Klinik Mamad Sdn Bhd

Klinik Mamad Sdn Bhd Assalamualaikum dan Salam sejahtera
Selamat datang ke laman Facebook rasmi Klinik Mamad Sdn Bhd.

22/04/2026

Ramai orang ingat sunblock cuma untuk orang yang kerja bawah panas terik, naik motor, atau pergi pantai. Jadi bila duduk dalam pejabat, rasa macam tak perlu pun.

Tapi kulit kita tak menilai kerja kita indoor atau outdoor. Ia cuma “terima” apa yang kena padanya setiap hari. Dan hakikatnya, cahaya matahari terutama UVA masih boleh menembusi tingkap.

Sebab itu ada orang tak pernah pun rasa kulit terbakar, tapi makin lama makin nampak tompok gelap, tona kulit tak sekata, atau tanda penuaan awal. terutama kalau meja dekat tingkap atau kerap memandu waktu siang. 

Ramai juga tanya, “Kalau duduk bawah lampu pejabat dan depan komputer, itu pun sebab kena pakai sunblock ke?”

Jawapannya, untuk kebanyakan orang, bukan itu sebab utamanya. Punca yang lebih penting tetap cahaya matahari. Cahaya skrin dan lampu indoor bukan ancaman utama seperti UV matahari untuk kulit biasa. 

Cuma bagi sesetengah orang yang ada melasma, parut jerawat yang mudah jadi gelap, atau masalah pigmentasi, visible light juga boleh memburukkan dark spots.

Jadi, pakai sunblock ke pejabat bukan sebab terlebih manja. Bukan sebab takut lampu office. Bukan juga sebab nak ikut trend skincare semata-mata. Ia cuma satu langkah kecil untuk lindungi kulit daripada kerosakan yang diam-diam terkumpul setiap hari.

Kulit kita bekerja tanpa bunyi. Melindungi kita tanpa minta dipuji. Kadang-kadang, sunblock itu cuma cara paling sederhana untuk membalas jasa.

22/04/2026

🧠🧠Demensia merupakan penyakit kemerosotan fungsi kognitif yang mengganggu aktiviti harian.

Penyakit demensia menunjukkan beberapa gejala awal yang lazimnya melibatkan kemerosotan daya ingatan, kebolehan membuat keputusan dan sebagainya.

Sehubungan itu, ahli keluarga terdekat hendaklah cakna jika warga emas di sekeliling menunjukkan gejala-gejala ini. Warga emas disarankan untuk mendapatkan rawatan awal di kemudahan kesihatan jika menunjukkan gejala demensia.

09/04/2026
04/04/2026

Bukan sekali sekala. Yang buat badan makin berat ialah apa yang kita ulang setiap hari.

Ramai orang ingat obesiti datang sebab makan besar waktu kenduri, buffet, atau sesekali “cheat day”.

Padahal selalunya bukan itu yang paling bahaya.

Yang perlahan-lahan mengubah badan kita ialah benda yang nampak biasa setiap hari.
Kuah banjir yang kita anggap menambah selera.
Air balang yang kita anggap cuma minuman sejuk.
Sarapan yang berat, manis, berminyak tapi kita panggil “ala sekali ni je”.
Kopi dan teh yang terasa biasa, walhal gula dan susu pekat manisnya buat badan bekerja keras setiap hari.

Masalahnya, bila benda ini jadi rutin, badan kita pun mula bayar harga.
Berat naik perlahan-lahan.
Pinggang makin ketat.
Cepat penat.
Cepat lapar semula.
Bacaan gula, kolesterol dan tekanan darah pun mula merangkak naik tanpa banyak bunyi.

Yang menakutkan, ramai tak rasa diri makan berlebihan.
Sebab semuanya nampak normal.
Semua orang buat.
Semua orang pesan.
Semua orang minum.
Akhirnya kita tak sedar, sebenarnya kita sedang dibesarkan oleh gula, garam dan lemak yang menyamar sebagai tabiat harian.

Ini bukan suruh kita berhenti makan terus.
Ini cuma ajak kita jujur.
Mungkin yang perlu diubah bukan kenduri setahun sekali.
Tapi pilihan kecil yang kita ulang setiap pagi, setiap petang, setiap kali singgah beli air, dan setiap kali tambah kuah tanpa fikir panjang.

Badan kita bukan rosak dalam sehari.
Tapi badan juga boleh diselamatkan, bila kita mula ubah yang biasa.

19/03/2026

Sepanjang musim perayaan dan cuti perayaan ini, orang ramai disarankan agar sentiasa memandu dalam keadaan tenang dan berhemah.

‼️ Rancang perjalanan lebih awal sebelum memulakan pemanduan dan berhentilah di Kawasan Rehat dan Rawat sekiranya perlu.

Semoga semua pengguna jalan raya selamat tiba di kampung halaman masing-masing. 🫰🏻

Address

BERHADAPAN MASJID KUALA BERANG
Kuala Berang
21700

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Klinik Mamad Sdn Bhd posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Klinik Mamad Sdn Bhd:

Share