Hospital Jelebu

Hospital Jelebu DISTRICT HOSPITAL OF JELEBU

Musim perayaan kali ini nampaknya ditemani cuaca panas yang terik. Jangan sampai kegembiraan beraya terganggu disebabkan...
27/03/2026

Musim perayaan kali ini nampaknya ditemani cuaca panas yang terik. Jangan sampai kegembiraan beraya terganggu disebabkan strok haba atau dehidrasi.

Jom amalkan tip mudah ini

✅ Minum air kosong secukupnya
✅ Gunakan payung atau topi
✅ Pilih baju Raya yang longgar dan berwarna cerah
✅ Elak berada di bawah panas terik
✅ Pakai cermin mata gelap dengan anti-UV

Segera dapatkan rawatan sekiranya rasa tidak sihat.

Assalamualaikum WBT.Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin 🌙✨Saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi pengharg...
20/03/2026

Assalamualaikum WBT.

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin 🌙✨

Saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh keluarga besar Hospital Jelebu atas komitmen, pengorbanan dan dedikasi yang tidak pernah luntur dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat.

Semoga Aidilfitri ini membawa kegembiraan, ketenangan dan mengeratkan lagi silaturrahim antara kita semua.

_Taqabbalallahu minna wa minkum_

Ikhlas daripada,
Dr. Noor Syafiq Aizat bin Ishak
Pengarah Hospital Jelebu

19/03/2026

𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐑𝐀𝐘𝐀 𝐀𝐈𝐃𝐈𝐋𝐅𝐈𝐓𝐑𝐈 𝟏𝟒𝟒𝟕𝐇/𝟐𝟎𝟐𝟔𝐌

Ramadhan barakah pasti dirindui,
Moga amalan diterima Ilahi,
Syawal menjelma sama dirai,
Dengan ucapan “Selamat Hari Raya Aidilfitri.”

Cahaya Ramadan berlalu pergi,
Menyambut tibanya Aidilfitri,
Seikhlas hati menyusun jari,
Memohon maaf kekhilafan diri.

🌙✨ MAJLIS IFTAR BERSAMA MADRASAH AL HIKMAH JELEBU & MAJLIS KHATAM AL-QURAN PERINGKAT HOSPITAL JELEBU 2026 ✨🌙Alhamdulilla...
13/03/2026

🌙✨ MAJLIS IFTAR BERSAMA MADRASAH AL HIKMAH JELEBU & MAJLIS KHATAM AL-QURAN PERINGKAT HOSPITAL JELEBU 2026 ✨🌙

Alhamdulillah, telah berlangsung Majlis Iftar Bersama Madrasah Al-Hikmah Jelebu dan Majlis Khatam Al-Quran Peringkat Hospital Jelebu 2026 pada 13 Mac 2026 (Jumaat) bertempat di Madrasah Al-Hikmah Jelebu, Kg Renal.

Majlis ini menghimpunkan warga Hospital Jelebu bersama anak-anak tahfiz/madrasah dalam suasana penuh keberkatan di bulan Ramadhan.

Antara pengisian program termasuk tazkirah Ramadhan, Majlis Khatam Al-Quran, penyerahan/gimik mock cheque infaq iftar/Ramadhan, berbuka puasa, solat Maghrib, Isyak dan Tarawih berjemaah serta moreh.

Semoga majlis ini membawa keberkatan serta mengeratkan ukhuwah, memupuk semangat kebersamaan dan menghidupkan Ramadhan dengan amalan yang diredhai Allah SWT.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah memberikan sumbangan, infaq iftar, infaq Ramadhan dan kerjasama semua pihak dalam menjayakan program ini.

Anjuran :
- Badan Agama Hal Ehwal Islam (BAHEIS) Hospital Jelebu

Anjuran Bersama :
- Kelab Sukan dan Rekreasi Hospital Jelebu
- Hospital Mesra Ibadah

✨ “Ramadhan Disambut, Ukhuwah Diperkukuh” 🤲

🌙 PROGRAM IHYA’ RAMADHAN : AGIHAN BUBUR LAMBUK 2026 🌙Alhamdulillah, telah berlangsung dengan jayanya Program Ihya’ Ramad...
12/03/2026

🌙 PROGRAM IHYA’ RAMADHAN : AGIHAN BUBUR LAMBUK 2026 🌙

Alhamdulillah, telah berlangsung dengan jayanya Program Ihya’ Ramadhan : Agihan Bubur Lambuk 2026 pada pagi ini, 12 Mac 2026 bertempat di Dewan Sri Jelebu, Hospital Jelebu.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah bertungkus-lumus menjayakan program ini, khususnya kepada para peserta, penginfaq serta semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung.

Semoga usaha kecil ini menjadi salah satu amal kebajikan dalam menyemarakkan bulan Ramadhan serta mengeratkan lagi ukhuwah dalam kalangan warga Hospital Jelebu. 🤲✨

Anjuran:
Kelab Sukan dan Rekreasi Hospital Jelebu

Anjuran Bersama:
BAHEIS Hospital Jelebu
Medivest Sdn Bhd

Terima kasih atas sokongan semua. Semoga segala usaha dan sumbangan diberkati Allah SWT. 🌙

Selamat Menyambut Hari Pembantu Perubatan kepada semua Penolong Pegawai Perubatan. Semoga terus bersemangat dan komited ...
10/03/2026

Selamat Menyambut Hari Pembantu Perubatan kepada semua Penolong Pegawai Perubatan.

Semoga terus bersemangat dan komited dalam memartabatkan profesion serta memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada komuniti.

Selamat Hari Pembantu Perubatan 2026!
"Memacu Pemodenan Perkhidmatan, Meningkatkan Kualiti Kesihatan"

Rasa ingin merokok datang menyerang? Jangan mengalah! ✋🚫Gunakan teknik 12M untuk kekal tenang dan fokus kepada matlamat ...
09/03/2026

Rasa ingin merokok datang menyerang? Jangan mengalah! ✋🚫

Gunakan teknik 12M untuk kekal tenang dan fokus kepada matlamat anda. Antara langkah mudah yang boleh anda buat di rumah:

✅ Tunggu 5 minit atau katakan sebentar
✅ Tarik nafas 3 kali secara perlahan-lahan
✅ Minum air masak
✅ Sibukkan diri
✅ Jauhkan diri daripada orang sedang merokok
✅ Elakkan diri daripada situasu yang mendorong kepada merokok
✅ Kunyah sesuatu selepas berbuka
✅ Basuh tangan setiap kali teringat rokok
✅ Mandi dengan kerap
✅ Lakukan senaman ringkas bila mengantuk
✅ Meditasi atau bersukan
✅ Memohon doa

Setiap saat anda bertahan adalah satu kemenangan besar untuk kesihatan anda dan keluarga.

05/03/2026

Minum air kosong secukupnya sepanjang Ramadan.

Air kosong boleh melancarkan penghadaman, membantu penurunan berat badan, mengawal atur suhu badan dan menjadikan badan kekal hidrat dan segar.

Minum air kosong selepas bangun tidur, semasa sahur, semasa berbuka puasa, selepas solat Maghrib, semasa mengambil hidangan berat, selepas solat Isyak, selepas solat tarawih dan sebelum tidur bagi mencukupkan pengambilan air kosong 8 gelas sehari semasa Ramadan.

05/03/2026
Ramai yang masih salah faham antara  antara fakta perubatan dan mitos lama mengenai penyakit Tibi. Mari kita perbetulkan...
21/02/2026

Ramai yang masih salah faham antara antara fakta perubatan dan mitos lama mengenai penyakit Tibi. Mari kita perbetulkan tanggapan ini agar tiada lagi pesakit yang merasa tersisih atau takut untuk mendapatkan bantuan.

Mitos vs Fakta yang perlu anda ketahui :

❌ Mitos: Tibi disebabkan oleh sihir dan santau.
✅ Fakta: Tibi adalah jangkitan kuman yang dibuktikan melalui ujian kahak dan x-ray paru-paru.

❌ Mitos: Tibi berpunca daripada gaya hidup tidak sihat
✅ Fakta: Tibi merebak melalui udara

❌ Mitos: Tibi merupakan penyakit keturunan
✅ Fakta: Kontak rapat berisiko mendapat jangkitan Tibi

❌ Mitos: Tibi tiada ubat dan membawa maut.
✅ Fakta: Tibi boleh dirawat sepenuhnya dengan ubat anti-Tibi. Kematian biasanya berlaku jika pesakit enggan mendapatkan rawatan.

🌙✨ Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak 1447H/2026 ✨🌙Semoga Ramadhan kali ini menjadi ruang untuk kita meningkatk...
18/02/2026

🌙✨ Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak 1447H/2026 ✨🌙

Semoga Ramadhan kali ini menjadi ruang untuk kita meningkatkan ketaqwaan, memperbanyakkan amal ibadah serta memperkukuh sifat sabar, ihsan dan keikhlasan dalam setiap urusan.

Firman Allah SWT:
“Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa.” (Surah Al-Baqarah: 183)


SAMBUTAN HARI PEMBANTU PERAWATAN KESIHATAN PERINGKAT HOSPITAL JELEBU 2025Hospital Jelebu mengucapkan Selamat Hari Pemba...
04/12/2025

SAMBUTAN HARI PEMBANTU PERAWATAN KESIHATAN PERINGKAT HOSPITAL JELEBU 2025

Hospital Jelebu mengucapkan Selamat Hari Pembantu Perawatan Kesihatan (PPK) 2025 kepada seluruh warga PPK Hospital Jelebu yang menjadi antara tulang belakang dalam memastikan kelancaran dan kualiti perkhidmatan kesihatan di hospital ini.

Sambutan pada tahun ini yang bertemakan “Memperkasa Profesion, Memacu Potensi Aspirasi Madani”, telah dirasmikan oleh Pengarah Hospital Jelebu, Dr. Noor Syafiq Aizat bin Ishak, dan turut dihadiri oleh Ketua PPK Hospital Jelebu, En. Nor Afizal bin Yaakop.

Tema tahun ini mencerminkan usaha berterusan untuk memperkukuh profesionalisme PPK, meningkatkan kemahiran dan keupayaan, serta menyokong aspirasi Madani dalam perkhidmatan awam berteraskan penyayang, hormat, integriti dan kesejahteraan masyarakat.

Semoga sambutan ini memberi inspirasi kepada semua PPK untuk terus meningkatkan kualiti perkhidmatan dan memupuk budaya kerja berpasukan yang lebih cemerlang.

Selamat Hari PPK 2025!

Address

HOSPITAL DAERAH JELEBU
Kuala Klawang
71600

Telephone

+6066136252

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Hospital Jelebu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Hospital Jelebu:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram

Category