U.n.i Klinik Permata

U.n.i Klinik Permata Uniklinik Taman Permata is a group of clinic manage by Agenda Rapi Sdn Bhd fully owned by bumiputera. Good consultations is our promise to all our patients.
(4)

Aspire to provide best medical and surgical treatment to our valuable clients.

Shana berumur 1 tahun. Masih kecil anak itu tapi kuat semangatnya. Tengah hari itu datang adik Shana (bukan nama sebenar...
29/04/2026

Shana berumur 1 tahun. Masih kecil anak itu tapi kuat semangatnya.

Tengah hari itu datang adik Shana (bukan nama sebenar) ke Uniklinik dibawa oleh ibunya. Ketika melangkah masuk bilik consult, perkara pertama yang doktor perasan adalah luka melecur dengan lepuh (gelembung air) di seluruh lengan kanan Shana. Pada masa yang sama, adik Shana masih kelihatan aktif bermain dan bergelak sambil didukung ibunya Puan Maya (bukan nama sebenar).

Maya: Tadi dalam kira-kira pukul 12 tengah hari, bubur Shana yang panas tertumpah dekat lengan kanan dia masa saya baru nak suap dia makan tengah hari. Saya tak sengaja terlepas bekas makan dia sebab Shana capai bekas tu.

Doktor: Oh, lepas kejadian Puan ada buat apa-apa untuk kawasan yang melecur?

Maya: Saya terus sapu yoghurt sejuk kat seluruh tangan dia untuk legakan sakit dia.

Doktor: Macam mana keadaan Shana lepas tu? Dia masih aktif dan makan minum macam biasa?

Maya: Dia nangis sekejap dan berhenti lepas beberapa minit. Makan minum pun okey dan dia masih bermain macam biasa. Tapi tu la risau saya tengok gelembung-gelembung air ni semua. Saya tak berani nak pecahkan.

Doktor: Takpe Puan, Puan buat keputusan yang betul dengan tak memecahkan gelembung air ni sendiri di rumah. Bila buat macam tu, boleh menyebabkan jangkitan kuman dan membuatkan luka lebih teruk.

Doktor pun buat pemeriksaan fizikal. Nampaknya luka melecur hanya ada pada bahagian depan lengan Shana. Dia pun masik aktif menggerakkan seluruh lengannya. Doktor teruskan dengan dressing. Untuk lepuh-lepuh air yang besar, doktor pecahkan dengan jarum kecil dalam keadaan yang bersih dan steril sebelum sapukan krim antibiotik untuk luka melecur dan membalut lengan Shana.

Sepanjang prosedur dressing adik Shana sangat baik dan cuma menangis sedikit. Doktor dan staf nak buat dressing pun senang.

Doktor: Okey jadi buat peringkat awal ni, Puan bawa Shana ke klinik sehari sekali untuk buat dressing ya. Saya akan mulakan ubat tahan sakit dan antibiotik makan untuk Shana ya.

Maya: Okey doktor.

Doktor: Oh ya Puan, selepas ni kalau ada berlaku apa-apa luka melecur, jangan letak apa-apa pada luka ya sebab boleh meningkatkan risiko jangkitan. Apa yang Puan boleh buat adalah segera lalukan kawasan melecur di bawah air paip yang mengalir selama 20 minit.

Maya: Oh tak boleh ya doktor? Saya pun tak tahu, panik sangat masa jadi tadi. Okey saya faham. Lepas ni saya ikut nasihat doktor.

Untuk luka melecur :-
- elakkan letak ubat gigi, kicap, kopi, mentega, minyak gamat
- elak pecahkan lepuh menggunakan tangan/benda tajam di rumah
- Sapukan ais secara terus ke kulit

Bila perlu pergi ke klinik/hospital apabila berlaku luka melecur?
- Luka melecur yang besar atau dalam
- Luka melecur yang melibatkan muka, leher, tangan, kaki, sendi dan kemaluan
- Luka melecur pada kanak-kanak bawah 5 tahun
- Luka melecur yang menunjukkan tanda-tanda jangkitan seperti (nanah, demam, bau busuk)

Semoga adik Shana cepat sembuh ya!



Uniklinik Taman Permata,
No 3, Persiaran Permata, Taman Permata,
53300 Kuala Lumpur.
Tel : 03-41613330
WhatsApp : 017-868 5668
(Berdekatan Giant Hulu Klang -Taman Permata, Taman Melawati dan zoo negara)

27/04/2026

Kali ini kita bersama dengan Dr Munirah.
Moga perkongsiannya bermanfaat.



Uniklinik Taman Permata,
No 3, Persiaran Permata, Taman Permata,
53300 Kuala Lumpur.
Tel : 03-41613330
WhatsApp : 017-868 5668

(Berdekatan Giant Hulu Klang -Taman Permata, Taman Melawati dan zoo negara)

25/04/2026

Tersadung dan jatuh ni, kadang-kadang boleh bawa kepada kecederaan serius. Berhati-hati ketika melangkah.



Uniklinik Taman Permata,
No 3, Persiaran Permata, Taman Permata,
53300 Kuala Lumpur.
Tel : 03-41613330
WhatsApp : 017-868 5668

(Berdekatan Giant Hulu Klang -Taman Permata, Taman Melawati dan zoo negara)

Adam (bukan nama sebenar)12 tahun Pada satu petang, Uniklinik Permata dikunjungi oleh seorang kanak-kanak lelaki dan ibu...
24/04/2026

Adam (bukan nama sebenar)12 tahun

Pada satu petang, Uniklinik Permata dikunjungi oleh seorang kanak-kanak lelaki dan ibu

Dr: Assalamualaikum dan selamat ptg adik Adam, apa doktor boleh bantu hari ini.

Pesakit: Saya berasa sakit pada bahu kiri saya sudah satu hari.

Bila tengok lebih teliti, adik ini sedang memakai arm sling

Beliau cerita dengan lebih lanjut

Pesakit: "2 minggu yang lalu saya main ski di China dan terjatuh ketika bermain
Saya telah mendapatkan rawatan di China dan melakukan pembedahan kerana ada tulang patah.
Doktor di sana ada pasang besi di dalam tangan saya.

Di rumah saya kerap kali mandi dan buka sling ini doktor. Kawan- kawan pun kadang tak sengaja terlanggar juga di bahagian tgn kiri saya ini."

Doktor: Yeke, kalau macam tu doktor cek dulu ya

Bila pemeriksaan dilakukan, luka pembedahan kelihatan cantik. Tetapi nampak benjolan ketara di bahu nya. Bila diperiksa lebih lanjut, adik mengadu kesakitan.
Dan benjolan itu keras bagaikan besi yang di pasang 2 minggu lalu hampir terkeluar

Doktor: Kalau begini, saya kena buat x-ray utk memastikan posisinya.

Pesakit dan ibu: Baik doktor.

Selesai x-ray di buat
Gambar xray di analisa

Imej x-ray memang menunjukkan posisi besi itu lari dari tempat asalnya.

Doktor: imej x-ray di cerita lanjut kepada pesakit. Dalam keadaan begini puan, kita perlu merujuk kes anak puan ke doktor pakar tulang supaya mereka boleh merawat anak puan dengan lebih lanjut
Saya risau besi ini akan terkeluar dari kulitnya dan ini akan menyebabkan komplikasi yang lebih serius seperti jangkitan kuman atau sakit yang tak terkawal

Pesakit dan ibu: Baik doktor terima kasih

Pesakit yang mengalami patah tangan ini sepatutnya tidak boleh kerap melakukan pergerakan ini kerana akan menganggu proses penyembuhan tulang

Apapun kita doakan adik cepat sembuh!



Uniklinik Taman Permata,
No 3, Persiaran Permata, Taman Permata,
53300 Hulu Klang, Kuala Lumpur.

Tel : 03-41613330
WhatsApp : 017-868 5668

(Berdekatan Giant Hulu Klang -Taman Permata, Taman Melawati dan zoo negara)

18/04/2026

Anda batuk terlalu lama?..dah makan ubat..tapi masih tak berubah.. mungkin ini yang patut anda ambil tahu.



Uniklinik Taman Permata,
No 3, Persiaran Permata, Taman Permata,
53300 Kuala Lumpur.
Tel : 03-41613330
WhatsApp : 017-868 5668

(Berdekatan Giant Hulu Klang -Taman Permata, Taman Melawati dan zoo negara)

Puan Ramlah ( bukan nama sebenar), berumur 57 tahun.Pagi itu, Puan Ramlah datang ke klinik untuk mengambil keputusan dar...
17/04/2026

Puan Ramlah ( bukan nama sebenar), berumur 57 tahun.
Pagi itu, Puan Ramlah datang ke klinik untuk mengambil keputusan darah (saringan kesihatan atau health screening) yang baru saja ambil 3 hari yang lalu.

Keputusan darah Puan Ramlah - buah pinggang, fungsi hati, kolestrol, serta gula normal sahaja.
Tapi bila tengok keputusan ujian air kencing, terdapat darah di bawah mikroskop.

Ujian xray di buat kerana doktor suspek ada batu di salur kencing nya. Bila xray dibuat memang terdapat batu di kawasan pundi kencing nya.
Saiz batu lebih kurang dalam 8 mm.
Pesakit dirujuk ke pakar Urology kerana saiz batu agak besar dan sukar untuk keluar sendiri melalui salur kencing.

Kadang-kadang dengan ujian kesihatan atau health screening, boleh membantu mengenalpasti keadaan yang lebih terperinci.



Uniklinik Taman Permata,
No 3, Persiaran Permata,
Taman Permata,
53300 Kuala Lumpur.
Tel : 03-41613330
WhatsApp : 017-8685668
(Berdekatan Giant Hulu Klang -Taman Permata, Taman Melawati dan zoo negara)

16/04/2026

Pesakit jatuh dan terseliuh kakinya. Nampak simple je situasi yang terjadi. Tetapi cedera dalaman kita tak tahu. X-ray mungkin boleh membantu mangurangkan kerisauan anda.



Uniklinik Taman Permata,
No 3, Persiaran Permata, Taman Permata,
53300 Kuala Lumpur.
Tel : 03-41613330
WhatsApp : 017-868 5668

(Berdekatan Giant Hulu Klang -Taman Permata, Taman Melawati dan zoo negara)

En Ramli  (bukan nama sebenar) , berusia lingkungan 50tahun.Pada satu pagi,En Ramli datang ke Uniklinik untuk dapatkan r...
15/04/2026

En Ramli (bukan nama sebenar) , berusia lingkungan 50tahun.

Pada satu pagi,En Ramli datang ke Uniklinik untuk dapatkan rawatan luka. Bila ditanya dengan lebih lanjut, En Ramli menceritakan apa yg berlaku.

En Ramli sedang berkebun di belakang rumah, tanpa disedari kakinya tiba-tiba sakit dan berdarah di bahagian buku lali kaki kirinya.

Cepat-cepat En Ramli tutup kakinya dgn kain dan ikat ketat dengan kain itu supaya berhenti berdarah.
Terus En Ramli ke klinik untuk dapatkan rawatan lanjut.

Sampainya di klinik, doktor pun melibat lukanya. En Ramli pun mengangkat kakinya. Ditunjukkan lukanya. Doktor tengok lukanya kelihatan bersih dan seolah-olah terkena kaca yang tajam kerana lukanya lurus dan cantik

Luka ada sedikit pendarahan, tapi kaki masih lagi boleh bergerak macam biasa. Jadi doktor pun memberi nasihat untuk lakukan jahitan supaya memudahkan proses baik pulih luka nanti.

Lega En Ramli, kerisauan diwajahnya dah kurang. Terima kasih pada En Ramli kerana cepat bertindak. Beliau datang segera ke klinik untuk dapatkan rawatan awal.

Kepada anda semua, berhati-hati ketika melakukan aktiviti luar.



Uniklinik Taman Permata,
No 3, Persiaran Permata, Taman Permata,
53300 Kuala Lumpur.
Tel : 03-41613330
WhatsApp : 017-868 5668

(Berdekatan Giant Hulu Klang -Taman Permata, Taman Melawati dan zoo negara)

14/04/2026

Ianya nampak macam terkeluar sendi tu, dengan bantuan x-ray ianya menjadi lagi jelas.



Uniklinik Taman Permata,
No 3, Persiaran Permata, Taman Permata,
53300 Kuala Lumpur.
Tel : 03-41613330
WhatsApp : 017-868 5668

(Berdekatan Giant Hulu Klang -Taman Permata, Taman Melawati dan zoo negara)

11/04/2026

Anda alami keadaan menyucuk-nyucuk di bahagian sendi kaki? Selepas anda buat ujian pemeriksaan kesihatan atau health screening, mungkin ni yang anda alami.



Uniklinik Taman Permata,
No 3,Persiaran Permata, Taman Permata,
53300 Kuala Lumpur.
Tel : 03-41613330
WhatsApp : 017-868 5668

(Berdekatan Giant Hulu Klang -Taman Permata, Taman Melawati dan zoo negara)

Address

No. 3 , Persiaran Permata , Taman Permata
Kuala Lumpur
53300

Opening Hours

Monday 08:00 - 23:00
Tuesday 08:00 - 23:00
Wednesday 08:00 - 23:00
Thursday 08:00 - 23:00
Friday 08:00 - 23:00
Saturday 08:00 - 16:00
Sunday 08:00 - 23:00

Telephone

+60341613330

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when U.n.i Klinik Permata posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to U.n.i Klinik Permata:

Share