Dr Nor Faizal Bahuri

Dr Nor Faizal Bahuri Pakar bedah berpengalaman selama hampir 20 tahun dalam pembedahan ketumbuhan, pendarahan dan penyakit saraf dan otak.

Pakar Bedah Saraf | Oxford DPhil 🇲🇾🇮🇩
Tumor Otak Saraf Tunjang · Sakit Kepala · Migraine · Sakit Muka · Sakit Tengkuk & Pinggang
Sakit kepala yang tiada jawapan — Insyaallah, saya boleh selesaikan. | drnorfaizal.com Beliau juga seorang pakar dalam rawatan sakit kronik spina dan migraine menggunakan pembedahan minimal invasif yang boleh dilaksanakan secara pembedahan harian. Dr Nor Faizal merupaka

n pakar bedah saraf Melayu pertama yang berjaya melengkapkan 3 sarjana pengajian perubatan dan dianugerahkan sarjana PhD tertinggi dari Universiti Oxford, UK. Beliau telah berkhidmat di universiti terkemuka dunia dan telah menjawat jawatan Professor Madya sebelum bertugas di KPJ Tawakkal KL.

Saat saya sebut nama ‘Glioblastoma’ pada pesakit dan keluarga, bilik konsultasi jadi sunyi sepi.GBM adalah kanser otak p...
22/04/2026

Saat saya sebut nama ‘Glioblastoma’ pada pesakit dan keluarga, bilik konsultasi jadi sunyi sepi.

GBM adalah kanser otak paling agresif. Tapi dalam kesunyian itu, di situlah bermulanya perjuangan. Perjuangan kita bermula dengan pembedahan yang paling teliti, diikuti dengan radioterapi dan kemoterapi — protokol rawatan yang kita panggil Stupp Protocol.

Setiap langkah dirancang bukan hanya untuk memanjangkan hayat, tetapi yang paling penting, untuk menjaga kualiti hidup. Kita berjuang bersama.

Salam sejahtera.Menerima berita tentang tumor otak seperti Glioblastoma (GBM) adalah satu saat yang berat. Maklumat yang...
22/04/2026

Salam sejahtera.

Menerima berita tentang tumor otak seperti Glioblastoma (GBM) adalah satu saat yang berat. Maklumat yang betul dan pelan rawatan yang terperinci adalah langkah pertama yang paling penting.

Rawatan standard melibatkan pembedahan, radioterapi, dan kemoterapi. Setiap kes adalah unik dan memerlukan perbincangan mendalam untuk menentukan pelan terbaik.

Jika anda atau ahli keluarga memerlukan pandangan kedua atau ingin membincangkan pilihan rawatan, sila balas mesej ini untuk menetapkan temujanji.

Otak anak dimakan tumor... apa kita nak buat?---Minggu lepas, datang sepasang suami isteri. Anak perempuan mereka, umur ...
19/04/2026

Otak anak dimakan tumor... apa kita nak buat?
---

Minggu lepas, datang sepasang suami isteri. Anak perempuan mereka, umur 10 tahun, tiba-tiba kena sawan. Bila kita buat MRI scan, nampak ada ketumbuhan. Tumor otak. Dan tumor ni nampak makin ganas. Dia sedang 'makan' otak anak ni. Saya terpaksa duduk dengan mereka, bincang satu benda yang paling perit. Kalau tak bedah, mungkin jangka hayat tinggal 6 bulan. Kalau kita bedah, satu pembedahan yang sangat berisiko, insya-Allah boleh bagi dia 2 tahun lagi... lepas tu kena sambung kemo dan radioterapi. Mereka letak kepercayaan pada saya. Jadi, kami masuk dewan bedah. Pembedahan 4 jam. Kita guna macam-macam teknologi canggih, macam GPS untuk otak, untuk pastikan kita buang semua tumor tanpa usik bahagian penting. Alhamdulillah... pembedahan berjaya. Esoknya saya lawat dia dekat wad. Dia tengah duduk, tengah borak, makan, siap boleh jalan sendiri pergi tandas. Perasaan lega di muka mak ayah dia masa tu... saya takkan lupa.

---
Doakan perjalanan adik ni dipermudahkan ya.

Seorang gadis 10 tahun berdepan tumor otak yang mengancam nyawa. Dr. Nor Faizal menceritakan pembedahan berisiko tinggi yang memberinya harapan baru.

18/04/2026

Engsel pintu berbunyi, kita tahu nak letak minyak. Tapi bila sendi leher sakit... tahu tak rawatan yang sesuai?

16/04/2026

Nampak macam biasa, tapi beg yang berat boleh beri tekanan pada bahu dan pinggang

Macam mana ia boleh menjejaskan tubuh kita?
Jom dengar saya jelaskan.

13/04/2026

Sakit belakang atau slip disc yang berteruşan
boleh menyebabkan Tumpuh? Biar betul?
Jangan abaikan sakit belakang yang berpanjangan kerana dalam sesetengah
keadaan, la boleh memberi kesan serius kepada saraf dan pergerakan tubuh. Jom dengar.

06/04/2026

haaa ni punca kenapa sakit kepala & sakit pinggang masa tengok handphone.

25/03/2026

Demo cara keluarkan darah beku dalam otak,

24/03/2026

Gunting rambut online & nasihat perubatan online apa persamaannya ? Jom dengarkan

20/03/2026

Selamat hari raya, maaf zahir & batin

19/03/2026

Pengisytiharan apa ni?

15/03/2026

Otak tak berfungsi pesakit telah direkodkan telah meninggal dunia, walau jantung masih berdenyut

Address

Tawakkal Specialist Hospital, 1, Jalan Pahang Barat
Kuala Lumpur
53000

Opening Hours

Monday 10:00 - 16:00
Tuesday 10:00 - 16:00
Wednesday 10:00 - 16:00
Thursday 10:00 - 16:00
Friday 10:00 - 16:00
Saturday 10:00 - 12:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Dr Nor Faizal Bahuri posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category