Minda Sihat

Minda Sihat Insya Allah membantu minda anak-anak ke arah kecemerlangan.

28/08/2022
25/08/2022

Kerap haus dahaga? Tekanan darah meroket? Kerap kencing dan perut kembung? Kulit sentiasa kering? Kesemutan pada kaki dan tangan?
Itu tanda badan sudah kurang air.
Kajian dalam jurnal MRC London Institute of Medical Sciences ada cakap, gula putih adalah penyebab dehidrasi.
Kerap berasa haus. Dan lebih gemar hilangkan rasa haus dengan minuman manis berbanding air putih. Adalah tanda awal hypertension dan diabetes.
Gula putih ni ada dalam minuman segera yang dijual. Yang ada bebola ubi tu.
Semua ni minuman tepu gula. Setiap sedutan akan dekatkan diri kepada diabetes tak kira tua dan muda.
Sedih tengok apabila anak muda sekarang kebanyakannya telah takluki takhta sebagai penghidap diabetes. Dek diet minuman manis.
Minum p**a bukan sekali dua. Kalau boleh setiap minggu tu wajib check-in kedai berlainan.
Tuan Puan bagaimana?

DURIAN..πŸ˜‹πŸ˜‹
23/08/2022

DURIAN..πŸ˜‹πŸ˜‹

22/08/2022

Kalau pernah makan dark chocolate brand terkenal. Ramai ingat bahannya kaya coklat. Tapi hakikatnya, peratus dark chocolate dalamnya tak sampai 40%.
Yang banyaknya pemanis. Krim susu.
Kalau nak kejutkan OTAK. Nak aktifkan bahagian memori. Bahagian daya fokus. Kalau 38% sahaja tak cukup. Kena sekurang kurangnya 70% dark chocolate.
Ambil p**a dark chocolate yang tak dicampur dengan pemanis tambahan.
Makanan bersumberkan cacao tingkatkan aliran darah di hippocampal cerebral. Kawasan ni berkait dengan memori.
Apa kelebihan cacao? Ada fitonutrien bernama flavonol. Sumber terbaik untuk dapatkan flavanol adalah melalui dark chocolate.
Kajian dapati flavonol tingkatkan memori terutama untuk golongan muda. Golongan tua pun dapat dikurangkan masalah memori. Tak nyanyuk awal.
TIngkatkan dopamin sebab cacao ada tyramine. Tinggikan tyrosine. Bila tinggi dopamin pun tinggi. Bila makan rasa indahnya dunia.
Ada theobromine. Ni penting untuk elak stres dan murung.
Bantu hasilkan lebih banyak calledanandamide. Sel yang sebabkan rasa sensasi dan gembira selepas makan dark chocolate.
Jadi hari ini dah ambil dark chocolate ke belum?
Saya ikut Maryam. Ambil satu petak kecil Granola Bar OCOC setiap hari. Baru sentiasa fokus dan bertenaga.
P/S:
Granola Bar OCOC hanya di https://bit.ly/SayaNakGranolaBar

Ada yang kerap rasa letih, kepala berdenyut, kulit kering, rasa nak cramp? Kalau ada mungkin itu tanda badan kekurangan ...
16/08/2022

Ada yang kerap rasa letih, kepala berdenyut, kulit kering, rasa nak cramp?
Kalau ada mungkin itu tanda badan kekurangan air. Atau dalam bahasa Inggeris disebut dehydration.
Dehydration ni bahaya. Boleh akibatkan organ failure. Mengejut p**ak tu.
Bila saya tanya β€˜kenapa tak minum air?’ banyak jawapan saya dapat.
Ada orang kata kalau minum banyak. Malas nak ulang alik ke tandas. Ada yang tak gemar minum air. Boleh tahan. Ganti dengan minuman manis.
Pada yang tak nak minum banyak air jangan risau.
Kalau tak s**a minum. Boleh dapatkan air dari sumber lain. Contoh paling mudah. Sayur dengan buah.
1.Tembikai
Tembikai ni 92% air. Kalau kita makan satu cawan tembikai dah dapat Β½ cawan air. Tembikai ada banyak manfaat lain. Bukan setakat air saja. Dalam tembikai ada lycopene. Anti oksida power.
Lycopene bantu kurangkan kerosakan pada sel. Ni bukan sel biasa. Sel-sel yang dikaitkan dengan penyakit jantung dan diabetes.
2.Rock Melon
Kalau ada bajet sikit, boleh makan Rock Melon. Dalamnya ada 90% air. Satu cawan Rock Melon ni berikan kita lebih dari Β½ cawan air. Banyak tu.
Sama juga macam tembikai. Rock Melon ada banyak khasiat lain. Paling orang s**a ialah sebabkan kita rasa kenyang. Tak rasa nak berkudap makanan manis berminyak.
Rock Melon juga kaya dengan Vitamin A. Satu cawan berikan kita 120% keperluan harian vitamin A. Baguskan?
Paling saya s**a pasal vitamin A ni ialah bab sistem imun. Kajian sebut Vitamin A akan boost sistem imun. Jauhkan kita dari jangkitan.
3.Oren
Buah Oren ada 88% air. Saya perasan oren dari Mesir manis sangat. Bolehlah cari.
Dalam oren ada Vitamin C dan potassium. Keduanya juga boost fungsi sistem imun kita. Musim virus merata ni sesuai sangat ambil oren. Flavonoids yang halang sel rosak ada pada oren.
Oren juga tinggi fiber. Jadikan kita kenyang. Dah lah dapat air, kenyang p**a lagi.
4.Timun
Timun masuk kategori sayur. Bukan buah. Walaupun bentuk macam buah.
95% dari timun adalah air. Dahsyat kan. Timun ni kaya dengan vitamin K, potassium dan magnesium.
Kita tahu magnesium sangat penting proses uraikan nutrisi dalam tubuh. Magnesium juga bantu bagi dapat tidur nyenyak.
5.Tomato
Tomato ada 94% air. Satu saiz sederhana bersamaan dengan Β½ cawan air. Tomato ni kaya dengan vitamin A dan C.
Dalam tomato juga ada lycopene. Anti oksida penting untuk lawan penyakit.
Kajian sebut lycopene dapat rendahkan risiko serangan jantung dan kanser prostate. Orang lelaki kena rajinlah makan makanan tinggi lycopene ni.
Bolehlah ambil masa sahur buah dan sayur-sayur ni.
Tak perlu lagi nak minum banyak-banyak sampai kembung perut. Buah dan sayur ni bekalkan dalam tubuh secara diam-diam.
Yang best ialah taklah rasa nak kena pergi tandas kerap. Bolehlah cuba.

BENDI - BRAIN VEGGIERamai tidak tahu betapa hebatnya bendi yang juga disebut kacang lendir ini.Bentuknya juga runcing ba...
15/08/2022

BENDI - BRAIN VEGGIE
Ramai tidak tahu betapa hebatnya bendi yang juga disebut kacang lendir ini.
Bentuknya juga runcing bak jari jemari. Sebab itu digelar lady's fingers. Bendi walaupun kecil, besar pada manfaat dan khasiatnya.
Biji bendi contohnya ada anti oksida catechin, epicatechin, procyanidin. Walaupun kecil bijinya juga ada vitamin B1 dan B2, quercetin.
Tidak hairanlah atlet negara China jadikan bendi sebagai sajian utama sewaktu Sukan Olimpik Beijing.
Lebih menarik tentang bendi ini, kajian dapati bendi adalah:
1) anti diabetic - fiber dari bendi perlahankan kemas**an gula dalam darah.
2) anti kolesterol - pectin di dalam bendi bantu rendahkan kolesterol sebanyak 10%.
3) penjaga neuron atau sel otak - catechin bertindak menghalang sel otak dari mati.
4) tingkatkan kapasiti otak - epicatechin di dalam bendi hidupkan sel otak atau neurogenesis terutamanya bahagian otak libatkan belajar dan memori.
5) anti nyanyuk atau alzheimer - quercetin dan procyanidin di dalam bendi punyai kapasiti halang penyakit berkaitan neurodegenerative.
Begitulah hebatnya makhluk kecil ini.
Saya biasanya ratah begitu sahaja. Sebab mahu kekalkan nutrisi di dalamnya. Bagi saya bendi adalah 'brain veggie' yang perlu diambil 2-3 kali seminggu.
Cubalah. Ia murah, mudah disediakan dan sedap. Kalau boleh tanam sendiri lagi padu. Senang nak naik dan nak berbuah.

Address

Kampung Limbongan
Kuala Besut
22200

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Minda Sihat posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Minda Sihat:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram