19/10/2022
Kajian menunjukkan pengambilan sayur dan buah boleh memberikan perlindungan terhadap penyakit kardiovaskular, strok, koronari, darah tinggi, kanser, kencing manis selain mencegah obesiti. Didapati risiko penyakit-penyakit tersebut berkurang secara signifikan dengan peningkatan pengambilan sayur dan buah. Walaubagaimanapun, 95% dewasa Malaysia tidak mengambil sayur dan buah yang cukup dalam sehari (NHMS 2019).
Untuk kehidupan yang sihat dan sejahtera sepanjang hayat, makanlah sekurang-kurangnya 5 sajian sayur dan buah setiap hari.
Bagaimanakah saiz 1 sajian sayur dan buah?
▶️ 1 cawan sayur ulam-ulaman atau sayur mentah
▶️ 1 senduk atau ½ cawan sayur yang telah dimasak
▶️ 2 biji tomato saiz sederhana
▶️ 1 biji epal / oren / buah lai
▶️ 2 biji pisang mas / 1 biji pisang berangan
▶️ 1 potong betik / tembikai / nenas
▶️ 8 biji anggur
▶️ ½ biji jambu batu / mangga
Tips untuk mencukupkan pengambilan sayur dan buah mengikut saranan :
▶️ Ambil sayur dan buah pada setiap hidangan utama
▶️ Jika tidak ambil pada hidangan utama, ambil buah sebagai snek sihat pada waktu lain.
▶️ Ambil sayur sebagai ulam atau salad. Tambahkan sedikit sos salad? Boleh saja!
▶️ Jadikan jus sayur atau buah tanpa tambahan gula
▶️ Isikan separuh pinggan dengan sayur dan buah. Jom !
▶️ Cuci, potong dan simpan sayur dan buah di dalam peti sejuk lebih awal. Ia dapat
menjimatkan masa memasak dan sedia untuk dihidang!
▶️ Masukkan sayur ke dalam makanan seperti telur goreng, cucur tepung, tortila, sandwich, dan sebagainya.
▶️ Gunakan sayur dan buah pelbagai warna untuk menarik selera.
▶️ Tanam sayur yang mudah hidup dan dijaga. Hmm, bayam brazil seperti menarik!
▶️ Tidak minat sayur ? Mulakan dengan kuantiti yang sedikit dahulu. Anda pasti akan menjumpai sayur yang sesuai.
▶️ Bawa bekal buah / ulam / salad ke tempat kerja.
Jom ambil 5 sajian sayur dan buah setiap hari! Demi kesihatan dan kesejahteraan diri anda juga.