warburg's contributions to current concepts of cancer metabolism. Nature Reviews Cancer, 11(5), 325-337.
▶️ Mayo Clinic. (2022). Cancer diet: Can foods stop cancer?
▶️ Vander Heiden, M. G., Cantley, L. C., & Thompson, C. B. (2009). Understanding the Warburg effect: The metabolic requirements of cell proliferation. Science, 324(5930), 1029-1033.

Address

Kuala Berang
21700

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Dr Suhazeli Abdullah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram