Pusat Kesihatan UTM Kuala Lumpur

Pusat Kesihatan UTM Kuala Lumpur Menjalankan servis perkhidmatan kesihatan kepada warga kampus UTM serta warga sekitar.

Selamat Datang Pelajar Baharu. Petugas Pengambilan Pelajar BaharuProgram Sarjana Muda Sepenuh Masa Ambilan Februari 2026...
28/03/2026

Selamat Datang Pelajar Baharu.
Petugas Pengambilan Pelajar Baharu
Program Sarjana Muda Sepenuh Masa Ambilan Februari 2026

📆 Tarikh : 28 Mar 2026 (Sabtu)
🕘 Masa : 8.00 pagi - selsai
🏨Tempat : Asrama Kolej Kediaman Siswa Jaya, Kuala Lumpur

Selamat Datang Mahasiwa Baharu.. Jangan lupa janji temu kita... Jumpa nanti ya..
26/03/2026

Selamat Datang Mahasiwa Baharu.. Jangan lupa janji temu kita... Jumpa nanti ya..

19/03/2026

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin

SELAMAT HARI RAYA DARI KAMI WARGA PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI (PKU) UTM KUALA LUMPUR 1447H/2026
17/03/2026

SELAMAT HARI RAYA DARI KAMI WARGA PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI (PKU) UTM KUALA LUMPUR 1447H/2026

Sekitar kemeriahan Projek Kelentang Kelentong Raya 2.0 yang telah berlangsung pada 16 Mac 2026 di KSJ melibatkan warga P...
17/03/2026

Sekitar kemeriahan Projek Kelentang Kelentong Raya 2.0 yang telah berlangsung pada 16 Mac 2026 di KSJ melibatkan warga Pusat Kesihatan Universiti (PKU). Program tahunan ini diadakan sebagai platform untuk mengeratkan hubungan, memupuk semangat kerjasama serta mengukuhkan ukhuwah dalam kalangan staf. 🤝

Menariknya, walaupun program dijalankan, operasi PKU tetap berjalan seperti biasa bagi memastikan perkhidmatan kepada pelanggan tidak terjejas. Aktiviti dilaksanakan secara bergilir-gilir mengikut unit, menunjukkan komitmen tinggi warga PKU dalam mengekalkan kualiti perkhidmatan.

Program ini juga menjadi ruang untuk staf merehatkan minda daripada rutin kerja harian, sekali gus menyokong kesejahteraan emosi dan membentuk minda yang lebih sihat.

💙 Bila hati gembira, kerja pun lebih bermakna.






Masjid UTM Kuala Lumpur telah dilengkapi dengan pemasangan Automated External Defibrillator (AED)  hasil sumbangan wakaf...
13/03/2026

Masjid UTM Kuala Lumpur telah dilengkapi dengan pemasangan Automated External Defibrillator (AED) hasil sumbangan wakaf daripada jemaah masjid. Pemasangan ini telah dibuat pada 13 Mac 2026 di Ruang Solat Utama.

Turut diadakan sesi ceramah dan latihan kesedaran CPR & AED yang disampaikan oleh Lt (PA) Mohamad Iskandar Bin Roslan, Trainer CERT Academy, bagi memberi pendedahan kepada pegawai dan petugas berkaitan tentang kaedah penggunaan AED serta tindakan yang perlu diambil sekiranya berlaku kecemasan.

Penasihatan dari segi penggunaan peralatan serta cadangan lokasi pemasangan AED telah disampaikan oleh wakil daripada Pusat Kesihatan Universiti (PKU) UTMKL, Mohd Syafiq bin Samsudin, Penolong Pegawai Perubatan.

Kemudahan ini disediakan bagi meningkatkan tahap keselamatan dan kesiapsiagaan kecemasan di kawasan masjid, khususnya dalam menghadapi situasi serangan jantung mengejut (Sudden Cardiac Arrest – SCA) yang memerlukan tindakan pantas sebelum bantuan perubatan tiba.

Peranti AED yang dipasang adalah model Primedic HeartSave Y8, dilengkapi dengan pelbagai ciri keselamatan antaranya:
* Arahan suara dalam 4 bahasa (Bahasa Malaysia, English, Mandarin, Tamil)
* Keupayaan kejutan sehingga 360 Joule
* Pad elektrod 2-dalam-1 untuk dewasa dan kanak-kanak
* CPR Feedback Sensor untuk membantu melakukan CPR dengan lebih tepat
* Bateri tahan sehingga 5 tahun / 150 kejutan
* Auto self-test harian bagi memastikan peralatan sentiasa berfungsi dengan baik
* Disertakan CPR Kit dan bahan panduan kecemasan

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada para pewakaf dan jemaah yang telah menyumbang sehingga kemudahan ini dapat disediakan.

Semoga usaha ini menjadi amal jariah yang berterusan dan memberi manfaat kepada masyarakat, bahkan berpotensi menyelamatkan nyawa dengan izin Allah.

Sumber berita :
Pusat Islam UTMKL

✨ 90-Day Healthy Lifestyle ChallengeUTM Digital KL x PKU UTMKL📌 Online Talk: Mental Health Matters📅 6 Mac 2026 (Jumaat) ...
13/03/2026

✨ 90-Day Healthy Lifestyle Challenge
UTM Digital KL x PKU UTMKL

📌 Online Talk: Mental Health Matters
📅 6 Mac 2026 (Jumaat) | ⏰ 10.30 pagi

Pusat Kesihatan Universiti (PKU) UTM Kuala Lumpur, dengan kerjasama UTM Digital Kuala Lumpur dan Johor Bahru, telah menganjurkan sesi perkongsian kesihatan mental secara dalam talian bertajuk “Mental Health Matters.”

Program ini merupakan sebahagian daripada inisiatif Healthy Lifestyle Challenge, yang memberi penekanan kepada keseimbangan kesihatan fizikal, mental dan kesejahteraan emosi dalam kalangan warga UTM Digital.

Dalam sesi ini, para peserta didedahkan kepada realiti krisis kesihatan mental yang semakin meningkat, termasuk statistik terkini yang menunjukkan peningkatan gejala kemurungan dan tekanan dalam masyarakat. Perkongsian turut menekankan bahawa kesihatan mental bukan sekadar ketiadaan penyakit, tetapi satu keadaan kesejahteraan yang membolehkan individu mengurus tekanan kehidupan, mencapai potensi diri serta menyumbang secara positif kepada masyarakat.

Antara topik penting yang dibincangkan termasuk:

• Mengenali spektrum kesihatan mental dan tanda awal burnout
• Membezakan tekanan normal, optimum stress dan burnout
• Strategi mengurus tekanan melalui pendekatan problem-focused dan emotion-focused coping
• Kepentingan self-care, tidur mencukupi, aktiviti fizikal dan sokongan sosial

Sesi ini turut menekankan bahawa self-care bukanlah satu bentuk kepentingan diri, tetapi satu keperluan untuk memastikan kesejahteraan individu agar mampu berfungsi secara optimum dalam pekerjaan, keluarga dan komuniti.

Selain itu, para peserta juga digalakkan untuk membina sistem sokongan yang kukuh, mengamalkan komunikasi positif serta mendapatkan bantuan profesional sekiranya mengalami simptom tekanan atau keletihan emosi yang berpanjangan.

Diharapkan program ini dapat meningkatkan kesedaran serta menggalakkan budaya kerja yang lebih sihat, seimbang dan menyokong kesejahteraan mental dalam kalangan warga UTM.




🚴‍♂️ Kekal Aktif, Kekal Produktif!Program 90-Day Wellness Challenge diteruskan dengan aktiviti Beriadah Berkumpulan di T...
13/03/2026

🚴‍♂️ Kekal Aktif, Kekal Produktif!

Program 90-Day Wellness Challenge diteruskan dengan aktiviti Beriadah Berkumpulan di Tasik Titiwangsa, yang menghimpunkan warga UTM Digital Kuala Lumpur dalam suasana santai, aktif dan penuh bermanfaat.

📌 Beriadah Berkumpulan di Tasik Titiwangsa
📅 11 Februari 2026 (Rabu) | ⏰ 9.00 pagi

Aktiviti ini melibatkan sesi berbasikal secara berkumpulan sambil menyelesaikan kuiz kesihatan yang disediakan sepanjang program.

Antara fokus utama aktiviti ini ialah:

✅ Menggalakkan aktiviti fizikal sekurang-kurangnya 150 minit seminggu
✅ Mengamalkan work-life balance demi kesejahteraan fizikal dan mental
✅ Pendedahan kepada penggunaan aplikasi seperti Strava, Google Fit dan Apple Health bagi memantau langkah harian dan kekal aktif

Melalui aktiviti ini, para peserta bukan sahaja dapat meningkatkan tahap kecergasan fizikal, malah turut memupuk semangat kebersamaan antara rakan sekerja untuk terus mengamalkan gaya hidup sihat.



Pejabat Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA), UTM Kuala Lumpur  telah menganjurkan Majlis Iftar HEPA 2026 pada 11 Mac 202...
12/03/2026

Pejabat Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA), UTM Kuala Lumpur telah menganjurkan Majlis Iftar HEPA 2026 pada 11 Mac 2026 di Dewan Tan Sri Ainudin Wahid, UTM Kuala Lumpur.

Majlis ini bertujuan menguatkan silaturahim, memupuk semangat kebersamaan serta memperkukuhkan nilai ukhuwah dalam kalangan warga staf HEPA.

Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh YBrs. Prof. Ir. Ts. Dr. Aminudin bin Haji Abu, Pengarah HEPA, yang merakamkan penghargaan atas kehadiran semua staf bersama ahli keluarga bagi memeriahkan majlis. Kehadiran staf Pusat Kesihatan Universiti (PKU) bersama keluarga masing-masing turut menambahkan kemeriahan serta menonjolkan semangat kebersamaan dalam kalangan warga HEPA dengan gabungan pelbagai unit di bawah HEPA. Program ini juga selaras dengan usaha universiti menyokong agenda Sustainable Development Goals (SDG 3) yang menekankan kesejahteraan dan kesihatan yang baik.

Secara keseluruhannya, penganjuran majlis ini diharapkan dapat terus memperkukuhkan ukhuwah, mengeratkan hubungan kerja antara staf lama dan staf baharu serta pihak pengurusan, serta menyemai nilai kerjasama dan keharmonian, selari dengan aspirasi universiti dalam mewujudkan persekitaran kerja yang positif, harmoni dan sejahtera.



📌 Physical Talk: Calorie Awareness📅 9 Februari 2026 (Isnin) | ⏰ 10.00 pagiTerima kasih diucapkan kepada semua staf UTM D...
12/03/2026

📌 Physical Talk: Calorie Awareness
📅 9 Februari 2026 (Isnin) | ⏰ 10.00 pagi

Terima kasih diucapkan kepada semua staf UTM Digital Kuala Lumpur yang telah menyertai sesi perkongsian kesihatan bertajuk “Calorie Awareness”, yang disampaikan oleh Pegawai Perubatan PKU UTMKL, Dr. Nor Atikah binti Abdul Razak.

Sesi ini memberi pendedahan mengenai kepentingan kesedaran pengambilan kalori dalam pengamalan gaya hidup sihat, termasuk:

✅ Kepentingan keseimbangan kalori dalam pengurusan berat badan
✅ Mengenal pasti makanan dan minuman tinggi kalori
✅ Sesi praktikal penggunaan aplikasi MyNutriDiari2 untuk pemantauan pengambilan kalori harian

Diharapkan perkongsian ini dapat membantu meningkatkan kesedaran warga kerja dalam mengurus pengambilan kalori secara lebih bijak dan seimbang bagi menyokong gaya hidup yang lebih sihat.

✨ Eat smart, stay active, stay healthy!



Pusat Kesihatan Universiti UTM Kuala Lumpur telah menganjurkan Bicara Skim U dengan tajuk:  Teknik Pelajari Aura Seri Wa...
09/03/2026

Pusat Kesihatan Universiti UTM Kuala Lumpur telah menganjurkan Bicara Skim U dengan tajuk: Teknik Pelajari Aura Seri Wajah 2.0 pada 4 Mac 2026, disampaikan oleh Juruterapi Puan Norhazimah bt. Anuar.

“Aura seri wajah bukan sekadar penampilan luaran, tetapi mencerminkan kesejahteraan diri, keyakinan dan keikhlasan dalam menjalankan amanah perkhidmatan. Melalui teknik aura seri wajah seperti pengurusan emosi yang baik, senyuman yang ikhlas, bahasa badan yang positif serta penampilan diri yang kemas dan profesional, seseorang staf mampu meningkatkan keyakinan diri ketika berhadapan dengan pesakit.

Berketerampilan diri yang baik bukan sahaja membina keyakinan dalam diri, malah mampu memancarkan aura positif yang memberi ketenangan, keselesaan dan keyakinan diri dan secara tidak langsung staf dapat memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan.

Perkhidmatan yang berkualiti bermula daripada kesejahteraan diri dan keterampilan yang mencerminkan profesionalisme dalam setiap interaksi bersama pesakit.

Melalui program ini juga PKU dapat menyokong kepada matlamat universiti untuk mengamalkan budaya keseimbangan hidup dan kerja yang sihat dan produktif serta menyahut seruan universiti dalam menjalani Program Pembudayaan UTM Sihat dan Lestari menyumbang kepada pencapaian Matlamat Pembangunan Mampan (Sustainable Development Goals - SDG3) iaitu (Kesihatan yang baik dan Kesejahteraan).

Under & Post Grad Feb 2026 intake.(Pelajar Antarabangsa)
22/02/2026

Under & Post Grad Feb 2026 intake.
(Pelajar Antarabangsa)

Address

Pusat Kesihatan UTM Kuala Lumpur, Jalan Sultan Yahya Petra
Kuala Lumpur
54100

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Kesihatan UTM Kuala Lumpur posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Pusat Kesihatan UTM Kuala Lumpur:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram