08/11/2023
Mengikut teori terbaru bekam iaitu Taiba teori, tekanan negatif pada kawasan bekam oleh cawan bekam akan menyebabkan akumulisasi cecair pada kapilari, limfatik dan kawasan sekitarnya. Ini akan menyebabkan dilusi bahan bahan keradangan yang terdapat disekitarnya .
Apabila torehan dibuat dan mengaplikasikan tekanan negatif pada kawasan tersebut, cecair radang akan dikeluarkan dari kawasan keradangan dan dielakkan daripada dimasukkan semula kedalam kapillari.
Keadaan ini mampu untuk meningkat imuniti dan pengeluaran kimia opiods oleh kulit akibat daripada kesan torehan dan tekanan tersebut. Selain itu, ia dapat meningkatkan aliran darah dan cecair limfa yang membolehkan bekam menyeimbangkan homeostasis dalam badan.
Kesimp**an Kajian,
Ratusan kajian saintifik menunjukkan bahawa terapi bekam/hijama berupaya menurunkan risiko pelbagai penyakit termasuklah membantu proses penyembuhan atau mengurangkan tahap keterukan penyakit melalui pelbagai teori/mekanisme seperti penyingkiran keluar bahan punca penyakit atau bahan-bahan berkaitan penyakit (teori detoksifikasi).
Pengurangkan tahap kesakitan melalui mekanisme/teori “pain gate” atau DNIC, pengurangan tahap stress melalui mekanisme/teori endorphin, relaksasi otot & peningkatan aliran darah melalui mekanisme/ teori nitric oxide, peningkatan kesan imunologikal & keseimbangan hormon melalui teori pengaktifan sistem imuniti dan sebagainya.