27/06/2021
FASA PKP3.0 SAMBUNG LAGI
Dengan rasa rendah diri, SCOPURS Malaysia memohon bantuan orang ramai, sahabat dan rakan-rakan kami supaya dapat membantu menjayakan misi Kotak Infaq Rezeki PKP3.0 dan beberapa program dibawah SCOPURS Malaysia dan yang semakin kekurangan dana. Saban hampir setiap jam, SCOPURS Malaysia mendapat permintaan bantuan segera dari masyarakat yang memerlukan dari segi barangan keperluan asas dan sokongan kesihatan mental di seluruh Malaysia.
Malah, banyak permintaan yang dipinta melalui program ini, ada yang telah berputus asa dan hilang pertimbangan dalam hidup juga ingin membunuh diri dan dari segi ‘mental kian koyak’ untuk menghadapi kehidupan mereka yang sudah terjejas dengan pelbagai faktor-faktor persekitaran akibat Pandemik Covid 19. SCOPURS Malaysia juga menerima lebih daripada 100 kes yang berkaitan dengan psikiatri yang memerlukan rawatan dan sokongan mental segera setiap hari sepanjang lockdown ini.
Dana yang disumbangkan adalah bagi menampung permintaan dari masyarakat yang semakin gusar dengan keadaan kehidupan mereka. Kotak Infaq Rezeki PKP 3.0 ini turut dilakukan proses saringan bagi setiap permintaan supaya tidak berlaku ketirisan dan salah laku dalam setiap bantuan yang diberikan.
Ayuh, jom kita sama-sama jayakan misi Kotak Infaq Rezeki PKP 3.0 yang telah berjaya mengagihkan sebanyak 1,000 kotak bekalan barang dapur dan membantu dari segi sesiapa kaunseling, rawatan dan sokongan mental kepada hampir 1000 keluarga dan individu di serata Lembah Kelang sepanjang tempoh lockdown ini supaya tiada lagi kegusaran mereka yang resah dari segi fizikal, emosi dan mental.
Bagi sesiapa yang ingin membuat sumbangan ikhlas, anda boleh menderma kepada:
SOCIAL COMMUNITY PROGRAM URBAN SOCIETY
MAYBANK Current No. Akaun: 564098513817
Remark: Kotak Infaq Rezeki
Moga Allah merahmati jasa kalian semua, dan melindungi diri kita daripada pandemik Covid-19 dan segala musibah, In Shaa Allah, Amin.
Tolong kami share dan sebarkan post ini. Moga berkongsi rezeki menjadi asbab kebaikan bersama.
Terima kasih 🤍💚.
Sila klik butang ‘Share’.
😷 🇲🇾