Hospital Pakar Kanak-kanak UKM

Hospital Pakar Kanak-kanak UKM Hospital Pakar Kanak-kanak UKM telah dimasyhurkan kepada Hospital Tunku Ampuan Besar Tuanku Aishah Rohani, Hospital Pakar Kanak-kanak UKM (Hospital TABTAR)
(1)

PROJEK KOMUNITI BAGI PROGRAM “PROJECT HOPE TREE”Oleh: Norazira A. 21 November 2025 (Jumaat) – Hospital Tunku Ampuan Besa...
22/11/2025

PROJEK KOMUNITI BAGI PROGRAM “PROJECT HOPE TREE”
Oleh: Norazira A.

21 November 2025 (Jumaat) – Hospital Tunku Ampuan Besar Tuanku Aishah Rohani, Hospital Pakar Kanak-kanak UKM (Hospital TABTAR) telah menerima kehadiran 30 orang sukarelawan yang terlibat dalam Projek Komuniti bagi Program “Project Hope Tree”, anjuran Pertubuhan Harapan Untuk Kanak-Kanak (Hope2Kids). Penganjuran program ini mencerminkan usaha berterusan organisasi tersebut dalam memperkukuhkan budaya kesukarelawan dan memberikan sokongan berkesan kepada pesakit pediatrik serta keluarga mereka.

Program ini bertujuan untuk memberi dorongan serta sokongan moral kepada pesakit kanak-kanak melalui penganjuran aktiviti interaktif, di samping memupuk semangat kesukarelawan dalam kalangan peserta. Program ini juga membuka ruang kepada sukarelawan untuk memahami dengan lebih dekat pengalaman pesakit pediatrik semasa menjalani rawatan. Secara tidak langsung, program ini mengasah nilai empati, keprihatinan sosial dan kesedaran terhadap pentingnya sokongan komuniti dalam membantu pemulihan psikososial pesakit pediatrik.

Program dimulakan dengan sesi taklimat ringkas mengenai hospital oleh Encik Mohd Nizam Hashim, wakil Jabatan Komunikasi Korporat & Khidmat Pelanggan. Seterusnya, para sukarelawan dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil untuk melaksanakan aktiviti mewarna bersama pesakit di Sekolah Dalam Hospital, Wad Pediatrik 1 dan Wad Pediatrik 2. Selain daripada aktiviti interaktif tersebut, para sukarelawan juga menyediakan dan mengagihkan goodies bag kepada pesakit sebagai tanda perhatian dan sokongan moral.

Aktiviti ini bukan sahaja berjaya menceriakan para pesakit, malah mewujudkan suasana interaksi yang mesra, positif dan penuh kasih sayang antara sukarelawan dan pesakit. Kehadiran sukarelawan dan pemberian goodies bag tersebut telah memberikan suntikan semangat kepada para pesakit serta menyemarakkan suasana hospital secara keseluruhan.

Pihak Hospital TABTAR merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih atas komitmen, keprihatinan dan semangat kesukarelawan yang ditunjukkan oleh semua peserta yang terlibat. Pihak hospital berharap agar kerjasama sebegini dapat diteruskan pada masa hadapan dalam usaha bersama meningkatkan kesejahteraan dan pengalaman rawatan pesakit pediatrik.





Selamat Menyambut Hari Kanak-kanak 2025Ikhlas DaripadaPengarah, Pengurusan Tertinggi dan Warga Hospital Tunku Ampuan Bes...
20/11/2025

Selamat Menyambut Hari Kanak-kanak 2025

Ikhlas Daripada
Pengarah, Pengurusan Tertinggi dan Warga Hospital Tunku Ampuan Besar Tuanku Aishah Rohani, Hospital Pakar Kanak-kanak UKM (Hospital TABTAR)



PEMERHATIAN KLINIKAL OLEH SISWA GURU PPISMP IPGMKIKOleh: Norazira A.19 November 2025 (Rabu) – Hospital Tunku Ampuan Besa...
19/11/2025

PEMERHATIAN KLINIKAL OLEH SISWA GURU PPISMP IPGMKIK
Oleh: Norazira A.

19 November 2025 (Rabu) – Hospital Tunku Ampuan Besar Tuanku Aishah Rohani, Hospital Pakar Kanak-kanak UKM (Hospital TABTAR) telah menerima kehadiran seramai 88 orang siswa guru Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (PPISMP) daripada Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas (IPGMKIK) bagi menjalankan sesi pemerhatian klinikal di hospital.

Lawatan ini bertujuan memberi pendedahan menyeluruh kepada para siswa guru mengenai peranan kumpulan pelbagai kepakaran dalam memberikan perkhidmatan kepada kanak-kanak berkeperluan pendidikan khas di hospital. Melalui sesi ini, mereka dapat memahami kaedah terapi, teknik intervensi serta pendekatan pelbagai disiplin yang digunakan dalam menyokong pembelajaran dan perkembangan murid masalah pembelajaran, selaras dengan keperluan kursus Murid Berkeperluan Pendidikan Khas: Masalah Pembelajaran (PKUK1084).

Program dimulakan dengan sesi taklimat ringkas mengenai hospital oleh Encik Mohd Nizam Hashim, wakil Jabatan Komunikasi Korporat & Khidmat Pelanggan. Seterusnya, para siswa guru diberikan beberapa siri taklimat oleh wakil jabatan berkaitan, iaitu Dr. Yang Wai Wai, Ketua Pusat Perkembangan Kanak-kanak, Puan Zeiti Anis Husaina Zakaria, Penyelia Sekolah Dalam Hospital, Puan Mariana Hashim, Wakil Jabatan Kejururawatan serta Puan Norhaslina Mohd Yasin, Wakil Jabatan Rehabilitasi. Taklimat-taklimat ini memberi pencerahan mengenai fungsi jabatan masing-masing dalam menyokong rawatan dan perkhidmatan yang disediakan kepada pesakit kanak-kanak di hospital.

Selesai sesi taklimat, berlangsung majlis pertukaran cenderamata antara kedua-dua pihak sebagai simbolik penghargaan dan pemerkukuhan hubungan kerjasama akademik antara Hospital TABTAR dan Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas.

Seterusnya, para peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil bagi meneruskan lawatan ke lokasi-lokasi klinikal terpilih. Antara kawasan yang dilawati ialah Jabatan Rehabilitasi, Wad Pediatrik 2 (WPS), serta Sekolah Dalam Hospital, di mana para siswa guru berpeluang meninjau fasiliti, memahami proses rawatan serta menyaksikan pelaksanaan intervensi secara langsung oleh jurupulih serta tenaga profesional berkenaan.

Pihak Hospital TABTAR merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada IPGMKIK atas kesudian mengadakan lawatan ini. Pihak hospital berharap jalinan kerjasama akademik ini dapat diteruskan pada masa hadapan demi memperkukuh pembangunan profesional dalam bidang pendidikan khas dan perkhidmatan kanak-kanak.





"Hargai segala sumbangan dan kejayaan kaum lelaki dalam pelbagai aspek kehidupan.."Selamat Hari Lelaki SeduniaIkhlas dar...
19/11/2025

"Hargai segala sumbangan dan kejayaan kaum lelaki dalam pelbagai aspek kehidupan.."

Selamat Hari Lelaki Sedunia

Ikhlas daripada Pengarah, Pengurusan Tertinggi dan Warga Hospital Tunku Ampuan Besar Tuanku Aishah Rohani, Hospital Pakar Kanak-kanak UKM (Hospital TABTAR)



MANFAAT DIKONGSI BERSAMA MEMBERIKAN SELEBAR SENYUMAN KEPADA PESAKIT CILIKOleh: Norazira A.14 November 2025 (Jumaat) – Ho...
17/11/2025

MANFAAT DIKONGSI BERSAMA MEMBERIKAN SELEBAR SENYUMAN KEPADA PESAKIT CILIK
Oleh: Norazira A.

14 November 2025 (Jumaat) – Hospital Tunku Ampuan Besar Tuanku Aishah Rohani, Hospital Pakar Kanak-kanak UKM (Hospital TABTAR) telah menerima kunjungan seramai 16 orang pelajar dari Graduate School of Management, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Program ini diketuai oleh Dr Zera Zuryana Idris, Timbalan Pengarah Graduate School Of Management bersama Dr Al Amirul Emier Ramzan, Timbalan Pengarah, Sejahtera Centre for Sustainability and Humanity. Ketibaan para pelawat telah disambut oleh YBrs. Prof. Madya Dr. Norazlin Kamal Nor, Timbalan Pengarah (Perubatan) Hospital TABTAR, bersama Encik Mohd Ehsan Rajiain, Ketua Jabatan Komunikasi Korporat dan Khidmat Pelanggan.

Program yang bertemakan “Usrah in Action, Selebar Senyuman” ini dianjurkan dengan tujuan memperkukuh hubungan komuniti, meningkatkan kemahiran interpersonal serta memberikan manfaat bersama kepada kedua-dua pihak, khususnya dalam pembangunan sahsiah dan kesejahteraan kanak-kanak. Program dimulakan dengan sesi taklimat oleh Encik Mohd Nizam Hashim, wakil Hospital TABTAR, diikuti dengan ucapan aluan oleh YBrs. Prof. Madya Dr. Norazlin Kamal Nor, seterusnya ucapan daripada Dr. Zera Zuryana Idris bagi menerangkan hasrat dan objektif penganjuran program tersebut.

Sebagai mengisi pengisian program, para pelajar telah melaksanakan aktiviti menghias bilik permainan di Wad Pediatrik 2 (WPS) serta menyerahkan 15 beg hadiah (goodies bag) kepada pesakit di Wad Pediatrik 1 (WPM) dan Wad Pediatrik 2 (WPS)

Dalam pada itu, pihak Graduate School of Management (GSM) turut menyumbangkan wang tunai berjumlah RM5,900.00 (Lima Ribu Sembilan Ratus) kepada Tabung Kebajikan Pesakit Kanak-kanak dan RM600.00 (Enam Ratus) kepada Tabung Persatuan Kebajikan Ronald (RMCH) sebagai tanda keprihatinan terhadap kebajikan pesakit. Turut sama memberi sumbangan ialah Geotauto Sdn. Bhd. yang telah menyalurkan RM1,000.00 (Satu Ribu) kepada Tabung Kebajikan Pesakit Kanak-kanak sebagai sokongan berterusan terhadap usaha murni menjaga kebajikan pesakit pediatrik.

Pihak Hospital TABTAR, amat berbesar hati serta merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih atas lawatan, keprihatinan dan sumbangan yang telah diberikan. Hospital TABTAR juga menzahirkan penghargaan atas komitmen semua pihak dalam memperkukuh usaha kebajikan dan kesejahteraan pesakit pediatrik, selaras dengan aspirasi hospital untuk menyediakan persekitaran rawatan yang holistik, berdaya tahan dan mesra komuniti.





LAWATAN PEMERHATIAN KLINIKAL DELEGASI UNIVERSITAS SYIAH KUALA, INDONESIA KE HOSPITAL TABTAROleh : Shukri K.13 November 2...
13/11/2025

LAWATAN PEMERHATIAN KLINIKAL DELEGASI UNIVERSITAS SYIAH KUALA, INDONESIA KE HOSPITAL TABTAR
Oleh : Shukri K.

13 November 2025 (Khamis) - Hospital Tunku Ampuan Besar Tuanku Aishah Rohani, Hospital Pakar Kanak-kanak UKM (Hospital TABTAR) hari ini menerima lawatan daripada tujuh (7) orang pelajar prasiswazah dari Fakultas Kedokteran Gigi, Universitas Syiah Kuala (USK), Indonesia. Para pelajar ini merupakan pelajar yang telah mengikuti Program Mobiliti (Inbound) selama 2 minggu di bawah Fakulti Pergigian, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Program dimulakan dengan sesi taklimat ringkas oleh Encik Mohd Nizam Hashim, wakil Jabatan Komunikasi Korporat & Khidmat Pelanggan Hospital TABTAR disusuli dengan lawatan ke fasiliti di Sekolah Dalam Hospital, Wad Pediatrik 2, Perpustakaan dan Klinik Pergigian.





Little Heroes Celebration: Senyuman Buat Pejuang KecilOleh: Norazira A.12 November 2025 (Rabu) - Hospital Tunku Ampuan B...
13/11/2025

Little Heroes Celebration: Senyuman Buat Pejuang Kecil
Oleh: Norazira A.

12 November 2025 (Rabu) - Hospital Tunku Ampuan Besar Tuanku Aishah Rohani, Hospital Pakar Kanak-kanak UKM telah menerima kehadiran seramai 35 orang pelajar kerja sosial (ISWB112), Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) bagi menjayakan program “Little Heroes Celebration”.

Program ini bertujuan untuk menceriakan pesakit kanak-kanak melalui aktiviti interaktif serta sumbangan kecil sebagai tanda sokongan moral dan semangat kepada mereka. Inisiatif ini juga dilaksanakan bagi memupuk semangat kesukarelawanan, empati, dan tanggungjawab sosial dalam kalangan pelajar melalui penglibatan langsung dengan komuniti hospital.

Program dimulakan dengan sesi taklimat ringkas oleh Encik Shamsulizmi Asmawi, wakil Hospital TABTAR disusuli dengan sesi pertukaran cenderahati antara kedua-dua belah pihak di antara pihak hospital dan wakil pelajar UNITEN. Seterusnya, para pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan bagi melaksanakan pelbagai aktiviti bersama pesakit di Wad Pediatrik, Klinik Pakar serta di Sekolah Dalam Hospital. Para pelajar menjalankan pelbagai aktiviti bersama pesakit seperti permainan kreatif, aktiviti seni serta mewarna. Kehadiran maskot superhero turut menceriakan suasana dan menambah keriangan kanak-kanak di Hospital TABTAR.

Di samping itu, para pelajar turut menyampaikan beg cenderamata kepada pesakit yang mengambil bahagian dalam aktiviti sebagai tanda penghargaan serta sokongan moral kepada mereka yang sedang menerima rawatan.

Pihak Hospital TABTAR amat berbesar hati dan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan serta terima kasih kepada pihak Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) dan semua pelajar yang terlibat atas usaha murni, semangat kesukarelawanan, serta keprihatinan yang ditunjukkan melalui penganjuran program ini. Pihak hospital amat menghargai kerjasama erat yang terjalin dan berharap agar hubungan baik antara Hospital TABTAR dan UNITEN dapat diteruskan melalui penganjuran program-program khidmat masyarakat pada masa akan datang.




LAWATAN ASEAN ORTHOPAEDICS ASSOCIATION (AOA) JUNIOR TRAVELLING FELLOWS KE HOSPITAL TABTAROleh : Shukri K.10 November 202...
11/11/2025

LAWATAN ASEAN ORTHOPAEDICS ASSOCIATION (AOA) JUNIOR TRAVELLING FELLOWS KE HOSPITAL TABTAR
Oleh : Shukri K.

10 November 2025 (Isnin) - Hospital Tunku Ampuan Besar Tuanku Aishah Rohani, Hospital Pakar Kanak-kanak UKM (Hospital TABTAR) hari ini menerima lawatan daripada “Asean Orthopaedics Association (AOA) Junior Travelling Fellows” dari tiga buah negara berbeza iaitu Vietnam, Singapore dan Filipina.

Para peserta dibawa melawat ke fasiliti di Wad Pediatrik 2, Sekolah Dalam Hospital, Rehabilitasi dan Klinik Pakar termasuklah Ruang Bacaan Kanak-kanak yang sebelum ini ditaja oleh Malaysian Orthopaedic Association pada 9 Mei 2025 lalu.



Borak SeeNi : Animasi Dalam Dunia Anak KitaSelasa | 11 Pagi11 November 2025
11/11/2025

Borak SeeNi : Animasi Dalam Dunia Anak Kita

Selasa | 11 Pagi
11 November 2025






Inisiatif Murni Kolej MARA Seremban dalam Program CSR “KinderMove” di Hospital TABTAROleh : Norazira A.08 November 2025 ...
10/11/2025

Inisiatif Murni Kolej MARA Seremban dalam Program CSR “KinderMove” di Hospital TABTAR
Oleh : Norazira A.

08 November 2025 (Sabtu) – Hospital Tunku Ampuan Besar Tuanku Aishah Rohani, Hospital Pakar Kanak-kanak UKM (Hospital TABTAR) telah menerima kunjungan daripada seramai 34 orang pelajar Kolej MARA Seremban bagi menjayakan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) bertemakan “KinderMove”.

Program ini diadakan bertujuan untuk memberi sokongan moral dan motivasi kepada kanak-kanak yang sedang menerima rawatan di Hospital TABTAR , di samping menjalankan aktiviti menarik dan interaktif bagi mengurangkan tekanan emosi serta meningkatkan semangat mereka. Melalui penganjuran program ini, pelajar Kolej MARA Seremban turut berusaha meningkatkan kesedaran tentang kepentingan sokongan sosial dalam proses pemulihan kanak-kanak, di samping mengukuhkan hubungan antara komuniti pelajar dan pihak hospital melalui kerjasama dalam aktiviti CSR

Program dimulakan dengan sesi taklimat ringkas oleh wakil Hospital TABTAR disusuli dengan sesi pertukaran cenderahati antara kedua-dua belah pihak. Seterusnya, para pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan bagi melaksanakan pelbagai aktiviti bersama pesakit di wad pediatrik. Antara aktiviti yang dijalankan termasuklah sesi pembelajaran interaktif, permainan kreatif, aktiviti seni dan kraf tangan serta sesi motivasi ringan bersama kanak-kanak. Program turut dimeriahkan dengan kehadiran maskot karakter spiderman yang menceriakan suasana wad.

Selain menjalankan aktiviti bersama pesakit, para pelajar juga mengambil inisiatif untuk menghias bilik permainan di Wad Pediatrik Hematologi & Onkologi (WPH) dan Wad Pediatrik 2 (WPS). Hiasan berwarna-warni yang dihasilkan bukan sahaja menambah keceriaan suasana wad, malah membantu mewujudkan persekitaran yang lebih mesra dan menyeronokkan bagi pesakit kanak-kanak semasa menjalani rawatan.

Di samping itu, para pelajar turut menyerahkan sumbangan wang tunai berjumlah RM 300.00 kepada Tabung Kebajikan Pesakit Hospital TABTAR sebagai tanda keprihatinan dan sokongan terhadap kebajikan pesakit yang memerlukan.

Pihak Hospital TABTAR amat berbesar hati dan mengucapkan ribuan terima kasih di atas niat murni dan masa yang telah diluangkan bagi menjayakan program ini. Diharapkan program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang dalam usaha memberikan keceriaan, semangat dan harapan baharu kepada pesakit kanak-kanak di Hospital TABTAR.

RMHC MALAYSIA | Inisiatif 'Rumah Ronald McDonald' Ringankan Beban Ibu BapaYBhg. Datin Dr. Anita Sulong, Timbalan Pengara...
04/11/2025

RMHC MALAYSIA | Inisiatif 'Rumah Ronald McDonald' Ringankan Beban Ibu Bapa

YBhg. Datin Dr. Anita Sulong, Timbalan Pengarah (Diagnostik, Farmasi dan Sokongan Klinikal) Hospital Tunku Ampuan Besar Tuanku Aishah Rohani, Hospital Pakar Kanak-Kanak UKM (Hospital TABTAR) merangkap Ahli Jawatankuasa Rumah Ronald McDonald HCTM UKM turut hadir bersama para jemputan VIP dan 30 wakil media cetak dan elektronik, serta wakil McDonald’s Malaysia sebagai tetamu kehormat.

Ucapan aluan disampaikan oleh YBhg. Datin Dr. Anita Sulong yang merakamkan penghargaan kepada RMHC Malaysia atas sumbangan berterusan. Menurut beliau, RRM bukan sekadar tempat tinggal, malah menjadi sokongan emosi dan sosial yang mempercepatkan proses penyembuhan pesakit. “Jarak ibu bapa yang dekat dengan anak di wad juga dapat meningkatkan komunikasi dengan pasukan perubatan dan memberi ketenangan kepada pesakit” ujar beliau.

Majlis diteruskan dengan sesi temu bual media bersama YBhg. Datin Dr. Anita Sulong dan YBrs. Encik Mohd Nasri Nordin serta dua orang waris penerima manfaat RMHC mengenai pelbagai aspek termasuklah tentang pendedahan kelayakan bagi mereka yang ingin menginap di rumah tersebut dan juga pengalaman sepanjang menerima manfaat yang disediakan.








Di sebalik setiap senyuman anak yang menerima rawatan di hospital, tersimpan kisah ketabahan ibu bapa yang setia berjuang di sisi mereka. https://browse.tont...

Borak SeeNi  :  Gajet & Anak-AnakSelasa  |  11 Pagi4 November 2025
03/11/2025

Borak SeeNi : Gajet & Anak-Anak

Selasa | 11 Pagi
4 November 2025





Address

Hospital Pakar Kanak-kanak UKM, Jalan Ya’acob Latiff, Bandar Tun Razak, Cheras
Kuala Lumpur
56000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Hospital Pakar Kanak-kanak UKM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Hospital Pakar Kanak-kanak UKM:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram

Category