19/12/2015
Assalamualaikum dan Hi!
Ketahuilah bagaimana cara-cara untuk mendapatkan berat badan yang ideal selain daripada bersenam :)
10 LANGKAH untuk mengawal berat badan anda!
TETAPKAN DIET HARIAN ANDA: Tidak kira samaada anda mempunyai dua, tiga, empat atau lima kali pengambilan makanan dalam sehari, cubalah untuk tetapkan masa makan anda pada waktu yang sama setiap hari.
KURANGKAN LEMAK: Pilih produk tenusu, spread dan kuah salad yang mengandungi kurang lemak. Kurangkan pengambilan dan periksa label dengan teliti sebelum mengambil. Beberapa produk mungkin masih mengandungi kandungan lemak yang tinggi.
BERJALAN: Berjalanlah sekurang-kurangnya 10,000 langkah (60-90 minit aktiviti sederhana) setiap hari.
SNEK YANG SIHAT: jika anda s**a mengunyah, pilihlah snek yang sihat seperti buah-buahan segar atau yogurt rendah lemak, kurangkan pengambilan biskut yang berkrim dan jajan.
LIHAT PADA LABEL: Teliti pada label makanan. Semak kandungan lemak dan gula pada label makanan semasa membeli-belah dan semasa menyediakan makanan.
WASPADA KUANTITI MAKANAN; Jangan ambil makanan dalam kuantiti yang banyak pada satu masa (kecuali sayur-sayuran). Berfikir dua kali sebelum menambah.
SENTIASA BERGERAK; Bangun, berdiri dan bergeraklah sekurang-kurangnya 10 minit dalam setiap satu jam.
HADKAN MINUMAN BERGULA; Pilihlah air kosong atau air minuman tanpa gula. Jus buah-buahan tanpa gula tetap mengandungi gula semula jadi yang tinggi, disyorkan kepada satu gelas sehari.
FOKUS SEMASA MAKAN; Kunyah secara perlahan. Jangan makan sambil berjalan-jalan, menonton tv atau semasa menghadap komputer. Makan di meja jika boleh.
7 KALI SEHARI; Makan sekurang-kurangnya tujuh hidangan buah-buahan dan/atau sayur-sayuran sehari, sebaik-baiknya lebih.
Dipetik dari: Instant Heart Health Answer