Desa Aman 2 (PPDA 2 Official)

Desa Aman 2 (PPDA 2 Official) Persatuan Penduduk Perumahan Pegawai Kanan Polis Desa Aman 2 Kuala Lumpur. Aktiviti,Kerosakan Komen dan komplain
(1)

Al Fatihah semoga orang yang baik di cucuri rahmat oleh Allah.
25/04/2020

Al Fatihah semoga orang yang baik di cucuri rahmat oleh Allah.

03/04/2019

Asslam....
Ilmu tidak bermanfaat kecuali apabila sudah diamalkan.

*Salam Israk Mikraj 1440H*

*MAKLUMAN BERITA KEBAJIKAN*10/10/2018Untuk Makluman,  *G/13199 Asp Radwan bin Narawi, Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ip...
10/10/2018

*MAKLUMAN BERITA KEBAJIKAN*
10/10/2018
Untuk Makluman, *G/13199 Asp Radwan bin Narawi, Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ipd Lawas* tepat jam 0740 hrs 10/10/2018 bertempat Di Hospital Lawas telah meninggal dunia setelah usaha untuk cpr dilakukan tiada tindak balas. Beliau cuma disedari oleh pegawai lain sudah tidak bernyawa jam 0700 hrs. Arwah baru selesai menjalani ujian temuduga DSP Di Kuching. Urusan jenazah dan segalanya sedang diatur.
Urusan pengebumian belum diputuskan sementara menunggu keluarga terdekat arwah. Makluman .

08/07/2018

As salam semua penghuni Desa Aman 2

Maklum :

*Pantai Rpt : 9027/17*
Tarikh : 08/07/2018
Masa : 1338hrs
Pegawai penyiasat : Peg JBPM

*Maklumat Pertama Kebakaran*

Pada 08.07.2018 jam l/kurang 1338hrs pengadu peg polis DCC Brickfields Kpl 162830 Saiful Zamani buat laporan maklumat pertama kebakaran di Kuaters Polis Desa Aman 1. DCC telah arahkan anggota Sek.25 dan Sjn Aktiviti 159438 ke tempat kejadian.

*Siasatan di tempat kejadian*

- Semasa Sjn aktiviti 159438 sampai di lokasi kebakaran pihak bomba telah berjaya memadamkan kebakaran. Lokasi kebakaran ialah rumah di tingkat dua bernombor B-2-2 Kuarters Desa Aman 1, Pantai Dalam KL. Forensik Bomba Jalan Pantai Baharu mengesahkan kebakaran berpunca dari litar pintas dan punca utama kebakaran dari suis dalam bilik yang digunakan untuk Penghawa Dingin dan Extentions tambahan. Semasa kebakaran berlaku, rumah tiada penghuni. Tiada kemalangan jiwa berlaku.

- Pemilik rumah Sjn 118701 Suratman Bin Abd Hamid (BSJN Bukit Aman) telah meninggal dunia pada bulan Disember tahun 2017. Rumah didiami oleh isteri arwah dan 2 org anak arwah. Semasa kejadian, isteri arwah keluar dan tiada di rumah. Isteri dan anak arwah keluar rumah l/kurang jam 1300hrs 08.07.2018 untuk ke rumah kakaknya di Subang Jaya.

Butir- butir penghuni:
1. Nama: Ezawati Binti Daud (Isteri)
No.KP: 760427-03-5096
Umur: 42 Tahun
Pekerjaan: Executive Account di Menta Contructions Sdn Bhd
No.Tel: 012-3997721

2. Nama: Eiman Harith Bin Suratman (Anak Pertama)
No.KP: 060423-03-0119
Umur: 12 Tahun

3. Nama: Eyrma Hanis Binti Suratman (Anak Kedua)
No.KP: 080610-03-0200
Umur: 10 Tahun

Siasatan diteruskan oleh pihak jabatan bomba dan penyelamat.

Untuk makluman dan arahan YDH DS jua. Terima kasih.

ACP Ruslan Bin Khalid
KPD Brickfields

Cc. YDH Dato' T/KP, KJP, KJPJKK, Tn KJSJ, KCK

17/05/2018

Syukor alhamdulillah surau semalam penuh. Harap berterusan.

05/04/2018

*11 BERITA BEST UNTUK KAKI MASJID/SURAU*

Beruntunglah orang yang digelar kaki masjid. Sekurang-kurangnya mereka mendapat 11 ganjaran berikut;

1- *Rasulullah berpesan:* "Jika kamu melihat seseorang yang sentiasa ke masjid, maka persaksikanlah dia orang beriman. Allah berfirman: 'Sesungguhnya orang yang memeriahkan masjid-masjid Allah hanyalah orang yang beriman dengan Allah dan hari akhirat (Al-Tawbah 9: 18). " (Riwayat Ibn Majah)

2- *Rasulullah bersabda:* "Sesiapa yang pergi ke masjid jemaah, maka pada satu langkah dihapuskan dosa, pada langkah lain dicatatkan pahala, baik semasa pergi atau balik." (Riwayat Ahmad, Ibn Majah)

3- *Rasulullah bersabda:* "Tiada seorang Muslimin yang sentiasa menghadirkan dirinya ke masjid-masjid untuk solat dan zikir melainkan Allah gembira menyambutnya sebagaimana ahli keluarga yang bergembira menyambut saudaranya yang sudah lama menghilang." (Riwayat Ibn Majah)

4- *Rasulullah bersabda:* "Ada tiga golongan semuanya dijamin Allah; ketika hidup dia diberikan rezeki dan kecukupan, apabila mati dia masuk syurga:
i. Sesiapa yang masuk ke rumahnya dengan memberi salam, maka dia dijamin Allah.
ii. Sesiapa yang keluar rumah untuk ke masjid, maka dia dijamin Allah.
iii. Sesiapa yang keluar demi untuk berjuang di jalan Allah, maka dia dijamin Allah. (Riwayat al-Bukhari dalam Adab al-Mufrad)

5- *Rasulullah bersabda:* "Tidak berkumpul suatu kaum di mana-mana rumah Allah, mereka membaca kitab Allah dan mengkajinya sesama mereka, melainkan diturunkan kepada mereka ketenangan, diliputi rahmat dan malaikat meneduhi mereka dan Allah menyebut-nyebut mereka di depan malaikat-malaikat." (Riwayat Muslim)

6- *Rasulullah bersabda:* "Ada tujuh golongan yang akan dinaungkan Allah dengan naungan-Nya pada hari yang tidak ada naungan selain naungan-Nya...seseorang yang hatinya terpaut pada masjid-masjid." (Riwayat al-Bukhari)
Dalam riwayat Malik: "Seseorang yang hatinya terpaut pada masjid sehingga dia kembali ke situ semula."

7- *Rasulullah bersabda:* "Berilah khabar gembira kepada orang yang selalu berjalan kaki dalam kegelapan malam demi menuju ke masjid bahawa untuknya cahaya sempurna pada hari kiamat." (Riwayat al-Tirmizi)

8- *Rasulullah bersabda:* "Sesiapa yang solat berjemaah sempat dengan takbir pertama selama 40 hari kerana Allah, dicatatkan untuknya dua pelepasan; pelepasan daripada neraka dan pelepasan daripada sifat munafik." (Riwayat al-Tirmizi)

9. *Rasulullah bersabda:* "Masjid adalah rumah setiap orang bertakwa. Allah telah menjamin sesiapa yang menjadikan masjid ibarat rumahnya dengan keluasan, kerehatan dan kemudahan melepasi sirat menuju kpd keredaan Tuhan." (Riwayat al-Baihaqi)

10- *Rasulullah berasabda:* "Sesiapa yang berpergian pada waktu awal pagi atau petang menuju ke masjid, Allah akan menyediakan baginya tempat atau hidangan di dalam syurga setiap kali dia pergi ke masjid pada awal pagi dan petang." (Riwayat Ahmad)

11- *Allah berfirman:* "Demikianlah, dan sesiapa yang mengagungkan syiar-syiar Allah maka kerana hal itu satu kesan ketakwaan hati." (Al-Hajj 22: 32)
Dan Allah juga berfirman: "Sesungguhnya orang paling mulia di sisi Allah ialah yang paling bertakwa." (Al-Hujurat 49: 13)

Ya Allah semoga kami menjadi kaki masjid dunia supaya kami termasuk dalam senarai VIP-Mu di syurga.

"Ya Allah, bantulah kami untuk mengingati-Mu, bersyukur kepada-Mu dan melakukan ibadah yang terbaik untuk-Mu."
(Riwayat Abu Dawud)

*SILA SHARE DAN SEBARKAN*

28/03/2018

Pohon dikongsikan berita buat semua penghuni Blok B berkaitan kerja2 mencuci dinding di balkoni belakang setiap unit dan tingkat Blok B sblm kerja2 mengecat dijalankan. Pohon tuan/puan tidak menjemur atau menyangkut pakaian basah/kering di ampaian atau balkoni kerana kerja2 mencuci dinding, menyapu ubat dan seterusnya mengecat. Bahan2 yg digunakan sukar utk dicuci jika terkena kpd pakaian. Kerja2 di Blok B akan dijalankan mengikut ketetapan spt berikut :

Tarikh : 29/3 - 13/4/2018
Waktu : 0900 - 1800hrs

Kerjasama semua amat diharapkan dan dihargai bagi mengelakkan salah faham dgn pekerja kontrak.

Segala kesulitan amat dikesali...
Pohon share sebanyak yg mgkin dgn rakan2 di Blok B, DA2. Tq

Address

Jalan PANTAI MURNI 6
Kuala Lumpur
59200

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Desa Aman 2 (PPDA 2 Official) posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram