17/04/2026
Sudah mula suntikan Mounjaro dan nampak berat badan turun, tapi badan masih tak nampak “fit”? 🤔
Ini sebenarnya berkait rapat dengan konsep “calorie deficit” — maksudnya badan anda membakar lebih banyak tenaga (kalori) berbanding apa yang anda makan setiap hari. Bila ini berlaku, badan akan mula menggunakan simpanan tenaga sedia ada, terutamanya lemak, untuk menghasilkan tenaga.
Namun, dari sudut sains, badan kita tidak “pilih kasih” — selain lemak, otot juga boleh dipecahkan (muscle catabolism) untuk dijadikan sumber tenaga, terutamanya jika pengambilan protein rendah atau tiada rangsangan pada otot. Ini sebabnya ada orang nampak “kurus” tetapi tidak nampak toned atau fit — kerana kehilangan lean muscle mass.
Tambahan p**a, Mounjaro berfungsi dengan mengurangkan selera makan dan melambatkan pengosongan perut, jadi anda makan lebih sedikit secara semula jadi — ini membantu weight loss, tetapi juga meningkatkan risiko kehilangan otot jika tidak dikawal dengan betul.
👉 Jadi apa solusi?
Semasa menggunakan Mounjaro, strength training (latihan beban) sangat penting. Tak perlu angkat berat ekstrem — cukup dengan beban sederhana tetapi konsisten untuk beri “signal” kepada badan bahawa otot masih diperlukan.
Secara mudah:
Bila anda lakukan strength training, badan akan “faham” bahawa otot itu penting → jadi badan akan lebih cenderung membakar lemak untuk tenaga, dan mengekalkan otot.
💡 Ini menjadikan proses penurunan berat badan lebih:
• Nampak fit & toned, bukan sekadar kurus
• Metabolisme lebih tinggi (otot bakar lebih kalori walaupun rehat)
• Lebih sustainable (berkekalan) — maksudnya berat badan lebih mudah dikekalkan dan kurang risiko “yo-yo effect”