21/04/2026
Orang sekarang memang tak boleh lari daripada skrin. Dari kecil, remaja, sampai dah bekerja… malah ada yang dah pencen pun masih bergantung pada telefon dan komputer.
Sepanjang lebih 20 tahun pengalaman saya, kebanyakan kes macam ni sebenarnya bukan tiba-tiba jadi. Mata tu dari awal lagi memang ada kelemahan — bukan rabun semata-mata, tapi stamina mata rendah. Susah nak guna dua-dua mata dengan stabil dalam satu masa.
Bila mata mula penat, dia masuk fasa double vision.
Ada yang cuba “survive” dengan cara tutup sebelah mata. Sebab bila pakai dua-dua mata, dia terus pening. Sakit kepala. Otak jadi keliru nak pilih imej mana satu, sebab memang nampak dua betul-betul.
Kenapa jadi macam tu?
Sebab kedua-dua mata tak fokus ke titik yang sama. Alignment lari. Jadi otak terima dua imej berbeza.
Yang menariknya, bila dia rehat — tidur, atau berhenti guna skrin — simptom tu hilang. Tapi itu yang ramai tak sedar… itu tanda awal.
Kalau dibiarkan, keadaan ni boleh jadi lebih serius. Dalam sesetengah kes, boleh sampai jadi strabismus (mata juling).
Dan daripada pengalaman saya, juling yang masuk ke dalam (esotropia) biasanya lebih mencabar untuk dirawat berbanding yang keluar.
Sebab tu saya hasilkan satu eBook. Saya kumpulkan pengalaman kes sebenar, supaya anda faham:
kenapa benda ni berlaku, dan apa langkah yang boleh diambil sebelum jadi lebih teruk.
Kalau sekarang anda cuma rasa cepat penat, kabur lepas tengok skrin lama — itu bukan perkara biasa.
Itu tanda awal.
Lebih baik periksa awal. Kita boleh nilai sama ada mata tu berisiko atau tidak.
Kalau nak tahu lebih lanjut, tekan link dekat bio.