Blood Bank Hospital Kuala Lipis

Blood Bank Hospital Kuala Lipis Jom jadi wira dengan menderma darah! Derma darah adalah prosedur sukarela-tanpa-ganjaran yang mudah, malah anda dapat menyelamatkan nyawa sesiapa sahaja.

Kami menerima penderma darah setiap hari bekerja dari pukul 9am hingga 4pm, tidak termasuk waktu rehat. Kami tidak beroperasi semasa hujung minggu atau cuti am

Terima kasih kepada cikgu-cikgu dan murid-murid di KV Kuala Lipis yang telah datang untuk menderma darah pada 21/4/2026😊...
23/04/2026

Terima kasih kepada cikgu-cikgu dan murid-murid di KV Kuala Lipis yang telah datang untuk menderma darah pada 21/4/2026😊❤️.

Anda semua adalah hero sebenar yang telah menyelamatkan nyawa insan lain.

Setiap titisan darah yang didermakan membawa harapan baru kepada mereka yang memerlukan.

Semoga segala kebaikan ini dibalas dengan ganjaran yang berlipat ganda.

22/04/2026

Hari ini kami ke UiTM Raub.
Tiada walk-in di Tabung Darah Hospital utk hari ini. Terima kasih. 😊

Derma darah di TF Lipis pagi ini
11/04/2026

Derma darah di TF Lipis pagi ini

Program derma darah di TF Lipis pagi ini, jom sertai kami sehingga pukul 2 petang! 😊
11/04/2026

Program derma darah di TF Lipis pagi ini, jom sertai kami sehingga pukul 2 petang! 😊

Terima kasih kepada semua warga Bukit Betong di atas sambutan yang sangat meriah bagi program derma darah yang berlangsu...
11/04/2026

Terima kasih kepada semua warga Bukit Betong di atas sambutan yang sangat meriah bagi program derma darah yang berlangsung pada 9/4/2026 yang lalu. Anda semua adalah perwira yang telah membantu menyelamatkan nyawa ❤️

Sempena hujung minggu, jom singgah ke TF sambil membeli-belah! Team kami berada di TF hari ini😄.

Jom semua warga Lipis, mari bersama-sama menderma darah. Setiap titisan darah anda amat bermakna 🩸

Semalam telah berlangsung program derma darah di TNB, Kuala Lipis. Terima kasih kepada semua wira dan wirawati yang tela...
09/04/2026

Semalam telah berlangsung program derma darah di TNB, Kuala Lipis. Terima kasih kepada semua wira dan wirawati yang telah tampil untuk menderma☺️ Hari ini, team mobile akan akan berada di Dewan Orang Ramai, Bukit Betong. Jumpa di sana😊

Dalam kegembiraan kita menyambut Syawal,jangan lupa  kepada mereka yang memerlukan ❤️Setitik darah anda mampu memberi ha...
01/04/2026

Dalam kegembiraan kita menyambut Syawal,
jangan lupa kepada mereka yang memerlukan ❤️
Setitik darah anda mampu memberi harapan baru.
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin 🌙 Jom hadir di program derma darah kami untuk bulan ini😁

Program derma darah sedang berlangsung di Superbowl, Lipis sehingga 2 petang. Jom semua warga Lipis!
31/03/2026

Program derma darah sedang berlangsung di Superbowl, Lipis sehingga 2 petang. Jom semua warga Lipis!

Sebagai penutup bulan Mac, jom jumpa kami di Superbowl Kuala Lipis esok 31/3/2026, pada pukul 8.30 pagi hingga 2.00 peta...
30/03/2026

Sebagai penutup bulan Mac, jom jumpa kami di Superbowl Kuala Lipis esok 31/3/2026, pada pukul 8.30 pagi hingga 2.00 petang untuk program derma darah anjuran bersama Kolej UIA Kuala Lipis dan Akademi Pembangunan Kemahiran USIM Kuala Lipis.

Moh menderma darah aokmerrr

08/03/2026

Kenapa ada slogan, “Derma Darah Selamatkan Tiga Nyawa”

Gambar kat bawah ni adalah gambar darah yang siap diproses, telah discreen, dan juga telah disimpan ditempat simpanan dengan suhu simpanan yang berbeza. Min akan bawa tajuk tentang cara simpanan darah ini minggu depan.

Gambar darah yang saya ambil ni adalah darah yang menunggu porter dari HKL untuk dihantar kat wad untuk diberi kepada pesakit yang memerlukan.

Sebelah kiri adalah platelet, siapa yang akan menerima platelet ni? pesakit yang akan menerima darah ini ialah pesakit,
❤️ demam denggi
❤️ demam denggi berdarah
❤️ leukimia dan kanser
❤️ kes pendarahan teruk

Yang tengah adalah sel darah merah, pesakit yang terima darah ini adalah pesakit
❤️ Talasemia
❤️ Leukimia dan kanser darah
❤️ Pesakit buah pinggang
❤️ Kes anemia (kekurangan darah)
❤️ Kes tumpah darah ibu bersalin
❤️ Pesakit yang kehilangan banyak darah semasa pembedahan

Yang kanan sekali ialah plasma, pesakit yang menerima darah ini adalah pesakit
❤️ Mangsa melecur akibat kebakaran
❤️ Kes pendarahan teruk
❤️ Demam denggi berdarah
❤️ Kes kegagalan hati
❤️ Penghasilan produk fraksinasi

Sebab itu, darah adiwira akan jadi tiga komponen dan diberikan kepada tiga pesakit yang berbeza jenis penyakit.

Sebenarnya banyak lagi jenis penyakit yang akan menerima darah ini, tapi saya mention yang kebiasaannya pesakit kat hospital terima.

Minggu depan kita sambung cara penyimpanan dan jangkahayat darah p**a. Ini lagi menarik, nak tahu kenapa menarik. Tunggu minggu depan kita sambung, terima kasih semua yang tak jemu like, share dan komen. Diharapkan dengan kebaikkan yang anda lakukan ini, lebih ramai antara kita akan sedar tentang kepentingan menderma darah.



Statistik tahunan Unit Tabung Darah Hospital Kuala Lipis bagi tahun 2025 (Jan-Okt) mendapati jumlah pendermaan hanyalah ...
08/03/2026

Statistik tahunan Unit Tabung Darah Hospital Kuala Lipis bagi tahun 2025 (Jan-Okt) mendapati jumlah pendermaan hanyalah mencecah 1,032.

Penggunaan? 1,940

Bila mana penggunaan beg darah hampir mencecah dua kali ganda kutipan pendermaan, anda boleh bayangkan bagaimana kesannya terhadap pesakit-pesakit yang amat memerlukan darah seperti pesakit Thalassemia major, pesakit kanser, kanak-kanak pramatang, pesakit-pesakit warga emas dengan penyakit kronik.

Jadi, tampillah menderma darah. Kerana 1 beg darah anda mampu menyelamatkan 3 nyawa.

Siapa boleh ulas maksud infografik ini?

Hint: situasi terkini di Kelantan dan kebanyakan negeri seluruh Malaysia

Address

Unit Patologi & Tabung Darah, Hospital Kuala Lipis
Kuala Lipis
27200

Telephone

+6093123333

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Blood Bank Hospital Kuala Lipis posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Blood Bank Hospital Kuala Lipis:

Share