Klinik Putramedic Tabung Haji

Klinik Putramedic Tabung Haji Lantai 19, Lot 3, Menara TH Tun Razak. Operating Hours
Monday - Friday
8.00 AM - 5.00 PM

GOUT 🦶🦴Gout berpunca daripada paras asid urik yang tinggi dalam tubuh. Asid urik merupakan bahan kumuh yang terbentuk da...
21/05/2024

GOUT 🦶🦴

Gout berpunca daripada paras asid urik yang tinggi dalam tubuh. Asid urik merupakan bahan kumuh yang terbentuk daripada sejenis protein yang dikenali sebagai purin.

Dalam keadaan normal, tubuh akan menyingkirkan asid urik melalui air kencing. Bagi pesakit gout, asid urik yang berlebihan ini tidak dibuang. la membentuk kristal dan berkumpul dalam sendi.

Jadi, anda dinasihatkan untuk mengamalkan gaya hidup sihat seperti menjaga berat badan, menghadkan pemakanan tinggi purin dan mengurangkan pengambilan alkohol bagi menjawab dan mengelakkan penyakit gout ini.

Sumber daripada Kementerian Kesihatan Malaysia

😷 MUSIM INFLUENZA KEMBALI 😷Adakah anda mengalami 👇👇✅ DEMAM PANAS 🤒✅ SELSEMA 🤧✅ BATUK 😷✅ SAKIT BADAN YANG TERUK 🤕Segera l...
04/12/2023

😷 MUSIM INFLUENZA KEMBALI 😷

Adakah anda mengalami 👇👇
✅ DEMAM PANAS 🤒
✅ SELSEMA 🤧
✅ BATUK 😷
✅ SAKIT BADAN YANG TERUK 🤕

Segera lakukan pemeriksaan di klinik dan ujian Influenza.
Keputusan ujian Influenza sepantas 15 minit sahaja ‼️

Klinik Putramedic dibuka seawal jam 8 pagi, jadi anda boleh datang seawal jam 8 pagi.

UJIAN INI DICOVER OLEH PANEL PMCARE

Sebarang pertanyaan boleh hubungi kami 👇👇

KLINIK PUTRAMEDIC TABUNG HAJI
MENARA TH JALAN TUN RAZAK, KL
NO TEL : 03-21816061

JOM JALANI UJIAN DARAH BERSAMA KAMI 🩸🩸Anda hanya perlu puasa sekurang-kurangnya 8 jam (Dibolehkan Minum Air Kosong Sahaj...
04/12/2023

JOM JALANI UJIAN DARAH BERSAMA KAMI 🩸🩸

Anda hanya perlu puasa sekurang-kurangnya 8 jam (Dibolehkan Minum Air Kosong Sahaja)

Klinik Putramedic dibuka seawal jam 8 pagi, jadi anda boleh datang seawal jam 8 pagi.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkaitan pemeriksaan ini boleh hubungi pihak kami 👇👇

KLINIK PUTRAMEDIC TABUNG HAJI, JALAN TUN RAZAK KL
NO TEL : 03-21816061

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera😊Klinik kami menawarkan menawarkan pemeriksaan kesihatan untuk lesen kenderaan.GDLPSV...
04/12/2023

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera😊

Klinik kami menawarkan menawarkan pemeriksaan kesihatan untuk lesen kenderaan.

GDL
PSV

lesen baru
# Pembaharuan lesen

Boleh hubungi klinik untuk sebarang pertanyaan @ tempahan temujanji anda.

KLINIK PUTRAMEDIC ( CAWANGAN TH )
MENARA TABUNG HAJI JALAN TUN RAZAK, KL
TEL : 03 - 2181 6061 / 011 - 7079 2546

TAHUKAH ANDA ❓Berjalan 10,000 langkah membakar 300 sehingga 350 kalori. Berjalan 60 minit berjarak 4.8 kilometer membaka...
04/12/2023

TAHUKAH ANDA ❓

Berjalan 10,000 langkah membakar 300 sehingga 350 kalori.
Berjalan 60 minit berjarak 4.8 kilometer membakar sehingga 265 kalori bersamaan sekeping roti canai.

Melakukan aktiviti fizikal dengan kerap amat penting bagi memastikan badan sihat dan cergas sekaligus mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular.

Aktiviti fizikal juga mampu menjamin kesihatan mental dengan membantu mengurangkan tekanan, kebimbagan atau keresahan, kemurungan atau masalah perkembangan kognitif.

Oleh itu, orang ramai disarankan melakukan aktiviti fizikal semudah berjalan kaki bagi memastikan diri tidak berada pada tahap sedentari dan sentiasa bergerak.

Sumber daripada Kementerian Kesihatan Malaysia

LANGKAH PENCEGAHAN HIPERTENSI 💪💪1️⃣ Hadkan pengambilan garam2️⃣ Amalkan membaca label makanan3️⃣ Hadkan pengambilan maka...
04/12/2023

LANGKAH PENCEGAHAN HIPERTENSI 💪💪

1️⃣ Hadkan pengambilan garam
2️⃣ Amalkan membaca label makanan
3️⃣ Hadkan pengambilan makanan ultra-processed
4️⃣ Utamakan perisa semula jadi

Hipertensi merujuk kepada tekanan di dalam salur darah yang tinggi secara berterusan (sistolik sama dengan atau melebihi 140 mmHg dan/atau diastolik sama dengan atau melebihi 90 mmHg).

Pengambilan garam melebihi saranan merupakan antara faktor risiko utama hipertensi. Purata pengambilan garam dalam kalangan rakyat Malaysia adalah 7.9 gram bersamaan 1.6 sudu teh sehari (MyCoSS 2019). Jumlah ini melebihi saranan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) iaitu 5 gram atau bersamaan 1 sudu teh sehari.

Kementerian Kesihatan Malaysia menggalakkan orang ramai melakukan saringan kesihatan melalui Insiatif Saringan Kesihatan Kebangsaan (NHSI).

Disamping fasiliti kesihatan KKM, program Komuniti Sihat Pembina Negara (KOSPEN), Klinik PeKA B40 dan Farmasi Komuniti, menyediakan perkhidmatan saringan secara meluas di seluruh negara. Pihak PERKESO juga menawarkan baucar bagi pekerja sektor swasta untuk mendapat saringan percuma bagi pencarum yang layak.

Kerjasama ini diharapkan dapat memberi impak positif yang tinggi kepada sistem perkhidmatan kesihatan melalui pengesanan dan perawatan awal dan pencegahan komplikasi akibat hipertensi.

Sumber daripada Kementerian Kesihatan Malaysia

THALASSEMIA 🩸🩸Tahukah anda bahawa penyakit Thalassemia major adalah penyakit genetik yang merbahaya. Ianya disebabkan ol...
04/12/2023

THALASSEMIA 🩸🩸

Tahukah anda bahawa penyakit Thalassemia major adalah penyakit genetik yang merbahaya.
Ianya disebabkan oleh pasangan yang menghidapi thalassemia minor yang mempunyai 25% peluang untuk mendapat anak thalasemia major.

Ianya tidak boleh sembuh buat masa ini. Anak memerlukan transfusi darah yang kerap.

Anak akan menghidapi 👇👇

✅ Pemendapan zat besi akibat daripada transfusi darah. Ubat untuk merawat adalah sangat mahal
✅ Pembengkakan organ limpa. Anak terpaksa menjalani pembuangan organ ini bila membengkak
✅ Tulang rapuh dan perkembangan terbantut. Anak tidak boleh aktif seperti kanak-kanak normal
✅ Mudah terkena jangkitan kuman dan boleh membahayakan kesihatan.
✅ Masalah jantung seperti lemah jantung.

Jika anda seorang thalasemia minor/trait/pembawa, anda boleh mencegah daripada mendapat anak thalasemia dengan tidak berkahwin dengan pasangan pembawa thalasemia.

Sumber daripada Public Health Malaysia

INFLUENZA 🤧🤒Influenza merupakan penyakit yang disebabkan oleh virus influenza yang menjangkiti salur pernafasan.Langkah-...
04/12/2023

INFLUENZA 🤧🤒

Influenza merupakan penyakit yang disebabkan oleh virus influenza yang menjangkiti salur pernafasan.

Langkah-langkah pencegahan penyakit inluenza yang boleh diamalkan adalah seperti dikongsikan.

✅ Sentiasa mengekalkan tahap kebersihan diri yang tinggi
✅ Mempraktikkan amalan kerap membasuh tangan dengan menggunakan air dan sabun atau hand sanitizer
✅ Mengamalkan adab batuk yang baik
✅ Mengamalkan cara hidup sihat

Orang awam secara amnya dan golongan berisiko tinggi secara khususnya juga digalakkan untuk mendapatkan pelalian vaksin influenza bermusim yang ditawarkan oleh kebanyakan fasiliti kesihatan swasta di seluruh negara.

Sumber daripada Kementerian Kesihatan Malaysia

☢️ JAWATAN KOSONG ☢️Kami sedang mencari physiotherapist untuk cawangan di pusat fisio kami 👇👇PUSAT FISIO PUTRAMEDIC(CAWA...
15/10/2022

☢️ JAWATAN KOSONG ☢️

Kami sedang mencari physiotherapist untuk cawangan di pusat fisio kami 👇👇

PUSAT FISIO PUTRAMEDIC
(CAWANGAN TABUNG HAJI) , Jalan Tun Razak , KL

✅ Mempunyai pengalaman dalam bidang berkaitan
✅ Gaji Rm2,400.00
✅ cuti Sabtu & Ahad
✅ cuti pada Public Holiday

Kelebihan
1️⃣ Ada caruman KWSP/SOCSO

Bagi yang berminat boleh hantar resume di putramedicth@gmail.com dengan kadar segera.. tq

Semakin ramai di kalangan kita yang telah membangunkan kolam renang di rumah sendiri dan juga untuk homestay. Kos membin...
08/11/2021

Semakin ramai di kalangan kita yang telah membangunkan kolam renang di rumah sendiri dan juga untuk homestay. Kos membina kolam boleh dikatakan semakin mampu milik dan ada yang serendah RM10000 untuk yang kekal dan RM 1000 untuk kolam jenis canvas. Namun, di dalam membina kolam, ramai yang terlepas pandang aspek keselamatan.

Terbaharu, berita kematian anak kecil akibat lemas di dalam kolam. Kami mengucapkan takziah kepada keluarga.
Mengikut statistik, sebanyak 700 kes lemas dilaporkan setiap tahun, 500 melibatkan kanak-kanak. Kira-kira 10% daripada kes lemas tersebut berlaku di dalam kolam renang atau taman air.

Oleh itu, sebelum membina, anda perlu menilai risiko samada di dalam keluarga anda atau jiran terdapat anak kecil, warga emas, lokasi, keadaan tempat, akses kepada kolam, faktor kewangan, garis panduan dan regulasi kerajaan tempatan, dan sebagainya.
Pentingnya pagar dibina mengikut spek keselamatan agar ia tidak boleh dimasuki oleh anak-anak kecil tanpa pengawasan daripada orang dewasa.

Anda dan keluarga juga perlu mempertingkatkan pengetahuan kecemasan seperti teknik CPR dan melakukan atau mengikuti latihan dari semasa ke semasa. Terdapat pelbagai kursus disediakan samada badan kerajaan atau persatuan.
Infografik di bawah adalah asas kepada keselamatan kolam untuk anak kecil. Anda perlu lakukan lebih kerana tiada "100% baby proof" melainkan anda memantau sentiasa anak anda ketika berada di rumah.

Semoga bermanfaat.

Sumber : Public Health Malaysia

Address

Lantai 19, Lot 3, Menara TH Tun Razak
Kuala Lumpur
50450

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+60321816061

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Klinik Putramedic Tabung Haji posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Klinik Putramedic Tabung Haji:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram