05/04/2026
Ya Allah Engkau permudahkanlah urusan pesakit ku ini, datang jauh² naik motor seorang diri, buat rawatan untuk diri ada masalah gangguan.
Seperti biasa daku serahkan urusan berkait selain rawatan kepada pihak Urusetia yang menjaga amanah Guruku, Sheikh Husin al Ashriy.
Di Pusat Rawatan kami, kami ini menyewa premis dan fasiliti, segala keperluan berkaitan kos itu adalah perkara lazim dalam mana-mana sudut di dunia ini.
Namun itu bukan alasan menghalalkan kami untuk mengambil dari golongan yang tiada berkemampuan.
Ya upah satu keperluan membayar segala kos tapi bukan matlamat untuk kaya. Lain orang lain cara. Pesan Guruku,
"ambillah upah dari yang mampu, jangan mengambil dari golongan miskin, berilah pada yang miskin. daku tiada menginfaq kepada yang kaya. Upah tiada haram tiada bermaksiat. Ikhlaskan niat kerana Allah. Dunia keperluan, akhirat matlamat. Sebelum fikir tentang upah fikirkanlah, terlebih dulu pahala di sisi Allah"
Daku mengikut pesan Guruku, Sheikh Husin al Ashriy Ulama Quran Azhar Mansourah Mesir yang mengajarkan daku ilmu pengubatan Islam warisan Sanad daripada Guru beliau alMarhum Sheikh Abdou Kholiq al Attor Ulama Perintis mengajarkan Ilmu Pengubatan Islam secara kuliah Muhadoroh di Mesir pada zamannya.
Jadi polisi daku tiada bercerita apapun tentang pesakit, tentang sesi perawatan kepada umum.
Cuma kali ini daku kongsi secebis supaya jadi pedoman diri dan seluruh perawat lainnya di tanahairku.
Pesakit ini, mereka dalam posisi kesempitan, memerlukan bantuan perawatan. Jadi jangan sesekali ambil kesempatan atas kesempitan mereka.
Tak semua pesakit datang kepada kita dalam keadaan berduit mampu membayar atas khidmat atau produk atau apa saja berkaitan perawatan.
Pesanku buat diri sendiri dan semua di luar sana, jangan sesekali mengambil hak orang lain. Jika kita tiada memiliki perakuan sebagai perawat dari perguruan bidang pengubatan Islam, maka tiada berhak untuk kita membuat rawatan secara percuma, tanpa bersumber ilmu padanya, kerana Islam melarang unsur penipuan, mengadakan sesuatu perkara tanpa sumber ambilan ilmu yang benar. Apatah lagi jika kita mengambil sesen wang, sebarang bentuk kelebihan, keuntungan dari pesakit, TANPA KEILMUAN YANG BENAR DALAM BIDANG PERAWATAN RUQYAH/PENGUBATAN ISLAM.
Lebih tersimpang dari landasan nawaitu ke jalan Allah, jika sekiranya kita meloba dunia dengan mengenakan bayaran melampau sehingga membebankan pihak pesakit.
Akhirul kalam, simpanlah bahagian mu di sisi Allah, Wahai Perawat! Demi masa, sungguh kita semua dalam benar-benar rugi, kecuali yang berikrar lisannya mentauhidkan kepada Allah, yakin i'tiqad hatinya beriman kepada Allah, mempersembah ubudiyyah kepada Allah dengan seluruh jawarih (seluruh anggota jasad pemberian Allah). Dan beramal soleh dengan dua syarat bagi amal soleh diterima Allah SWT,
1. IKHLAS NAWAITU KERANA ALLAH SWT.
2.AL SOWAB ITBA' SUNNAH -mengikut segala jalan yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW.