16/03/2026
Satu program lawatan akademik dari Bungkyo Gakuin University (BGU), Jepun telah diadakan pada 26 Februari hingga 11 Mac 2026. Program ini bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar terhadap amalan klinikal sebenar serta perkhidmatan rehabilitasi yang disediakan di Malaysia.
Sepanjang program ini, para pelajar telah berpeluang mengadakan lawatan ke beberapa institusi dan fasiliti berkaitan perkhidmatan kesihatan dan rehabilitasi, antaranya Unit Mentari di Hospital Selayang, Permata Kurnia Sentul, Genting Dementia Care Centre Segambut serta Unit Psikiatri di Hospital UKM.
Program ini diharap dapat memperkukuh kerjasama akademik antarabangsa di samping memberikan pengalaman pembelajaran yang bermakna kepada para pelajar dalam memahami aplikasi praktikal bidang terapi cara kerja, psikologi, psikiatri dan rehabilitasi dalam konteks perkhidmatan kesihatan.