Hospital Tabtar

Hospital Tabtar Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Hospital Tabtar, Hospital, Hospital Pakar Kanak-kanak UKM, Jalan Ya’acob Latiff, Bandar Tun Razak, Cheras, Kuala Lumpur.
(1)

Hospital Tunku Ampuan Besar Tuanku Aishah Rohani, Hospital Pakar Kanak-kanak UKM (Hospital TABTAR) merupakan hospital pintar pakar kanak-kanak pertama di Malaysia serta hospital pengajar kedua di bawah UKM selepas Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM).

25/04/2026

PESAKIT KANAK-KANAK HOSPITAL TABTAR PESAKIT PERTAMA DI MALAYSIA MENJALANI PROSEDUR 'DIRECT LARYNGOSCOPY AND CAUTERISATION' MENGGUNAKAN 'ROBOTIC ARM'

21 April 2026 - Unit Otorinolaringologi, Hospital Tunku Ampuan Besar Tuanku Aishah Rohani, Hospital Pakar Kanak-kanak UKM (Hospital TABTAR) telah menjalankan satu (1) prosedur 'Direct Laryngoscopy and Cauterisation of Pyriform Fossa Fistula' dengan menggunakan bantuan 'robotic arm' kepada seorang pesakit berusia 11 tahun di Hospital TABTAR.

Profesor Dr. Goh Bee See, Profesor di Fakulti Perubatan UKM merangkap Ketua Unit Otorinolaringologi, Hospital TABTAR telah mengetuai prosedur tersebut dan telah berjaya melaksanakannya dalam tempoh 1 jam. Menurut beliau, prosedur yang dilaksanakan merupakan prosedur pertama bagi pesakit kanak-kanak di Malaysia yang menggunakan 'robotic arm' sebagai 'tangan ketiga' dalam prosedur yang melibatkan telinga, hidung dan tekak.

Penggunaan 'robotic arm' dalam prosedur ini merupakan perkembangan teknologi yang bertujuan untuk meningkatkan ketepatan, kestabilan dan keselamatan khususnya dalam kes-kes saluran pernafasan yang sukar. Kebergantungan terhadap pakar atau doktor untuk memegang endoskop dapat dikurangkan kerana 'robotic arm' bertindak sebagai pemegang dan penggerak endoskop yang dikawal melalui sistem komputer atau konsol dengan gabungan pergerakan manual yang menghasilkan kawalan yang lebih stabil dan tepat.

Profesor Dr. Goh Bee See juga turut berharap agar penggunaan 'robotic arm' ini dapat diperluaskan dan memanfaatkan pakar-pakar bedah semasa melaksanakan prosedur yang bersesuaian terutamanya di kalangan kanak-kanak.

Turut bersama-sama menjayakan prosedur tersebut adalah pakar dan pegawai perubatan dari Unit Otorinolaringologi, Unit Anestesiologi Pediatrik dan pasukan jururawat dari Jabatan Kejururawatan.





24/04/2026

PROGRAM SUNATHON PERDANA: 21 KANAK-KANAK AUTISTIK JALANI PROSEDUR

PROGRAM SUNATHON PERDANA: 21 KANAK-KANAK AUTISTIK JALANI PROSEDUR
24/04/2026

PROGRAM SUNATHON PERDANA: 21 KANAK-KANAK AUTISTIK JALANI PROSEDUR

23/04/2026
PELANTIKAN PENOLONG DEKAN (PERKHIDMATAN KLINIKAL) FAKULTI PERUBATAN UKM Setinggi Tahniah diucapkan kepada Profesor Madya...
16/04/2026

PELANTIKAN PENOLONG DEKAN (PERKHIDMATAN KLINIKAL) FAKULTI PERUBATAN UKM

Setinggi Tahniah diucapkan kepada Profesor Madya Dr. Adli Ali (Jabatan Pediatrik Hospital TABTAR) atas pelantikan sebagai Penolong Dekan (Perhidmatan Klinikal) Fakulti Perubatan UKM berkuat kuasa mulai 15 April 2026 sehingga 14 April 2029.

Ikhlas daripada
Pengurusan Tertinggi & Warga
Hospital Tunku Ampuan Besar Tuanku Aishah Rohani, Hospital Pakar Kanak-kanak UKM (Hospital TABTAR)





Setinggi tahniah diucapkan kepada YBhg. Prof. Dato’ Dr. Marina Mat Baki, Dekan Fakulti Perubatan (FPER) Universiti Keban...
15/04/2026

Setinggi tahniah diucapkan kepada YBhg. Prof. Dato’ Dr. Marina Mat Baki, Dekan Fakulti Perubatan (FPER) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) atas pengurniaan Darjah Kebesaran Mahkota Pahang – Yang Amat Mulia, Peringkat Kedua, Darjah Indera Mahkota Pahang (D.I.M.P) yang membawa gelaran Dato’ sempena Istiadat Pengurniaan Darjah-Darjah Kebesaran dan Pingat-Pingat Negeri Pahang Darul Makmur Sempena Memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan Yang Ke-66 Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah yang diadakan pada 14 April 2026.

Tulus ikhlas daripada Pengurusan Tertinggi dan Warga Hospital TABTAR.




KENAIKAN PANGKAT BAGI KAKITANGAN PENGURUSAN & PROFESIONAL DI HOSPITAL TUNKU AMPUAN BESAR TUANKU AISHAH ROHANI HOSPITAL P...
08/04/2026

KENAIKAN PANGKAT BAGI KAKITANGAN PENGURUSAN & PROFESIONAL DI HOSPITAL TUNKU AMPUAN BESAR TUANKU AISHAH ROHANI HOSPITAL PAKAR KANAK-KANAK UKM (HOSPITAL TABTAR)

Sekalung tahniah diucapkan kepada kakitangan Hospital Tunku Ampuan Besar Tuanku Aishah Rohani Hospital Pakar Kanak-kanak UKM (Hospital TABTAR) di atas kenaikan pangkat iaitu:

1. Dr. Anis Suhana binti Hashim telah dinaikkan pangkat ke jawatan Pegawai Perubatan Gred UD13 (LK) berkuat kuasa 30.10.2025.

2. Puan Halimaton Saadiah binti Rosle telah dinaikkan pangkat ke jawatan Akauntan Gred WA10 berkuat kuasa 05.01.2026.

3. Puan Norazreena binti Abdul Ghani telah dinaikkan pangkat ke jawatan Juru X-Ray Gred U10 berkuat kuasa 26.01.2026.

4. Encik Abdull Fatah Firdaus bin Abdull Manaf telah dinaikkan pangkat ke jawatan Juru X-Ray Gred U9 berkuat kuasa 26.01.2026.

5. Encik Ahmad Irfan bin Abdul Hamid telah dinaikkan pangkat ke jawatan Juru X-Ray Gred U9 berkuat kuasa 20.02.2026.

6. Encik Mohd Ehsan bin Rajiain telah dinaikkan pangkat ke jawatan Pegawai Tadbir Gred N10 (FX) berkuat kuasa 02.03.2026.

7. Encik Mohd Hadziq bin Mohd Zafari telah dinaikkan pangkat ke jawatan Pegawai Tadbir Gred N10 (FX) berkuat kuasa 02.03.2026.

Sesi penyerahan surat tawaran kenaikan pangkat telah berlangsung di Pejabat Pengarah, Hospital TABTAR pada 07 April 2026.

Semoga peluang kenaikan pangkat ini digunakan sebaiknya dan menjadi dorongan untuk terus berkhidmat bagi kecemerlangan Universiti dan Hospital.

Ikhlas daripada Pengurusan & Warga Hospital TABTAR.
Syabas dan Tahniah!




HOSPITAL TABTAR MERAIKAN “NAKHODA” BAHARU UNTUK MENERAJUI KESEJAHTERAAN KESIHATAN KANAK-KANAK.Oleh : MNizam H.06 April 2...
06/04/2026

HOSPITAL TABTAR MERAIKAN “NAKHODA” BAHARU UNTUK MENERAJUI KESEJAHTERAAN KESIHATAN KANAK-KANAK.
Oleh : MNizam H.

06 April 2026 - Warga Hospital Tunku Ampuan Besar Tuanku Aishah Rohani, Hospital Pakar Kanak-kanak UKM (Hospital TABTAR) hari ini dengan penuh rasa hormat dan sukacita mengalu-alukan kehadiran YBhg. Prof. Dr. Hamzaini Abdul Hamid sebagai Pengarah Hospital TABTAR yang baharu.

Prof. Dr. Hamzaini merupakan Pengarah ke-3 dilantik berkuatkuasa 05 April 2026 bagi menggantikan YBhg. Prof. Datuk Dr. Ismail Sagap yang telah bersara wajib pada tahun ini. Pelantikan ini menandakan satu fasa baharu dalam perjalanan organisasi, selari dengan usaha berterusan untuk meneruskan legasi kecemerlangan, integriti dan profesionalisme yang telah dibina oleh kepimpinan terdahulu.

Dengan pengalaman, kepimpinan serta wawasan yang dibawa oleh Prof. Dr. Hamzaini, warga Hospital TABTAR optimis untuk terus memperkukuh penyampaian perkhidmatan, meningkatkan prestasi serta memperkasakan peranan hospital sebagai “Peneraju Kesejahteraan Kesihatan Kanak-kanak” seluruh Malaysia, malah antarabangsa melalui penyelidikan yang melibatkan pihak luar negara.

Majlis ringkas anjuran Jabatan Komunikasi Korporat & Khidmat Pelanggan ini didahului dengan acara simbolik tabik hormat oleh Unit Keselamatan Hospital TABTAR sebagai penghormatan kepada Pengarah baharu hospital di hadapan lobi utama. Turut hadir menyaksikan dan menyantuni ketibaan Prof. Dr. Hamzaini adalah barisan pengurusan tertinggi Hospital TABTAR terdiri daripada Timbalan-timbalan Pengarah, Ketua-ketua Jabatan/Unit serta sebahagian besar kakitangan beruniform hospital mewakili jabatan masing-masing seperti Jabatan Kejururawatan, Jabatan Perkhidmatan Makmal Diagnostik, Jabatan Farmasi, Jabatan Radiologi, Jabatan Rehabilitasi dan Unit Keselamatan sebagai tanda kebersamaan warga menerima kehadiran Pengarah baharu.

Seluruh warga Hospital TABTAR berdiri teguh memberi komitmen dan sokongan penuh dalam menjayakan agenda serta hala tuju baharu di bawah kepimpinan YBhg. Prof. Dr. Hamzaini Abdul Hamid.

Selamat datang dan selamat bertugas, Prof. !




Jemputan Pemeriksaan Mata Kanak-Kanak & Kajian Rabun Jauh (Umur 5–10 Tahun)👓 Risau tentang rabun jauh anak anda?Unit Oft...
02/04/2026

Jemputan Pemeriksaan Mata Kanak-Kanak & Kajian Rabun Jauh (Umur 5–10 Tahun)

👓 Risau tentang rabun jauh anak anda?

Unit Oftalmologi Hospital TABTAR mengalu-alukan semua kanak-kanak untuk menjalani pemeriksaan mata di klinik kami. Rabun jauh (miopia) selalunya berlaku secara senyap dan kadangkala tidak disedari oleh ibu bapa. Oleh itu, kanak-kanak yang masih bersekolah digalakkan untuk menjalani pemeriksaan mata secara berkala dan mendapatkan rawatan jika diperlukan.

Sehubungan itu, dimaklumkan bahawa Unit Oftalmologi Hospital TABTAR akan menjalankan saringan penglihatan kanak-kanak bagi mengenal pasti mereka yang berpotensi layak menyertai kajian bertajuk ATOM-MY: Atropine in the Treatment of Myopia Study in Malaysia.

Kajian ini menilai penggunaan ubat titis mata atropine dos rendah dalam membantu memperlahankan peningkatan tahap rabun jauh (miopia).

📌 Sila rujuk risalah di bawah untuk maklumat lanjut.

📞 Hubungi kami untuk maklumat lanjut atau semakan kelayakan:
+6014 321 3786
📧 atommy@idbvisioncare.com
👉 Tempat terhad. Penyertaan secara sukarela.



-MY

SELAMAT HARI KESEDARAN AUTISME SEDUNIA2 APRIL 2026"Memahami, Menerima dan Membantu"Ikhlas DaripadaPengarah, Pengurusan T...
02/04/2026

SELAMAT HARI KESEDARAN AUTISME SEDUNIA
2 APRIL 2026

"Memahami, Menerima dan Membantu"

Ikhlas Daripada
Pengarah, Pengurusan Tertinggi dan Warga
Hospital Tunku Ampuan Besar Tuanku Aishah Rohani
Hospital Pakar Kanak-kanak UKM (Hospital TABTAR)




PELANTIKAN PENGARAH HOSPITAL TUNKU AMPUAN BESAR TUANKU AISHAH ROHANI, HOSPITAL PAKAR KANAK-KANAK, UKM (HOSPITAL TABTAR)S...
02/04/2026

PELANTIKAN PENGARAH HOSPITAL TUNKU AMPUAN BESAR TUANKU AISHAH ROHANI, HOSPITAL PAKAR KANAK-KANAK, UKM (HOSPITAL TABTAR)

Sekalung TAHNIAH diucapkan kepada YBhg. Prof. Dr. Hamzaini Abdul Hamid atas pelantikan sebagai Pengarah, Hospital TABTAR berkuat kuasa pada 5 April 2026.

Ikhlas daripada
Pengurusan Tertinggi & Warga Hospital Tunku Ampuan Besar Tuanku Aishah Rohani, Hospital Pakar Kanak-kanak UKM (Hospital TABTAR).




SEKALUNG PENGHARGAAN & TERIMA KASIHSekalung PENGHARGAAN & TERIMA KASIH diucapkan kepada YBhg. Prof. Datuk Dr. Ismail Sag...
02/04/2026

SEKALUNG PENGHARGAAN & TERIMA KASIH

Sekalung PENGHARGAAN & TERIMA KASIH diucapkan kepada YBhg. Prof. Datuk Dr. Ismail Sagap atas khidmat bakti dan jasa sepanjang menjalankan tugas sebagai Pengarah, Hospital TABTAR mulai 15 November 2021 sehingga 4 April 2026.

Ikhlas daripada
Pengurusan Tertinggi & Seluruh Warga Hospital Tunku Ampuan Besar Tuanku Aishah Rohani, Hospital Pakar Kanak-kanak UKM (Hospital TABTAR).




Address

Hospital Pakar Kanak-kanak UKM, Jalan Ya’acob Latiff, Bandar Tun Razak, Cheras
Kuala Lumpur
56000

Website

https://www.instagram.com/hospitaltabtar, https://www.youtube.com/@hospitaltabtar

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Hospital Tabtar posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Hospital Tabtar:

Share

Category