06/11/2021
Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera
Sukacita dimaklumkan bahawa Pertubuhan Gagasan Minda Merdeka atau GMM akan menganjurkan Seminar Pantun GMM dan Pelancaran Buku Antologi Pantun GMM "Teguh Integriti, Kukuh Pertiwi".
Butiran lanjut mengenai program diatas adalah seperti ketetapan berikut:
Program : Seminar Pantun GMM dan Pelancaran Buku Antologi Pantun GMM "Teguh Integriti, Kukuh Pertiwi"
Tarikh : 11hb Nov, Khamis
Masa : 9.00 pg - 1.00 tgh
Tempat : Junior Ballroom, Hotel Intercontinental Kuala Lumpur, Jalan Ampang, Kuala Lumpur
Aturcara Program:
8 45 pg : Pendaftaran peserta
9.00 pg : Majlis Perasmian
9.15 pg : Ucapan alu-aluan oleh Pengerusi GMM
9.20 pg : Ucaptama dan perasmian oleh Ybhg Datuk Dr Anis Yusal Yusoff, Fellow Utama, Institut Kajian Etnik, UKM serta mantan Timbalan Ketua Pengarah, Pusat Governans, Integriti dan Anti Rasuah, Jabatan Perdana Menteri
9.45 pg : Pelancaran Buku Pantun GMM "Teguh Integriti, Teguh Pertiwi" dan penyerahan Buku Pantun GMM kepada wakil-wakil organisasi oleh Ybhg Datuk Dr Anis Yusal Yusoff
10.00 pg : Kudapan
10.30 pg : Forum "Memperkasakan pantun sebagai medium untuk membina masyarakat Malaysia yang berintegriti dan bermaruah"
Ahli Panel:
1. Encik Mohamad Sahidan
Pakar Sastera Tradisional, Mantan Pegawai Penyelidik, Bahagian Penyelidikan Sastera, Jabatan Dasar dan Penyelidikan, Dewan Bahasa dan Pustaka
2. Encik Mohd Syahrin Abdullah
Pengarah Bahagian Warisan Dunia, Jabatan Warisan Negara, Kuala Lumpur
3. Dr Manimaran Govindasamy
Aktivis dan Ahli Jawatankuasa Rasuah Busters
Moderator: Puan Rabi'atuladawyah Md Saleh
Ketua Kluster Bahasa, Seni dan Budaya, Gagasan Minda Merdeka
12.30 tgh : Ucapan dan perasmian penutupan oleh YB Dato' Mohd Rashid Hasnon, Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat
1.00 tgh : Makan tengahari
2.30 ptg : Tamat program
Sila klik link berikut untuk pendaftaran awal https://forms.gle/kYdLAQJ6SEZGnrfo9
Untuk sebarang pertanyaan silalah berhubung dengan Puan Fauziah Zainal, di talian 019-2340420.
Terima kasih diatas sokongan dan kerjasama Sdr dan Sdri.
Muhammad Saedi
Penasihat Kehormat
Pertubuhan Gagasan Minda Merdeka