Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Kangsar

Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Kangsar Laman rasmi Pegawai Kesihatan Daerah Kuala Kangsar

🌙📸 PROGRAM SEMARAKKAN RAMADAN 1447H/2026M🌹Program Singgah Sahur Bersama Komuniti 2026✅Tema: “Menyantuni Komuniti Memperk...
07/03/2026

🌙📸 PROGRAM SEMARAKKAN RAMADAN 1447H/2026M
🌹Program Singgah Sahur Bersama Komuniti 2026
✅Tema: “Menyantuni Komuniti Memperkukuhkan Ukhwah”
✅Tarikh: 07 Mac 2026 / 17 Ramadan 1447H

Bersempena Nuzul Quran di bulan Ramadan yang penuh keberkatan, Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Kangsar bersama rakan kolaborasi iaitu Persatuan Kebajikan Prihatin Sosial Negeri Perak, Persatuan PEKIDA Kuala Kangsar, Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Kangsar dan Hotel Casuarina Kuala Langsar telah menganjurkan Program Singgah Sahur Bersama Komuniti 2026.

Program ini bertujuan menyantuni komuniti setempat khususnya golongan yang memerlukan melalui kunjungan ke beberapa buah rumah sekitar Kuala Kangsar sambil menyampaikan sumbangan dan berkongsi rezeki sahur. Inisiatif ini juga menjadi platform untuk mengeratkan hubungan antara agensi dan masyarakat setempat selaras dengan semangat “Sinergi Agensi, Komuniti Sejahtera”.

Program bermula dengan sesi taklimat sebelum pasukan bergerak menziarahi beberapa rumah di sekitar Kampung Ulu Kenas, Kampung Talang Dusun, Jalan Baru (Koperasi Polis) dan Kampung Pakri, sebelum mengakhiri program dengan sahur bersama komuniti.

Semoga program seumpama ini dapat terus memperkukuhkan ukhuwah, menyemai nilai keprihatinan serta membawa keberkatan dalam bulan Ramadan yang mulia ini.

Pergi ke kebun memetik serai,
Singgah sebentar membeli kurma;
Singgah sahur menyantuni ramai,
Ukhuwah terjalin penuh bermakna.

Indah malam di bulan Ramadan,
Bintang bersinar menerangi desa;
Agensi dan komuniti eratkan hubungan,
Bersama berkongsi kasih dan rasa.

🌙✨ PROGRAM SEMARAKKAN RAMADAN 1447H/2026M🌹Majlis Berbuka Puasa dan Tautan Kasih RamadanPejabat Kesihatan Daerah Kuala Ka...
07/03/2026

🌙✨ PROGRAM SEMARAKKAN RAMADAN 1447H/2026M
🌹Majlis Berbuka Puasa dan Tautan Kasih Ramadan
Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Kangsar

Bersempena bulan Ramadan yang penuh keberkatan, Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Kangsar telah menganjurkan Majlis Berbuka Puasa dan Tautan Kasih Ramadan sebagai medium untuk mengeratkan silaturahim serta memupuk semangat kebersamaan dalam kalangan warga kerja.

Program ini bukan sahaja menjadi ruang untuk berbuka puasa bersama, malah turut menyemarakkan lagi penghayatan Ramadan melalui perkongsian kasih, ukhuwah dan nilai kebersamaan. Semoga majlis yang dianjurkan ini dapat memperkukuhkan hubungan sesama warga serta menjadi kenangan indah dalam menyemai semangat kekeluargaan di tempat kerja.

Pergi ke pekan membeli kurma,
Singgah sebentar membeli delima;
Ramadan hadir penuh rahma,
Berbuka bersama eratkan kita.

Indah senja di ufuk barat,
Angin bertiup sepoi bahasa;
Tautan kasih semakin erat,
Ramadan diraikan penuh rasa.

Semoga Ramadan kali ini membawa keberkatan, ketenangan dan memperkukuh ukhuwah dalam kalangan warga Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Kangsar.

,UkhuwahDiperkukuh

Alhamdulillah! Selesai sudah Program Nafas Baru yang berlangsung meriah di perkarangan Masjid Ridzwaniah, Kuala Kangsar ...
07/03/2026

Alhamdulillah! Selesai sudah Program Nafas Baru yang berlangsung meriah di perkarangan Masjid Ridzwaniah, Kuala Kangsar bermula jam 11.00 pagi hingga 3.00 petang 6 Mac 2026

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada Pihak Pengurusan & Jawatankuasa Masjid Ridzwaniah, Kuala Kangsar atas kerjasama erat, layanan yang baik serta kebenaran yang diberikan kepada kami untuk menjalankan aktiviti promosi kesihatan di sini. Kerjasama sebegini amat bermakna dalam usaha kita mendekati komuniti kariah masjid.

Program kali ini merupakan kolaborasi mantap daripada pelbagai unit di Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Kuala Kangsar bersama wakil-wakil dari Klinik Kesihatan Kuala Kangsar serta KK Sauk.

Berikut adalah antara pengisian menarik sepanjang program:

1. Saringan National Health Screening Initiative (NHSI):
Pasukan dari Klinik Kesihatan Kuala Kangsar turun padang memastikan warga Kuala tahu tahap kesihatan masing-masing. Ramai yang dah buat pemeriksaan tekanan darah, kiraan BMI, dan saringan gula dalam darah. Kesihatan itu pelaburan, bukan?

2. Saringan asap dalam paru-paru menggunakan CO2 Analyzer
Ini paling 'hot'! Ramai yang beratur nak tahu kandungan karbon monoksida (asap) dalam paru-paru mereka. Bukan setakat saringan, Unit Farmasi (wakil KK Sauk) turut mempromosikan Klinik Berhenti Merokok buat mereka yang berazam mahukan 'Nafas Baru'.

3. War On Sugar & Kira Kalori:
Unit Pemakanan tampil dengan pameran makanan dan minuman kegemaran rakyat Malaysia. Terkejut juga bila tengok kandungan kalori dan gula yang kita ambil hari-hari! Ada kuiz menarik juga untuk uji ilmu pemakanan korang.

4. Kenali Ubat Anda & Keselamatan Makanan (UKKM):
Dapatkan info sahih tentang ubat-ubatan dari Unit Farmasi dan tips penting cara memilih serta menyimpan makanan supaya terjamin bersih dan selamat daripada Unit Keselamatan dan Kualiti Makanan (UKKM).

Terima kasih atas sambutan luar biasa daripada komuniti setempat. Semoga segala info dan saringan yang diberikan bermanfaat untuk gaya hidup yang lebih sihat.

Siapa yang ada dalam gambar ni? Cuba 'tag' kawan-kawan atau keluarga korang yang sempat buat saringan tadi!






DAH 50 TAHUN? ITU ‘GOLDEN AGE’ ATAU ‘RED FLAG’?Semalam, 6 Mac 2026, Klinik Kesihatan Padang Rengas & Klinik Kesihatan Ka...
07/03/2026

DAH 50 TAHUN? ITU ‘GOLDEN AGE’ ATAU ‘RED FLAG’?

Semalam, 6 Mac 2026, Klinik Kesihatan Padang Rengas & Klinik Kesihatan Karai telah bergabung dan menganjurkan perhimpunan pagi Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Kangsar. Kami berkumpul bukan sekadar untuk perhimpunan pagi biasa, tapi untuk satu misi besar: melawan kanser dan menyelamatkan buah pinggang komuniti kita!

Tahun 2026 membawa mesej yang sangat mendalam:

Hari Kanser Sedunia: "United by Unique"
Hari Buah Pinggang Sedunia: "Kidney Health for All"

Ini apa yang kita perlu buat sekarang:

1. Kanser Kolorektal:
-Di peringkat Kesihatan Primer, kami tawarkan saringan iFOBT (Immunochemical F***l Occult Blood Test). Senang cakap, ujian saringan najis untuk kesan darah tersembunyi.

Siapa yang kami 'target'?
* Semua kakitangan kesihatan & orang awam.
* Berusia 50 hingga 75 tahun.
* Tidak mempunyai simptom (masih nampak sihat walafiat).
* Tiada sejarah keluarga terdekat (First Degree Relative) yang ada kanser usus.

Kenapa mesti 50 tahun baru sibuk nak saring? Sebab kanser usus ni "pencuri" yang sabar. Dia bermula dengan polip (daging kecil) yang tumbuh masa kita umur 40-an. Polip ni tak sakit, tak rasa apa-apa. Tapi bila kita cecah umur 50, risiko polip ni untuk 'meletup' menjadi kanser adalah sangat tinggi!

2. Buah Pinggang:
- Ramai ingat kalau tak ada mesin dialisis kat klinik, kami tak jaga buah pinggang. SALAH TU! Kami di klinik-klinik ada tugas lain, yakni, memastikan anda TAK PERLU sampai ke mesin dialisis.

* Kesan Awal: Kami cari tanda-tanda Nephropathy (kerosakan awal) melalui ujian air kencing dan darah secara berkala.

* Intervensi Pantas: Kalau 'radar' kami kesan buah pinggang anda mula penat, kami terus buat intervensi dan rujukan awal kepada Pakar Buah Pinggang (Nefrologi).

* Matlamat Utama: Kita nak sekat perjalanan penyakit anda supaya tak sampai ke fasa ESRF (End-Stage Renal Failure) atau kegagalan buah pinggang tahap akhir.

Kesihatan anda unik, dan kami di sini untuk menjaganya bersama-sama. Jangan tunggu sakit, sebab masa itu mungkin dah terlambat.

Jom warga Kuala Kangsar! Singgah ke klinik kami hari ini!



🌙PROGRAM SEMARAKKAN RAMADAN 1447H/2026M🌹Majlis Khatam Al-Quran Pejabat Kesihatan Daerah Kuala KangsarBulan Ramadan adala...
06/03/2026

🌙PROGRAM SEMARAKKAN RAMADAN 1447H/2026M
🌹Majlis Khatam Al-Quran Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Kangsar

Bulan Ramadan adalah bulan yang penuh keberkatan dan rahmat. Sempena Program Semarakkan Ramadan 1447H/2026M, Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Kangsar telah menganjurkan Majlis Khatam Al-Quran sebagai tanda kesyukuran serta usaha menyemarakkan penghayatan terhadap Al-Quran dalam kalangan warga kerja.

Majlis ini bukan sahaja menjadi simbol penyempurnaan bacaan Al-Quran sepanjang Ramadan, malah menjadi platform untuk memperkukuh ukhuwah, menyuburkan nilai keinsafan serta meningkatkan amalan kerohanian dalam kalangan warga PKD Kuala Kangsar.

Semoga segala usaha dan amalan yang dilaksanakan sepanjang bulan yang mulia ini diterima oleh Allah SWT serta terus menyemai semangat kebersamaan dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab.

Pergi ke taman memetik melati,
Harum baunya di waktu pagi;
Al-Quran dibaca penuh menghayati,
Khatam dirai, ukhuwah diberkati.

Indah sungai airnya jernih,
Tempat singgah si burung merbah;
Ramadan disemai amal yang bersih,
Moga berkatnya berpanjangan insya-Allah✨

-Quran DiHati,Amal DiDiri

06/03/2026

Sekitar Program Nafas Baru di Masjid Ridzwaniah, Kuala Kangsar (11am - 3pm) hari ini, 6 Mac 2026

Kami kongsikan 'teaser' aktiviti kami tadi. Semangat warga Kuala Kangsar jaga kesihatan memang terbaik!

Berita lanjut menyusul di page PKD Kuala Kangsar. Stay tuned!

DATA NI BUKAN SEKADAR NOMBOR, TAPI NYAWA KOME!Pernah terfikir tak, macam mana KKM tahu berapa banyak stok ubat kencing m...
06/03/2026

DATA NI BUKAN SEKADAR NOMBOR, TAPI NYAWA KOME!

Pernah terfikir tak, macam mana KKM tahu berapa banyak stok ubat kencing manis atau darah tinggi nak kena hantar kat Klinik Kesihatan (KK) kita setiap bulan?

Atau macam mana kerajaan tahu kawasan Kuala Kangsar ni perlukan lebih banyak program saringan kesihatan?

Jawapannya: SEMUANYA BERMULA DARI DATA.

Pada 3-4 Mac lepas, barisan 'wira di sebalik tabir' telah berkumpul untuk Bengkel Pemurnian Data National Diabetis Registry (NDR) & National Hypertension Registry (NHR). Mereka terdiri daripada Jururawat Kesihatan dan Penolong Pegawai Perubatan (PPP) dari klinik-klinik kesihatan di daerah Kuala Kangsar.

Apa untungnya data ni pada rakyat? Mungkin nampak macam 'kerja pejabat', tapi impaknya sampai ke pintu rumah:

• Ubat Sentiasa Cukup: Data yang tepat (NDR/NHR) memastikan bekalan ubat kencing manis dan darah tinggi di farmasi klinik tak putus.

• Rawatan Lebih Personal: Dengan rekod yang 'bersih' dan dikemaskini, doktor dan PPP tahu tahap kesihatan pesakit secara tepat, tak ada lagi istilah tersalah rekod!

• Strategi Cegah Penyakit: Bila data tunjukkan trend penyakit meningkat kat satu-satu daerah, Unit NCD boleh terus turun padang buat program pencegahan awal.

• Bajet Yang Tepat: Data inilah yang digunakan oleh pembuat polisi di peringkat atasan untuk agihkan peruntukan naik taraf fasiliti kesihatan demi keselesaan kome juga.

Terima Kasih, semua petugas kesihatan Kuala Kangsar!

Mereka inilah 'Backbone' (tulang belakang). Sambil pegang stetoskop rawat pesakit, jari-jemari mereka juga lincah memastikan setiap data dalam sistem adalah sahih dan berkualiti.

Tanpa mereka, sistem kesihatan kita 'buta'. Dengan mereka, kita melangkah ke arah Kuala Kangsar yang lebih sihat!

06/03/2026
Adakah anda menyediakan makanan dirumah untuk jualan?Sudahkah anda mendapatkan Pensijilan Homebased Food?Belum???Jom dap...
05/03/2026

Adakah anda menyediakan makanan dirumah untuk jualan?

Sudahkah anda mendapatkan Pensijilan Homebased Food?

Belum???
Jom dapatkan sekarang!!

Sejak zaman PKP semasa COVID-19 pandemic sekitar tahun 2021, admin perasan semakin ramai yang mula berniaga dari rumah. Ramai yang berusaha cari rezeki tambahan, ada juga yang jadikan ia sumber pendapatan utama. Paling senang, orang berniaga homebased food.

Jadi tau tak apa itu homebased food?

Senang cerita, homebased food ialah makanan yang dimasak atau disediakan terus dari dapur rumah sendiri, bukan dari kedai makan, restoran, atau kilang.

Biasanya makanan ini dijual melalui iklan di media sosial, tempahan WhatsApp, atau dihantar ke vendor makanan.

Memang bagus melihat semangat berniaga ini.
Tapi tahukah anda…

Tidak semua pengusaha homebased food sebenarnya layak untuk mendaftar bagi mendapatkan pensijilan Home-Based Food daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Ada syarat tertentu yang perlu dipenuhi. Kalau nak tahu macam mana, rujuk checklist di bawah.

✅Isu lama viral semula
04/03/2026

✅Isu lama viral semula

Siri Ramadan 13:

𝗜𝗦𝗨 𝗟𝗔𝗠𝗔 𝗩𝗜𝗥𝗔𝗟 𝗦𝗘𝗠𝗨𝗟𝗔!

Begitulah alam maya.

Isu lama, disapu debu sedikit… tiba-tiba nampak seperti baru semalam berlaku.

Baru-baru ini, tular semula dakwaan kononnya enam jenama sardin ditarik balik dari pasaran kerana pencemaran cacing. Nada mesejnya cemas. Gayanya seperti kecemasan nasional.

Bertenang dulu.

Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) mengambil maklum mengenai penularan semula berita ini dan ingin mengesahkan bahawa kejadian tersebut bukan isu semasa. Ia adalah kes yang telah berlaku pada bulan Jun 2018.

Perkara ini telah pun dijelaskan secara rasmi melalui Kenyataan Akhbar Ketua Pengarah Kesihatan bertarikh 27 Jun 2018 oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Penarikan balik yang dilaksanakan ketika itu adalah spesifik... hanya melibatkan batch pengeluaran dan tarikh luput tertentu seperti yang dinyatakan dalam kenyataan rasmi tersebut.

Saya ulang dengan jelas:

Batch pengeluaran dan tarikh luput selain daripada yang dinyatakan TIDAK terlibat dalam arahan penarikan balik produk.

Ini penting.

Jangan kerana satu tangkap layar lama, seluruh rak pasar raya jadi mangsa panik.

Isu ini berlaku bertahun-tahun dahulu. Proses penarikan balik telah dilaksanakan. Tindakan penguatkuasaan telah diambil. Pemantauan susulan juga dibuat. Sistem keselamatan makanan kita bukan statik tetapi ia bergerak, menambah baik, memperkukuh kawalan dari semasa ke semasa.

Cuma biasalah… di media sosial, tarikh kadang-kadang hilang. Yang tinggal hanya sensasi.

Namun dalam kita membetulkan fakta, satu perkara tidak berubah: pengguna tetap perlu berhati-hati.

▪️Periksa pembungkusan.
▪️Semak tarikh luput.
▪️Pastikan tin tidak kemek, bocor atau berkarat.

Jika didapati mana-mana produk makanan mengandungi bendasing atau menimbulkan keraguan terhadap keselamatan, laporkan kepada mana-mana Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan yang berdekatan.

Kerana keselamatan makanan bukan bergantung kepada viral atau tidak.

Ia bergantung kepada maklumat yang sahih.
Ia bergantung kepada tindakan yang berasaskan fakta.
Dan ia bergantung kepada kita semua untuk tidak menyebarkan semula ketakutan lama tanpa semakan.

RAMADAN INI, HADIAHKAN DIRI ANDA KESIHATAN YANG LEBIH BAIK! 🌙✨​Bulan Ramadan adalah waktu terbaik untuk melatih disiplin...
04/03/2026

RAMADAN INI, HADIAHKAN DIRI ANDA KESIHATAN YANG LEBIH BAIK! 🌙✨
​Bulan Ramadan adalah waktu terbaik untuk melatih disiplin diri. Jika kita mampu menahan lapar dan dahaga di siang hari, kita juga mampu untuk berhenti merokok dan 'v**e'.
​Cuba lihat pengiraan ini:

💰 RM17 sehari = RM510 sebulan!
💰 Setahun? Anda boleh simpan RM6,120!

​Banyak yang boleh dilakukan dengan nilai tersebut untuk keluarga dan masa depan. Jom jadikan Ramadan ini sebagai titik perubahan hidup yang lebih sihat dan diberkati.
​"Be good, be pious, BE SMOKE FREE."

Address

1
Kuala Kangsar
33000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00
Saturday 08:00 - 13:00

Telephone

+6057763355

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Kangsar posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram

Category