07/09/2022
*MATI PUCUK PUNCA MATI AWAL*
BAGI lelaki, kejantanannya akan tercabar dan keegoannya menebal apabila berbincang mengenai Disfungsi Erektil (ED) atau mati pucuk, lantas pelbagai perkara bersarang di minda.
Topik ini dianggap pantang dibincangkan kepada umum, walhal mati pucuk umumnya antara masalah kesihatan seks lelaki yang perlu segera dirawat.
Kajian bebas oleh Pfizer ‘Mengenai Disfungsi Erektil’ mendapati seorang daripada lima lelaki di Malaysia mengalami masalah mati pucuk dan semakin ketara dalam kalangan berusia lebih muda.
Semuanya kerana gara-gara gaya hidup di bandar yang mementingkan kerjaya terutama membabitkan gajet berteknologi, komputer, kurang bersenam, pengambilan alkohol, merokok dan s**a mengambil makanan secara berlebihan.
Katanya, akibatnya ia mempengaruhi fungsi seks, mati pucuk dan seharusnya memerlukan perhatian dan rawatan.
“Walaupun ramai yang melihat mati pucuk sebagai masalah kesihatan seks semata-mata.“
Mati pucuk sering dikaitkan dengan penyakit lain berlaku secara serentak termasuk penyakit kardiovaskular, hipertensi, diabetes, simptom saluran kencing lebih rendah (LUTS) dan kemurungan, yang kebanyakan mempunyai beberapa faktor risiko vaskular yang sama.