Dr. Muhammad Imran bin Abdul Hafidz, Cardiologist

Dr. Muhammad Imran bin Abdul Hafidz, Cardiologist Doktor jantung yang berkongsi maklumat untuk kebaikan bersama. Artikel saya sekadar kongsian, harap dapatkan nasihat professional dari doktor masing-masing.

Benda sekecil “anak cacing”… tapi hampir membunuh.Baru-baru ni saya rawat seorang pesakit berumur 60+, ada diabetes, dar...
29/04/2026

Benda sekecil “anak cacing”… tapi hampir membunuh.

Baru-baru ni saya rawat seorang pesakit berumur 60+, ada diabetes, darah tinggi, dan kolesterol tinggi.

Dia datang dengan sakit dada yang kuat, berlaku selepas satu situasi emosi yang super stress. Bukan masa bersenam atau aktiviti lasak pun.

Selain sakit dada, dia juga berpeluh sejuk, rasa nak pitam, dan loya. Dia kata tak pernah rasa seteruk ni...

ECG masa sampai kat emergency department terus beri jawapan… ECG tunjukkan ST elevation myocardial infarction (STEMI) – serangan jantung gred AAA++. Huhu...

Macam biasa dalam situasi STEMI, kami terus bawa ke makmal angiogram. Angiogram menunjukkan saluran jantung tersumbat 100% oleh darah beku. Laluan darah terus terhenti di saluran darah utama di jantung - Left Anterior Descending (LAD). Memang jelas, ni disebabkan darah beku.

Antara benda pertama kami gunakan dipanggilThrombuster untuk melakukan "thrombus aspiration" – sedut darah beku keluar. Bayangkan dia macam vacuum cleaner version mini, untuk masuk ke saluran dan sedut darah beku...

Dan bila tengok apa yang keluar… kecil saja, macam “anak cacing”.

Tapi itulah yang menutup saluran utama jantung sepenuhnya.
Selepas itu kami teruskan dengan angioplasty dan belon bersalut ubat untuk buka semula saluran. Aliran darah kembali lancar, dan simptom pesakit terus lega selepas prosedur.

Alhamdulillah pesakit stabil dan dibenarkan p**ang selepas beberapa hari.

Pendek kata, serangan jantung tak semestinya datang masa bersenam. Stress dan emosi juga boleh jadi pencetus sebab stress boleh mencetuskan serangan jantung kerana ia menyebabkan badan melepaskan hormon seperti adrenalin secara mendadak. Hormon ini akan menaikkan kadar denyutan jantung dan tekanan darah, menyebabkan jantung bekerja lebih kuat dan memerlukan lebih banyak oksigen. Dalam masa yang sama, tekanan ini boleh menyebabkan plak kolesterol yang sedia ada dalam saluran jantung menjadi tidak stabil dan pecah. Bila plak pecah, badan akan membentuk darah beku dengan cepat, dan bekuan inilah yang boleh menyumbat saluran darah sepenuhnya.

Ok - korang enjoylah tengok gambar darah beku dalam bentuk anak cacing tu... Dia merah2 bercampur putih2 sikit sebab dia baru jadik... Kalau dah lama tu kesemuanya merah...

Kos kes ni adalah RM28k bersamaan harga Axia 1.0 (manual) yang pakai ekzos Armytrix aftermarket

Mohon doakan keselamatan dan kesembuhan ayah saya yg akan menjalani pembedahan lutut pagi ni, insya Allah
28/04/2026

Mohon doakan keselamatan dan kesembuhan ayah saya yg akan menjalani pembedahan lutut pagi ni, insya Allah

Setelah 3 tahun stabil, akhirnya muncul dengan kesempitan yang teruk.----------Baru2 ni ada seorang pesakit saya yang be...
24/04/2026

Setelah 3 tahun stabil, akhirnya muncul dengan kesempitan yang teruk.

----------

Baru2 ni ada seorang pesakit saya yang berumur lewat 60-an datang selepas raya, setelah tidak berjumpa 3 tahun. Dulu dia ok, kuat bersenam, dan hanya mengambil ubat untuk darah tinggi.

Dalam 1-2 bulan kebelakangan ni, dia rasa tercungap-cungap dan dada tertekan apabila berjalan laju atau naik tangga, dan simptom ini akan reda apabila dia berehat. Bagi seorang doktor jantung, simptom ini dikira "red flag". Kami memang tak s**a simptom yang datang semasa aktiviti, dan hilang dengan rehat... Kami panggil ini "angina"

Macam biasa, saya suruh dia buat stress test (treadmill test), dan seperti yang dijangka, dia gagal. Tapi tak dijangka gagal sangat awal, iaitu pada minit ke-4.

Angiogram yang dibuat macam "time bomb". Saluran utama di hadapan jantung, left anterior descending artery (LAD) dah block 99% tinggal laluan sehalus benang kot, dan saluran di permukaan kiri, left circumflex pun dah macam nak putus asa... haha...

Alhamdulillah setelah menggunakan 1 belon bersalut ubat dan 2 stent bersalut ubat, kedua-kedua saluran ni dirawat and pengaliran darah kembali lancar. Bila diperiksa pesakit tu petang selepas rawatan angioplasty, simptom mengah and dada menekan tu dah hilang. Pesakit dibenarkan p**ang hari keesokkan...

Nanti kalau ada masa nanti saya share lagi kes yang menarik yang saya buat sejak raya... Ada kes darah beku macam anak cacing pun ada... huhu...

Kos kes ni rm41k atau sebiji Perodua Axia 1.0 X (CVT)

Ameen.
15/03/2026

Ameen.

Mencari fadhilat di pengakhiran Ramadan 2026. Semoga semua amalan kita diterima sebagai saksi untuk kita semua di hari a...
14/03/2026

Mencari fadhilat di pengakhiran Ramadan 2026. Semoga semua amalan kita diterima sebagai saksi untuk kita semua di hari akhirat kelak. Ameen.

11/03/2026

Apakah waktu yang terbaik untuk menjalankan rawatan angioplasty untuk saluran darah jantung yang sempit/sumbat? Bergantung. Adakah ia atau ?

26/02/2026

Resepi rawatan jantung menggunakan stent bersalut ubat

Serangan sakit jantung TANPA sakit dada Dalam sesetengah pesakit, serangan jantung berlaku TANPA sakit dada. Saya pernah...
22/02/2026

Serangan sakit jantung TANPA sakit dada

Dalam sesetengah pesakit, serangan jantung berlaku TANPA sakit dada.

Saya pernah ada pesakit yang sakit bahu sampai jumpa doktor ortopedik berkali2, ada pesakit yang sakit perut sampai jumpa doktor gastro disangka reflux dan ada yang dirujuk ke doktor paru-paru disangka serangan lelah.

Baru-baru ni saya buat dua kes yang sangat menarik yang datang dengan simptom yang sama.

Pesakit yang pertama terbangun dengan sakit gastrik yang teruk sampai dia rasa macam ada benda tersekat di tekak. Sekali tengok ECG dia menunjukkan serangan sakit jantung. Angiogram menunjukkan saluran di sisi jantung (Circumflex) tersumbat 100%. Alhamdulillah 75 minit selepas dia datang ke hospital, saluran darahnya dah terbuka kembali setelah rawatan angioplasty menggunakan belon bersalut ubat. Settle.

Pesakit yang kedua p**a lagi menarik. Memang ada sejarah gastrik. Dia kata dia pernah kena sakit gastrik dari zaman muda lagi. Tapi baru2 ni dia kena sakit gastrik level dewa semasa dia bercuti sebulan yang lepas sampaikan dia terasa badannya terlalu lemah. Kali ni dia datang ke hospital kerana diserang lagi sakit gastrik ketika berjalan ke pejabat. Sebenarnya dia datang ke hospital untuk jumpa doktor perut. Tetapi ECGnya menunjukkan serangan sakit jantung. Angiogramnya menunjukkan kesempitan 90% di saluran darah utama, di permukaan depan jantung (Left Anterior Descending artery). Terdapat darah beku yang "fresh" yang menyebabkan permukaan hadapan jantung gagal mendapat bekalan darah yang cukup. Alhamdulillah, pesakit ini juga menjalani angioplasty dengan stent bersalut ubat yang melancarkan balik pengaliran darah.

Alhamdulillah kedua2nya stabil selepas rawatan. Tapi pengajaran di post saya kali ini adalah, serangan jantung tidak semestinya perlu ada "sakit dada" terutamanya dalam golongan berikut.. Kedua2 pesakit saya yang saya cerita ni ada antara ciri2 di bawah.

- Golongan berusia (biasanya 70 tahun ke atas)
- Penghidap kencing manis
- Perempuan
- Penghidap masalah buah pinggang
- Sudah menghidap masalah lemah jantung sebelumnya.

Diharap sentiasa peka dengan simptom2 yang berikut dalam golongan di atas...
- Mengah yang luar biasa
- Sakit perut/gastrik yang teruk
- Lemah tiba2
- Pitam atau hampir pitam
- Acute confusion atau kekeliruan yang tiba2.

OK, insya Allah dapat sedikit sebanyak pengetahuan sementara tunggu bukak puasa ni... Huhu.... Selamat berpuasa 🙏

Enggan BYPASS. Baru-baru ni dapat lagi pengalaman buat kes yang susah dan berisiko tinggi. Pesakit berumur lewat 40-an. ...
14/02/2026

Enggan BYPASS.

Baru-baru ni dapat lagi pengalaman buat kes yang susah dan berisiko tinggi.

Pesakit berumur lewat 40-an. Dimasukkan ke hospital lain kerana darah tinggi, dan di hospital tersebut menjalani angiogram.

Angiogram menunjukkan
1) Saluran darah di permukaan kanan jantung, right coronary artery (RCA) tersumbat 100% jenis CTO.
2) Saluran darah di permukaan hadapan jantung, left anterior descending artery (LAD) sempit teruk 90% dan pangkal cabang saluran di LAD, iaitu saluran diagonal jugak sempit teruk 90%.

Angiogram dihentikan dan pesakit disuruh bypass. Saya setuju dengan keputusan doktor pertama. Hakikatnya, pesakit memang ada penyakit saluran darah yang bukan sahaja sempit teruk, tetapi ada kesempitan yang dikatakan berisiko tinggi iaitu di cabang. Kesempitan seperti ini kita panggil bifurcation lesion.

Bifurcation lesion ini susah nak rawat, kerana bila kita rawat satu cabang (dalam kes ini, saluran diagonal), ada potensi untuk saluran utama (dalam kes ini, saluran LAD) mudarat dan gagal.

Pesakit pun pergi ke pusat jantung yang lain, dan pakar di situ pun kata kena bypass. Pesakit pergi ke pusat jantung yang seterusnya, dan di situ, pakar kata ada kemungkinan boleh rawat pakai belon dan stent sahaja. Tetapi atas sebab tertentu, dia datang ke hospital saya.

Bila saya tengok angiogram pesakit ini, memang saya pun terfikir panjang macamana strategi untuk merawat pesakit ini...

Apa-apa strategi yang kita buat, matlamatnya tetap satu.

Untuk merawat saluran darah utama (LAD) tanpa mengambil risiko tak munasabah kepada nyawa.

Untuk mencapai matlamat ni, kita bersetuju untuk membuat rawatan ini dalam dua sesi sebab risikonya terlalu tinggi untuk buat semua dalam satu sesi.

Saluran sebelah kanan yang sumbat 100% secara CTO dibuka dulu. Ini untuk membolehkan "backup" apabila sesi merawat saluran darah LAD dibuat nanti. Alhamdulillah, RCA dibuka tanpa komplikasi, menggunakan dua belon bersalut ubat sahaja.

Beberapa bulan kemudian, kita bawa pesakit ni balik untuk merawat saluran LAD dan kalau dapat, saluran diagonal dia sekali.. Inilah sesi rawatan bifurcation lesion dia, inilah kesempitan yang dihantar untuk bypass.

Fuh.... Sesi ni memang pening sikit. Oleh kerana saluran ni penuh kalsium, dan saluran darah yang cabang itu berliku, pada mulanya saya tidak dapat melalukan wayar ke dalam cabang itu walaupun hampir sejam mencuba. Alhamdulillah, lepas menggunakan alat dipanggil Supercross, yang sangat jarang saya pakai (last pakai lebih kurang 5 tahun lepas), wayar itu berjaya ditujukan ke dalam saluran diagonal.

Saluran LAD berjaya dirawat dengan satu stent bersalut ubat, dan saluran diagonal dirawat pakai belon bersalut ubat.

Alhamdulillah, hari selepas sesi angioplasti ke atau saluran darah LAD dan diagonal (bifurcation), pesakit dibenarkan p**ang ke rumah...

Kat bawah ini saya tunjuk gambar sebelum dan selepas rawatan, dan juga papan whiteboard dalam OT. Atas whiteboard tu saya tunjukkan proposal strategi saya kepada pesakit tu sebelum kita mula..

Alhamdulillah... Selesai satu lagi kes yang buat saya bertambah uban.... Huhuh...😅

Bagi yang bertanya, kos keseluruhan untuk kes ini, adalah 74k++. Sesi pertama (saluran RCA) 32k++, sesi kedua (LAD + diagonal) 42k++. Harga satu Proton S70 1.5T ready stock, free Touch n Go dan payung golf brand Proton.

Pesakit merayu untuk di”stent” tapi rayuan DITOLAK.Baru-baru ini dapat seorang pesakit berumur 50-an. Dia datang KL berc...
01/02/2026

Pesakit merayu untuk di”stent” tapi rayuan DITOLAK.

Baru-baru ini dapat seorang pesakit berumur 50-an. Dia datang KL bercuti. Bila berjalan di kawasan berbukit di KL dia kata dadanya berat dan pernah dia kata dadanya pernah sesak sampai rasa terlampau lemah. Bila ada simptom macam tu, lepas dia duduk diam, sakit dada tu akan hilang selepas beberapa minit, tetapi ada juga sampai tertidur juga sakit nya tak hilang.

ECGnya tak normal tetapi takdelah juga ketara ada masalah jantung.

Dalam hati saya, dah memang confirm lah ada saluran yang sempit. Saya offer dia untuk menjalani ujian treadmill (stress test) untuk membuktikannya tapi saya cakap lebih baik buat terus angiogram sebab hampir confirm dia akan gagal stress test.

Tiba-tiba dia kata tak perlu stress test, terus buka cerita.

Cerita punya cerita rupa-rupanya dia pernah diserang sakit jantung 10 tahun dulu. Ubat cair darah dia makan, tetapi ubat kolesterol dia culas. Ok senang kerja saya. Terus saya kaunselling terus untuk angiogram dengan tujuan rawatan angioplasty.

Hari keesokkannya, saya buat angiogramnya.

Fuh… dalam masa 30 saat pertama saya dah tahu dia takkan menjalani rawatan stent hari tu. Bukan sebab takde kesempitan yang teruk, tetapi sebab terlampau teruk.

Kesempitan yang hampir “mewajibkan” bypass kelihatan di saluran pangkal “left main stem”. Selain tu kesempitan yang teruk kelihatan di kesemua salurannya yang lain.

Saya anggarkan dia akan memerlukan hampir 6 stent untuk selesaikan kesemua kesempitannya.

Saya memberitahu pesakit tersebut keadaan jantungnya. Saya cakap, saya akan berhentikan prosedur dulu dan rujuknya kepada pakar bedah untuk rawatan pembedahan bypass. Muka dia pucat habis, walaupun saya menerangkan kebaikan bypass untuk kes yang teruk sepertinya.

Dia merayu untuk dimasukkan stent, tetapi saya tetap berhenti.

Saya terangkan yang bukan dia tak boleh menjalani rawatan stent tetapi secara biasanya, stent yang begitu banyak terutamanya melibatkan saluran “left main stem” takkan bertahan lagi lama dari bypass, dan oleh kerana dia masih muda, dia perlu fikirkan keputusan jangkamasa panjang.

Lagipun dalam keadaan yang cemas macam tu, pesakit takkan dapat buat keputusan yang tepat…

Berhenti dulu. Rujuk ke pakar bypass. Jika pesakit tolak juga bypass walaupun sudah diberikan kaunselling dengan pakar bypass baru saya akan menerimanya balik untuk rawatan stent yang kurang afdal untuk keputusan jangkamasa panjang. Sekurang-kurangnya pesakit dikira sudah “berdamai dengan takdir” andaikata ada masalah dengan stent pada masa hadapan….

Sorry kalau post ni panjang, tapi saya memang pasti yang ramai pesakit jantung pernah menjalani situasi yang sama. Merayu untuk satu rawatan yang simple tapi di”tolak” ke rawatan yang pedih…

Ni gambar yang saya lukis untuk pesakit tersebut untuk explain keputusan saya untuk menolak rayuannya…

Hanya RM23 ringgit utk rawatan jantung 3 hari di hospital kerajaan. Baru-baru ni dapat satu pesakit yang baru keluar hos...
31/01/2026

Hanya RM23 ringgit utk rawatan jantung 3 hari di hospital kerajaan.

Baru-baru ni dapat satu pesakit yang baru keluar hospital kerajaan dengan serangan sakit jantung.

Semua ubat yang dia dapat memang tiptop masa admitted.

Ni bil dia masa discharge.

Bayar RM23 je.

Kalau kat hospital swasta ntah2 RM23 ribu…

Semoga KKM terus maju. 👏🏻👏🏻

Sorry kepada pesakit saya yang cuba cari saya baru2 ni, sekali tengok klinik saya tutup untuk beberapa minggu. Ingatkan ...
07/01/2026

Sorry kepada pesakit saya yang cuba cari saya baru2 ni, sekali tengok klinik saya tutup untuk beberapa minggu.

Ingatkan nak lari j*p healing di tempat sejuk. Sekali terlalu sejuk sampai bukan healing tapi terus freezing.

Negatif 15 darjah Celsius. 🥶🥶

Address

Kuala Lumpur
59100

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00
Saturday 09:00 - 12:00

Telephone

+60322960888

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Dr. Muhammad Imran bin Abdul Hafidz, Cardiologist posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category

Dr. Imran Hafidz

Dr. Imran graduated from the University of Bristol in the United Kingdom in 2008. He subsequently did his early medical training in Liverpool. He received his Membership of the Royal College of Physicians (UK) in 2012 and returned to Malaysia in 2013. He initially served in Hospital Sungai Buloh and eventually joined the University of Malaya as a cardiology fellow and senior lecturer in medicine. In 2018, he underwent a fellowship year in Birmingham, United Kingdom where he gained qualification in Cardiac Computed Tomography (CT) from the US based SCCT and the UK BSCCT.

Dr Imran is currently a Consultant Cardiologist with an interest in interventional cardiology with most of his procedures performed from the radial artery. He is also a strong advocate of appropriate use criteria, evidence and guideline directed therapy, keeping abreast of latest trial data and newest treatments.

He has presented at numerous cardiology meetings both local and international and published several articles in peer reviewed journals. As a senior lecturer in medicine, Dr Imran was involved in the development of postgraduate doctors and medical students including as a tutor and examiner for clinical medicine.

Dr. Imran is a member of the National Heart Association of Malaysia, European Association of Percutaneous Coronary Intervention, European Association of Acute Cardiovascular Care and the European Heart Failure Association.