06/11/2025
Kem Kesihatan Remaja anjuran Panel Penasihat Klinik Kesihatan Paka (KKP) bersama Klinik Kesihatan Paka
Tarikh: 6 / 11/ 25
Masa: 8pg - 1 tghari
Tempat: Dewan Syed Omar, SMK Dato’ Engku Bijaya Sura
Objektif:
- Mempromosikan cara hidup sihat di kalangan pelajar
- Memberi kesedaran kepada remaja tentang kepentingan menjaga kesihatan fizikal, mental dan emosi
- Membentuk remaja agar mempunyai keyakinan diri yang tinggi, sihat dan mempunyai minda yang hebat
Kem Kesihatan bertemakan “Remaja Sihat, Minda Hebat” anjuran Panel Penasihat KKP bersama Klinik Kesihatan Paka ini telah dihadiri seramai 199 orang peserta terdiri di kalangan pelajar tingkatan 3, warga anggota SMKDEB, anggota KK Paka, anggota Klinik Pergigian Paka, Unit Primer PKDD, Unit HE PKDD, Pegawai Kaunselor PKDD, Pegawai-pegawai dari Unit Cara Kerja dan Unit Fisioterapi PKDD
Kem ini dimulai dengan senamrobik yang diketuai oleh En Muhammad Nor bin Lot dan diikuti dengan aktiviti explorace, pameran kesihatan dari Klinik Pergigian Paka dan juga saringan kesihatan bagi warga SMKDEB.
Bagi aktiviti explorace, stesen-stesen yang terlibat adalah seperti berikut:
1. Jom makan sihat
2. Otak tenang hidup senang
3. Tak nak rokok dan v**e
4. BMI challenge
5. Hero pertolongan cemas
6. Role play/ Sensory exploration
7. Pendidikan seksualiti dan penyakit kelamin
8. Langkah cergas
9. Hygiene hero
10. Jantung sihat
11. Say No to dadah
Kem kesihatan ini diteruskan lagi dengan ucapan aluan yang disampaikan oleh Tn Pengetua En Abd Aziz bin Nik Mat diikuti dengan ucapan Perasmian Penutupan Kem Kesihatan oleh Pengerusi Panel Penasihat KK Paka iaitu Mohd Shamsul bin Mat Amin.
Kem ini berakhir pada jam 1 tengahari dengan pemberian hadiah saguhati kepada semua kumpulan, diikuti dengan hadiah bagi tempat pertama, kedua, ketiga dan kepada 2 Hero CPR.
Tahniah dan syabas terhadap kerjasama yang diberikan oleh semua pihak bagi menjayakan kem kesihatan ini. Semoga kem kesihatan yang dianjurkan ini mencapai objektif yang disasarkan dan dapat dimanfaatkan oleh pelajar-pelajar dan semua yang hadir.
Sekian, terima kasih.