Hospital Tunku Azizah

Hospital Tunku Azizah Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Hospital Tunku Azizah, Lot 25, Jalan Raja Muda Abdul Aziz, Kampung Baru, Kuala Lumpur.

Hospital Tunku Azizah (HTA) pada asalnya dikenali dengan nama Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Kuala Lumpur telah beroperasi sepenuhnya menjelang bulan September 2019. Bertujuan untuk menyediakan perawatan komprehensif dan khusus untuk kanak-kanak selaras dengan perkembangan teknologi perubatan yang canggih dan pesat, serta menyediakan perkhidmatan tertiari untuk golongan wanita dengan masalah obst

etrik dan ginekologi.

● 600 KATIL
◦ 378 katil bagi perkhidmatan Pediatrik dan baki 222 katil bagi perkhidmatan O&G.

● PUBLIC PRIVATE PARTNERSHIP (PPP)
◦ Projek usahasama Public Private Partnership (PPP) yang pertama untuk KKM yang dibangunkan secara pendekatan Private Finance Initiative (PFI)

● PUSAT RUJUKAN NASIONAL
◦ Bermatlamat menjadi Pusat Rujukan Nasional dan Centre of Excellence bagi kesihatan wanita dan kanak-kanak

● TERTIARY HOSPITAL DENGAN PENGKHUSUSAN
◦ Menggabungkan dua penkhususan di dalam satu bangunan yang dilengkapi perkhidmatan kecemasan, radiologi dan makmal tersendir

AUDIT KAFETERIA SIHAT HTA: MANIFESTASI PENDEKATAN WHOLE-OF-NATION DALAM HALA TUJUSatu lagi langkah strategik ke arah kec...
21/04/2026

AUDIT KAFETERIA SIHAT HTA: MANIFESTASI PENDEKATAN WHOLE-OF-NATION DALAM HALA TUJU

Satu lagi langkah strategik ke arah kecemerlangan perkhidmatan telah dilaksanakan di Hospital Tunku Azizah (HTA).

Pada 20 April 2026 (Isnin), Audit Kafeteria Sihat telah berlangsung di Kafeteria Aras 2, HTA sebagai sebahagian daripada proses permohonan pensijilan baharu, susulan pelaksanaan kontrak perkhidmatan makanan oleh Syarikat Juara Saji Sdn. Bhd. bermula 1 Januari 2025.

Audit ini telah diselaraskan oleh Jabatan Dietetik dan Sajian (JDS) HTA selaku Urus Setia Jawatankuasa Premis Makanan HTA, di bawah naungan Dr. Atika Azura binti Abdul Rashed, Timbalan Pengarah (Perubatan) II, HTA.

Inisiatif ini mencerminkan komitmen berterusan HTA dalam menterjemah pendekatan Whole-of-Nation dan Health in All Policies (HiAP) melalui:

🔹 Kolaborasi strategik antara sektor kerajaan dan swasta dalam memastikan penyediaan makanan yang selamat, sihat dan berkualiti
🔹 Penekanan elemen kesihatan dalam setiap aspek pengurusan premis makanan
🔹 Penglibatan pelbagai pihak termasuk sokongan teknikal daripada auditor PKD Titiwangsa serta peranan aktif warga hospital dan pelawat dalam membudayakan amalan hidup sihat
Keputusan awal audit menunjukkan pencapaian yang amat memberangsangkan, sekaligus memperkukuhkan usaha ke arah persekitaran hospital yang menyokong gaya hidup sihat dan sejahtera.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Pn. Premila Sugitha dan Pn. Norliyana Izwan (PKD Titiwangsa) atas penilaian profesional yang telah diberikan.

Bersama kita terus memperkukuh peranan HTA sebagai model persekitaran pro-kesihatan yang unggul.

LAWATAN AUDIT PEMBEKAL | CPUPada 17 April 2026, Jabatan Dietetik dan Sajian (JDS), Hospital Tunku Azizah (HTA) bersama J...
21/04/2026

LAWATAN AUDIT PEMBEKAL | CPU

Pada 17 April 2026, Jabatan Dietetik dan Sajian (JDS), Hospital Tunku Azizah (HTA) bersama Jawatankuasa Validasi telah melaksanakan lawatan pemeriksaan dan verifikasi ke premis Central Production Unit (CPU) milik Syarikat Warisan Kurnia Sdn. Bhd. di Puchong.

Lawatan ini bertujuan menilai kesiapsiagaan operasi sebagai pusat penyediaan makanan alternatif serta memastikan pematuhan terhadap piawaian keselamatan dan kebersihan makanan.
Skop pemeriksaan meliputi:

✔️ Semakan dokumentasi pematuhan (Akta Makanan 1983, PPKM 2009, HACCP & GMP)
✔️ Pemeriksaan zon operasi (kawasan bersih, proses memasak & kawalan suhu)
✔️ Verifikasi aset logistik serta sokongan pelan kontingensi
✔️ Penilaian tahap kesiapsiagaan operasi syarikat

Inisiatif ini mencerminkan komitmen HTA dalam memastikan perkhidmatan sajian makanan sentiasa selamat, berkualiti dan berterusan.

PENGAUDITAN PERKHIDMATAN SAJIAN MAKANAN OUTSOURCE DI HTAHospital Tunku Azizah (HTA) telah menerima lawatan rasmi daripad...
21/04/2026

PENGAUDITAN PERKHIDMATAN SAJIAN MAKANAN OUTSOURCE DI HTA

Hospital Tunku Azizah (HTA) telah menerima lawatan rasmi daripada Cawangan Audit Dalam, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada 13 hingga 15 April 2026 bagi pengauditan perkhidmatan sajian makanan secara outsource yang dikendalikan oleh Jabatan Dietetik dan Sajian (JDS).

Pengauditan ini memberi fokus kepada aspek kewangan, pematuhan kontrak dan tadbir urus, selaras dengan peraturan yang berkuat kuasa.

Skop pengauditan merangkumi:

Pematuhan terma kewangan dan syarat kontrak
Semakan tuntutan bayaran, invois dan dokumen sokongan
Penilaian kawalan dalaman pengurusan sajian makanan
Kecekapan penggunaan sumber dan value for money
Tahap pembaziran makanan (food wastage) termasuk lebihan hidangan dan p**angan tray
Kualiti makanan, kebersihan premis dan pematuhan pengendali makanan

Pengauditan ini bertujuan memastikan perbelanjaan dilaksanakan secara berhemah, telus serta mematuhi peraturan kewangan, di samping mengurangkan pembaziran dan memastikan pematuhan spesifikasi kontrak.

Jabatan Dietetik dan Sajian HTA kekal komited dalam memperkukuh tadbir urus serta penambahbaikan berterusan dalam perkhidmatan.

PERHIMPUNAN BULANAN KALI 2 HOSPITAL TUNKU AZIZAH TAHUN 2026Perhimpunan Bulanan Hospital Tunku Azizah bagi bulan April 20...
21/04/2026

PERHIMPUNAN BULANAN KALI 2 HOSPITAL TUNKU AZIZAH TAHUN 2026

Perhimpunan Bulanan Hospital Tunku Azizah bagi bulan April 2026 telah berlangsung dengan jayanya pada 17 April 2026 bertempat di Auditorium Perdana HTA.

Perhimpunan pada kali ini telah dikendalikan dengan penuh dedikasi oleh Jabatan Kecemasan Pediatrik, yang telah menampilkan pengisian yang bukan sahaja informatif malah menyentuh hati, selaras dengan tema “Be the Beat that Save the Heart”. Tema ini membawa mesej yang mendalam tentang peranan setiap warga kerja dalam menjadi nadi yang menyelamatkan, memberi harapan dan kehidupan kepada setiap pesakit yang memerlukan.

Sepanjang perhimpunan berlangsung, pelbagai pengisian telah disampaikan termasuk perkongsian maklumat semasa, penghargaan kepada warga kerja serta penyampaian amanat yang menyuntik semangat untuk terus memberikan perkhidmatan yang terbaik. Suasana yang penuh ceria dan bermakna jelas mencerminkan semangat kebersamaan, komitmen serta keprihatinan warga HTA dalam melaksanakan amanah yang dipikul.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada Jabatan Kecemasan Pediatrik selaku pengelola, serta semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam memastikan kelancaran perhimpunan ini. Komitmen dan kerjasama yang ditunjukkan amatlah dihargai dan menjadi contoh kepada seluruh warga kerja.

Semoga semangat yang diterapkan melalui perhimpunan ini akan terus menjadi pemangkin kepada kecemerlangan Hospital Tunku Azizah dalam memberikan perkhidmatan kesihatan yang berkualiti, berteraskan profesionalisme, empati dan keikhlasan.

LAWATAN RASMI TIMBALAN KETUA PENGARAH KESIHATAN (KESIHATAN PERGIGIAN)Lawatan kerja Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Ke...
21/04/2026

LAWATAN RASMI TIMBALAN KETUA PENGARAH KESIHATAN (KESIHATAN PERGIGIAN)

Lawatan kerja Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Pergigian), YBrs. Dr. Fauziah Ahmad ke Jabatan Pergigian, Hospital Tunku Azizah telah berlangsung dengan jayanya pada 16 April 2026.

Lawatan ini merupakan satu usaha berterusan dalam meninjau pelaksanaan perkhidmatan kesihatan pergigian serta memastikan penyampaian perkhidmatan yang berkualiti tinggi kepada pesakit, khususnya dalam kalangan kanak-kanak. Selain itu, lawatan ini turut menjadi platform penting untuk bertukar pandangan, berkongsi kepakaran serta mengenal pasti ruang penambahbaikan dalam aspek perkhidmatan, fasiliti dan penyampaian rawatan.

Sepanjang lawatan, pelbagai perkara telah dibincangkan termasuk perkembangan semasa jabatan, cabaran yang dihadapi serta perancangan masa hadapan dalam memperkasakan lagi perkhidmatan pergigian. Komitmen yang ditunjukkan oleh seluruh warga kerja Jabatan Pergigian jelas mencerminkan dedikasi dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada pesakit.

Pihak Hospital Tunku Azizah amat menghargai kesudian YBrs. Dr. Fauziah Ahmad meluangkan masa untuk hadir serta memberikan sokongan dan pandangan yang konstruktif. Diharapkan lawatan ini akan terus memperkukuh hubungan strategik serta menjadi pemangkin kepada peningkatan kualiti perkhidmatan kesihatan pergigian di hospital ini.

BelasungkawaDengan hati yang amat hiba, kami warga Hospital Tunku Azizah menzahirkan rasa simpati dan merakamkan ucapan ...
20/04/2026

Belasungkawa

Dengan hati yang amat hiba, kami warga Hospital Tunku Azizah menzahirkan rasa simpati dan merakamkan ucapan takziah kepada Ketua Jabatan Pembedahan Pediatrik, Dr. Mohd Yusof Abdullah, atas pemergian isteri tercinta, Allahyarhamah Dr. Hajah Rahimah Binti Ismail.

Allahyarhamah, yang juga merupakan Mantan Ketua Jabatan Pediatrik Hospital Ampang, dikenali sebagai seorang yang berdedikasi tinggi, berwibawa serta berbudi pekerti mulia sepanjang perkhidmatan beliau.

Marilah kita bersama-sama mendoakan agar roh Allahyarhamah dilimpahi rahmat dan kasih sayang-Nya, serta ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Semoga keluarga yang ditinggalkan dikurniakan ketabahan, kekuatan dan kesabaran dalam menghadapi dugaan ini.

Al-Fatihah

𝑨𝒍-𝑭𝒂𝒕𝒊𝒉𝒂𝒉

Dengan hati yang amat hiba, Pengurusan Tertinggi dan seluruh warga kerja Hospital Ampang menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarhamah Dr. Hajah Rahimah Binti Ismail, Mantan Ketua Jabatan Pediatrik Hospital Ampang, yang telah dijemput kembali ke sisi Allah pada 20 April 2026 bersamaan 3 Zulkaedah 1447H.

Pemergiannya merupakan satu kehilangan besar kepada dunia perubatan, namun jasa, budi, dan dedikasinya akan terus hidup dalam ingatan mereka yang pernah disentuh oleh kebaikannya.

Semoga Allah SWT melimpahkan rahmat ke atas rohnya, mengampunkan segala kekhilafannya, serta menempatkannya dalam kalangan hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh.

Ikhlas daripada
Pengurusan Tertinggi dan Seluruh Warga Kerja Hospital Ampang.

🌟 SEKALUNG TAHNIAH 🌟Seluruh warga kerja Hospital Tunku Azizah dengan penuh rasa bangga dan sukacita merakamkan setinggi-...
13/04/2026

🌟 SEKALUNG TAHNIAH 🌟

Seluruh warga kerja Hospital Tunku Azizah dengan penuh rasa bangga dan sukacita merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada:

YBrs. Dr. Shamsul Anuar bin Kamaruddin
Pengarah Hospital Tunku Azizah

di atas pemangkuan ke Jawatan Utama Sektor Awam (JUSA) C.

Kenaikan ini merupakan satu pengiktirafan yang amat bermakna terhadap dedikasi, kepimpinan berwibawa serta komitmen berterusan beliau dalam memacu kecemerlangan perkhidmatan kesihatan, khususnya di Hospital Tunku Azizah.

Sepanjang menerajui organisasi ini, beliau telah menunjukkan contoh kepimpinan yang berintegriti, progresif dan berorientasikan rakyat, selaras dengan aspirasi KKM dalam memastikan penyampaian perkhidmatan kesihatan yang berkualiti, selamat dan berkesan kepada masyarakat.

Tahniah dan syabas kepada tuan Pengarah ikhlas daripada seluruh warga kerja HTA.

09/04/2026

LAKARAN SEJARAH BAHARU PERUBATAN NEGARA!

Sekalung tahniah diucapkan kepada Hospital Tunku Azizah (HTA) atas kejayaan luar biasa melaksanakan pembedahan Selective Dorsal Rhizotomy (SDR) buat julung kalinya di Malaysia.

Alhamdulillah, selepas dua bulan pasca pembedahan, kedua-dua pesakit kanak-kanak kita yang menghidap Spastic Diplegic Cerebral Palsy kini menunjukkan perkembangan pemulihan yang amat memberangsangkan. Pembedahan ini sangat penting bagi mengurangkan kekejangan otot, sekali gus mengembalikan mobiliti dan kualiti hidup mereka.

Kejayaan ini adalah manifestasi kecemerlangan kepakaran tempatan kita. Tahniah dan syabas buat seluruh pasukan multidisiplin HTA—merangkumi kepakaran Neurosurgeri, Neurologi, Rehabilitasi, Rawatan Rapi, Anestesiologi Pediatrik, serta pasukan sokongan (Fisioterapis & Terapis Carakerja) atas komitmen dan sinergi yang jitu. Penghargaan juga buat pakar antarabangsa dari Jepun atas kolaborasi kepakaran ini.

Dedikasi anda semua telah membuka pintu harapan baharu buat pesakit dan keluarga. Teruskan kecemerlangan demi sistem kesihatan negara!

MENCIPTA SEJARAH, LANGKAH DEMI LANGKAHHospital Tunku Azizah dengan bangganya telah melakar satu lagi pencapaian bersejar...
08/04/2026

MENCIPTA SEJARAH, LANGKAH DEMI LANGKAH

Hospital Tunku Azizah dengan bangganya telah melakar satu lagi pencapaian bersejarah apabila berjaya melaksanakan pembedahan Selective Dorsal Rhizotomy (SDR) yang pertama di Malaysia pada Januari 2026, melibatkan dua orang kanak-kanak yang menghidap Spastic Diplegic Cerebral Palsy.

Alhamdulillah, selepas dua bulan pasca pembedahan, kedua-dua pesakit menunjukkan perkembangan yang amat memberangsangkan serta mencapai sasaran pemulihan yang ditetapkan.

Kejayaan ini merupakan hasil kolaborasi erat bersama pakar neurosurgeri pediatrik antarabangsa, Prof. Nobuhito Morota dari Kitasato University School of Medicine, Jepun, yang telah membimbing pasukan pembedahan Hospital Tunku Azizah yang terdiri daripada:

Pasukan Pembedahan Neurosurgeri Pediatrik:
• Dr. Fadzlishah Johanabas Rosli
• Dr. Nadiah Ahmad Fuad
• Dr. Mohammad Imran Ahmad
& pasukan

Pembedahan ini turut disokong oleh pasukan multidisiplin yang komited, terdiri daripada:

Pakar Neurologi Pediatrik:
• Dr. Teo Yan Lian & pasukan

Pakar Rehabilitasi Pediatrik:
• Dr. Suhaila Omar
• Dr. Nor Hanim Mohamad Hanapi & pasukan

Pakar Rawatan Rapi Pediatrik:
• Dr. Aznor Fadly Azim
• ⁠Dr. Nurmaira Hashim & pasukan

Pakar Anestesiologi Pediatrik:
• Dr. Intan Zarina Fakir Mohamed
• ⁠Dr. Phang Yee Yun & pasukan

Pasukan Sokongan:
• Fisioterapis
• Terapis Carakerja

Pembedahan SDR ini memainkan peranan penting dalam mengurangkan spastisiti (kekejangan otot), seterusnya membuka peluang kepada peningkatan mobiliti, fungsi harian dan kualiti hidup pesakit.

Melihat senyuman dan kemajuan pesakit menjadi inspirasi utama buat kami untuk terus memberikan perkhidmatan kesihatan bertaraf dunia kepada masyarakat.

Sekalung penghargaan juga dirakamkan kepada Pengurusan tertinggi atas sokongan berterusan dalam memperkukuh dan memperluas perkhidmatan di Hospital Tunku Azizah.



08/04/2026

TAHNIAH HOSPITAL TUNKU AZIZAH

Alhamdulillah, hari ini hati saya diselubungi rasa syukur dan bangga melihat kep**angan adik Muhammad Aidid Alfian bin Muhamad Aliff Sufian, 13 tahun, ke pangkuan keluarga selepas berjaya menjalani pembedahan pemindahan hati di Hospital Tunku Azizah (HTA).

Kisah Aidid adalah satu manifestasi keajaiban perubatan dan kemuliaan hati manusia. Sejak didiagnosis menghidap Primary Sclerosing Cholangitis pada 2021, perjalanan Aidid tidak mudah. Namun, penantiannya selama hampir tiga tahun dalam senarai menunggu organ berakhir dengan sebuah harapan baharu pada 14 Februari lalu.

Kes ini amat istimewa kerana ia merupakan pemindahan hati pediatrik pertama di Malaysia yang menggunakan teknik “Whole Liver Graft” daripada penderma kadaverik. Ini membuktikan tahap kepakaran teknikal pasukan perubatan tempatan kita kini setanding dengan standard antarabangsa.

Kejayaan kompleks ini adalah hasil sinergi luar biasa pasukan multidisiplin yang telah bertungkus-lumus memastikan prosedur berjalan lancar.

Setinggi-tinggi tahniah dan terima kasih saya ucapkan kepada:
▪️ Pasukan Pembedahan Paediatrik: Mr. Mohd Fitri Shukri bin Mohamed Adanan, Dato’ Zakaria Zahari & Mr. Mohd Yusran Othman
▪️ Pasukan Pembedahan Hepatobiliari & Pankreas (HPB): Mr. Manisekar K. Subramaniam, Mr. Rajaie bin Kamarudin & Mr. Padmaan Sankaran (Procurement)
▪️ Pembedahan Plastik: Ms. Farah Hany Omar
▪️ Pasukan Paediatrik Gastroenterologi: Dr. Kam Choy Chen, Dr. Leong Pooi Yan & Dr. Chey Pui Wah
▪️ Pasukan Anestesiologi: Dr. Intan Zarina Fakir Mohamad, Dr. Phang Ye Yun & Dr. Nur Khairunnisa binti Abdul Aziz
▪️ Pasukan Rawatan Rapi Paediatrik (PICU): Dr. Aznor Fadly bin Azim, Dr. Nurmaira binti Hashim & Dr. Ooi Li Lyn
▪️ Pasukan Radiologi: Dr. Che Zubaidah binti Che Daud & Dr. Rohazly binti Ismail

Serta seluruh jururawat, pegawai perubatan, pasukan NTRC dan kakitangan sokongan yang terlibat di sebalik tabir.

Penghargaan yang tidak terhingga juga saya tujukan buat keluarga penderma (individu muda berusia 18 tahun). Di saat berdepan kehilangan yang memilukan, kalian memilih untuk memberi kehidupan kepada insan lain. Pengorbanan ini adalah anugerah teragung yang melangkaui kata-kata.

Kepada rakyat Malaysia, marilah kita terus menyokong usaha murni pendermaan organ. Satu ikrar anda, mampu menyelamatkan ramai nyawa.

KEJAYAAN PEMINDAHAN HATI PEDIATRIK DI HOSPITAL TUNKU AZIZAHSatu pencapaian membanggakan telah berjaya dilakar oleh pasuk...
07/04/2026

KEJAYAAN PEMINDAHAN HATI PEDIATRIK DI HOSPITAL TUNKU AZIZAH

Satu pencapaian membanggakan telah berjaya dilakar oleh pasukan pembedahan hati pediatrik di Hospital Tunku Azizah apabila berjaya melaksanakan pembedahan pemindahan hati dengan jayanya.

Lebih bermakna, kes ini merupakan yang pertama melibatkan penggunaan “whole liver graft” bagi pesakit pediatrik — satu langkah besar dalam dunia perubatan negara yang membuktikan keupayaan kepakaran tempatan berada pada tahap yang tinggi.

Pesakit yang menerima pemindahan hati ini merupakan seorang remaja berumur 13 tahun, manakala penderma hati (deceased donor) p**a adalah seorang individu muda berumur 18 tahun. Kisah ini membuka mata kita semua bahawa umur yang muda bukanlah penghalang untuk menyumbang sesuatu yang amat bernilai kepada kehidupan orang lain.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan tahniah dirakamkan kepada seluruh pasukan yang terlibat, termasuk pakar bedah pediatrik, pakar bedah hepatobiliari, pakar bedah plastik & rekonstruktif, pakar pediatrik gastroenterologi, pakar pediatrik anestesia, pakar pediatrik intensif, pakar pediatrik radiologi, pasukan NTRC serta semua pasukan sokongan lain yang telah bertungkus-lumus menjayakan pembedahan kompleks ini.

Namun, penghargaan yang paling tinggi dan tidak terhingga ditujukan khas kepada keluarga penderma. Di saat yang amat sukar, mereka telah membuat keputusan yang penuh keikhlasan dan keberanian — satu pengorbanan yang telah memberi sinar harapan dan peluang kedua untuk hidup kepada insan lain.

Ini bukan sekadar kejayaan perubatan, tetapi juga kisah kemanusiaan yang menyentuh hati — tentang harapan, pengorbanan dan kasih sayang yang melangkaui segalanya.

Semoga usaha murni ini terus menjadi inspirasi kepada masyarakat untuk memahami kepentingan pendermaan organ.



🌍 Selamat Hari Kesihatan Sedunia 2026Bersempena sambutan Hari Kesihatan Sedunia pada 7 April 2026, pihak Hospital Tunku ...
07/04/2026

🌍 Selamat Hari Kesihatan Sedunia 2026

Bersempena sambutan Hari Kesihatan Sedunia pada 7 April 2026, pihak Hospital Tunku Azizah ingin mengajak seluruh masyarakat untuk bersama-sama mengutamakan kesihatan sebagai keutamaan dalam kehidupan seharian.

Kesihatan adalah asas kepada kesejahteraan hidup. Tanpa kesihatan yang baik, segala perancangan dan tanggungjawab tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna. Oleh itu, marilah kita bersama-sama mengambil langkah proaktif dengan mengamalkan gaya hidup sihat seperti pemakanan seimbang, melakukan aktiviti fizikal secara berkala, mendapatkan rehat yang mencukupi serta menjaga kesihatan mental.

Dalam masa yang sama, kesedaran terhadap kepentingan penjagaan kesihatan juga perlu dipupuk dalam kalangan masyarakat agar kita dapat mencegah penyakit lebih awal dan mengurangkan risiko komplikasi kesihatan di masa hadapan.

Pihak hospital turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua petugas kesihatan di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia yang sentiasa komited, berdedikasi dan tidak mengenal erti penat lelah dalam memberikan rawatan serta perkhidmatan terbaik kepada pesakit.

Sesungguhnya, usaha menjaga kesihatan bukan hanya terletak di bahu petugas kesihatan semata-mata, tetapi merupakan tanggungjawab bersama setiap individu, keluarga dan komuniti.

“Kesihatan Untuk Semua, Tanggungjawab Bersama”

Ikhlas daripada
Pengarah dan seluruh warga kerja
Hospital Tunku Azizah 💙

Address

Lot 25, Jalan Raja Muda Abdul Aziz, Kampung Baru
Kuala Lumpur
50300

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Hospital Tunku Azizah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share