07/04/2020
Sekarang kerajaan dah beri beberapa cadangan dan bantuan bagi memastikan rakyat tidak terkesan dengan Covid19.
Kebanyakannya ada banyak pilihan untuk merancang kewangan. Alhamdulillah ada "short cut".
Sebelum ini menyimpan menjadi susah untuk dilaksanakan kerana ramai yang tidak nampak jalan macam mana nak tambah simpanan tanpa mengurangkan komitmen bulanan dan tanpa menambah pendapatan sampingan.
Antaranya;
1. Kadar caruman KWSP bahagian pekerja dikurangkan daripada 11% kepada 7%.
Contoh gaji RM4,200, dah dapat kumpul 4% x RM4,200 x 9 bulan = RM2,646 (mulai bulan April 2020 hingga December 2020, 9bulan)
2. Ahli KWSP boleh memohon untuk pengeluaran i Lestari iaitu RM500 sebulan selama 12bulan daripada Akaun 2, dah dapat kumpul RM6,000 selama setahun.
3. Dapat lagi moratorium 6bulan loan bank. Contoh komitmen dengan bank setiap bulan adalah RM1,500. Untuk 6bulan dah dapat kumpul RM9,000.
Dengan pilihan ini. Rakyat boleh menabung dan menarik nafas lega untuk menghadapi fasa selepas Covid 19.