Bekam Jawi

Bekam Jawi - Rawatan perubatan Islam
- Bekam traditional/sinergi
- Urutan Seluruh Badan/Batin
- Aura spa salon

Hubungi kami untuk pertanyaan/tempahan slot/temu janji:

- Lelaki :
http://www.wasap.my/601111160642 (Rosli)


- Wanita :
http://www.wasap.my/601111168239 (Atikah)

18/01/2022

Rawatan tradisional jawi.. Adalah rawatan berteraskan sunnah..

Kami melakukan pengesanan penyakit zahir dan batin.
Mengenalpasti punca penyakit.
Kemudian melakukan proses rawatan mengikut punca Gejala..

Yg penting... Selepas bekam.. Insyaallah segar..

Kami Menyediakan juruterapi utk lelaki dan wanita..
Klik butang whassap pada page ini.

SIRI ILMU BEKAM: TITIK UMMU MUGHTISTerletak seperti digambarkan di bawah iaitu titik ubun kepala.Kepala akan di cukur un...
15/01/2022

SIRI ILMU BEKAM: TITIK UMMU MUGHTIS

Terletak seperti digambarkan di bawah iaitu titik ubun kepala.

Kepala akan di cukur untuk tujuan ini, tapi masih boleh dilakukan jika tidak. Berguna untuk mencegah migrain, merawat darah tinggi, stroke, dan vertigo. Amat digalkkan utk dilakukan jika menjalani kehidupan yang amat stress dan berisiko stroke.

---------------------------------------------------------------------------------------
Hubungi kami melalui WhatsApp ataupun panggilan terus ke no perkhidmatan kami 019-246 9086. Kami bersedia mendengar cerita tuan/puan dan berkongsi pandangan berkenaan masalah tuan/puan. Kami menyediakan rawatan di lokasi klinik kami seperti di page ini atau ke lokasi tuan/puan.

SIRI ILMU BEKAM: TITIK AL AKHDANTerletak seperti digambarkan melalui rajah. Dua urat di samping kiri dan kanan leher, ba...
13/01/2022

SIRI ILMU BEKAM: TITIK AL AKHDAN

Terletak seperti digambarkan melalui rajah. Dua urat di samping kiri dan kanan leher, bawah tengkorak kepala.

Berguna untuk mencegah sakit kepala, wajah, gigi,telinga, hidung, kerongkong dan penyakit di sekitar kepala. Di sini juga merupakan kegiatan dan perjalanan usus besar dan kecil.

---------------------------------------------------------------------------------------
Hubungi kami melalui WhatsApp ataupun panggilan terus ke no perkhidmatan kami 019-246 9086. Kami bersedia mendengar cerita tuan/puan dan berkongsi pandangan berkenaan masalah tuan/puan. Kami menyediakan rawatan di lokasi klinik kami seperti di page ini atau ke lokasi tuan/puan.

Assalamualaikum semua. Berkongsi sedikit aktiviti Bekam Jawi sepanjang minggu ni. Alhamdulillah, semakin kuat sokongan d...
12/01/2022

Assalamualaikum semua. Berkongsi sedikit aktiviti Bekam Jawi sepanjang minggu ni. Alhamdulillah, semakin kuat sokongan dan kepercayaan diberikan oleh masyarakat sekitar terhadap khidmat bekam dan rawatan Islam yg kami sediakan.

---------------------------------------------------------------------------------------
Hubungi kami melalui WhatsApp ataupun panggilan terus ke no perkhidmatan kami 019-246 9086. Kami bersedia mendengar cerita tuan/puan dan berkongsi pandangan berkenaan masalah tuan/puan. Kami menyediakan rawatan di lokasi klinik kami seperti di page ini atau ke lokasi tuan/puan.

BERBEKAM MAMPU MERAWAT TEKANAN DARAH TINGGISelain rawatan hospital, bekam boleh menjadi antara rawatan alternatif pada p...
11/01/2022

BERBEKAM MAMPU MERAWAT TEKANAN DARAH TINGGI

Selain rawatan hospital, bekam boleh menjadi antara rawatan alternatif pada peringkat seawal pra- hipertensi lagi.

Dengan kawalan diet & stress, senaman berjadual, penurunan berat badan yg berlebihan dsbnya, bekam didapati berkesan menurunkan tekanan darah secara berperingkat.

Ini adalah hasil kajian (Randomize Control Trial) pernah dilakukan oleh Prof. Dr Abdul Aziz Al Safi pada 2011-2014 keatas 62 orang di mana mereka dibahagikan kepada 2 Kumpulan.

BAGAIMANA BEKAM MENGAWAL TEKANAN DARAH TINGGI?

✅ Pertama: Penyingkiran sejumlah cecair mengandungi lebihan sodium (salt-Induced Hypertension) melalui bekam darah membantu mengurangkan lebihan isipadu cecair di dalam tubuh sekaligus mengurangkan ketegangan berlebihan pada pembuluh darah yg menuju kepada ginjal punca peningkatan tekanan darah.

✅ Kedua: Tusukan jarum atau sayatan pisau bekam kepada permukaan kulit merangsang otak utk melepaskan hormon endorphin kepada reseptor opiod sehingga menimbulkan efek relaksasi sekaligus menurunkan tahap stres. Kesannya tekanan darah tinggi (Stress-Induced Hypertension) akan mula menurun.

✅ Ketiga: Tekanan negatif yg dikenakan kepada permukaan kulit mengakibatkan pelepasan sejumlah Nitric Oxide(NO) daripada tisu endotelial pembuluh² darah menyebabkan pembuluh² darah mengembang(dilatasi) seterusnya memberi kesan kepada pengurangan tekanan darah tinggi. Pada mada yg sama pelepasan lebih banyak NO ini juga meningkatkan kesan relaksasi, menurunkan tahap stress sekaligus membantu penurunan tekanan darah.

✅ Keempat: Pelepasan lebih banyak renin (angiotensin) oleh ginjal menyebabkan pengecutan pembuluh² darah seterusnya meningkatkan tekanan darah. Penyingkiran sejumlah protein angiotensin (hormon) melalui bekam darah juga berupaya mengurangkan pengecutan pembuluh darah sekaligus menurunkan tekanan darah.

✅ Kelima: Pengendapan lebihan lemak, kolesterol, kalsium & bahan² lain pada dinding pembuluh darah menyebabkan pembuluh darah menjadi anjal & kurang mengeras (atherosclerosis). Penyingkiran sejumlah lemak, kolesterol kalsium & bahan² berkaitan boleh mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular termasuk menurunkan tekanan darah secara berperingkat.

---------------------------------------------------------------------------------------
Hubungi kami melalui WhatsApp ataupun panggilan terus ke no perkhidmatan kami 019-246 9086. Kami bersedia mendengar cerita tuan/puan dan berkongsi pandangan berkenaan masalah tuan/puan. Kami menyediakan rawatan di lokasi klinik kami seperti di page ini atau ke lokasi tuan/puan.

BENARKAH BERBEKAM BOLEH MENGELUARKAN TOKSIN DARIPADA BADAN PEROKOK?Ada dalam kalangan penyedia perkhidmatan bekam menyat...
10/01/2022

BENARKAH BERBEKAM BOLEH MENGELUARKAN TOKSIN DARIPADA BADAN PEROKOK?

Ada dalam kalangan penyedia perkhidmatan bekam menyatakan bahawa ada beberapa orang yang perlu dibekam dan perokok merupakan salah seorang yang perlu dibekam. Ini kerana menurut mereka terdapat toksin di dalam darah yang perlu dibuang dengan menggunakan bekam

Buktinya adalah perbezaan darah perokok dan juga darah orang yang tidak merokok ketika dibekam. Iaitu orang yang merokok mempunyai darah yang pekat dan sedikit gelap berbanding dengan darah orang yang tidak merokok. Dikatakan darah yang gelap dan hitam itulah menunjukkan kehadiran toksin yang dibuang ketika proses bekam.

TETAPI ADAKAH INI BENAR?

Tidak sama sekali. Darah gelap yang keluar daripada perokok ketika proses bekam bukanlah menunjukkan ia mempunyai toksin yg banyak. Darah gelap itu terhasil disebabkan darah perokok itu lebih pekat daripada orang biasa disebabkan kekurangan oksigen dan jumlah haemoglobin yg tinggi.

Dan perokok bukanlah orang yang memerlukan bekam disebabkan aktiviti merokoknya. Apa yang perokok perlukan adalah BERHENTI MEROKOK. Jika nak bekam tak salah. Tetapi bekam sebab nak keluarkan toksin daripada rokok tu adalah perkara yg salah dan tidak terbukti.

---------------------------------------------------------------------------------------
Hubungi kami melalui WhatsApp ataupun panggilan terus ke no perkhidmatan kami 019-246 9086. Kami bersedia mendengar cerita tuan/puan dan berkongsi pandangan berkenaan masalah tuan/puan. Kami menyediakan rawatan di lokasi klinik kami seperti di page ini atau ke lokasi tuan/puan.

PENGIKTIRAFAN SAINS TERHADAP BEKAM“Hasil kajian klinikal pasukan saya di Universiti Sains Malaysia (USM) selama 12 bulan...
09/01/2022

PENGIKTIRAFAN SAINS TERHADAP BEKAM

“Hasil kajian klinikal pasukan saya di Universiti Sains Malaysia (USM) selama 12 bulan pada tahun 2012 amat menakjubkan apabila mendapati bekam boleh menurunkan paras glukos darah, menurunkan tekanan darah, meningkatkan fungsi buah pinggang dan saluran darah. Hasil kajian tersebut saya kongsikan melalui pembentangan saintifik di dalam dan luar negara."

Ini adalah kenyataan yang telah dibuat oleh Ketua Penyelidik Bekam Klinikal yang kini bertugas sebagai pensyarah di Lincoln University College, Kota Bharu, Kelantan, Profesor Dr Abd Aziz Al-Safi Ismail.

Sepanjang pembabitan di dalam dunia perubatan, beliau mendapati perubatan moden tidak dapat mengatasi sebahagian besar masalah penyakit kronik.

“Begitu juga sesetengah ubat kimia yang boleh mendatangkan kesan sampingan kepada pesakit, di mana kerajaan telah menarik balik ubatan tersebut dari pasaran termasuk ubat untuk diabetes, darah tinggi dan tahan sakit. Ini menyebabkan saya mencari-cari apakah kaedah lain terutamanya mengikut tradisi atau kaedah umat Islam terdahulu yang dapat digunakan untuk mengatasi penyakit kronik" ujar beliau sekali lagi.

Oleh yang demikian, ini dapat dijadikan bukti kukuh lengkap dengan kajian saintifik membuktikan bahawa berbekam itu memberi manfaat yang baik sebagai rawatan penyakit.

---------------------------------------------------------------------------------------
Hubungi kami melalui WhatsApp ataupun panggilan terus ke no perkhidmatan kami 019-246 9086. Kami bersedia mendengar cerita tuan/puan dan berkongsi pandangan berkenaan masalah tuan/puan. Kami menyediakan rawatan di lokasi klinik kami seperti di page ini atau ke lokasi tuan/puan.

Address

Kuala Kangsar
33000

Opening Hours

Monday 09:30 - 18:30
Tuesday 09:30 - 18:30
Wednesday 09:30 - 18:30
Thursday 09:30 - 18:30
Friday 09:30 - 18:30
Sunday 09:30 - 18:30

Telephone

+601111160642

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Bekam Jawi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Bekam Jawi:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram