AADK Cheras

AADK Cheras Lead agency under the purview of the MOHA in combating drugs & substance abuse in Malaysia

01/05/2026
01/05/2026

Harini, makan sambil skrol telefon telah menjadi norma dalam masyarakat.

Perkara ini nampak biasa tapi boleh mendatangkan kesan jangka panjang kepada tahap kesihatan kita.

Secara logiknya, bila anda leka menonton atau skrol media sosial sambil makan, otak anda tak menerima ‘isyarat’ kenyang dengan tepat.

Jadi anda cenderung untuk makan dengan lebih banyak daripada yang anda perlukan.

Sebaliknya, anda boleh amalkan untuk berbual perkara yang baik sesama keluarga atay rakan. Ini dapat mengeratkan lagi hubungan bersama.

Macam mana kalau makan berseorangan? Anda boleh fokus terhadap makanan kerana ia dapat memberikan lebih kenikmatan dan juga membenarkan minda anda rehat.

Jom ubah tabiat yang kecil ini untuk mengelakkan impak kesihatan di masa akan datang. Mencegah lebih baik daripada merawat.

Masalah Dadah hubungi talian hotline AADK 1-800-22-2235 (AADK) atau 019-626 2233 atau layari icari.aadk.gov.my untuk khidmat nasihat, pertanyaan dan aduan. Layari www.aadk.gov.my untuk mendapatkan informasi lebih lanjut.



01/05/2026

Cuba bayangkan cahaya bintang yang kita
nampak malam ni mungkin datang dari
masa lalu. Jauh, lama, dan penuh cerita. Dari
bintang kecil hingga galaksi yang luas, angkasa sentiasa buat kita rasa kagum dan
ingin tahu.

Semua keindahan ini adalah ciptaan Tuhan
yang tidak dapat kita gambarkan
sepenuhnya dengan akal manusia. Lagi kita
belajar tentang angkasa, lagi kita sedar
betapa kecilnya kita dalam alam semesta
yang begitu besar dan tersusun.

Kadang-kadang, cukup sekadar pandang
langit malam untuk rasa tenang dan
bersyukur. Angkasa bukan sekadar
pemandangan ia satu peringatan tentang
kebesaran ciptaan dan betapa banyak lagi
yang masih belum kita terokai.

Masalah Dadah hubungi talian hotline AADK 1-800-22-2235 (AADK) atau 019-626 2233 atau layari icari.aadk.gov.my untuk khidmat nasihat, pertanyaan dan aduan. Layari www.aadk.gov.my untuk mendapatkan informasi lebih lanjut.



01/05/2026

Nampak mudah, tapi bukan semua orang
tahu jawapannya.

Jom cuba lengkapkan perkataan kosong ini
dan kongsikan jawapan anda!

Tinggalkan jawapan di ruangan komen, uji
pengetahuan anda, dan lihat siapa yang
paling cepat betul.

Selain itu, setiap jawapan yang betul boleh
membantu kita lebih faham tentang bahaya
dadah dan kepentingan menjauhinya.

Masalah Dadah hubungi talian hotline AADK 1-800-22-2235 (AADK) atau 019-626 2233 atau layari icari.aadk.gov.my untuk khidmat nasihat, pertanyaan dan aduan. Layari www.aadk.gov.my untuk mendapatkan informasi lebih lanjut.



01/05/2026

SELAMAT HARI PEKERJA 2026

Selamat Hari Pekerja 2026 kepada seluruh warga kerja Malaysia yang menjadi tulang belakang kemajuan negara.

Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada setiap individu yang terus komited menyumbang tenaga, kepakaran dan dedikasi dalam membina masyarakat yang sejahtera, produktif dan bebas daripada ancaman dadah.

Tema “Pekerja Madani Kesuma Bangsa” mencerminkan peranan penting pekerja sebagai nadi pembangunan negara, bukan sahaja dalam sektor ekonomi, malah sebagai agen perubahan sosial yang memperkukuh kesejahteraan komuniti.

AADK akan terus memperkasa usaha pencegahan, rawatan dan pemulihan secara inklusif dan bersepadu, selari dengan aspirasi Malaysia MADANI dalam melahirkan masyarakat berdaya tahan, berintegriti dan bebas dadah.

Terima kasih atas jasa dan pengorbanan anda.

Ikhlas daripada
Dato' Ruslin Jusoh
Ketua Pengarah dan seluruh warga Agensi Antidadah Kebangsaan








24/04/2026

Kadang kita rasa semua kejayaan hari ini
adalah hasil usaha sendiri. Kita bangga
dengan kerja keras, keputusan yang dibuat,
dan setiap langkah yang dilalui.

Tapi, siapa sangka kan diam-diam ada orang
yang mendoakan kita? Mereka mungkin tak
kelihatan, tak disebut, bahkan kita sendiri
jarang mengingatinya.

Namun doa mereka, tanpa kita sedar, telah
menjadi satu tenaga yang mendorong kita
melangkah lebih jauh.

Kejayaan hari ini bukan sekadar milik kita.
Ia juga adalah berkat orang yang kita cintai.
Mereka yang mendoakan kita tanpa henti,
yang percaya pada kita walau kita kadang
meragui diri sendiri.

Jadi, jangan lupa hargai mereka.
Kerana kadang, kejayaan terbesar bukan apa
yang kita capai, tapi siapa yang diam-diam
membantu kita sampai sejauh ini.

Masalah Dadah hubungi talian hotline AADK 1-800-22-2235 (AADK) atau 019-626 2233 atau layari icari.aadk.gov.my untuk khidmat nasihat, pertanyaan dan aduan. Layari www.aadk.gov.my untuk mendapatkan informasi lebih lanjut.



24/04/2026
24/04/2026

Melepaskan hidupan eksotik (haiwan
peliharaan luar negara atau spesies bukan
tempatan) ke alam semulajadi mungkin
nampak seperti perbuatan "menyelamatkan"
haiwan, namun realitinya ia adalah satu
bencana ekologi.

Haiwan eksotik biasanya lebih agresif atau
mempunyai kelebihan fizikal berbanding
haiwan tempatan. Mereka akan merebut
sumber makanan dan ruang tempat tinggal
yang sama dengan spesies asal.

Kehadiran "haiwan asing" ini mengganggu
aturan semulajadi yang telah stabil selama
beribu tahun.

Jika haiwan eksotik tersebut membiak terlalu
cepat tanpa pemangsa semulajadi, jumlah
mereka akan meningkat dan memusnahkan
sumber tumbuhan atau haiwan kecil di
kawasan tersebut.

Masalah Dadah hubungi talian hotline AADK 1-800-22-2235 (AADK) atau 019-626 2233 atau layari icari.aadk.gov.my untuk khidmat nasihat, pertanyaan dan aduan. Layari www.aadk.gov.my untuk mendapatkan informasi lebih lanjut.



Address

Aras 3 & 4, Bangunan Dataran Shamelin, No. 68, Jalan 4/91, Taman Shamelin Perkasa
Kuala Lumpur
58200

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:30
Tuesday 08:00 - 17:30
Wednesday 08:00 - 17:30
Thursday 08:00 - 17:30
Friday 08:00 - 17:30

Telephone

+60392813280

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when AADK Cheras posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share