Klinik Kesihatan Sungai Selisek, Hulu Selangor

Klinik Kesihatan Sungai Selisek, Hulu Selangor Klinik Kesihatan Sungai Selisek, Hulu Selangor

Mesyuarat Panel Penasihat Klinik kesihatan Sg Selisek 2025.Terima kasih kepada Tuan Pengerusi Dan semua Ahli Panel Penas...
20/08/2025

Mesyuarat Panel Penasihat Klinik kesihatan Sg Selisek 2025.
Terima kasih kepada Tuan Pengerusi Dan semua Ahli Panel Penasihat Yang hadir memberi idea-idea Yang menarik untuk dilaksanakan bersama komuniti.Semoga segala perancangan dapat dilaksanakan dengan Jayanya.

,

Pernah tak korang datang bawa ahli keluarga ke klinik kesihatan pada luar waktu pejabat, tapi klinik kosong ? takda staf...
19/08/2025

Pernah tak korang datang bawa ahli keluarga ke klinik kesihatan pada luar waktu pejabat, tapi klinik kosong ? takda staff di klinik ? Rasa nak marah kan ? Mereka ni makan gaji buta ke apa ?

Ramai yang masih keliru tentang apa maksud paramedik oncall atau standby di Klinik Kesihatan. Ada yang ingat mereka ni memang kena berjaga 24 jam di klinik, tunggu saja pesakit datang bila-bila masa. Hakikatnya, itu tak betul. Sistem di Klinik Kesihatan tak sama macam hospital. Klinik Kesihatan hanya buka pada waktu siang sahaja. Bila malam, paramedik tak duduk menunggu di klinik, mereka berada oncall, iaitu bersedia untuk dipanggil bila ada kes kecemasan.

Maksud oncall ni, paramedik boleh berada di rumah atau kuarters mereka, dan bila ada panggilan, barulah mereka bergegas ke klinik. Dalam sesetengah keadaan, memang ada juga paramedik yang bermalam di klinik, contohnya di kawasan pedalaman atau bila dijangka kes kecemasan boleh berlaku. Tapi itu bukanlah kewajipan setiap masa.

Ramai orang salah faham, bila datang klinik waktu malam dan tak nampak staf, terus anggap paramedik “tak buat kerja” atau “tak ada orang jaga”. Padahal mereka sedang bergerak ke klinik selepas dapat panggilan. Kadang-kadang mereka dipanggil pada lewat malam, masa tengah rehat atau baru bersama keluarga. Mereka pun manusia biasa, perlu masa beberapa minit untuk bersiap dan datang ke klinik.

Sebab itu penting untuk masyarakat faham. Klinik Kesihatan bukan hospital kecemasan 24 jam. Kalau betul-betul ada kes kecemasan yang serius, hospital memang tempat terbaik untuk terus dituju. Paramedik standby di klinik ni sebenarnya sedang berkorban masa dan tenaga untuk pastikan pesakit tetap boleh dibantu, walaupun di luar waktu kerja biasa.

Jadual oncall ni kebiasaannya paramedik akan standby 24 jam selama 1 minggu sebelum bertukar dengan staff lain. Bayangkan kalau tak tidur 24 jam pun dah sakit, inikan 1 minggu. Kalau klinik yang ramai Paramedik, boleh jadi mereka akan bertukar 2 hari sekali. Jadi, elakkanlah marah-marah atau bertindak kasar pada mereka. Hargailah usaha mereka yang sentiasa sedia membantu bila diperlukan.



Address

Klinik Kesihatan Sungai Selisek
Kuala Kubu Bharu
44020

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Klinik Kesihatan Sungai Selisek, Hulu Selangor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Klinik Kesihatan Sungai Selisek, Hulu Selangor:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram