26/11/2025
Banyak galakkan anak anak buat kerja rumah dan bersukan daripada duduk dan tengok video video yang kurang bermakna.
Bila ajak buat kerja sekolah, dia gelisah.
Bila baca buku setengah muka surat, terus hilang fokus, cepat distracted.
Bila disuruh pilih baju, dia buntu, macam otak ‘freeze’.
Ibu ayah mula risau.
“Anak aku malas ke?”
“Kenapa dia macam tak boleh decide benda simple?”
Ramai tak tahu…
ini tanda otak anak overstimulated.
Atau orang panggil sekarang “brain rot behaviour”.
Bukan istilah perubatan, tapi simptomnya sangat real dalam dunia kanak-kanak hari ini.
Apa Sebenarnya Berlaku Pada Otak Anak?
Menurut kajian AAP, NIH & Harvard:
Kanak-kanak yang selalu terdedah kepada:
- video laju
- animasi warna terlalu terang
- short-form content (Reels, Shorts, TikTok)
akan mengalami “dopamine spikes” yang terlalu cepat. Otak kecil mereka tak sempat proses, jadi ketagih rangsangan pantas.
Bila datang aktiviti perlahan seperti membaca, bermain biasa, menulis, otak rasa bosan, penat, tak tahu nak mula.
Inilah punca kenapa mereka:
❌ susah decide
❌ susah fokus
❌ cepat meltdown
5 Punca Utama “Brain Rot Behaviour” Pada Kanak-Kanak
1. Stimulasi digital berlebihan
Otak terpaksa kejar dopamine daripada video laju → attention span merosot.
2. Kurang tidur
Tidur tak cukup ganggu prefrontal cortex (bahagian fokus & emosi).
3. Makanan tinggi gula & ultra-processed
Gut tak sihat → mood mudah swing & otak sukar regulate emosi.
4. Kurang permainan dunia sebenar
Otak perlukan sensory play, bukan sekadar visual 2D pada skrin.
5. Kurang komunikasi & interaksi manusia
Eye contact, percakapan & sentuhan merangsang perkembangan bahasa & emosi.
Anak bukan “malas”. Anak bukan “degil”. Kadang-kadang otak mereka hanya terlalu penat dikejar rangsangan digital.
Ibu ayah perlu:
✅ seimbangkan masa skrin
✅ pastikan anak tidur mencukupi
✅ sediakan makanan sebenar, bukan makanan proses
✅ beri ruang untuk bermain di dunia nyata
✅luangkan masa berbual, bercerita & berinteraksi
Kurangkan skrin. Tambah kasih sayang.