Muhamad Nabil Che Musa

Muhamad Nabil Che Musa Page ini akan berkongsi maklumat dan ilmu berkenaan kaunseling, psikologi dan kesihatan mental.

Turut menawarkan perkhidmatan :

-> Khidmat Kaunseling.
-> Mental Health Advocator.
-> Mental Health First Aid.

20/10/2021

"Bukan semua yang kesihatan mentalnya terjejas itu ada penyakit mental"
- Dr Rozanizam-

11/10/2021

HARI KESIHATAN MENTAL SEDUNIA 2021
Sambutan Hari Kesihatan Mental Sedunia diraikan pada 10 Oktober setiap tahun bertujuan untuk meningkatkan kesedaran umum tentang kepentingan penjagaan kesihatan mental.
Rumah Prihatin antara NGO yang menitikberatkan soal kesihatan mental. Untuk itu, menerusi insiatif Klinik Kesihatan Mental Prihatin, kami mengalu-alukan anda untuk mendapatkan rawatan di Rumah Prihatin.
Jangan risau, segala rahsia anda akan dijaga rapi oleh kaunselor bertauliah.
Rawat sebelum terlambat.

 KESAKSAMAAN KESIHATAN MENTALPandemik dan kini endemik, telah memberikan kesan yang signifikan terhadap kesejahteraan ps...
10/10/2021



KESAKSAMAAN KESIHATAN MENTAL

Pandemik dan kini endemik, telah memberikan kesan yang signifikan terhadap kesejahteraan psikologi masyarakat di Malaysia khususnya. Ini adalah realiti yang perlu kita terima dan hadapi dengan penuh tekad.

Tiba masanya untuk kita faham, sedar dan menerima hakikat bahawa kesihatan mental sama pentingnya dengan kesihatan fizikal. Sebagaimana kita cakna terhadap kesihatan fizikal, begitulah selayaknya kita ambil berat tentang kesihatan fizikal.

Sebagaimana kita menyantuni mereka yang diuji dengan penyakit fizikal, seharusnya begitulah juga kita memberikan sokongan kepada individu yang mengalami masalah kesihatan mental.

Mulai sekarang, buka minda dan ambil tahu untuk memahami. Tunjukkan keperihatinan dan cakna. Cuba berikan sokongan dan bantuan. Cabaran ini kita perlu lalui dan tempuhi bersama tanpa ada sesiapa pun harus disisihkan.

SELAMAT HARI KESIHATAN MENTAL SEDUNIA 2021






04/10/2021

Berempati maksudnya, cuba fahami kes**aran yang orang lain hadapi jika kita berada di tempatnya.

02/10/2021



Memang pada awalnya isu yang dialami individu tidak ada kaitan pun dengan isu kesihatan mental. Tapi, masalah yang individu hadapi itu kadang-kadang membawa kepada gangguan kognitif, tekanan emosi dan perubahan tingkah laku. Sekaligus menjejaskan kesejahteraan psikologinya.

So, jika perlukan bantuan dapatkan lah. Jika ada yang meminta dibantu, cubalah dengar dan fahami.

Kalau nak cuba, jom dapatkan Khidmat Kesihatan Mental Prihatin 😉.

Like, follow dan share agar lebih ramai yang mendapat manfaat.



25/09/2021



BETUL KE ANDA ANTI-SOSIAL?

Pernah kan bila anda jarang keluar rumah, kawan anda akan cop anda antisosial. Atau bila tengah lepak ramai2, and anda sorang je duk main dengan phone, terus kawan2 kata anda antisosial.

Ok. Actually, dalam abnormal psikologi, antisosial ini bukan la orang yang mengelak dari interaksi sosial. Istilah yang tepat untuk menggambarkan individu yang tak s**a interaksi sosial, s**a lepak dalam rumah je tu kita panggil "asocial".

So antisosial tu apa? Sebenarnya, antisosial ni serius tau. Ia dikategorikan dalam isu kecelaruan personaliti. Nama penuh dia "Antisocial Personality Disorder" atau ASPD.

ASPD ni melibatkan karakteristik seseorang yang tak pedulikan hak orang lain. Lepastu, hati kecik dia tu memang tak akan ada rasa bersalah. Dia akan selalu bertindak melawan undang2 atau norma, bertingkah laku agresif dan impulsif. So biasanya individu yang hidap ASPD ni memang akan ada sejarah jenayah la.

Individu yang ada kecelaruan antisosial ini tak akan peduli hak dan keselamatan orang lain. Dia tak akan kesal or rasa bersalah atas kesan tindakan dia terhadap orang lain. Sangat cenderung untuk melakukan jenayah yang tak berperikemanusiaan. Contohnya ragut gelang emas kat tangan orang dengan cara potong tangan mangsa.

Tapi, jangan s**a2 pulak anda nak kata orang tu ada ASPD. Untuk tentukan orang itu hidap Kecelaruan Personaliti Antisosial, hanya Doktor Psikiatri je boleh diagnos berpandukan kriteria diagnostik dari DSM-V.

Now, anda dah tahu kan? Share la dekat rakan2 anda. Untuk tahu lebih banyak info2 menarik macam ni, jom follow dan like page saya.



24/09/2021



SIAPA YANG BOLEH BANTU?

Mungkin masih ada yang tak tahu tentang perkhidmatan and bantuan berkenaan isu kesihatan mental. Boleh jadi jugak dah tahu, tapi tak faham fungsi perkhidmatan tu.

Ada beberapa pihak yang boleh anda jumpa untuk dapatkan bantuan. Antaranya doktor di mana-mana klinik atau hospital, Psikologis Klinikal, Psikiatri dan Kaunselor. Semua yang saya sebut tu adalah pihak profesional yang boleh bantu anda berkenaan isu kesihatan mental.

Doktor atau kita panggil General Practitioner paling senang untuk anda jumpa. Pegi je ke klinik atau hospital dan share la apa yang anda alami. Nanti doktor akan rujuk anda kepada Psychiatrist atau Clinical Psychologist.

Psychiatrist boleh diagnos keaadan kesihatan mental anda dan boleh preskripsi ubat untuk anda jika perlu. Clinical Psychologist berperanan untuk sediakan psikoterapi kepada individu yang telah didiagnos dengan penyakit mental.

Saya tak nak ulas banyak perkara di luar bidang saya, sebab saya dalam bidang Psikologi Kaunseling. So saya tawarkan khidmat kaunseling. Pada masa sama saya boleh buat saringan awal kesihatan mental.

Peranan kaunseling dan psikoterapi secara asasnya nak bantu individu tangani kes**aran hidup yang dihadapi. Kaunselor akan bantu anda kurangkan tekanan dan beban emosi yang anda alami. Dalam proses kaunseling tu, kaunselor akan cuba bantu anda untuk celik akal, sedar tentang keadaan sebenar anda dan sama-sama cari solusi yang komprehensif untuk masalah yang anda hadapi.

Kalau anda tak perlukan solusi, tapi hanya ingin berkongsi dan meluah perasaan. Kaunselor juga merupakan pendengar setia yang tidak akan menghukum. Bila anda berkongsi dengan pihak yang tepat, sekurang-kurangnya anda akan alami kelegaan emosi.

So sekarang anda dah tahu serba sedikit kan? Anda perlukan bantuan so anda cari la pihak-pihak yang saya nyatakan. Ingat, kesihatan mental sama pentingnya dengan kesihatan fizikal anda.



20/09/2021



Sebelum ni saya pernah share berkenaan sebab2 kenapa masih ramai tidak mendapatkan bantuan kesihatan mental. Salah satunya adalah kerana tidak jelas tentang keadaan kesihatan mental diri.

Penting tau untuk anda tahu status keadaan mental anda. Sama penting macam anda cakna kesihatan fizikal anda. Asas yang anda perlu tahu, bila sebut je kesihatan mental, anda kena ingat 3 benda ni : EMOSI, PSIKOLOGI dan SOSIAL. Kenapa kena tahu 3 benda ni? Sebab, bila keadaan mental anda kurang sihat, ia akan memberi kesan kepada anda dari 3 aspek yang saya sebut tu.

So, nak faham keadaan mental yang tidak sihat.. anda kena faham dulu apa itu keadaan mental yang sihat. Secara mudahnya, individu yang sejahtera keadaan mental akan sedar bahawa dia berupaya mengatasi tekanan normal kehidupan, mampu bekerja secara produktif dan bermanfaat dan boleh bagi sumbangan kepada komuniti.

So, individu yang ada masalah kesihatan mental akan jadi sebaliknya. Dia tak mampu nak atasi tekanan normal, emosinya tidak stabil, urusan seharian dia akan terjejas dan aktiviti sosial dia pun terganggu. Kalau dibiarkan berlanjutan, individu tu boleh mengalami penyakit mental.

Kalau anda tak pasti juga tentang keadaan mental anda. Cara lain yang anda boleh buat adalah berjumpa dengan pihak yang menawarkan khidmat saringan kesihatan mental seperti Clinical Psychologist, Counseling Psychologist atau Kaunselor.

Saya sendiri ada tawarkan khidmat saringan kesihatan mental dan perundingan berkenaan isu kesihatan mental. Jangan risau, PERCUMA sahaja. Anda boleh pilih untuk berjumpa secara fizikal atau secara dalam talian (online). Lawat page saya atau komen di bawah untuk maklumat lanjut.



16/09/2021

Selamat menyambut daripada semua petugas & s**arelawan .


16/09/2021



SAKIT MENTAL NI GILA KE?

Tahu tak, kenapa masih ramai yang tidak mendapatkan bantuan khidmat kesihatan mental atau sokongan psikososial. Ada beberapa sebab yang saya boleh senaraikan.

1. Tidak jelas tentang keadaan kesihatan mental diri.
2. Tidak jelas tentang perkhidmatan dan bantuan yang ada.
3. Stigma, stereotaip, prejudis dan diskriminasi.
4. Tidak sedar bahawa diri memerlukan bantuan.
5. Kebolehsediaan perkhidmatan.
6. Kekangan kewangan.
7. Kepercayaan budaya dan agama.

Tapi kali ni, saya nak jelaskan yang no.3 tu. Haa ini serius. Ada di kalangan kita kadang kala takut bila dengar perkataan "Kesihatan Mental" atau "Masalah Kesihatan Mental" lebih-lebih lagi perkataan "Sakit Mental".

Kefahaman salah bahawa mengalami isu kesihatan mental itu adalah gila merupakan stereotaip yang sangat bahaya. Stereotaip ini akan mewujudkan prejudis dalam bentuk emosi seperti membenci, takut atau tidak s**a kepada individu yang mengalami masalah kesihatan mental. Bila dah ada prejudis, maka mula lah tindakan diskriminasi seperti mengabaikan, meminggirkan atau memandang serong kepada mereka yang diuji dengan masalah kesihatan mental.

Sedangkan, kesihatan mental itu sama sahaja dengan kesihatan fizikal (sakit jantung, kencing manis dll.). Isu kesihatan mental adalah pelbagai. Ada peredaran dan prognosis yang berbeza sama macam sakit fizikal. Mengalami tekanan, kemurungan, bipolar, kebimbangan dan lain-lain masalah kesihatan mental bukan bermaksud anda gila.

Orang yang sakit jantung, jantung mereka tidak dapat berfungsi dengan baik. Sama juga mereka yang ada masalah kesihatan mental, proses kognitif mereka juga hanya tidak dapat berfungsi dengan normal sahaja. Pokoknya, jika diberi rawatan dan sokongan ia akan membantu untuk pulih atau sekurang-kurangnya tidak menjadi lebih parah.

So, hentikan stigma, stereotaip, prejudis dan diksriminasi terhadap mereka yang mempunyai masalah kesihatan mental. Layan dan bantu mereka seperti individu yang mengalami masalah kesihatan fizikal. Mereka juga berhak dibantu, disokong dan dirawat.



 KHIDMAT KAUNSELING DAN SOKONGAN KESIHATAN MENTAL PERCUMARumah Prihatin @ Grand Seasons ada menyediakan Khidmat Kesihata...
13/09/2021



KHIDMAT KAUNSELING DAN SOKONGAN KESIHATAN MENTAL PERCUMA

Rumah Prihatin @ Grand Seasons ada menyediakan Khidmat Kesihatan Mental Prihatin (KKMP) kepada golongan yang mengalami gangguan emosi seperti depresi serta lain-lain isu yang memerlukan sokongan psikososial.

Khidmat kesihatan mental di Rumah Prihatin ini dan kaunselingnya dilaksanakan secara outpatient sama ada perseorangan atau berkelompok. Dan paling penting perkhidmatan ini adalah PERCUMA.

Antara perkhidmatan yang ditawarkan adalah kaunseling individu, kaunseling keluarga, kaunseling perkahwinan, kaunseling kewangan, terapi seni, sesi bimbingan, kaunseling dalam talian (online), dan kumpulan sokongan.

Apa jua isu yang anda ingin kongsikan atau luahkan kami sedia mendengar, memahami dan cuba membantu.

⏰ Waktu kami beroperasi adalah bermula jam 9:00 pagi hingga 5:30 petang. Nak walk-in boleh, nak call dulu pun boleh.

Untuk maklumat lebih lanjut berkenaan Rumah Prihatin @ Grand Seasons, jemput baca kat sini https://www.yayasanwp.org/single-post/rumah-prihatin-tiada-golongan-yang-tertinggal-zaizalnizam.

Dan untuk Khidmat Kesihatan Mental Prihatin, boleh call atau whatsapp nombor di bawah :
📲 017-2337006
http://www.wasap.my/+60172337006



Address

Bilik Khidmat Kaunseling (Kesihatan Mental), Tingkat 30, Rumah Prihatin @ Grand Seasons
Kuala Lumpur
53000

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:30
Tuesday 09:00 - 17:30
Wednesday 09:00 - 17:30
Thursday 09:00 - 17:30
Friday 09:00 - 12:00
14:30 - 17:30
Saturday 10:00 - 16:00
Sunday 10:00 - 16:00

Telephone

+60172337006

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Muhamad Nabil Che Musa posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Muhamad Nabil Che Musa:

Share