Angkat Sebelah Tangan

Angkat Sebelah Tangan Maki politikus

25/11/2022
15/11/2022

Bila sang buta cuba berlagak celik,
sang tuli yakin dia mendengar,
si bodoh tunjuk pandai dalam kelas buta huruf,.
Di Saat ahli maksiat dianggap suci dalam pakaian agama,
si dungu masih menongkat dagu,
menunggu malaikat menyampaikan khabar gembira,
sedangkan tuhan tidak perlu diseru dengan pengeras suara.

Senyuman si barua sampai ke telinga, mendengar akujanji sang cilaka.

Lebih tengking daripada puji.Lebih pukul daripada peluk.Lebih marah daripada belai.Lebih rotan daripada cium.Lebih caci ...
09/11/2022

Lebih tengking daripada puji.
Lebih pukul daripada peluk.
Lebih marah daripada belai.
Lebih rotan daripada cium.
Lebih caci maki hamun hina sumpah seranah daripada pegang belai sentuh bernaluri keibuan.

Bila anak dah besar hanya memandang sepi telefon yang tak berdering.
Bila anak dah besar hanya merenung redup rumah yang kosong.
Bila anak dah besar hanya menatap sendu meja yang sunyi.

Anak dikata sibuk bekerja.
Anak dikata lupa orang tua.
Anak dikata pentingkan keluarga.
Sehingga abaikan ibu dan bapa.

Tapi pernah tak kita fikir memori apa yang kita tinggalkan untuk anak-anak sepanjang mereka membesar? Memori yang indah atau memori yang perit?

Anak sepahkan rumah, kita marah.
Anak tumpahkan air, kita pukul.
Anak pecahkan cawan, kita rotan.
Anak menangis, kita herdik.
Anak ajak main, kita leka.
Anak ajak berbual, kita tak endah.
Anak ajak pergi jalan, kita penat.
Anak makan sendiri terkial-kial.
Anak main sendiri termangu-mangu.
Anak tidur sendiri tersedu-sedu.
Anak tak pandai, kita keji.
Anak pandai, kita tak puji.
Anak berjaya, kita tak hargai.
Anak membesar dengan memori sepi.

Antara dosa-dosa besar ialah ANAK YANG DERHAKA PADA IBU BAPA tidak boleh dijadikan status KEBAL ibu bapa untuk meletakkan semua salah atas bahu anak-anak sahaja tanpa fikir memori apa yang kita dah tinggalkan kepada mereka.

Akan terhakis perasaan sayang anak-anak kepada ibu bapa itu sedikit demi sedikit jika setiap hari dimarahi, diherdik, dipukul dimaki disumpah di seranah di nyah berambus dan dirotan sejak dari kecil. Mereka akan bawa segala memori itu sehingga dewasa.

Bila dewasa, hanya sisa HORMAT sahaja yang akan tinggal dalam hati anak bukan curahan kasih buat ibu bapa. Anak-anak hanya menziarahi kita, salam kita, peluk kita hanya kerana HORMAT bukan kerana SAYANG kepada orang tua.

Jika memori indah, maka indahlah akhlak anak membesar.

Jika memori perit, maka peritlah hakikat yang terpaksa ditelan ibu bapa apabila anak-anak dewasa kelak.

Wallahu A'lam.

Sumber : Noor Fazilah

SELOKA MELAYU MILLENNIAIzinkan hamba berkongsi rasa,Agar lelah tidak terasa.Harapan setinggi banjaran himalaya, Ingin me...
13/07/2022

SELOKA MELAYU MILLENNIA

Izinkan hamba berkongsi rasa,
Agar lelah tidak terasa.

Harapan setinggi banjaran himalaya,
Ingin menuntut ilmu seluas sahara.

Ucapan kasih pembual bicara,
Semoga diri tidak leka.

Assalamualaikum, kata bermula,
Sejahtera pada semua.

Di Kota ini ruangnya terhad,
Ke Desa masyarakat tenat.
Pengabdi marhaen bikin palat,
Agus melindap tersenyum penat.
Meraut rotan buluhnya tumpat,
Terluka Kasta merafak Derajat.

Hari itu, saudaraku seperti dirasuk Iblis.

Berambal-ambalan melaung kata magis.

Minda saudaraku masih dijajah Sang Kapitalis.

Keringat dikerah, jiwa dikalis.

Singkir langau diganti lalat,
Najis juga mereka jilat.
Serban memucuk suaranya pelat,
Batang tongkat beroda empat.
Membungkam baja buahnya lebat,
Menyemai racun isinya padat.
Bicara zuhud ramai mendekat,
Hasil lelongan 'Surah Ralat'.

Wahai yang dahagakan ilmu keramat.

Tidakkah kamu sedar akan suara-suara pelat?

Masihkah kamu meraba dalam malam pekat?

Harus diingat,
Suara kibas bukan teriakan jihad.

Sabda Abid usir tarikat,
Agar sisa hanya musibat.
Melayu beradab tidaklah adat,
Lafaz biadab kalam Makrifat.

Kita... masih Melayu,
Debu bangsaku sejarah bermutu.

Tulang besi urat dawai kepala batu,
Bandut berikat biar jitu.

Aku, dia dan kamu harus bersatu,
Dirgahayu anak bangsaku.

Nukilan rasa kulat begulat,
Pekung sanubari selembar surat.

08/07/2022

Di Kota ini ruangnya terhad,Ke Desa masyarakat tenat.Pengabdi marhaen bikin palat,Agus melindap tersenyum penat.Meraut rotan buluhnya tumpat,Terluka Kasta me...

08/07/2022

Seloka Melayu Millennia

07/07/2022

Zombie dan Tuak Berahi.

Syahadan,
Adapun kehidupan hari ini terlalu cuai,
Manusia masih alpa, pekak dan tuli.

*Orang lain menanam, orang lain menuai - "semua orang bodoh tidak mencuri." -

Huh! Mulut puaka mencurah api.

"Alah membeli menang memakai." - Kata Saudari.

*Orang lain membeli, orang lain memakai.

"Alah! Harta dunia tak bawa mati." - Jawap si ustazah duniawi.

Yang tua dimaki, yang muda dikeji - "semua org bodo tak mencaci."

Sahaya berkata,
Umum melihat kerana narkoba,
keluarga memandang penyakit 'gila' (Genetik).

'Kertas Kecil sebagai nota kaki'

"Tuak Ilahi tidaklah sama Tuak Berahi"

Adapun jua,
Baling batu sembunyi tangan dibelakang Pak tua.
Kandung muncul bagai laksamana bijaksana mempertahan kedaulatan singgahsana yang sudah 'dicemar' katanya.
Berzumbalah mereka sanak saudara.

'Zomba' oh! 'Zomba',
Kalian tiba tidak kira masa,
Umur sudah berusia,
Hanya debu menjadi sisa.

Rajuk sang Ibu,
Terdengar bisikkan buih-buih halus bisa, Merdu nyaringnya mengalir air mata.

"Satu, dua dan tiga" hitungan mereka,
Bijak mereka hanya pada harta tetangga,
Mendapat hasil sedikit usaha,
Modalnya p**a tidak seberapa,
Untung? "Masyaallah! Berlipat ganda."

"Adik, adik, adik!" Bisikkan tajam ditelinga.

"Parang, guni dimana?"

Pisang, ubi, dan kelapa habis 'dirampasnya'.

"Wahai sekalian Jemaah"
Sedikit kisah tentang sejarah,
Siapa bersuara pasti dimarah,
Singa uzur melayan karenah,
Beruk muda sumpah seranah.

Yang bijak memaksa diam seribu kata, menjaga hati si tua juga mertua.

Maka,...
Ada lagi satu cerita,
Ini p**a bahagian kedua.

Mulut digari telinga mencuri,
Mata mencaci lidah mengeji.

Serban dibahu sampul disaku,
Tebalnya isi beribu-ribu,
Untuk diberi pada 'walikota' tiga suku,
Untung narkoba empat buku.

"Kasihan ummatku",
Mendapat faedah jualan 'Agamaku',
Untuk dijadi wang saku,

"Neraka tiada ubat sapu"
Kata musibat Lima paku.

Akhirnya...

Tinggallah si bodoh menahan luka, tetangga menahan duka.

Seribu satu kata,
Jangan ada perkara tak diduga terjadi pada keluarga,
Kerana mangsa tak kenal mana rakan mahupun saudara.

Kisah Hantu Kembar Jalan Bedong Sungai LalangPeristiwa ini berlaku sekitar tahun 90an hingga awal tahun 2000. Penulis pu...
22/06/2022

Kisah Hantu Kembar Jalan Bedong Sungai Lalang

Peristiwa ini berlaku sekitar tahun 90an hingga awal tahun 2000. Penulis pun tidak pasti samada cerita ini sahih berlaku atau hanya cerita rakyat. Iaitu hanya cerita dari mulut ke mulut. Maka terlebih dahulu penulis ingin memohon maaf jika ada tersalah dan silap semasa penulis sedang bercerita kembali. Penulis juga ingin memohon maaf sekiranya nama ataupun kejadian sama seperti apa yang dialami oleh pembaca. Terima kasih.

06/02/2022
03/02/2022

Yeyeahhh!

24/01/2022

Hey kamu! Ya kamu... Kamu tu Melayu yang masih mengharapkan bintang-bintang jatuh ke riba. Sifat kamu haloba sampai tercekik dan tersedak. Kroni kamu diberi dedak. Yang miskin makin dipijak.

Hey! Kamu...kamu masih buta, pekak dan tuli. Tanahairmu dijarah, kamu masih tersenyum kenyang menketedarah. Luka lama masih bernanah, Parut baru menghakis tanah.

Kamu! Yang berbaju merah, sudah jam 3 pagi Belum ada Di rumah. Kamu tu Melayu, penuh adab dan adat sebab kamu 'Tuan Tanah'.

Hey! Melayu...'Halal' kamu pada hijab, janggut dan kopiah. Kuku berdarah pun bukan najis Mughallazhah. Makanlah kamu sampai sudah.

"Hang tau dak Leman, semalam Ada kes gaduh kat hujung tanjung. Sepet bawak lari 'Gadis Melayu Kita". Melayu yang telah lama 'hilang' masih menjadi modal pemusuhan antara kaum! Sedih dan pedih! Itulah Melayu...Melayu yang telah lama 'HILANG'

Address

Ampang-Kuala Lumpur Elevated Highway, Kampung Datuk Keramat, Wilayah Persekutuan
Kuala Lumpur
54000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Angkat Sebelah Tangan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram