15/08/2025
βKerja sendiri bukan bererti bekerja tanpa perlindungan.β
Ramai pekerja sendiri masih bekerja tanpa sebarang perlindungan. Kini, anda juga berhak dilindungi seperti pekerja bergaji tetap.
Berikut sebab mengapa anda perlu mencarum SKSPS hari ini:
1. Caruman Mampu Milik
Hanya serendah RM13.10 sebulan, perlindungan sosial kini dalam jangkauan semua.
2. Perlindungan Komprehensif
Termasuk pelbagai faedah seperti:
β
Faedah Perubatan
β
Faedah Hilang Upaya Sementara & Kekal
β
Faedah Orang Tanggungan
β
Faedah Pengurusan Mayat
β
Faedah Pendidikan
β
Pemulihan Jasmani/Vokasional
β
Elaun Layanan Sentiasa
3. Untuk Semua Golongan Pekerja Sendiri
Sama ada anda rider, peniaga kecil, nelayan, petani, freelancer, pereka grafik, influencer, artis dan tukang urut sekalipun boleh dilindungi.
4. Cara Bayaran Yang Mudah & Digital
Daftar dan buat bayaran secara atas talian di www.perkeso.gov.my atau aplikasi Prihatin PERKESO
5. Jaminan Masa Depan
Dengan perlindungan ini, anda lebih yakin bekerja dan mampu melindungi keluarga jika berlaku sebarang musibah.
π Carum hari ini, lindung hari esok.