OLIVE HOUSE KUALA LIPIS

OLIVE HOUSE KUALA LIPIS Menyebarkan Kebaikan Quranic Food
Dibawah Jenama Olive House.

Ramai tak sedar, gula tinggi dalam darah bukan terjadi dalam semalaman. Ia datang perlahan-lahan, hasil daripada tabiat ...
07/11/2025

Ramai tak sedar, gula tinggi dalam darah bukan terjadi dalam semalaman.

Ia datang perlahan-lahan, hasil daripada tabiat kecil yang kita biar bertahun-tahun. Kurang bergerak, makan ikut tekak, s**a benda manis sebab nak hilangkan stres. Lama-lama, badan mula hilang kawalan.

Hakikatnya, nak kawal gula bukan sekadar tentang pantang makanan semata-mata. Tapi tentang cara kita jaga tubuh setiap hari.

Bergerak walau sekejap, pilih makanan yang bantu stabilkan tenaga, dan jauhi “petua segera” atau ubat kampung yang boleh mudaratkan buah pinggang.

Dan jangan lupa, tubuh kita perlukan lemak sihat juga. Pengambilan Olivie Plus 30x setiap hari bantu tingkatkan kepekaan insulin dan lindungi tubuh daripada keradangan dalaman, antara dalang utama gula susah nak turun.

Mulakan dari sekarang. Perlahan pun tak apa, asalkan konsisten.

Selama bertahun-tahun, kita diajar untuk takut pada kolesterol. Setiap kali buat medical check-up, bila tengok bacaan ko...
07/11/2025

Selama bertahun-tahun, kita diajar untuk takut pada kolesterol. Setiap kali buat medical check-up, bila tengok bacaan kolesterol tinggi, terus risau.

Tapi ramai tak tahu, musuh sebenar jantung bukan hanya kolesterol... tapi GULA.

Kajian sains moden dah banyak tunjuk, gula berlebihan sebenarnya lebih bahaya untuk jantung berbanding kolesterol semata-mata. Bukan saja sebab boleh naikkan berat badan, tapi sebab ia ganggu keseimbangan metabolik dan perlahan-lahan merosakkan sistem dalaman badan kita.

Macam mana gula boleh rosakkan jantung?

*1. Rintangan Insulin – Punca Senyap Penyakit Moden*

Bila setiap hari kita ambil minuman manis atau makanan tinggi gula, paras insulin dalam darah akan sentiasa tinggi. Lama-lama, sel badan jadi “kebal” pada insulin. Inilah yang dipanggil rintangan insulin.

Dari sinilah datangnya masalah seperti diabetes, tekanan darah tinggi, obesiti viseral, dan keradangan kronik. Semua ni antara punca utama penyakit jantung zaman sekarang.

*2. Keradangan & Salur Darah Tersumbat*

Gula yang berlebihan juga boleh tingkatkan tekanan oksidatif dan buat dinding salur darah kita meradang.

Keradangan ni menyebabkan plak terbentuk dalam arteri, keadaan yang dikenali sebagai atherosclerosis.

Dan bila plak tu makin tebal, risiko serangan jantung atau strok jadi sangat tinggi.

*3. Gangguan Profil Lemak*

Ramai ingat gula hanya naikkan gula darah. Tapi sebenarnya, ia juga ganggu profil kolesterol.

Gula boleh naikkan trigliserida dan LDL kecil-padat (kolesterol jahat yang senang sumbat arteri), sambil turunkan HDL, kolesterol baik yang lindungi jantung.

Hasilnya, jantung kita kerja lebih keras dalam keadaan sistem lemak yang tak seimbang.

*4. Hati Berlemak*

Kalau selalu minum air manis, terutama yang tinggi fruktosa, hati kita akan mula tukar gula tu jadi lemak.

Bila lama-lama berkumpul, terbentuklah penyakit hati berlemak tanpa alkohol (NAFLD).

Keadaan ni bukan je ganggu fungsi hati, tapi juga dikaitkan dengan masalah jantung dan metabolik.

➡ JAMA Internal Medicine (2014)
Individu yang ambil lebih 25% kalori harian dari gula tambahan — tiga kali ganda lebih berisiko mati akibat penyakit jantung.

➡ British Medical Journal (2015)
Gula tambahan dikaitkan dengan tekanan darah tinggi, trigliserida tinggi dan keradangan.

➡ Framingham Heart Study (2017)
Pengambilan minuman bergula meningkatkan risiko gagal jantung dan demensia.

Kunci sebenar kesihatan jantung bukan terletak pada ubat statin semata. Ia bermula daripada cara hidup dan pemakanan harian.

Nak jaga jantung tak perlu drastik. Mulakan dengan langkah kecil:
➡ Tukar air manis kepada air kosong campur hirisan buah,
➡ Lebihkan buah segar,
➡ Dan jadikan Olivie Plus 30x sebahagian daripada rutin harian, sumber lemak sihat yang bantu lawan keradangan dari dalam.

Dengan kurangkan gula tambahan dan amalkan gaya hidup seimbang, kita bukan saja lindungi jantung tapi bantu tubuh kembali bertenaga dan sihat secara semula jadi, insyaAllah.

Ramai ingatkan kesan hitam pekat kat leher tu cuma daki.Tapi bila makin gelap, gatal tak hilang, naik biji-biji kecil da...
05/11/2025

Ramai ingatkan kesan hitam pekat kat leher tu cuma daki.

Tapi bila makin gelap, gatal tak hilang, naik biji-biji kecil dan luka p**a lambat sembuh, itu sebenarnya tanda awal badan sedang banjir gula.

Sebenarnya, kulit adalah antara organ pertama yang tunjuk perubahan bila metabolisme dalam badan terganggu.

Ia ibarat cermin kepada kesihatan dalaman yang memberi petunjuk awal sebelum masalah jadi lebih serius.

Jadi, jika anda perasan kulit makin gelap, kering, keras, luka lambat sembuh atau naik tompok merah, jangan anggap remeh.

Itu mungkin tanda awal rintangan insulin, langkah pertama menuju diabetes jika dibiarkan.

Jaga diri dari sekarang.

Kurangkan pengambilan gula, banyakkan air kosong, kawal berat badan dan amalkan makanan tinggi antioksidan semula jadi seperti minyak zaitun extra virgin.

Kalau nak cari yang tinggi kandungan hydroxytyrosol, boleh ikhtiar dengan Olivie Plus 30x.

Ia kaya dengan antioksidan semula jadi yang bantu lindungi sel daripada keradangan akibat gula, dan kandungannya 30 kali lebih tinggi berbanding minyak zaitun biasa.

Mulakan langkah kecil hari ini.

Tubuh kita sentiasa cuba beritahu sesuatu, cuma kita yang tidak peka.

Selamat Hari Raya Aidilfitri...Maaf Zahir dan Batin dari kami di Olive House Kuala Lipis.Semoga Aidilfitri kali ini adal...
30/03/2025

Selamat Hari Raya Aidilfitri...Maaf Zahir dan Batin dari kami di Olive House Kuala Lipis.

Semoga Aidilfitri kali ini adalah Aidilfitri yang paling bermakna, penuh bahagia & menggembirakan buat anda sekeluarga.

Nikmati setiap detik bersama insan tersayang dan eratkan silaturahim!

Zoom bersama Dr Zubaidi Hj Ahmad (Ikon Aafiyat)"Rahsia Kesihatan Lelaki Dari Kaca Mata Lelaki"
24/12/2024

Zoom bersama Dr Zubaidi Hj Ahmad (Ikon Aafiyat)

"Rahsia Kesihatan Lelaki Dari Kaca Mata Lelaki"

perkongsian ilmu yang sangat bermanfaat dari Dr Zubaidi Hj Ahmad ( Ikon Aafiyat)
12/11/2024

perkongsian ilmu yang sangat bermanfaat dari Dr Zubaidi Hj Ahmad ( Ikon Aafiyat)

SELAMAT HARI JANTUNG SEDUNIA! Hari Jantung Sedunia disambut pada 29 September setiap tahun, bertujuan memberi kesedaran ...
29/09/2024

SELAMAT HARI JANTUNG SEDUNIA!

Hari Jantung Sedunia disambut pada 29 September setiap tahun, bertujuan memberi kesedaran tentang kepentingan gaya hidup sihat bagi mencegah penyakit kardiovaskular.

Seluruh masyarakat perlu memandang penting akan aspek kesihatan jantung yang merupakan antara punca utama kematian di Malaysia.

Oleh itu, Olive House akan terus komited dalam memberikan kesedaran tentang kepentingan menjaga kesihatan jantung.

Kesihatan jantung bukan sahaja dijaga melalui pemakanan yang sihat iaitu dari segi pengambilan lemak sihat seperti Minyak Zaitun, namun ianya juga ditambah dengan aktiviti fizikal, gaya hidup dan amalan pemakanan yang sihat

Namun, jika kita mempunyai kesedaran sahaja ianya tidak cukup, kita perlu buktikan dengan perbuatan kita dan bersesuaian lah dengan tema tahun ini ‘Hargai Jantung, Bertindak Sekarang’.

Semoga kita semua diberikan kesihatan yang baik, InsyaAllah

Perkongsian ilmu asas diagnos tapak tangan (DTT) bersama pakar DTT, Kak Chik Nur Syamila Romli
03/09/2024

Perkongsian ilmu asas diagnos tapak tangan (DTT) bersama pakar DTT, Kak Chik Nur Syamila Romli

OLIVE HOUSE TERUS MERAIH PENGIKTIRAFAN SKIM PENSIJILAN MAKANAN ORGANIK DARIPADA KKMPada 16 Julai 2020, Olive House telah...
11/06/2024

OLIVE HOUSE TERUS MERAIH PENGIKTIRAFAN SKIM PENSIJILAN MAKANAN ORGANIK DARIPADA KKM

Pada 16 Julai 2020, Olive House telah menorehkan lembaran baru dalam sejarah sebagai Syarikat SME Bumiputera yang paling berprestij di Kedah dengan kecemerlangan yang tiada tandingan - iaitu meraih Pensijilan Makanan Organik Malaysia!

Dengan penuh hormat, kami ingin mengumumkan bahawa pada tahun ini 2024, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sekali lagi telah memberikan pengiktirafan yang membanggakan iaitu Skim Pensijilan Makanan Organik kepada Aafiyat Marketing Sdn Bhd, yang membawa jenama Olive House, sebagai pengiktirafan yang tertinggi dalam industri ini.

Bukan main lagi, lima produk hebat dari Olive House yang Berjaya meraih pengiktirafan ini:

1.⁠ ⁠Minyak Zaitun 'Extra Virgin' - Olivie Plus 30X
2.⁠ ⁠Butiran Campuran Ekstrak Buah dan Daun Zaitun - Olivie Power Up
3.⁠ ⁠Jus Delima
4.⁠ ⁠Jus Delima Pekat
5.⁠ ⁠Minyak Kelapa Dara

Skim Pensijilan Makanan Organik Malaysia bukanlah sesuatu yang biasa dan tidak ada apa-apa. Ia menandakan kecemerlangan tanpa kompromi dalam setiap titisan produk kami! Dengan ini, kami memberi jaminan kepada anda bahawa produk kami berada di dalam kualiti yang paling terbaik di pasaran.

Kami percaya bahawa dengan Skim Pensijilan Makanan Organik Malaysia ini, kepercayaan dan keyakinan pengguna terhadap kualiti produk Olive House akan melonjak ke tahap yang lebih tinggi. Kami sentiasa komited dalam memastikan kualiti terbaik dalam setiap produk yang kami hasilkan.

Sebab Apa Kena Pilih Organik?

1.⁠ ⁠Antioksida yang lebih tinggi

Manfaat makanan organik bagi kesihatan bergantung kepada antioksidanya yang tinggi. Makanan yang organik mengandungi antioksida yang lebih tinggi berbanding makanan yang di tambah bahan yang lain seperti pengawet.

2.⁠ ⁠Lebih segar

Makanan organik adalah lebih segar disebabkan tidak mengandungi bahan pengawet yang boleh membuatkannya tahan lama. Makanan organik juga mempunyai rasa yang lebih ‘pure’ kerana tidak dicampur dengan bahan yang lain.

3.⁠ ⁠Tiada penggunaan racun perosak

Dah nama pun organik, mestilah selamat dari bahan kimia ataupun racun. Bila penanaman menggunakan racun, sisa-sisa racun mungkin ada terlekat di makanan yang kita makan.

Sebenarnya, banyak lagi kebaikannya dan sebagai pengguna kita haruslah bijak dalam membuat keputusan sebab banyak pengeluar yang kata mereka kononnya ‘organik’ tetapi tidak memenuhi standard yang sebenar.

Sama-sama kita Realisasikan Gaya Hidup Aafiyat!

Address

No:8, Gerai MDL, Pasar Terbuka Bandar Lama
Kuala Lipis
27200

Opening Hours

Monday 10:00 - 18:00
Tuesday 10:00 - 18:00
Wednesday 10:00 - 18:00
Thursday 10:00 - 18:00
Friday 10:00 - 18:00
Saturday 09:30 - 15:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when OLIVE HOUSE KUALA LIPIS posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to OLIVE HOUSE KUALA LIPIS:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram