Konsultan Sihat Maherra

Konsultan Sihat Maherra Membantu orang ramai memperbaiki tahap kesihatan dengan amalan pemakanan yang sihat.

Situasi Diabetes di Malaysia — Kenapa Ia Jadi Isu BesarMenurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melalui tinjauan 202...
08/12/2025

Situasi Diabetes di Malaysia — Kenapa Ia Jadi Isu Besar

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melalui tinjauan 2023, sekitar 15.6% dewasa Malaysia atau lebih kurang 1 daripada 6 orang dewasa hidup dengan diabetes.

Kenapa Kadar Diabetes Naik — Faktor Risiko Utama

Beberapa faktor yang menyumbang kepada peningkatan kes diabetes di Malaysia:

* Gaya hidup sedentari : kurang bersenam, banyak duduk.
* Berat badan berlebihan & obesiti — ramai dewasa di Malaysia tergolong dalam kategori ini, faktor yang sangat mempengaruhi risiko diabetes.
* Pemakanan : diet tinggi gula, lemak tidak sihat, karbohidrat ringkas. Faktor ini disebut sebagai penyumbang besar kepada kadar diabetes yang tinggi.
* Kurang kesedaran & pemahaman tentang diabetes. Ada sebahagian besar rakyat tak tahu penyakit ini tak boleh disembuhkan, tetapi boleh dikawal; ramai tak tahu bacaan gula normal; dan anggap diabetes tak susah diurus.

Mengapa Kita Perlu Ambil Peduli — Risiko & Impak

Kalau tak dikawal, diabetes boleh membawa pelbagai komplikasi serius:

* Masalah jantung & saluran darah (kardiovaskular)
* Masalah buah pinggang (boleh ke kegagalan buah pinggang)
* Masalah saraf (neuropati)
* Masalah penglihatan / buta
* Risiko amputasi akibat luka / ulser kaki
* Beban kos rawatan yang tinggi — memberi tekanan kepada sistem kesihatan negara dan keluarga Individu.

Apa Kita Boleh Buat — Langkah Pencegahan & Kawalan

Kalau anda atau keluarga/kenalan anda mahu kurangkan risiko atau mulakan langkah kawalan, ini beberapa saranan:

* Lakukan saringan gula darah secara berkala (terutama jika anda berisiko: berat berlebihan, umur 30+, gaya hidup sedentari).
* Kawal diet: kurang gula & karbo ringkas, lebih sayur dan buah, makanan seimbang dan berkhasiat.
* Aktif secara fizikal: bersenam secara konsisten - jalan kaki, berbasikal, workout sekurang-kurangnya 150 minit seminggu.
* Perhatikan berat badan dan indeks j***m tubuh (BMI), cuba kekalkan berat ideal.
* Jika didiagnosis: ikut nasihat doktor - ubat, pemantauan, gaya hidup untuk elak komplikasi.
* Sebarkan kesedaran: ramai tak tahu mereka ada diabetes. Ajak orang disekeliling anda periksa dan faham risiko.


03/12/2025

Jangan riak sebelum kurus

02/12/2025

Mana yang lebih baik, nak makan buah segar atau minum jus buah?

𝐍𝐚𝐤 𝐌𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐁𝐮𝐚𝐡 𝐚𝐭𝐚𝐮 𝐌𝐢𝐧𝐮𝐦 𝐉𝐮𝐬 𝐁𝐮𝐚𝐡?Ramai ingat jus buah 100% sama sihat macam makan buah. Sebenarnya tidak.Kajian menunj...
02/12/2025

𝐍𝐚𝐤 𝐌𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐁𝐮𝐚𝐡 𝐚𝐭𝐚𝐮 𝐌𝐢𝐧𝐮𝐦 𝐉𝐮𝐬 𝐁𝐮𝐚𝐡?

Ramai ingat jus buah 100% sama sihat macam makan buah. Sebenarnya tidak.

Kajian menunjukkan bukti masih tidak konsisten sama ada jus buah 100% patut disyorkan dalam diet.

Garis panduan diet Amerika pun belum jelas tentang “gula bebas”** dalam jus buah.

𝐀𝐩𝐚 𝐦𝐚𝐬𝐚𝐥𝐚𝐡𝐧𝐲𝐚?

1. Proses buat jus hilangkan serat, vitamin dan antioksidan.
2. Gula dalam buah berubah jadi gula bebas sama macam gula minuman manis.
3. Jus tak beri rasa kenyang macam makan buah sebenar.
4. Buah sebenar lebih baik untuk gut microbiome, kurangkan keradangan, dan kawal berat badan.

𝐊𝐞𝐬𝐢𝐦𝐩𝐮𝐥𝐚𝐧 :

🍎 Buah segar lebih konsisten terbukti bagus untuk kesihatan berbanding jus.
🍹 Jus 100% boleh minum, tapi perlu ada had harian, dan jangan anggap ia pengganti buah.

𝐂𝐚𝐝𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐩𝐚𝐤𝐚𝐫:

Utamakan buah segar, bukan jus.

Rujukan :

Mavadiya, H. B., Roh, D., Ly, A., & Lu, Y. (2025). Whole Fruits Versus 100% Fruit Juice: Revisiting the Evidence and Its Implications for US Healthy Dietary Recommendations. Nutrition Bulletin, 2025; 50:411–420.

21/11/2025

Salah satu teknik adalah makan buah terlebih dulu sebelum makan nasi.

Banyak kelebihannya :

1. Menjadikan perut separa kenyang
2. Mengelakkan sugar spike
3. Menjadikan makanan harian kekal seimbang dengan nutrisi lengkap

Soalan : Boleh ke kalau nak minum air yang ada pemanis tiruan ni untuk hilangkan craving?Jawapan :Boleh je nak minum unt...
09/10/2025

Soalan :

Boleh ke kalau nak minum air yang ada pemanis tiruan ni untuk hilangkan craving?

Jawapan :

Boleh je nak minum untuk hilangkan craving benda manis sebab masih 0 kalori✔️

Setakat ni tak ada lagi bukti kajian klinikal yang mengatakan artificial sweetener boleh menyebabkan kanser.

Tapi jangan la amalkan hari2 sebab di dalamnya masih terkandung sodium (garam) 166mg. Setakat nak minum 2-3 kali sebulan masih dikira ok✌🏻


28/05/2025

Berpeluh sauna tak sama dengan berpeluh sebab s**an. Berpeluh ketika s**an, haba dikeluarkan dari pembakaran lemak untuk tenaga oleh otot. Sauna tidak mencairkan lemak hanya panas saja. Jangan tertipu.

Biar keropok je yang gemok, awak jangan gemuk ye! Kegemukan atau obesity ialah satu jenis penyakit chronic. Kalau dulu 3...
09/04/2025

Biar keropok je yang gemok, awak jangan gemuk ye!

Kegemukan atau obesity ialah satu jenis penyakit chronic. Kalau dulu 3 serangkai, sekarang telah jadi 4 serangkai termasuk obesity.

BMI ( body mass index) melebihi 30 diklasifikasikan sebagai obese.

Orang yang berbadan besar mungkin nampak comel dan bahagia tetapi bila anda gemuk, anda berisiko untuk mendapat penyakit seperti kencing manis, darah tinggi, high cholesterol, sleep apnea, sakit lutut akibat osteoarthritis dan banyak lagi.

Sekarang ramai yang muda-muda terpaksa bersolat duduk kerana sakit lutut. Bebanan berat yang terpaksa ditanggung oleh lutut menyebabkan sendi rosak dan sakit.

Sebanyak 54.5% penduduk malaysia adalah obese. Anda pusing kiri, pusing kanan anda lihat masyarakat kita rata-rata berbadan besar. Jangan normalisasikan high BMI sebagai normal.

Ini bukan bodyshaming tetapi sebagai peringatan kesihatan untuk semua.
🫰🏻
Kredit : Dr Zaihasra

𝐓𝐮𝐫𝐮𝐧𝐤𝐚𝐧 𝐁𝐞𝐫𝐚𝐭 𝐁𝐚𝐝𝐚𝐧: 𝐊𝐚𝐣𝐢𝐚𝐧 𝐂𝐨𝐡𝐨𝐫𝐭 1.Terdapat satu kajian cohort yang dijalankan di US berkenaan dengan penurunan berat...
08/04/2025

𝐓𝐮𝐫𝐮𝐧𝐤𝐚𝐧 𝐁𝐞𝐫𝐚𝐭 𝐁𝐚𝐝𝐚𝐧: 𝐊𝐚𝐣𝐢𝐚𝐧 𝐂𝐨𝐡𝐨𝐫𝐭

1.Terdapat satu kajian cohort yang dijalankan di US berkenaan dengan penurunan berat badan dan pemakanan.

2.Data diambil oleh Nurses' Health Study (NHS, 1990-2010), NHSII (1991-2015) dan Health Professionals Follow-up Study (HPFS, 1990-2014) daripada 121,119 orang lelaki dan wanita yang berumur tidak melebihi 65 tahun yang bebas daripada sebarang penyakit kronik.

3.Saintis mengkaji kaitan antara pengambilan minyak zaitun dalam selang masa 4 tahun dan penurunan berat badan.

4.Hasil kajian mendapati penambahan pengambilan minyak zaitun sebanyak 7g sehari dapat menurunkan berat badan.

5.Manakala penambahan 7g pengambilan minyak-minyak lain seperti minyak sayuran, mentega dan marjerin dapat meningkatkan berat badan.

Kesimpulan: Pengambilan minyak zaitun dalam diet harian dapat menurunkan berat badan secara sihat.

Rujukan: Guasch-Ferre et al. (2025). Changes in olive oil consumption and long-term body weight changes in 3 United States prospective cohort studies. The American Journal of Clinical Nutrition.

Minyak zaitun mengandungi bahan semulajadi yang tinggi antioksida yang dinamakan polifenol.Kandungan polifenol dalam min...
07/04/2025

Minyak zaitun mengandungi bahan semulajadi yang tinggi antioksida yang dinamakan polifenol.

Kandungan polifenol dalam minyak zaitun terbukti secara klinikal dapat meningkatkan fungsi HDL dan aktiviti antioksida di dalam badan serta dapat mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular.

Rujukan: Hernáez et al. (2014). Olive oil polyphenols enhance high-density lipoprotein function in humans: A randomized controlled trial. Arteriosclerosis, Thrombosis, and Vascular Biology, Vol.34 (9).

Dalam hal itu, penting untuk mengekalkan diet seimbang dan berunding dengan profesional penjagaan kesihatan atau pakar d...
17/03/2025

Dalam hal itu, penting untuk mengekalkan diet seimbang dan berunding dengan profesional penjagaan kesihatan atau pakar diet berdaftar sebelum membuat perubahan ketara pada tabiat pemakanan anda.

Diet karnivor terdiri daripada makanan kaya protein seperti daging, ikan, dan ayam , serta mendapat perhatian di media sosial sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Bagaimanapun, pakar kesihatan berulang kali memberi amaran mengenai risiko yang berkaitan dengan diet ini, termasuk perkembangan batu karang.

Salah satu sebab adalah budaya "friendly fat shaming" mereka. Sesiapa kawan, ahli keluarga, saudara atau rakan kerja yan...
15/03/2025

Salah satu sebab adalah budaya "friendly fat shaming" mereka. Sesiapa kawan, ahli keluarga, saudara atau rakan kerja yang gemuk akan ditegur sampai mereka rasa malu. Jadi, society pressure juga menolong negara ini mencapai kadar obesiti yang sangat rendah.

Di Malaysia? Tegur sikit terus marah. "Gemuk itu ohsem", "Gemuk itu comel" dan apa lagi ayat-ayat yang sewaktu dengannya. Tambahan lagi TikTok penuh dengan "fat-fluencer" yang s**a review makanan-makanan viral.

Ada perbezaannya antara "friendly fat shaming" dan "bullying".

Contoh friendly fat shaming: "Hey, looks like you've extracted the full benefits of food huh?"

Contoh bullying: "WOI GEMUK! Satu pinggan nasi mana cukup? Ambil lah satu periuk WOAKAKAK"

Orang Jepun banyak berjalan.
Orang Malaysia banyak beratur.

Diet orang Jepun nasi hanya semangkuk kecil, pinggan akan dipenuhi dengan sayuran dan buah-buahan, ikan dan makanan rendah lemak.

Diet di Malaysia, nasi selambak menggunung atas pinggan, sayur secoet, peha ayam seketul dengan kuah kari.

Hari biasa kita makan 3 kali sehari, pagi, tengahari dan malam.

Hari puasa pun kita makan 3 kali sehari, sahur, berbuka dan moreh.

Inilah jawapan kenapa bulan puasa pun berat badan tak turun!

Address

Kuala Lumpur

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Konsultan Sihat Maherra posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Konsultan Sihat Maherra:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram