Pasti Ar Rayyan Taman Wangsa Melawati

Pasti Ar Rayyan Taman Wangsa Melawati Pendaftaran 2021 telah di buka. Sila layari www.pastiwangsamaju.com untuk Pendaftaran. Tempat adalah

السلام عليكم ورحمة الله *SUMBANGAN MUSIBAH KEMALANGAN MOTORSIKAL PELAJAR & BAPA PASTI AR-RAYYAN*Dukacita dimaklumkan seo...
26/06/2024

السلام عليكم ورحمة الله

*SUMBANGAN MUSIBAH KEMALANGAN MOTORSIKAL PELAJAR & BAPA PASTI AR-RAYYAN*

Dukacita dimaklumkan seorang pelajar & bapa PASTI Ar-Rayyan Wangsa Maju telah terlibat dalam kemalangan dalam perjalanan ke PASTI dan sedang menjalani rawatan di hospital selayang.
Marilah kita bersama-sama menghulurkan sedikit sumbangan kepada beliau atas musibah ini.
Sumbang ke No.akaun :

*121 130 100 46026*
*BIMB - PASTI WANGSA MAJU*

Maklumkan sumbangan anda ke www.wasap.my/60134386004

*_ *

29/07/2022

PERUTUSAN KETUA PENGARAH PASTI MALAYSIA SEMPENA SAMBUTAN MAAL HIJRAH 1444H

Sambutan Maal Hijrah mengingatkan umat Islam kepada peristiwa Hijrah Baginda Rasulullah SAW bersama para sahabat dari Makkah ke Madinah demi untuk memperjuangkan Islam dan menegakkan sebuah pemerintahan Islam.

Firman Allah SWT:-
۞ وَمَنْ يُهَاجِرْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ يَجِدْ فِي الْأَرْضِ مُرَاغَمًا كَثِيرًا وَسَعَةً ۚ وَمَنْ يَخْرُجْ مِنْ بَيْتِهِ مُهَاجِرًا إِلَى اللَّهِ وَرَسُولِهِ ثُمَّ يُدْرِكْهُ الْمَوْتُ فَقَدْ وَقَعَ أَجْرُهُ عَلَى اللَّهِ ۗ وَكَانَ اللَّهُ غَفُورًا رَحِيمًا
“Barangsiapa berhijrah di jalan Allah, niscaya mereka mendapati di muka bumi ini tempat hijrah yang luas dan rezeki yang banyak. Barangsiapa keluar dari rumahnya dengan maksud berhijrah kepada Allah dan Rasul-Nya, kemudian kematian menimpanya (sebelum sampai ke tempat yang dituju), maka sungguh telah tetap pahalanya di sisi Allah. Dan adalah Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”

Terlalu banyak pengajaran daripada penghijrahan tersebut kepada umat Islam khususnya pendakwah dan pendokong Islam betapa perjuangan Islam berdepan dengan pelbagai ujian sehingga terpaksa mengorbankan harta benda, keluarga, tanahair dan nyawa.

Disebalik pelbagai ujian tersebut, Allah SWT menjanjikan kemenangan kepada perjuangan Islam seperti yang berlaku dalam peristiwa Suraqah bin Malik. Dia ditawarkan 100 ekor unta untuk membawa Baginda SAW kepada pembesar musyrikin Mekan samada hidup atau mati namun gagal walaupun telah mencuba berkali-kali. Rasulullah SAW menjanjikan hadiah gelang Raja Kisra kepadanya walaupun ketika itu Islam sedang berdepan dengan musuh dari segenap penjuru. Janji ini menjadi realiti ketika zaman pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab yang telah memakaikan gelang tersebut di tangan Suraqah.

Mewakili keluarga Ahli Lembaga Pengarah PASTI Malaysia serta pejabat PASTI Malaysia ingin mengucapkan Salam Maal Hijrah 1444H kepada warga PASTI melibatkan murid-murid, ibubapa, guru-guru, pihak pengurusan serta seluruh umat Islam. Mudah-mudahan kedatangan tahun baru ini dapat meningkatkan lagi ketaqwaan kepada Allah SWT dan memperteguhkan tekad serta komitmen kita dalam konteks pendidikan pra sekolah bagi mendidik dan mengajak umat Islam mengamalkan Islam dalam diri, keluarga dan masyarakat.

DAMANHURI BIN DOL
Ketua Pengarah PASTI Malaysia
1 Muharram 1444H | 30 Julai 2022

29/07/2022

Pernah belajar di PASTI seawal umur 4 hingga 6 tahun??
Masih ingat nama PASTI anda?

Jadi nantikan..
MAJLIS HI-TEA ALUMNI PASTI



09/07/2022

PERUTUSAN AIDILADHA 1443H KETUA PENGARAH PASTI MALAYSIA

Sempena sambutan Hari Raya Haji atau Hari Raya Korban, umat Islam disyariatkan untuk melaksanakan ibadah korban sebagai mengikuti dan mencontohi perjuangan, pengorbanan dan ketaatan Nabi Ibrahim a.s. serta keluarganya terhadap perintah Allah SWT melebihi segala-galanya. Nabi Ibrahim a.s. diperintahkan untuk menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s. sebagaimana firman Allah S.W.T:

يَا بُنَيَّ إِنِّي أَرَىٰ فِي الْمَنَامِ أَنِّي أَذْبَحُكَ فَانظُرْ مَاذَا تَرَىٰ ۚ قَالَ يَا أَبَتِ افْعَلْ مَا تُؤْمَرُ ۖ سَتَجِدُنِي إِن شَاءَ اللَّهُ مِنَ الصَّابِرِينَ

Maksudnya: (Ibrahim berkata) wahai anakku, sesungguhnya aku telah melihat di dalam mimpi bahawa aku menyembelih kamu, maka telitikanlah apa pandangan kamu. (Ismail berkata) wahai bapaku, lakukanlah apa yang telah diperintahkan kepadamu. Nescaya kamu akan mendapati bahawa aku ini – Insha Allah – tergolong dari kalangan mereka yang sabar. (Surah al-Saaffat (102))

Ibadah korban yang kita lakukan semata-mata untuk mendapatkan redha Allah SWT dengan menumpahkan darah yang lain.

﴿لَن يَنَالَ ٱللَّهَ لُحُومُهَا وَلَا دِمَآؤُهَا وَلَٰكِن يَنَالُهُ ٱلتَّقۡوَىٰ مِنكُمۡۚ كَذَٰلِكَ سَخَّرَهَا لَكُمۡ لِتُكَبِّرُواْ ٱللَّهَ عَلَىٰ مَا هَدَىٰكُمۡۗ وَبَشِّرِ ٱلۡمُحۡسِنِينَ٣٧﴾

“Daging dan darah binatang korban itu tidak akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepadanya ialah ketaqwaan kamu. Demikianlah ia memudahkan binatang itu bagimu supaya kamu mengagungkan Allah atas petunjuk kepadamu. Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang yang berusaha supaya baik amalannya.”
(Surah al-Hajj: 37)

Marilah sama-sama kita membesar dan mengagungkan Allah SWT dengan bertakbir, bertahmid dan bertasbih serta menegakkan syiar Islam dengan melaksanakan ibadah korban bagi mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Selamat menyambut Aidiladha kepada seluruh warga PASTI. Semoga kedatangan hari yang mulia ini dapat mengeratkan sillaturrahim dikalangan warga PASTI, ibubapa murid, murid dan masyarakat. Mudah-mudahan pengorbanan yang ditunjukkan oleh Nabi Ibrahim dan keluarga baginda juga dapat memacu komitmen para mualimah kepada perjuangan Islam serta gerak kerja pendidikan pra sekolah PASTI.

DAMANHURI BIN DOL
Ketua Pengarah PASTI Malaysia
10 Zulhijah 1443H | 10 Julai 2022





08/07/2022

“Sebaik-baik doa adalah doa di hari Arafah, dan sebaik-baik zikir yang aku ucapkan dan juga diucapkan para nabi sebelumku adalah:

“لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَىْءٍ قَدِير”.
Tidak ada yang berhak disembah selain Allah yang satu, tidak ada sekutu bagi-Nya, milik-Nya kekuasaan dan milik-Nya segala pujian, dan Dia Maha Berkuasa atas segala sesuatu.” (Hadis diriwayatkan oleh Al-Tirmizi)

“Sebaik-baik doa adalah doa pada hari Arafah.” (Hadis diriwayatkan oleh Malik)

Wukuf pada hari Arafah dan doa mustajab ini adalah khusus kepada jemaah haji yang berada di sana di mana amalan ini bermula selepas gelincir matahari pada 9 Zulhijjah sehingga tenggelam matahari waktu maghrib.

Tidak ketinggalan kita yang tidak mengerjakan Haji dan Umrah untuk berdoa bagi mengambil kelebihan pada hari Arafah. Selain itu, umat islam di galakkan berpuasa berdasarkan hadis tersebut :

“Sesungguhnya Nabi SAW bersabda, berpuasa pada hari Arafah dihitung oleh Allah dengan meluputkan dosa setahun yang telah lalu dan dosa pada tahun akan datang.” (Hadis diriwayatkan oleh Al-Tirmizi)

Semoga segala amalan kita diterima oleh Allah.

Salam Hari Arafah daripada PASTI Malaysia.

16/05/2022

SELAMAT HARI GURU BUAT SEMUA PARA MUALIMAH GURU PASTI

Dedikasi, komitmen dan khidmat bakti yang dicurahkan untuk mengasuh anak-anak murid PASTI akan menjadi bekal yang sangat berharga di dunia dan akhirat.

Keringat dan airmata kalian menjadi tunjang PASTI SEJAHTERA.

Teruskan kecemerlangan dan komitmen sebagai guru PASTI.

Bunga melor bunga matahari,
Indah warnanya subur dan mekar,
Guru PASTI menabur bakti,
Mengasuh insan soleh dan pintar.

Bawa teman pergi beraya,
Ziarah keluarga sanak saudara,
Jasa kalian tinggi nilainya,
Balasan syurga menanti disana.

TERIMA KASIH PARA MUALIMAH PASTI.

Ketua Pengarah PASTI Malaysia
Encik Damanhuri Bin Dol
16 Mei 2022 | 15 Syawal 1443H

01/05/2022

PERUTUSAN EIDULFITRI KETUA PENGARAH PASTI MALAYSIA

Alhamdulillah selama sebulan kita semua berada dalam "Madrasah" Ramadhan menerima didikan secara langsung ataupun tidak langsung daripada Allah SWT.

Mudah-mudahan semua amal ibadah yang telah dikerjakan itu ikhlas hanya mengharapkan keredhaan daripada Allah SWT sehingga melahirkan sifat taqwa dalam diri kita. Ianya menjadi bekal yang sangat berharga untuk menempuhi kehidupan selepas Ramadhan akan datang.

Kekalkan momentum amal ibadat dibulan Ramadhan. Janganlah dicemari sambutan Eidulfitri dengan melakukan perkara2 yang dilarang oleh Islam. Ikutilah segala adab2 yang telah ditetapkan oleh Islam dalam menyambut kemeriahan Eidulfitri.

Kepada seluruh warga PASTI diucapkan selamat menyambut Eidulfitri. Mohon kemaafan diatas segala kesilapan dan kelemahan.

،تَقَبَلَ اللّٰهُ مِنَّا وَمِنْكُمْ
،صِيَامَنَا وَصِيَامَكُمْ
َكُلُّ عَامٍِ وَاَنْتُمْ بِخَيْرٍ
مِنَ العَائِدَيْنِ وَالفَائِزِيْنَ

Ketupat rendang diatas meja
Hidangan wajib dipagi hari,
Salam dihulur, maaf dipinta,
Selamat menyambut Eidulfitri.

Berlabuh kini tirai Ramadhan,
Bergema takbir di pagi hari,
Luhur hati ikhlas keampunan,
Bina ukhuwah ikhlas di hati.

DAMANHURI BIN DOL
Ketua Pengarah PASTI Malaysia
1 Syawal 1443H bersamaan 3 Mei 2022

18/04/2022

PERUTUSAN SEMPENA SAMBUTAN NUZUL AL-QURAN 1443H

:::BACA, HAYATI DAN LAKSANAKAN ISI KANDUNGANNYA:::

Bulan Ramadhan yang penuh dengan keberkatan dan kemuliaan diturunkan Al Quran untuk menjadi petunjuk kepada seluruh umat manusia. Al-Quran juga mukjizat agung yang diturunkan kepada Baginda Rasulullah SAW.

Firman Allah SWT:

شَهْرُ رَمَضَانَ ٱلَّذِىٓ أُنزِلَ فِيهِ ٱلْقُرْءَانُ هُدًۭى لِّلنَّاسِ وَبَيِّنَـٰتٍۢ مِّنَ ٱلْهُدَىٰ وَٱلْفُرْقَانِ ۚ ١٨٥

“Bulan Ramadhan yang padanya diturunkan al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan keterangan-keterangan daripada petunjuk serta pembeza (antara yang hak dengan yang bathil)..” (Surah al-Baqarah : 185)

Al-Quran menjadi petunjuk kepada manusia agar sepanjang perjalanan kehidupan mereka tidak tersesat dan terbabas sebaliknya menuju kepada kebaikan di dunia dan akhirat.

Lembaran al-Quran itu bukan sahaja di baca tetapi diambil pengajaran daripadanya serta diterjemahkan dalam bentuk tindakan. Apatah lagi warga PASTI yang terlibat secara lansung dalam dunia pendidikan ini perlu menjadikan al-Quran sebagai “teman” dan rujukan sepanjang masa.

Firman Allah SWT:

اَفَمَنۡ يَّمۡشِىۡ مُكِبًّا عَلٰى وَجۡهِهٖۤ اَهۡدٰٓى اَمَّنۡ يَّمۡشِىۡ سَوِيًّا عَلٰى صِرَاطٍ مُّسۡتَقِيۡمٍ قُلۡ هُوَ الَّذِىۡۤ اَنۡشَاَكُمۡ وَجَعَلَ لَـكُمُ السَّمۡعَ وَالۡاَبۡصَارَ وَ الۡاَفۡـــِٕدَةَ ‌ ؕ قَلِيۡلًا مَّا تَشۡكُرُوۡنَ قُلۡ هُوَ الَّذِىۡ ذَرَاَكُمۡ فِى الۡاَرۡضِ وَاِلَيۡهِ تُحۡشَرُوۡنَ

“Maka adakah orang yang berjalan (melalui jalan yang tidak betul, yang menyebabkan dia selalu jatuh) tersungkur di atas mukanya: boleh mendapat hidayah - atau orang yang berjalan tegak betul, melalui jalan yang lurus rata? (22) Katakanlah (wahai Muhammad): "Allah yang menciptakan kamu (dari tiada kepada ada), dan mengadakan bagi kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (untuk kamu bersyukur, tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur". (23) Katakanlah lagi: "Dia lah yang mengembangkan kamu di bumi, dan kepadaNyalah kamu akan dihimpunkan". (24)

Marilah sama-sama kita membaca al-Quran, mendalami isi kandungannya dan seterusnya melaksanakan isu kandungan dalam seluruh kehidupan kita. Selamat menyambut Nuzul al-Quran 1443H.

DAMANHURI BIN DOL
Ketua Pengarah PASTI Malaysia

16 Ramadhan 1443H | 18 April 2022



03/04/2022

PERUTUSAN KETUA PENGARAH PASTI MALAYSIA SEMPENA RAMADHAN AL-MUBARAK 1443H

Firman Allah S.W.T:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِن قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ
“Wahai orang-orang beriman! Diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang sebelum kamu agar kamu bertakwa” (Surah Al-Baqarah: 183)

Kedatangan bulan Ramadhan sangat ditunggu-tunggu oleh semua Umat Islam kerana ianya merupakan bulan yang sangat istimewa anugerah Allah SWT kepada hamba-hambaNya. Alhamdulillah kita diberikan peluang sekali lagi menjadi tetamu Allah SWT dengan ditawarkan ganjaran yang berlipat kali ganda dengan melakukan ibadat khusus seperti berbuka puasa, bersahur, solat tarawih serta ibadat umum yang selalu kita amalkan sebelum ini.

Rebutlah peluang keemasan ini dengan meningkatkan amal ibadat kita sepanjang sebulan ini setelah pihak kerajaan memberikan lebih banyak kelonggaran SOP berbanding 2 tahun yang lalu. Ibadat puasa disempurnakan dengan penuh keimanan dan pengharapan, insyaAllah akan mendapat keampunan daripada Allah SWT. Lakukan yang terbaik seolah-olah Ramadhan ini adalah yang terakhir buat kita. Banyakkan juga berdoa kepada Allah SWT semoga diampunkan dosa, dilepaskan dari azab api neraka, dimasukkan ke dalam syurga dan dijadikan kita sebagai hambaNya yang berTAQWA.

Daripada Abu Hurairah RA berkata, Rasulullah SAW telah bersabda :
“Hinalah seseorang yang apabila namaku disebut di sisinya, lalu dia tidak berselawat kepadaku. Hinalah seseorang yang apabila Ramadhan datang kepadanya, lalu dia melaluinya begitu sahaja (menghabiskannya) tanpa diberikan keampunan kepadanya. Hinalah seseorang yang sempat bersama kedua orang tuanya yang sudah tua di sisinya, tetapi keberadaan keduanya tidak dapat memasukkannya ke dalam syurga (kerana dia tidak melakukan kebaikan dan menyantuni keduanya).”
(Hadis Riwayat Imam Ahmad, Imam Muslim dan Imam At-Tirmizi)

Keistimewaan dan keagungan dalam bulan Ramadhan ialah malam Lailatul Qadr yang sangat dinanti-nantikan kerana amalan pada satu malam tersebut lebih besar ganjarannya seumpama 1,000 bulan. Jangan biarkan Ramadhan kali ini berlalu meninggalkan kita begitu sahaja tanpa kita mengisinya dengan amal ibadat kepada Allah SWT.

Ramadhan juga adalah bulan Jihad maka dalam bulan ini juga marilah kita meningkatkan gerak kerja dalam konteks jihad pendidikan pra sekolah melalui Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI).

Akhir sekali, saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat menyambut Ramadhan Al Mubarak kepada seluruh warga PASTI. Semoga dipermudahkan segala amal ibadat kita, diampunkan segala dosa, diterima amalan dan beroleh TAQWA daripada Allah SWT.

DAMANHURI BIN DOL
Ketua Pengarah PASTI Malaysia
30 Syaaban 1443H | 2 April 2022





31/03/2022

MINGGU ini, Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) Terengganu meraikan kejayaan mereka dalam Pertandingan e-Alam Ria PASTI Kebangsaan.

20/03/2022

PERUTUSAN KETUA PENGARAH PASTI MALAYSIA
SEMPENA SESI PEREKOLAHAN 2022/2023
PASTI : MELAHIR GENERASI RABBANI

Alhamdulillah, syukur yang tidak terhingga kita rafa'kan ke hadrat Allah SWT atas segala kurniaan-Nya. Sesi persekolahan 2021/2022 yang berakhir pada bulan Februari lepas telah mencetuskan pelbagai kejayaan dan pengajaran yang sangat berharga untuk penambahbaikan sesi baru tahun 2022/2023.
InsyaAllah bermula esok dan lusa warga PASTI dan khususnya murid-murid PASTI 4, 5 dan 6 tahun akan memulakan sesi pembelajaran di seluruh negara.

Murid-murid yang akan kembali ke PASTI bagi menyambung pembelajaran peringkat 5 tahun dan 6 tahun pastinya teruja untuk hadir semula ke PASTI. Apatah lagi murid-murid yang baru memasuki PASTI untuk memulakan alam pendidikan pra sekolah akan lebih bersemangat dan ceria.

Malah para ibubapa juga turut berkongsi perasaan yang sama untuk melihat anak-anak dididik di PASTI. Warga PASTI samada pihak pengurusan mahupun para guru PASTI telah melakukan persiapan awal untuk menyambut kehadiran murid-murid dengan senyuman dan persediaan yang terbaik dalam pengajaran dan pembelajaran anak-anak.

Sesi 2021/2022 telah melabuhkan tirai dengan meninggalkan pelbagai pencapaian yang sangat menarik walaupun hampir sepenuhnya sesi pembelajaran dalam norma baharu.
Kepimpinan Al Fadhil Ustaz Syarhan dan pasukan Ahli Lembaga Pengarah sesi lepas telah berjaya mengetengahkan aktiviti dan program seperti Fun Run, eSukan Bola Sepak & Bola Jaring, eAlamria dan Tiru Tokoh Kemerdekaan bagi meletakkan PASTI sebagai Pusat Pendidikan Pra Sekolah yang tetap unggul.

Pelaksanaan Sistem Perkembangan Prestasi Murid (SPPM) merupakan sistem penilaian perkembangan murid secara komprehensif disamping sistem pemantauan yang efisien mampu menghilangkan sempadan jurang prestasi murid dan meningkatkan kemenjadian murid secara keseluruhan.

Lima (5) elemen bersepadu dalam SPPM iaitu Celik Al Quran, Celik Sahsiah, Celik Minda, Celik Cerdas dan Celik Membaca digarap dengan baik melalui penjadualan baru dinamakan Jadual Mumtaz.

Penambahbaikan sistem pendidikan pra sekolah PASTI ini menjadi produk terbaik bagi mengekalkan tawaran terbaik PASTI kepada seluruh masyarakat. InsyaAllah PASTI kekal menjadi pilihan utama masyarakat untuk mendidik anak-anak menjadi insan soleh dan pintar.

PASTI akan terus mengorak langkah selari dengan perkembangan semasa dunia pendidikan yang semakin mencabar pasca Pandemik Covid-19. Perancangan yang telah dirancang sesi ini diharapkan dapat mencapai lebih banyak kejayaan bukan sahaja kepada pihak pengurusan PASTI malah lebih utama kepada aspek kemenjadian murid.

Selamat menjalani sesi persekolahan tahun 2022/2023. Mudah-mudahan segala perancangan dipermudahkan oleh Allah SWT dan berjalan dengan baik.

Semoga segala usaha diberkati dan sesi 2022/2023 merupakan tahun kecemerlangan buat semua murid, ibubapa dan warga PASTI.

DAMANHURI BIN DOL
Ketua Pengarah PASTI Malaysia
17 Sya'aban 1443H | 20 Mac 2022




Address

No 1, Lorong Wangsa Ceria 1A, Wangsa Melawati
Kuala Lumpur
53300

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pasti Ar Rayyan Taman Wangsa Melawati posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Pasti Ar Rayyan Taman Wangsa Melawati:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram