Cuci Luka & Homecare Kuala Lumpur & Selangor

Cuci Luka & Homecare Kuala Lumpur & Selangor Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Cuci Luka & Homecare Kuala Lumpur & Selangor, Medical and health, Jalan Setiawangsa 9, Taman Setiawangsa, Setapak, Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.

HP MEDICARE komited memberikan konsultasi kepakaran dalam perawatan luka diabetes, luka pembedahan, dan luka yang kronik menggunakan teknik Advanced Modern Dressing dan ubat ubatan berteknologi tinggi

HP MEDICARE komited memberikan konsultasi kepakaran dalam perawatan luka diabetes, luka pembedahan, dan luka yang kronik...
12/08/2025

HP MEDICARE komited memberikan konsultasi kepakaran dalam perawatan luka diabetes, luka pembedahan, dan luka yang kronik menggunakan teknik Advanced Modern Dressing dan ubat ubatan berteknologi tinggi

Pakcik Hashim menggunakan servis Modern Dressing selepas dari membuat pembedahan membuang nanah di betis beliau.
11/08/2025

Pakcik Hashim menggunakan servis Modern Dressing selepas dari membuat pembedahan membuang nanah di betis beliau.

Pengikisan luka (Wound Debridement) yang disebabkan oleh bacteria Pseudomknas Aeruginosa boleh membantukan proses penyem...
11/08/2025

Pengikisan luka (Wound Debridement) yang disebabkan oleh bacteria Pseudomknas Aeruginosa boleh membantukan proses penyembuhan luka, teknik ini menggunakan WALANT (Wide Awake Local Anesthesia No Tourniquet) iaitu ubat bius setempat yang dicampur dengan ubat berhenti darah, hanya dilakukan oleh yang bertauliah sahaja. Semasa pengikisan dilakukan, tiada pendarahan langsung mengalir dari luka.

Pesakit ini tinggal di Selayang dan mempunyai sejarah penyakit kencing manis jenis 2, pada permulaannya beliau mengalami...
11/08/2025

Pesakit ini tinggal di Selayang dan mempunyai sejarah penyakit kencing manis jenis 2, pada permulaannya beliau mengalami luka kecil dan kulit menjadi keras dan sebenarnya itu adalah symptom awal luka telah terbentuk dan di dalamnya mempunyai nanah, akhirnya beliau terpaksa memotong jari kaki apabila keadaan semakin teruk, apabila saya tiba, saya telah memberi konsultasi penuh dan saya mengesyorkan beliau untuk saya menggunakan teknik advanced dressing untuk kaki beliau, dan ini adalah hasilnya.

Pesakit ini mempunyai sejarah Diabetis (Kencing Manis) dan Hypertension (Darah Tinggi) dan telah pergi ke Pusat Perubata...
20/12/2024

Pesakit ini mempunyai sejarah Diabetis (Kencing Manis) dan Hypertension (Darah Tinggi) dan telah pergi ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk tindakan lanjut, dan beliau mengalami satu keadaan iaitu Necrotizing Fascitis yang boleh menyebabkan luka yang kronik dan jangkitan yang teruk.

Teknik yang digunakan adalah Modern Advanced Dressing di mana penjagaan rapi luka dan ubat ubat yang berteknologi tinggi bagi memastikan luka itu sihat dah sembuh tanpa ada sebarang komplikasi. Ukuran luka adalah 9x19cm..

Pemantauan secara rapi dan berkala bagi memastikan proses penyembuhan luka berjalan dan kriteria pada permukaan luka juga diambil serius tanpa ada sebarang jangkitan yang menyebabkan luka berbau dan bernanah.

Luka boleh disebabkan oleh pelbagai faktor,termasuk kemalangan, prosedur pembedahan,melecur, luka tekanan dan keadaan kr...
20/12/2024

Luka boleh disebabkan oleh pelbagai faktor,
termasuk kemalangan, prosedur pembedahan,
melecur, luka tekanan dan keadaan kronik seperti diabetes. Peredaran darah yang lemah, fungsi imun terjejas, dan perubahan berkaitan usia juga boleh menyumbang kepada perkembangan luka. Adalah penting untuk mengenal pasti punca dan menangani sebarang isu asas untuk memastikan penjagaan luka yang berkesan dan mencegah komplikasi. Penjagaan luka adalah perlu bagi sesiapa yang mengalami luka ringan atau teruk.

Luka, jika tidak diurus dengan betul, boleh membawa kepada komplikasi kesihatan yang teruk. Penjagaan luka yang betul memastikan penyembuhan lebih cepat, mengurangkan kesakitan, dan mengurangkan kemungkinan parut atau jangkitan.

klik segera
https://wa.link/yoa0f1

Menggunakan kombinasi Silver Dressing & Advanced Dressing untuk pesakit ini, gambar tersebut adalah pada hari pertama se...
02/11/2024

Menggunakan kombinasi Silver Dressing & Advanced Dressing untuk pesakit ini, gambar tersebut adalah pada hari pertama sebelum cuci, gambar kedua adalah hari ketiga selepas menggunakan khidmat dressing saya. Pesakit ini warganegara Indonesia mempunyai penyakit kencing manis, darah tinggi, sakit jantung dan kolestrol tinggi, juga mengalami masalah buah pinggang, jadi kepada pesakit yang mengalami penyakit seperti di atas, sila hati hati sebelum terlambat

Pesakit saya selepas menjalani operation “angin pasang” ataupun nama lainnya inguinal hernia di bahagian perut.Sebelum i...
12/06/2022

Pesakit saya selepas menjalani operation “angin pasang” ataupun nama lainnya inguinal hernia di bahagian perut.

Sebelum ini, pelbagai cara digunakan untuk keringkan luka, tak baik baik.

Sehinggalah saya mencadangkan untuk menggunakan Modern Dressing, dan alhamdulillah luka kering dalam masa 2 minggu.

Pesakit saya menggunakan perkhidmatan saya secara EOD (Every other day) iaitu 3 kali dalam seminggu

Ini kes yang saya dapat pada hari ini, pesakit baru buat surgeri BKA (Below Knee Amputation)Kes yang begini saya tidak m...
11/06/2022

Ini kes yang saya dapat pada hari ini, pesakit baru buat surgeri BKA (Below Knee Amputation)

Kes yang begini saya tidak menggunakan Modern Dressing, cuma Basic Dressing sahaja, krim saya pakai krim yang menggalakan pertumbuhan isi.

11/06/2022
Pesakit saya yang seorang ini adalah jiran kampung saya di Kedah. Satu hari saya pergi melawat beliau di rumah dan ingin...
11/06/2022

Pesakit saya yang seorang ini adalah jiran kampung saya di Kedah. Satu hari saya pergi melawat beliau di rumah dan ingin melihat luka. Bila waris membuka balutan luka saya beristighfar sebentar.

Pada hari itu juga, saya mengarahkan kawan baik saya untuk ke farmasi berdekatan untuk membeli krim, gel, dan bahan “modern dressing”.

Saya melakukan cucian luka mengambil masa hampir 1 jam 30 minit kerana pada fasa pertama, ia memerlukan kesabaran dan penuh teliti untuk menbersihkan segala kotoran kotoran yang ada.

Saya menggunakan “Modern Dressing” yang agak spesifik bagi luka ini.

Penyembuhan luka dapat dilihat pada hari ke 10, dan pada hari ini, jiran saya dapat berjalan sepenuhnya walaupun menggunakan tongkat

Pesakit saya ini tinggal di Pandan Perdana Ampang menggunakan perkhidmatan saya untuk “Modern Dressing” secara EOD (Ever...
11/06/2022

Pesakit saya ini tinggal di Pandan Perdana Ampang menggunakan perkhidmatan saya untuk “Modern Dressing” secara EOD (Every Other Day) bermaksud 3 kali dalam seminggu

Berdasarkan daripada cerita beliau, beliau telah terpijak batu kecil dan menyebabkan luka akhirnya merebak sehingga atas buku lali.

Beliau telah hadir ke hospital terdekat dan akhirnya doktor pakar membuat keputusan untuk membuat “operation” secara “skin grafting” iaitu mengambil lapisan luar kulit paha dan tampal ke bahagian kaki.

Sebelum kami menggunakan “Modern Dressing” terdapat lapisan lemak kuning dipanggil “slough tissue” di bahagian celah celah kaki. Antara ubat yang kami guna adalah Solcoseryl Jelly, Duoderm Gel, Aquacel, dan Bactigras.

Prosedur cucian luka kami lalukan sangat berhati hati kerana secara tidak langsung dapat mengawal jangkitan bacteria.

Terus hubungi Mohammad Helmi di talian:
014-658 4450 atau https://wa.me/60146584450

Address

Jalan Setiawangsa 9, Taman Setiawangsa, Setapak, Wilayah Persekutuan
Kuala Lumpur
54200

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Cuci Luka & Homecare Kuala Lumpur & Selangor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Cuci Luka & Homecare Kuala Lumpur & Selangor:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram